Khamis, 3 Mei 2012

APA DAH JADI DENGAN PENBIRU?

Assalamualaikum..

Seminggu lepas aku hanya bercerita bab agama aje. Selalunya aku malas menaip panjang berjela. Tapi sekali aku menaip, sampai pening nak baca.

Apa dah kena dengan aku? Tetiba je keluar pasal bab agama. Aku dah jadi ustazah ker? Maaf la ye, aku belum layak jadi ustazah sebab aku tak mahir bidang tu. Aku tau sikit-sikit je. Nak kata tak tau langsung, kang korang cop aku ni islam pada nama jer..taula jugak tapi takde la banyak sangat. Banyak lagi yang perlu ak belajar selagi tak tutup mata.

Memang blog aku ni dah jadi rojak. Aku campur semuanya. Sampai aku tak tau nak klasifikasikan blog ini sebagai apa. Apa yang aku katakan, ni blog aku, aku punya pasal la.

Berdakwah ni tanggungjawab kita. Dan jangan sesekali kita meminta apa-apa balasan dari Allah. Kecil atau besar, tetap dapat pahala. Bila tiba masa aku nak menggila, aku gila lah. Sampai masa memanik, sampai berbulan-bulan cerita manik. Bila aku rasa nak menangis dan merintih, aku buat aje lah.

*freebis from Istana Cinta.(diambil dengan kebenaran)

Suka dimaklumkan di sini aku bukan alim ulama. Aku tak perlukan serban sebesar buah kelapa untuk aku sahkan diri aku boleh berdakwah dan menyampaikan ilmu. Aku tak pakai tuduh labuh sampai kelutut untuk membolehkan aku berkongsi ilmu Allah dengan orang. Aku masih aku..tetap aku, Penbiru yang sentiasa menulis dan akan terus menulis tanpa dakwat!

Adeus!!!

5 ulasan:

  1. PenBiru, saya rasa okay je kalau awk nak berdakwah. Saya akan baca jugak. Lagipun kita berblog ni mmg akan ada masanya kita rasa nak tulis apa yang terlintas dalam fikiran. Jadi, keep up okay? Kalau cerita pasal keagamaan pun saya still akan baca. Saya ni kan ahli mesyuarat tingkap. :p

    BalasPadam
  2. pilihan atas kita penbiru..apa pun kita buat kerana Allah.hatta nak pakai baju sekalipun.Di mulakan dengan nama Allah.tak kan makan aje kut di mulakan dgn bismillah.

    dan takkan nak tunggu jadi ustazah baru nak sampaikan ilmu agama.kalau mcm tu,makin ramailah org2 yg jahil.dan jgn sesekali pandang serong pada org yg menyampaikan ilmu.byk cabang ilmu,pengalaman org juga ilmu,resepi masakan juga ilmu,kekeluargaan juga ilmu.Jangan rasa malu.walaupun tak jadi ustazah.

    suka hatilah org nak kata apa.biar Allah suka,peduli apa kita,dgn orang kata.

    Bertutup labuh itu adalah wajib. yg tahu dan sampaikan ilmu itu juga wajib.yg tak tutup aurat juga boleh sampaikan ilmu.esok2 mana tahu Allah beri hidayah kpd org itu.semua kerja Allah.

    sampaikanlah walau sepotong ayat.

    Saya bukan ustazah,saya surirumah sepenuh masa.dah lama bidang perkerjaan saya tinggalkan.org biasa-biasa sahaja.

    panjang pulak komentor saya.

    maaf ye.

    BalasPadam
  3. takde salah pun kita nak sharing2kan.. saya suka je baca kalau cerita2 unsur keagamaan ni.. anyway thanks for sharing.. sharing is caring rite??

    BalasPadam
  4. salam..singgah malam..tak pe akak..tulis je ape akak rasa nak kongsi..selagi mampu,nanti ada yg baca..okeh..bukan senang nak cari idea wat entri..akak pon rajin je ade entri baru...kipidap..:)

    BalasPadam
  5. masing-masing ada cara sendiri macam mana nak menyebarkan maklumat..segalanya ilmukan..=)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...