Memaparkan catatan dengan label My Bariatric Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Bariatric Life. Papar semua catatan

Jumaat, 5 November 2021

MY BARIATRIC LIFE : #28 ULANGTAHUN BARIATRIK YANG PERTAMA

 Assalamualaikum

Maafkan aku kerana dah lama tak update perjalanan hidup sebagai pejuang bariatrik. Kepada yang setia mengikut catatan diblog ini.. inilah adalah entri terakhir perjuangan 1 tahun selepas pembedahan.

18.10.2020 adalah tarikh aku mendaftar masuk ke wad dan tarikh terakhir aku menjamah nasi. Dan 19.10.2020 adalah tarikh keramat yang mengubah hidup aku..tarikh aku dibedah.

Sepanjang perjalanan 1 tahun ..tidak mengharap keajaiban pembedahan sahaja,tapi aku berusaha menjaga makan, setahun juga aku tidak menikmati hidangan nasi. Tipu kalau aku kata aku tak sentuh nasi sebab aku masih memasak untuk suami dan akan merasa tawar masin sekiranya masak nasi yang berperisa seperti nasi lemak dan beriyani. Tapi untuk menyenduk nasi kedalam pinggan dan lauk keliling, aku masih istikhomah untuk tidak melakukannya sehinggalah aku mencapai berat 80kg. 

Berat ada masa naik dan turun. Dek kekangan masa sibuk dengan urusan kerja yang kononnya BDR (Bekerja Dari Rumah) sebenarnya lagi siksa dari hadir ke pejabat, emosi terganggu bila bab kerja pun diheret sampai ke malam. Aku benci dengan situasi ini.


Akhirnya, genab 6bulan selepas pembedahan,berat aku mula plateau atau dalam kata lain,statik. Kadang-kadang 87kg.. adakala 88kg.. dan begitulah sehingga hari ini.


Apapun aku bersyukur bila aku mampu menyarung kembali baju ketika zaman aku anak dara 27tahun yang lalu. 

Aku tak harap kurus persis model,niat asal kurus untuk mudahkan aku hadapi rawatan kesuburan sekaligus menjalani prosedur IVF.

Dan  untuk itu Allah telah menjawab doa aku 2 tahun yang lalu. Aku sekarang sedang menjalani rawatan IVF dan insya Allah jika ada kelapangan waktu, aku akan kongsikan disini. Doakan aku terus istikhomah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. aaminn..




 

Sabtu, 26 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #27 SELEPAS 260 HARI

 Assalamualaikum.

Dah masuk hari yang ke-260 hari. Alhamdulilillah, aku masih lagi istikhomah menjaga pemakanan harian.

35kg untuk tempoh 260 hari. Jika nak diikutkan agak perlahan kalau nak bandingkan dengan orang lain. Mungkin sebab cara diet yang berbeza.

Timbang ulang-ulang..inilah angkanya .. 87.42kg



18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg
16.06.2021 ➡️ 88.5kg
26.06.2021 ➡️ 87.4kg


Inilah jumlah penurunan yang aku rekodkan. Simpan di sini sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri. Harapnya, aku berjaya capai 40kg (berat 80kg) sebelum 19.10.2021 ni, iaitu genab 1 tahun.

Doakan aku terus istikhomah dan berjaya. 


Khamis, 17 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #26 SUDAH 250 HARI

 Assalamualaikum..

Nak tulis dan publish 16hb..dah buka ruangan catatan..ntah macam mana dan apa benda yang buat aku betul-betul terlupa. Maka terlajak hari untuk berkongsi.

Sudah 250hari berlalu.. tanpa nasi juga. Sedaya upaya aku jauhi nasi..nasi tak salah..aku yang salah..sebab aku boleh lupa saiz perut kalau makan nasi.

Dingdong dingdong.. 88.5kg. 


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg
16.06.2021 ➡️ 88.5kg


Sudah kurang 33.9kg.. Alhamdulillah.

Sebenarnya aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua. Baru-baru ni aku dihubungi salah seorang pembaca blog. Tak sangka dia struggle jugak nak cari aku. Semua entri aku bermula dari perjalanan bariatrik aku dia dah khatam.




Alhamdulillah..tak sangka ada yang berminat dengan penulisan aku. Dan yang paling penting, aku bersyukur apa yang aku nak sampaikan.. sampai kepada mereka-mereka yang memerlukan. 

Semoga ini dapat menjadi sebagai satu amal jariah dari aku untuk membantu orang-orang yang memerlukan..tak semestinya kita perlu berduit untuk membantu orang..dengan berkongsi pengalaman pun boleh juga membantu orang.. sebabnya aku pernah berada di 1 masa yang mana aku terkapai-kapai dalam mencari info tentang bariatrik. Tak ada sumber rujukan, tak jumpa yang sudi membantu.

Apapun..terima kasih kepada yang sudi bertandang ke blog aku yang tak seberapa ni. Semoga perkongsian aku dapat memberi manafaat kepada korang yang memerlukan.


Isnin, 7 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #25 STATIK 90KG

 Assalamualaikum.

Nampak gaya nak kena mula puasa balik. Semalam cukup 240 hari post operation..tapi tak sempat nak update blog sebab aku kerja. Baik rumah dah letih..so malas.

25 Mei lepas aku ada TCA dengan O&G di HSB. Ubat hormon Duphaston dah ditukar ke yang lebih kuat iaitu Provera 80mg sehari. Ubat ni memang terkenal dengan side  effect yang menentang arus bagi orang yang turunkan berat. Demi zuriat..aku tawakal.

Kesannya, berat tak turun..tapi naik. Ada hari naik 500g..ada hari turun. Cuma yang aku harapkan, jangan melampau sangat.


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg


Untuk kali ni..memang statik lah 90kg. Nak kejar 80kg macam jauh sangat. Ikutkan hati aku nak puasa. Tapi bila puasa, aku jadi letih sangat. Tak bermaya dan tak bertenanga walaupun dah makam sahur. Masuk je pukul 12 tengahari,aku dah makan kangkung layu. 

Inch loss memang ketara.Alhamdulillah..apapun, terus istikhomah.

Khamis, 27 Mei 2021

MY BARIATRIC LIFE : #24 MEMBURU 80KG

 Assalamualaikum

Segalanya berjalan seperti biasa. Aku masih lagi berpuasa berterusan, masuk hari ke-10 dan berbaki 5hari lagi puasa ganti..akibat kesan endometriosis yang aku tanggung masa bulan Ramadhan yang lalu.

Memasuki hari yang 220 post operation. Alhamdulillah, harini penimbang menunjukkan angka 8..dan aku harap dia tak menipu.

Ni namanya betul-betul atas pagar.. bila-bila masa boleh tukar ke 90 ..makanya aku kena lebih berhati-hati dengan menu.

Keputusan dari Apps OKOK

Sudah kehilangan 32kg.

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg

Alhamdulillah. Perlu terus disiplin kan diri, kurangkan gula, karbo dan lemak. Jika teringin sangat, ambil dalam kuantiti yang sedikit..lepas gian kata orang.

Semoga aku berjaya capai 80kg. Doakan aku terus istikhomah.

Rabu, 19 Mei 2021

MY BARIATRIC LIFE : #23 GENAB 7 BULAN

 Assalamualaikum.

19.10.2020.. jam 6.30petang.. aku dah dimasukkan ke bilik pembedahan. Banyak kenangan pahit disitu.. 

Hari ini,genab 7bulan aku selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah..penurunan 31kg, dari berat 122.48kg dan terkini 90.90kg. 




Berikut adalah kadar penurunan yang aku kompil kan untuk rujukan sendiri. Sayangnya rekod ni hanya bermula selepas aku membeli penimbang digital baru dan download Apps OKOK sahaja.




Ini adalah perbandingan 20hari terakhir iaitu 07.05.2021 dan 17.05.2021 (2hari lepas).

Alhamdulillah. Dari BMI 42, turun ke 31. Bukan mudah. Tak boleh bergantung pada pembedahan sahaja. Makan dan diet kena seiring. Harapnya.. dalam 10 hari akan datang, aku berjaya capai target aku untuk turun ke 90kg. 

Yang penting, sihat. Kurus itu bonus.
Doakan moga aku terus istikhomah.



Isnin, 17 Mei 2021

MY BARIATRIC LIFE : #22 SELEPAS 210 HARI

 Assalamualaikum.

Hari ini genab 210 hari post operation. Alhamdulillah.. penimbang menunjukkan kegembiraan. Slowly but sure lah kaedahnya.

Terkini 91.85kg




18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg

Alhamdulillah.. 30kg dah rupanya.


Ikutkan, lusa 19hb genablah 7bulan aku melalui pembedahan. Dan esok aku akan kongsikan rumusan hasil daripada penurunan berat aku dari 122.48kg ke 91.85kg. 

Bukan mudah..makan kena jaga, diet kena betul. Pembedahan saja tak cukup, penjagaan selepas pembedahan juga penting. 

Aku masih juga tanpa nasi.. doakan aku terus istikhomah.. target aku sekarang 90kg. Dah capai nanti, baru aku set target baru pulak.

Alhamdulillah...


Jumaat, 7 Mei 2021

MY BARIATRIC LIFE: #21 GENAB 200 HARI

 Assalamualaikum

Genab 200 hari selesai operation.. tak tau nak komen macam mana. Penurunan agak terganggu kerana Duphaston yang aku terpaksa makan untuk 6 minggu, punca sentiasa teringin sesuatu yang manis. 

Mujur tak naik berat..cumanya agak perlahan untuk turun..ketegag sungguh kata orang Kedah.


Makin melandai aje.. 

Total loss 28kg. 

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg

Tersangkut di skala 94! Aduhai. Mungkin yang tinggal tu adalah lelemak degil sebabnya paha,perut dan lengan aku menggelebeh. Dan sebagai solusi,aku gunakan krim pemanas setiap malam.

Apapun..genablah 200hari aku tanpa nasi. Janji pada diri ..tunggulah berat capai 90kg,baru aku nak bersantap sepinggan nasi lengkap berlauk dan bersayur. Buat masa sekarang,lupakan dahulu. 

Bulan puasa ni tak membantu sangat untuk aku turunkan berat sebabnya masalah endo aku tu.. period 15hari sebanjir-banjirnya. Jenuh la nak qado nanti.

Tak lama lagi dah nak raya.. tapi kerana PKP disesetengah kawasan..semuanya jadi gambar. Aku tengah memikir sekarang, macam mana nak balik kampung. Kampung aku bukan kawasan PKP,  rumah aku sekarang pun bukan kawaaan PKP.. masalah sekarang, nak balik ke kampung kena lalu kawasan yang PKP.. adui..stresssss.. kesian mak aku..beraya sorang tahun ni.. kakak aku kerja pulak raya ni..
Apa nak buat..buntu!


Selasa, 27 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #20 HARI KE-190

 Assalamualaikum

Hari ini..sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Tapi aku dah cuti dari Jumaat lepas.. kesan dari pengambilan Duphaston.. berat turun dengan perlahan.

Kalau diikutkan,kesan pengambilan Duphaston akan menyebabkan berat badan naik, makanya aku amat risau dengan fakta tu.

Perjalanan bariatrik aku terganggu dengan masalah kesihatan wanita yang aku alami. 


Setengah kilo aje?? 



18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg

Aku lebih risaukan berat naik..tapi mujurlah turun juga sikit. Aku kena habiskan Duphaston selama 6 minggu.  Harapnya..10hari akan datang, berat boleh turun sampai 93kg. 

Genab jugalah 190 hari tanpa nasi. Doalan aku terus istikhomah.

Selamat berpuasa.

Sabtu, 17 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #19 PENGALAMAN BERPUASA KALI PERTAMA

 Assalamualaikum

180 hari telah berlalu. Alhamdulillah walaupun ada rintangan, tetap terus kuatkan semangat untuk ditempuh.

Hari ini telah masuk hari ke-5 kita semua berpuasa. Inilah puasa yang paling mencabar dalam hidup aku. Mana tidaknya, sebelum-sebelum ini pun aku memang kurang makan dan minum. Tapi selepas bariatrik, aku kerapkan makan dalam jumlah yang sedikit. Kiranya mulut tak henti mengunyah. 1 hidangan aku ambil masa 1jam lebih untuk habiskan. Minum sedikit-sedikit.

Tapi bila puasa.. terasa ruginya aku tak minum banyak-banyak seperti sebelum puasa. Lapar tu tak berapa sangat, tapi lebih kepada dahaga. Mungkin effect ubat duphaston yang aku kena makan untuk tempoh 6 minggu. Puncanya, endometriosis aku kembali. Aku tak pernah cerita disini pasal penyakit puan yang aku alami..insya Allah, bila ada kelapangan waktu, akan aku kongsikan..dan tegasnya aku nyatakan di sini, endometriosis ni tak ada kena mengena dengan bariatrik. 

Jom tengok progress penurunan berat aku.

Alhamdulillah.. separuh dari target dah aku capai

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg


Berat aku sudah cecah 94kg.

Mungkin sebab berpuasa,maka penurunan lebih cepat.  Di sini aku nak kongsikan gambar terkini (bulan lepas sebenarnya) sebagai inspirasi bersama.

Berita bestnya, aku dah muat pakai baju zaman kolej dulu.. tapi butangnya masih nampak tegang. Tunggu 2 bulan lagi..insya Allah aku akan bergambar dengan baju tu. 

Baru-baru ni, ada seorang komentar yang datang bertandang dan meninggalkan komen di blog aku. Rasanya komentar ni kenal aku sebab dipanggilnya aku dengan gelaran di pejabat.

Aku tak tahu siapa dia sebab hanya pengenalan Unknown sahaja yang digunakan. Cuma 1 perkara aku nak ingatkan di sini kalau dia baca entri hari ini. Aku tak pernah paksa sesiapa untuk buat bariatrik. Aku hanya berkongsi kisah aku sahaja. Jika ada yang bertanya, kalau aku lapang, aku jawab. Jika tidak cukuplah dengan membaca semua info-info yang aku catatkan di sini sejak 2019. Tak perlulah kau nak kondem semangat orang dengan mengatakan "setelah kau baca entri aku, kau tak jadi buat baria".. ehh..bila masa aku suruh atau paksa kau ehh?? 

Pelik betul aku dengan manusia macam ni. Kalau ye, kau rasa bulan puasa ni kau nak usaha kurangkan berat kau..silakan. Dan kalau kau rasa kau tak berat mana, tak payah nak pikir pasal buat baria. Kau ingat doktor tu senang-senang nak kerat perut kau. 4 test tau kau nak kena buat untuk buktikan kau layak ke tidak.

Macamnilah.. kalau kau rasa nak diet, terpulang kat kau. Kalau kau rasa tak nak baria..pun gasak kaulah, tak ada sape nak paksa.  Tapi jangan tinggal komen yang kalau orang lain yang tengah semangat nak buat baria rasa patah semangat. Siapa pun kau.. aku tak rasa kau patut rosakkan semangat orang lain. 

Mujurlah blog ni aku tapis dulu semua ulasan. Ok..nampaknya itu sajalah yang aku nak coretkan hari ini. Oh ya..lupa pulak, hari ini aku timbang lewat dari biasa sebab lepas bangun sahur tadi..aku lupa nak timbang. So,aku biarkan semua makanan hadam dulu,baru aku timbang.

Kepada yang masih semangat..teruskan semangat korang. Tendang dan terajang jauh-jauh anasir yang langsung tak membantu tu. 

Salam Ramadhan.


Rabu, 7 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #18 DINGDONG 170 HARI

 Assalamualaikum..


Aduhai..agak stress dengan berat dingdong ni. Naik turun jadinya. Makan minum seperti biasa. Tak tahu apa yang tak kena.

Itu je dia pergi..97..98..nasib baik..turun 96kg.

Benci pulak tengok graf ni. 

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg

Mujur jugak saiz makin mengecut..cumanya geram tengok penimbang tu. Sepatutnya..aku jangka dalam tempoh 6bulan, berat boleh turun hingga 27-28kg. Tapi masih tersangkut di 25kg. Liat betul la haih..

Seorang BariatricQueen advise aku untuk mulakan balik liquid diet. Insya Allah, aku nak on balik liquid diet bulan puasa nanti.

Sebagai permulaan, aku nak beli Optifast Coffee sebab kalau Optifast Strawberry, aku rasa muak..nak muntah pun ada. Harapnya dapat membantu.

Ok ..itu aje untuk harini.. 


Ahad, 28 Mac 2021

MY BARIATRIC LIFE : #17 HARI KE-160

 Assalamualaikum.

Mood untuk menulis tak ada.. hari ni, genab 2 tahun pemergian abah.. menangis sehari aku hari ni.. teringat sangat.. rindu yang tak terungkap sebab aku ni anak abah.

Hari ni, hari yang ke 160 post operation. Berat yoyo naik balik sejak mula masuk ke pejabat. Mungkin sebab makan pada waktu yang tak betul. 

Naik la pulak.. hmmmmm

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg


Naik turun grafnya.. 

Tak apalah..asalkan tak cecah 100kg dan saiz menurut ke 2XL pun dah cukup.

Itu sajalah.. tak ada mood nak cerita.. rindu kat arwah abah sangat mencengkam hati...

Al-fatihah..


Khamis, 18 Mac 2021

MY BARIATRIC LIFE : #16 150 HARI TANPA NASI

 Assalamualaikum.

150 hari tanpa nasi! Alhamdulillah, masih istikhomah. Penurunan agak laju dari 10hari lepas gara-gara aku dikejarkan ke hospital kerana batu karang.

150 hari = 25kg

Protein dan air masih rendah

Kan best kalau graf menjunam macamni tiap minggu. 

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg

Seelaknya aku jauhi nasi. Masak hanya untuk ahli keluarga. Tipulah kalau aku kata aku tak sentuh nasi.. kalau dah masak kat keluarga, bab merasa tetap aku rasa masin masamnya. Contohnya kalau suami nak makan nasi goreng, tentunya aku merasa secubit 2 nasi yang digoreng tu..tapi untuk sendukkan dalam pinggan dan makan dengan penuh nikmat tu,memang tak lah!

Kesan kurang nutrisi sudah mula aku rasa. Paling ketara..rambut gugur. Salah sendiri sebab aku tak makan 5kali sebagaimana yang diajar dietitian. Sajian seimbang aku hanya makan 1 kali sahaja, dan snak/kudap/buah 1 kali. Kiranya 2sajian sehari.

Rambut aku gugur teruk sampai nampak kulit kepala.  Bertambah parah sebab rambut aku kerinting,gugur bergumpal-gumpal penuh disikat bila aku menyikat rambut selepas mandi. Rambut yang asalnya panjang hingga belakang, dah suami aku tolong potongkan. 

Aku ni..bab nak makan supplement memang failed. Selalu terbabas. Walhal ada je stok dirumah. Sudahnya aku beli shampo dan tonik rambut. Alhamdulillah, rambut dah kurang gugur. 

Oklah..itu aje untuk hari ni. Kisah 150hari post operation. 

Doakan moga aku terus istikhomah. 

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...