Sabtu, 21 November 2020

BARIATRIC INFO : STEP BY STEP

 Assalamualaikum

Baru-baru ni, aku ada terbaca di group Bariatrik, ada yang bertanya apalah step-step atau prosedur untuk menjalani pembedahan ni. So, hari ini ada kelapangan sikit, dan aku akan berkongsi info. Sebelum ni pun aku dah berkongsi panjang lebar pengalaman aku. Kalau nak baca penuh..klik aje tab kanan blog ni yang aku tulis MY BARIATRIC JOURNEY


Credit to : google and owner


Untuk entri ni aku ringkaskan bagi mudah korang nak faham. Aku bahagikan kepada 5 fasa;


FASA PERTAMA -STEP MULA:

1.SURAT RUJUKAN : pergilah kemana-mana hospital/klinik kerajaan, ceritalah dengan doktor,masalah yang korang hadapi dan mintak doktor buat surat rujukan atau cadangan untuk korang buat bariatrik bagi merawati masalah kesihatan korang. Masa ni korang boleh minta doktor tuliskan nama hospital yang korang nak pergi.

2.TARIKH TEMUJANJI : bila dah dapat surat, korang telefonlah hospital mana yang korang nak pergi, dan bagitahu korang dah dapat surat rujukan. Nanti diorang akan bagi tarikh temujanji pertama. 

Disini..aku nak bagi tips. Tips untuk mempercepatkan tarikh pembedahan. Kalau korang mampu dan ada modal sendiri, korang pergilah ke hospital swasta dan buatlah 4 test saringan utama iaitu: blood test, ultrasound, scope, sleep test.
Korang boleh bagitau,test ni untuk buat bariatrik. So taulah diorang apa nak buat. Kalau korang tak mampu, tunggulah jumpa doktor pada tarikh temujanji.


FASA KE-2-TEMUJANJI DAN TEST :

1.TEMUJANJI PERTAMA : Hadirlah temujanji pertama. Disini nanti korang akan diberi surat rujukan untuk buat 4 test saringan utama. Kalau korang datang dari jauh, minta kat doktor untuk buat di hospital yang terdekat dengan korang. Kalau korang nak buat disitu juga, pun boleh. Ikut mana yang korang rasa mudah. Dan kalau korang dah ada result 4 test (seperti tips yang aku bagi kat atas tu) korang tunjukkan sajalah kat doktor. Biasanya dia akan terima dan dia akan aturkan temujanji untuk pakar bius pula. Jika tidak.. maka korang kena selesaikan 4 test saringan tu dulu.

2.JUMPA PAKAR BIUS : bila semua 4 test saringan dah ok, doktor akan bagi tarikh untuk jumpa pakar bius. Bacaan ECG atau jantung akan diambil. Kalau semua ok, biasanya korang akan dapat tarikh temujanji baru untuk bincang tarikh pembedahan. 

3.TARIKH DAN PERSEDIAAN PEMBEDAHAN : untuk part ni, korang akan jumpa doktor untuk bincang tarikh. Bagi penjawat awam, sediakan Borang Perubatan 1/09 untuk doktor isi dan tandatangan. Bab tarikh, terpulang kepada doktor bila dia nak bagi..masa itu juga atau dia akan call kemudian. Dan korang balik dan uruskan apa yang patut..kalau bukan penjawat awam, masa inilah korang kena sediakan bayaran.


FASA KE-3 -PRA PEMBEDAHAN:

1.FINAL TEST : untuk final test, korang kena buat 2 lagi ujian sebelum pembedahan iaitu chest x-ray dan blood test. Pengalaman aku pulak..ditengah musim Convid..aku kena buat swab. Malang sungguh!

2.MENTAL SUPPORT :sebelum pembedahan, biasanya dietitian akan bagi panduan samada secara berjumpa atau melalui telefon. Akan diberinya panduan sebelum dan dan selepas pembedahan.


FASA KE-4 -PEMBEDAHAN:

1.ADMITTED DAN PEMBEDAHAN : inilah part yang ditunggu-tunggu. Admit dan tunggulah perut korang dipotong..

2.FOLLOW UP PERTAMA : selepas discharge korang akan melalui follow up pertama. Masa ni agak kritikal sebab baru je lepas bedah. Pantang kena ikut.


FASA KE-5 -PASCA PEMBEDAHAN:

Inilah yang sedang aku lalui sekarang..so tak ada apa nak cerita lagi.boleh je terus baca blog aku ni. Dari segi anggaran masa yang tepat, aku tak dapat bagi sebab bergantung kepada situasi dan keadaan kesihatan korang serta keadaan semasa.

Sekian perkongsian aku..kata nak ringkaskan..tak ringkas jugak rupanya. Apapun..selamat berjuang untuk semua. Doakan kita sama-sama sihat dan terus istikhomah.. aaminn..

Rabu, 18 November 2020

MY BARIATRIC LIFE : #3 HARI KE-30

 Assalamualaikum.

Sudah sebulan berlalu selepas operation dan aku sudah mulai makan. Menu hanya ikan, ayam, soun. Kadang-kadang kenyang dengan buah tembikai.

Nak minum air kosong,tekak aku macam tak boleh terima. Sedangkan sebelum ni, aku jarang minum air manis. Sudahnya setiap hari aku minum air yang dititis dengan stevia. Kalau tak,langsung aku tak lalu nak minum. Baru-baru ni,aku cuba minum air kelapa muda ori, titis stevia..laju pulak aku minum. 

Berat aku sudah 1 minggu tak berganjak. Haritu dah turun 110kg.. sekarang naik ke 112kg.. berat ni berat kering ye..maksud berat kering ni..berat tanpa baju tebal...(kau paham-paham sendiri lah) kadang turun kadang naik sekitar tu juga. Aku tanya dengan dietitian,dia kata itu biasa.

Dan yang aku turun mendadak tu tak bagus sebenarnya. Biar turun sikit-sikit lebih selamat.


Aku gunakan Apps Myfitnesspal untuk rekod berat aku.

Risau jugak aku..

Kalau ikut cara aku diet lepas operation haritu..memang hari-hari turun. Disebabkan dah mula makan,boleh naik balik. Makan pun betul-betul aku ambik protien. Nasi dah sebulan aku sentuh. Air cuba juga 1liter kadang-kadang tak lepas. Buah tembikai boleh dikatakan hari-hari sebab bantu aku "minum" air masa makan buah.

Tapi, baju mula rasa longgar. Alhamdulillah. Menu aku pun, bakar, rebus, kukus. Kadang-kadang rasa muak nak muntah je dengan menu tu. Soun aku goreng macam bihun..minyak 1 sudu utk tumis bawang. 

Susu pulak selang 2-3hari minumlah 1cawan. Multivitamin aku akan mula ambil esok. So,tunggulah sebulan lagi untuk tengok kesan..berjaya atau tidak.

Doakan aku..



Jumaat, 6 November 2020

MY BARIATRIC LIFE : #2 FOLLOW UP KE-2

 Assalamualaikum

05.11.2020.. selepas 16hari pembedahan, aku kembali ke HKL untuk 2nd follow up. Jam 9 pagi,makanya aku bertolak awal sehari.


Seperti biasa seawal pukul 8 aku dah sampai. Dalam pukul 9.40,sampai giliran. Berjumpa dietitian dulu.. berat hari ini 111kg (turun 11kg). Tapi, aku ceritakan yang aku hilang selera makan,mulut rasa pahit dan payau. Betul-betul aku hanya minum ..dan liquid diet. Dietitian cakap..penurunan ini tak bagus untuk aku sebab makanan aku tak berkhasiat. Dan dia nak aku makan makanan solid. 

Aku juga mesti makan 5 kali sehari iaitu 3 menu protein dan 2 menu snek. 

Dan selepas tu jumpa Dr.Zu..pun advice perkara yang sama. Buntu aku..nak minum pun lidah rasa pahit. Nak tak nak..terpaksa.. air, wajib 1 liter untuk elakkan terjadinya batu karang.

Sebelum balik, kena ambil ubat gastrik lagi untuk 1 bulan. Dan follow up seterusnya pada bulan 2/2021.



Ahad, 1 November 2020

MY BARIATRIC LIFE : MINYAK IKAN

 Assalamualaikum

Semalam aku kongsikan jenis multivitamin yang aku beli. Hari ini aku kongsikan pula mengenai minyak ikan. 

Fungsi minyak ikan adalah untuk menurunkan tekanan darah, tahap kolesterol, mencegah penyakit jantung , pembekuan darah dan darah tinggi. Ia jugak baik untuk mata, kesihatan wanita dan otak.

Setiap individu dewasa disarankan mengambil sekurang-kurangnya 99g minyak ikan seminggu.

Cara nak pilih minyak ikan yang terbaik adalah;

  1. Pilih yang ada sijil IFOS (International Fish Oil Standart)
  2. Minyak dari ikan kecil (ikan besar lambat mati dan banyak kumpul toksin logam berat)
  3. Pilih yang ada Omega 3 yang tinggi. Omega adalah jumlah kandungan EPA+DHA. Cara nak tahu tinggi atau tidak begini:
Katakan 1 softgel berat 1000mg. Kandungan EPA 180mg, DHA 120mg➡️
EPA 180g + DHA 120mg = jumlah Omega 3 adalah 300mg
Berat softgel 1000mg - jumlah Omega 300mg = 700mg(ini adalah Filler atau minyak pengisi!)

Jika 1 softgel berat 1200mg. Kandungan EPA 340mg, DHA 260mg➡️
EPA 340mg + DHA 260mg = jumlah Omega 3 adalah 600mg
Berat softgel 1200mg - jumlah Omega 600mg = 600mg(ini adalah minyak filler)

Apa itu minyak pengisi? Minyak filler/pengisi adalah minyak yang digunakan untuk mengisi softgel selepas dah isi Omega 3. Minyak filler biasanya diproses dari mata atau perut ikan ataupun ada juga yang isi air sahaja sebagai ganti. So,berbalik pada niat asal,kita nak makan minyak ikan..bukan air ye.

Kaji punya kaji..maka aku pun pilih jenama ini.

Pristin Gold

EPA 480mg + DHA 360mg = 960mg Omega3
Berat softgel 1200mg - Omega3 960mg = 240mg filler
Nampak? Baki minyak filler hanya 240mg sahaja!
 Minyak ikan ini juga diperbuat dari ikan bilis,sardin dan kembung..ini adalah ikan kecil

Ok..itulah yang aku dapat hasil mengkaji dan menggugel. Kalau korang jumpa yang lebih baik (tinggi Omega3) boleh kongsikan dengan aku ye..

Kenapa pesakit bariatrik perlu mengambil minyak ikan? Sebab perut dah kecil, tak mampu makan banyak..maka supplement  inilah yang kita perlukan bagi memastikan badan mendapat nutrusi yang sepatutnya.

Itu sahaja entri hari ini..

Adiosss!




Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...