Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mac 2013

ROCK OO..BEST GILE..AN...AN..AN..

Assalamualaikum..

Dalam keadaan demam yang beransur baik ni, malam tadi dengan penuh semangat aku menapak kaki dengan kakak aku ke Jitra Mall semata-mata nak tengok filem yang dah lama aku tunggu. Rock OO..Rimba Bara Kembali..


Kepada yang lahir selepas dari tahun 90an tak akan merasa apa yang orang yang terdahulu rasa. Aku lahir tahun 80. Kakak aku yang sulung pada waktu itu dah remaja. So aku membesar dengan mendengar lagu-lagu rock yang kak long aku pasang tiap hari. 

Aku tengok cara berpakaian minah dan mat rock sendiri. Saksi segala kejadian dan kegilaan rock pada masa tu.




Inilah babak sedih..ketika Rimba Bara terpaksa bawa haluan masing-masing sebab langsung tak berjaya di KL..

Dan aku tak hairan bila baca artikel ni.

Kepada yang hidup sezaman aku dan yang pernah menonton filem ROCK adalah rugi kalau korang tak tengok filem ke-2 ni.. Rock Oo..Rimba Bara Kembali. Memang best ..memang puas hati..dan aku bagi 5 bintang untuk jalan cerita yang best ni..

Pun begitu tidak ada benda yang sempurna didunia ni. Ada beberapa babak yang secara tidak sengaja dan diluar kawalan bila ternampak kereta (model tahun 2000..aku tak perasan kereta apa sebab sekali lalu je) masa babab Rimba Bara dok berkumpul atas jejantas dan ada pulak penyanyi jalanan yang menyanyi atas jejantas tu.(penyanyi tu perempuan tapi pakai tudung ala-ala cekup kepala..seingat aku zaman tu mana ada perempuan rock pakai tudung)

Mungin Abang Mamat Khalid  terlepas pandang..tapi oklah..masih boleh diterima.

So semalam..balik dari panggung dengan tersenyum dalam kereta. :)

Dan kenapa aku tulis tajuk Rock Oo..Best Gile..An..an..an..
yang tak tengok lagi mesti heran..kenapa ada An..an..an..
korang tengoklah baru korang tau..an..an..an


*tiba-tiba tersyiokkk pulak kat Pekin @ Slash..cool gile..hensem la pulak mamat nih..

Isnin, 6 Februari 2012

SEEFOOD..ANIMASI MALAYSIA BERTARAF HOLLYWOOD???

Assalamulaikum..

Aku tertarik dengan 1 iklan kat tv ni. Iklan tu promosi kepada filem animasi Seefood. Mula-mula aku tengok, macam best jer. Tengok punya tengok..eh..eh..dalam filem tu Siap ada gambar wau bulan ..aik..dari mana filem ni datang..korek punya korek..ooo baru aku tau, filem animasi tu memang Made in Malaysia lah!..


Wow..memang menarik nih! Kalau tak dikorek-korek tu dan kalau tengok sekali lalu jer,memang aku tak sangka filem tu buatan Malaysia. Kartun dia cantik, sound dia pun best,sama macam filem animasi dari Hollywood.

Kisahnye mengenai sekumpulan ikan yang diketuai oleh seekor jerung yang bernama Julius yang ingin naik ke darat. Apa akan jadi lepas tu..ni kena tengok kat pawagam. Layan filem macam ni lagi bagus,kepala pun tak serabut..enjoy jer..



Filem ni pulak akan menjelajah ke lebih 90 buah negara. Dan aku rasa, dengan kualiti yang baik macamni, memang boleh sesangat filemni masuk ke negara luar. Di Malaysia pula akan di tayangkan pada 8 Mac 2012. Itu jer aku nak kongsi dengan korang..Adeus!!!

Khamis, 2 Februari 2012

HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT

Assalamualaikum..

Aku yakin korang semua pernah tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan saudara Mamat Khalid. Semua orang suka ..tak delah pulak aku dengar orang komplen itu ini walaupun ada jugak scene yang merapu tapi memang kelakar gila.

Tak lama lagi akan ditayangkan filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit, juga arahan Mamat Khalid. Aku sebenarnya tak sabar nak tengok filem ni. Adakah ianya sekelakar  Hantu Kak Limah atau lebih kelakar lagi dari itu. lbih-lebih l agi filem ini adalah sequel dari filem Hantu Kak Limah. Aku sekarang ni rasa nak sangat tengok filem-filem macam ni. Otak aku dah sendat sangat dengan kekusutan. Kalau dapat tengok filem macam ni , memang boleh release tension aku ni.



Filem ni masih mengekalkan pelakon yang sama dengan filem Hantu Kak Limah.  Dan yang pastinya, daya penarik untuk filem ini adalah Usop..


kali ni Usop tidak lagi berwilcha..


dan warung Pak Jabit dah semakin seksi..


Apapun..kena tunggu tayangan yang dijangka pada hujung tahun ni..aduhai lambat lagi tu...Sinopsis untuk filem ini memang masih menjadi tandatanya..tak saper yang tau melainkan pengarah, penerbit dan pelakon-pelakonnya..

Ape lagi la gamoknye citernye kan?..cer citer..cer citer...
Adeus...

Khamis, 16 Jun 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat untuk aku masukkan entry mengenai satu-satunya filem baru yang dah hampir 10 kali aku tengok. Filem lain tak pernah aku taksub sampai macam ni. Fenomena Hantu Kak Limah cukup dahsyat, seolah-olah, sesiapa yang tak tengok filem ni, ibarat tak sah jadi anak Malaysia..pas tu KITE BAKOR JE..KITE BAKOR JE..KITE BAKOR!!


Aku tak sangka, poster yang aku tengok pelik masa di tayangkan dipawagam masa minggu tayangannya dulu sebenarnya  mengandungi sebuah cerita yang memang tak kering gusi..Gara-gara Hantu Kak Limah, Shy8 yang kurang dikenali, tiba-tiba meletup mengalahkan Artis Paling Popular 2010.. Nama Usop Wilcha jadi top. Semua orang kenal hatta budak kecik sekalipun. Tabik spring dengan Abang Mamat Khalid..


Sebutlah bila-bila masa pun, tengoklah bila-bila masa pun...aku akan gelak besar macam tak pernah tengok. Memang cerita lawak yang paling best pernah aku tengok. Tapi masih ada yang tak tahu, tajuk sebenar cerita ni dulu adalah ENJIT-ENJIT SEMUT, SIAPA SAKIT NAIK ATAS. Tajuk sempena lagu yang Hantu Kak Limah menyanyi dalam filem ni. Tapi ia di tukar mungkin kerana tajuk tu agak kurang komersial. Maka jadilah HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH...seingat akulah, tajuk filem yang paling panjang di Malaysia..



Penangan pelakon-pelakon yang amat menjadi wataknya. Seingat aku sepanjang hidup aku, orang ramai hanya boleh ingat dialog dan babak dalam filem-filem P.Ramlee sahaja. Selepas dari itu, datanglah filem apa sekali pun, box-offiice macam mana sekali pun, sepatah dialog pun orang tak ingat. Hantu Kak Limah Balik Rumah telah pun memecah rekod itu. Boleh dikatakan dialog untuk keseluruhan filem itu, dari mula sampai akhir, sentiasa jadi sebutan dan bahan gurauan..Betul tak kata aku??? SAPE SETUJU, ANGKAT TANGAN MACAM AWOK!!!


So aku tak mau cerita panjang. Pada yang belum tengok, carilah DVD yang original. Beli dan tengoklah. Bukan setakat filem kosong, tapi di dalamnya sarat dengan mesej dan sindiran yang memang terkena batang hidung orang-orang yang berkenaan.. Aku cuba cari kesilapan dari segi teknikal atau jalan cerita..tapi tak jumpa. Yang aku jumpa....hantu kak limah..hahah..!!! Untuk itu aku berikan 5 bintang dari 5 bintang!! So selamat menonton dan lepas tu cecite..cecite... Arios!!!

Rabu, 8 Jun 2011

Kong-Si, RM8Juta dan Farid Kamil

Assalamualaikum..

Dah boring cerita pasal manik. Jom kita cerita pasal movie. Hmm..KONG-SI..Ada yang bagi respon positif dan ada yang bagi respon negatif. So aku berlaku adil untuk kedua-duanya..

Aku dah berkesempatan menonton Kong-Si pada hari pertama tayangan. Aku menonton dengan penuh konsentret..tiap satu aku perhatikan dengan teliti. Bermula dengan watak Tumulak. Pada sesiapa yang terlepas 5 minit awal tayangan memang takkan faham motif cerita ni.

So aku yang tak berkelip mata, memang boleh faham apa plot cerita ini sebenarnya. Di sini beberapa pujian dan kritikan yang aku boleh bagi..


1. Pelakonnya yang memang pandai berlakon dan lakonan yang amat berkesan terutama Shaheizy Sam dan Azat Jasmin. Pada aku lakonan 2 orang ni memang tip top. Tapi aku kecewa dengan lakonan Putri Mardiana dan yang pada aku biasa-biasa aje. Begitu jugak dengan Fizo. Aku mengharapkan sesuatu yang lebih lagi dari tu. Watak Yana sebagai Insp.Lola ok cuma macam ada sedikit yang tak kena. Yana pelakon yang bagus, tapi ntah apa yang membuatkan aku nampak watak dia kali ni kurang terkesan di hati. Apapun, aku suka lakonan Yana dalam drama Siti Kelembai!

2. Jalan cerita yang menarik. Komedi yang bersahaja memang menggamatkan panggung. Pelakon extra yang terlibat dalam membuat lawak juga nampak natural. Cuma kesinambungan antara babak tu kalau budak2 tengok memang sukar difahami.

3. Babak pertarungan yang sinonim dengan filem arahan Farid Kamil (menghumban lawan ke atas meja). Pada aku ok je, tapi kalau boleh dapat direkakan aksi yang lebih ganas sikit tapi tak melampau sangat. Cuma aku terkilan bab Tumulak menikam mati adik Man Jawa..gaya hayunan amat ngeri, tapi orang yang ditikam langsung tak berdarah..clear je..tapi babak Azat (Mikail) terpotong jari sendiri nampak real dengan darah yang memancut.*tumbs up!*

4. Babak kejar mengejar kereta polis dan kereta Tumulak..kereta Waja polis hancur diranapkan kerana merempuh kereta Tumulak, sedangkan kereta Evo hanya tunggu dan lihat tak bergerak..(mungkin sayang kereta mahal tu dan kalau rosak kos nak ganti tu boleh buat  1 drama heheh), apapun aku tabik dengan aksi drift yang best cuma kesan tayar di atas jalan yang "belum" dilalui kereta sudah jelas dan terang kelihatannya..(nampak macam dah berpuluh kali aksi yang sama dibuat....)

5. Makeup dan kesan khas..Sebelum ni aku perasan di leher Azat ada tatu . Besar tatu tu. Tapi bila babak Azat bawak emak dia ,masa tu Pak Maliki sampai depan balai polis, aku tengok tatu di leher Azat tu dah tak ada. So pada manusia yang detail macam aku, memang aku alert benda-benda kecil camni.

6. Watak Bront Palarae sebagai Kimpedu cukup berkesan walaupun hanya beberapa shoot saja. Cuma aku agak memikir..kenapa di awal babak (masa Tumulak baru belajar tomoi dengan Sarifudin(Fizo)..) aku tengok Kimpedu elok jer jalan. Tiba-tiba bila dah nak serah tugas untuk datang ke Malaysia (dalam kuil Budha) dia dah duduk atas wheelchair..tertanya-tanya jugak kenapa..Apapun aku salute dengan Bront, dengan hanya mimik muka dan cara bercakap, watak yang dibawa memang menjadi.

So apa jua komen yang diberi, sebagai kawan aku mengucapkan tahniah kepada Farid Kamil kerana mampu menghasilkan sesuatu yang mampu dikenang sepanjang hayatnya iaitu kutipan pada hari pertama mencecah RM1 juta..belum pernah ada lagi filem melayu yang dapat kutipan macam tu.

Di ambil dari web Finas...

Dan untuk hari-hari terakhir tayangan , kutipan telah mencecah RM8juta. Filem ni , walaupun filem aksi tapi mampu me"release"kan tekanan sebab adanya adegan lucu yang spontan dan selamba.

Cuma aku harapkan, apa yang kurang dapat diperbetulakan  untuk filem Pe3 yang akan datang. Belajar dari kesilapan . Itu yang penting. Pujian harus diberikan kepada pelakon yang berjaya menghidupkan filem ini. Aku faham, sebagai kawan aku tak harus memberi komen yang 100% bagus kepada karya Farid Kamil hanya kerana aku kawan dan kerana nak jaga hati kawan. Tapi aku bagi komen yang adil agar dia dapat memberikan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

Pada Farid Kamil, tahniah dariku. Cuba lagi untuk filem2 akan datang. Overall, aku bagi 4bintang dari 5 bintang. Aku suka dan terhibur dengan cerita ini. Pada mereka2 yang tak suka, atau pandai komplen saja, buat penat ajelah komplen2 tu.. RM8juta dah kutipannya. Jangan jeles la ye..ok.aku beransur dulu.. Arios!!!

Ahad, 20 Mac 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...SUPERB!!!


 
Assalamualaikum
Wah..aku ni tak sabar2 nak ceta pasal HMM ni. Memamg sejak dari dok shooting tu lagi aku dah memang x sabar nak tengok.Apa lagi bila dah siap.Aku x mau p tengok awal(10Mac) sebab dah tau..kompom panggung penuh punya.So aku buat la keputusan nak p tengok kemarin dengan member.Sekali p ..nah haih..penuh jugak.tinggal 2 seat ngam2..tu pun sorang dok row depan sekali sorang .So aku pilih dok depan la sebab boleh aku lunjurkan kaki tanpa gangguan.sakit tengkuk memangla sakit.Tak pe la.nak buat camna.

So aku pun menonton dengan penuh kusyuk.Kalau boleh 1 sin pun aku x mau terlepas.Kesimpulan yang boleh aku buat..memang best gila lah!  Tak sangka betoi ada anak Melayu yang boleh buat filem macam ni.Tahniah la untuk KRU. ols memang berwawasa..(aku ucapkan jugakla tahniah walaupun aku tau depa takkan baca blog aku..ahaks!)

Aku pun belek 1 per 1 apa yang ada pada filem ni.Aku berpuas hati walaupun ada beberapa kelemahan yang memang aku perasan sangat2.Tapi x pa la.Bak kata omputih "Close 1 eye' lah. So inilah kelemahan yang boleh diperbaiki dan mungkin orang tak perasan
  1. Penggunaan bahasa Melayu.- bukanlah maksud aku mesti berdialog dengan bahasa melayu klasik yang kadang2 aku sebagai anak melayu jati sendiri pun tak paham, at least..puak Geruda tu (Wan Hanafi Su dan Khir Rahman) bercakap macam Merong Mahawangsa atau Pak Kesum tu. Itu sebenarnya bahasa Melayu Utara (BAKU). Sebab setahu aku yang tak berapa pandai sejarah ni, Bahasa Melayu yang pelat "e" di belakang( ala mcma org KL cakap tu) adalah Bahasa Melayu Riau.So, kalau benda ni berlaku di selatan semenanjung (Johor) boleh diterima la cakap mcm tu. Ini kisah UTARA yang mana bahasanya bercampur BAKU dan sikit SIAM. So aku rasa nak gelak pulak bila bahasa tercampur aduk..atau mungkinkah puak Geruda tu asalnya dari Riau.hahaha..Nak kena saman ke aku ni? hahah
  2. Baju Merong ketika dah ditabalkan jadi 'King'..hmm..nampak amat baru sekali..hehehe..ala2 bau kedai gitu..agak kurang sesuai.Lagi elok kalau di "antik" kan sikit kain tu.Baru nampak real
  3. Tatu pada muka Khir @ Kemawa - nampak mcm dilukis dengan ink sebab memnag sah2 berkilat.Setahu aku la..tatu ni sama macam kulit kita jer .So adakah kulit kita berkilat?sila tengok kulit anda sendiri..uhuk!
  4. Pelakon yang sama- aku dapat cam beberapa pelakon extra(kalau aku x silapla) yang pegang beberapa watak extra.Dalam kata lain mati idup semula..Mungkin aku silap,tapi aku rasa muka tu jugak yang tadinya mati kena cantas,tiba2 ditempat lain jadi oran lain pulak..huhu..kalau aku silap..i'm so sorry la..
  5. Bab ni agak sensor sikit.Masa puteri china tu berendam dlm tab.Fuiyo..masa kamera ambil gmbar dari atas..badan puteri tu terlindung dengan bunga2 yang ada di permukaan air.Apa yang aku nmpk puteri tu seolah2 mcm tak pakai apa2(bogel) sebab aku nmpak bahagian pelipat dari badan ke paha tu,berlipat2 je mcm memang x pakai apa2..eh2..lembaga penapisan tak nampak ker? Cmne aku bleh nampak? sebab bunga2 atas air tu terselak bergerak ikut kocakan air..Fuh! tajamnya mataku..kahkahkah
So rasa2nya itu jela yang aku nampak.Nanti aku rewind balik ingatan aku semalam.Kalau ada lagi, nanti aku tambah lagi. Apapun, teknik CGI yang aku belajar tak penah pas tu memang nmpak REAL.Dan kerana itulah aku hampir jatuh cinta kat Stephen tu..hahaha..hensem la pulak mat saleh kacuk tu.ok la.Nanti ada apa2 aku  ceta lagi ok..Arios!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...