Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

Isnin, 25 Mei 2020

RESEPI BENGKANG @ BINGKA SUSU

Assalamualaikum.

Teringin nak makan bingka? Orang Kedah tak sebut bingka tapi bengkang. Ini kali pertama dam hidup 40 tahun ni,aku buat bingka.. alhamdulillah menjadi dan sedap.


Bahan-bahan;
1 tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 1/2 tin tepung gandum
3 tin air
4 biji telur
1 sudu besar planta
Sedikit esen vanila
Secubit garam

Cara-cara;
1.Masuk semua bahan dalam blender dan blend sampai sebati.
2.Griskan marjerin dalam loyang dan tuang adunan. Bakar api bawah, suhu 180°c selama 60minit dan sambung api atas bawah suhu 180°c selama 40minit lagi.. tapi ikut oven masing-masing.. aku suka kalau atas bingka macam hangus sikit..so tambah suhu 200°c 10minit lagi..alhamdulillah..cantik kejadiannya.

Tunggu sejuk baru potong yee..jangan macam aku, tak menyempat nak berbuka, potong jugak panas-panas.

Ok..selamat mencuba!

Khamis, 10 Januari 2019

KARIPAP SARDIN ROTI BERTELUR

Assalamualaikum

Kisahnya jadi resepi ni, sebab nak makan roti telur, tapi nak jugak makan karipap sardin. So campur 2-2 jadilah Karipap Sardin Roti Telur. 2 dalam 1 lah lebih kurang.


Bahan-bahan; 
2 ulas bawang merah- dicincang
4 ulas bawang putih- dicincang
2 biji kentang -didadu
8 biji cili padi -hiris nipis
1 labu bawang besar -cincang kasar
1 tin kecil sardin
3 biji telur
Serbuk lada sulah
Roti sardin

Cara-cara;
1. Buat inti dulu..tumis bawang-bawang hingga layu dan masukkan kentang. Bila kentang hampir empuk, masukkan sardin dan perasakan. Tambah bawang besar dan cili padi,masak hingga kuah kering sedikit.
2. Lenyekkan ikan sardin dan biarkan sejuk seketika
3. Letak inti atas roti dan kepit guna acuan karipap.
4. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah.
5. Celup karipap dalam telur dan goreng hingga kekuningan.Siap!



Kalau tak nak celup tepung,boleh goreng terus.Tapi tak jadilah Karipap Sardin Roti Bertelur.. dia jadi Karipap Sardin Roti ajelah ye. Ok jom try petang ni.

Sabtu, 5 Januari 2019

HOMEMADE DUMPLING

Assalamualaikum

Kisahnya, 2016 aku ke Hongkong. Biasalah pergi travel dengan BFF aku si Iera. Di Hong Kong, aku singgah makan Ma Restaurant.. restoren cina muslim. Teringat-ingat pulak siewmai dia yang sedap gila. 

Siewmai ke.. wantan ke.. dumpling ke.. sebenarnya menggunakan doh kulit yang sama. Puas menggoogle akhirnya aku jumpa resepi yang aku try and error. Sampailah akhirnya berjaya.Jom tengok resepi.


Bahan-bahan;
Kulit Wantan/Siewmai/Dumpling :-
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung ubi
1/3 cawan tepung jagung
1 cawan air panas mendidih
Garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

Inti :-
2 keping dada ayam - cincang halus
12 ekor udang(isi sahaja) -cincang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 batang karrot -dadu kecil/sagat pun ok
Daun bawang -potong halus
3 ulas bawang putih -dicincang
2 biji bawang merah -dipotong dadu
2 sudu kecil minyak bijan- tak ada pun takpe
1 sudu kecil sos tiram
sedikit lada sulah /lada hitam
1 biji cili merah -cincang kasar
1 biji telur
Garam gula perasa

Cara-cara ;
Doh Kulit
1.  Satukan semua tepung, sedikit garam dan minyak masak.
2.  Masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan
3.  Uli doh hingga lembut dan rehatkan sebentar. Tutup dengan kain lembap supaya doh tak mengeras.

Inti
Satukan semua bahan dan perasakan dengan gula garam.

Penyediaan
1.  Panasakn periuk kukus. Aku guna periuk kukus letrik..senang je
2.  Tabur sedikit tepung atas papan canai.
3.  Uli doh tadi dan ambik besar bola pingpong, canai nipis atas papan canai. Gunakan mug atau bekas bulat untuk tekap tepung tadi.
4.  Isikan inti dan kelim ikut suka. Boleh buat macam kelim karipap. Asalkan inti bebungkus tepung sudahla.
5.
Untuk kukus : susun dalam loyang dan kukus 5-10minit. Ikut saiz dumpling tu.
Untuk goreng : terus goreng dalam minyak panas dan goreng cara deep fry.
Untuk sup : masukkan terus dalam kuah sup yang mendidih. Timbul je dia..masaklah tu

Siap! Boleh makan dengan sos cili thai atau macam tu aje.
1st time buat..kulit agak tebal.Inti ok dah

Percubaan seterusnya.. saksesssss!!!

Cara-cara nak kelim kulit dumping ni banyak tutorial kat youtube. Terpulanglah nak buat macam mana pun.Rupa lain-lain..rasa sama je.. Nak rasa lain, ubah je inti. Guna daging pun sedap juga.Cubalah ya. Kalau tak jadi, jangan give up. Cuba lagi. Ok

Adeuss!!!

Ahad, 2 Disember 2018

SARDINE PUFF ASAL BOLEH

Assalamualaikum

Ini pun salah 1 kegemaran aku. Biasa beli je kat kedai.. tapi kali ni nak try buat sendiri. Kebetulan jumpa kulit puff, lagilah mudah kerja. Aku tak pandai buat kulit puff ni..tak kena cara, terbuang aje tepung nanti.

Puff ni berlagak sikit sebab aku letak cheese mozarella. Tak letak pun tak apa, saja aku yang mengada-ngada. Jom tengok resepi;

Bahan-bahan;
1 tin kecil sardin
3 ulas bawang merah -cincang
3 ulas bawang putih -cincang
1 biji kentang -dadu 
1 labu bawang holland -cincang kasar
1 ketul cheese mozarella - potong memanjang
Kulit pastry puff

Cara-cara;
1. Tumis bawang-bawang hingga layu dan masukkan kentang. Masak hingga kentang lembut.
2. Masukkan sardin dengan kuah,perasakan dengan garam.
3. Masukkan bawang holland dan kacau hingga kuah sardin sedikit kering.
4. Lenyek-lenyekkan ikan sardin dan letak atas kulit puff dan letak cheese 1 potong. Tekan keliling kulit puff dengan garfu. Kelar sikit kulit puff dengan pisau.
5. Bakar dengan suhu 200°c selama 15minit.. siap!


Puff aku gemuk-gemuk semuanya.. inti taruk lebih. Puas hati makan sebsb yang beli biasanya inti bawang je lebih..nasib tak baik, dapat inti oksigen! 

Sabtu, 1 Disember 2018

POPIA CARBONARA CHEESE

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku nak tergelak jugak dengan rakyat Malaysia ni. Punyalah suka cheese mengalahkan mat saleh. Habis semua benda makan nak bubuh cheese. Aku rasa kalau diorang tahulah betapa taksubnya orang kita dengan cheese, nescaya diorang akan tepuk dahi.

Aku ni tak lah taksub sangat walaupun aku sendiri dah hampir 9 tahun jual Jalapeno Cheese Powder. Cuma kali ni, aku nak try la macammana rasa popia taruk cheese. Maka aku pun try buat dengan resepi yang aku hentam saja dan olah sedikit sebanyak.

Bahan-bahan;
Kulit popia
1 tin sos Carbonara Mushroom
10 biji cendawan butang (dalam tin)
1/2 batang karot -dadu
1 biji kentang -dadu
2 ulas bawang merah -cincang
4 ulas bawang putih -cincang
1 ketul dada ayam -cincang
1 ketul cheese mozarella -potong memanjang macam funfries)
Sedikit oregano
1biji telur- ambil putih sahaja

Cara-cara;
1. Tumis semua bawang sampai layu, masukkan isi ayam,kentang dan karot.
2. Masukan cendawan dan sos catbonara. Tambah 1/2tin air dan masak hingga sebati.
3. Percikkan oregano dan perasakan kuah. Masak hingga agak kering.
4. Atas kulit popia, letak inti yang dah siap tadi, letak 1 potong cheese dan gulung seperti biasa. Lekatkan kulit popia dengan sedikit putih telur( guna sebagai gam)
5. Goreng dengan minyak yang betul-betul panas dengan api sederhana.Siap! 


Punya tak sabar nak makan..kena pegang dengan tisu,panas punya pasal.
Sedap jugak weh..layan..

Sabtu, 22 Ogos 2015

CUCUR SARDIN

Assalamualaikum..


Ketandusan idea nak buat menu minum petang? Atau terasa lapar tapi kat dapur tak ada apa-apa? Gunakan apa yang ada. Ini resepi tangkap muat asalkan kenyang.. Cucur sardin..



Bahan-bahan;
1 tin kecil sardin (aku gunakan King Cup sebab ini saja sardin yang kena dengan tekak aku)
3 cawan tepung (ikut tahap kelaparan masing-masing)
1 labu bawang besar dicincang
4 tangkai cili padi (terpulang nak letak ke tidak)
1 biji telur
Daun bawang (pun ikut suka koranglah berapa nak guna)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara;
1. Hancurkan sardin bersama kuahnya dan gaul dengan tepung.
2. Masukkan semua bahan dan tuang air sedikit demi sedikit agak-agaklah senang korang nak  jemput dengan jari untuk goreng.
3. Tambah garam atau serbuk cukup rasa.
4. Jemput guna jari (agak-ajak aje saiz tu)Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.


Siap..selamat menjamu tekak! 
Adeuss!!!

Rabu, 19 Ogos 2015

KUIH QASIDAH MENGGEDIK

Assalamualaikum..


Amboi tajuk..huhu.. sempena nama kuih kegemaran aku dari kecik lagi.. bak kata orang Kedah.. "tauk2..
telan!" .. tak payah nak kunyah..masuk mulut..telan je.

Ini resepi Kuih Qasidah yang diajar mak aku.

Kuih Qasidah Utara

Bahan-bahan;
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Bahan taburan; 5-6 ulas bawang merah,di mayang dan digoreng.

Cara-cara;
1. Campur semua bahan dalam periuk (kecuali bawang) , kacau sampai sebati..
2. Masak atas api sederhana, kacau sampai likat.
3. Sediakan bekas , sapu minyak (gunakan minyak bekas goreng bawang) dan tuangkan adunan yang sudah masak tadi.
4. Taburkan bawang goreng sesuka hati..biarkan sejuk..SIAP!!

Sukatan yang aku bagi ni, memang ngam 1 bekas macam dalam gambar tu..teksture nya tak keras..tak lembik ..tapi menggedik jeee..Ok..selamat mencuba.. Adeus!!!


Jumaat, 4 Oktober 2013

WAFFLE SIMPLE TAPI SEDAP!

Assalamualaikum..

Oleh kerana dah beli Waffle Maker tu, maka projek membuat waffle pun bermula..Dan aku mencari resepi yang simple dan tidak renyah tapi hasilnya amat best.. Kat mana aku beli waffle maker ni..korang boleh tengok DISINI

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum,
1 1/2 cawan susu segar(kotak aje lah)
3camca besar planta yang dicairkan
2 sudu teh yis (Instant yeast)
1camca besar gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1/2 cawan air suam(agak-agak ye untuk bancuhan)
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila
Bahan sapuan : ikut suka koranglah nak pakai jem ke butter ke..honey ke..ikut tekak masing-masing ye!

Campur semua bahan..pukul guna Whisk atau apa-apa sahaja asalkan adunan rata

Tuang adunan dalam Wafer Maker yang sudah dipanaskan

Masak ikut suka tahap garing yang korang suka..anggaran 5minit keatas lah

Keluarkan dari maker

Sapu lah apa-apa yang korang nak sapu..kat sini aku letak peanut  butter dan jem strawberi, pastu potong lah ikut suka..

Siap!
silalah makan sampai lebam...dan waffle aku, rangup diluar..lembut didalam!

Itu aje..senang ajekan?? Tak yah belilah..buat sendiri boleh makan puas-puas. Sekian aje untuk hari ini..Adeus!!!

Isnin, 7 Januari 2013

RESEPI POPIA DURIAN

Assalamualaikum..

Durian Crepe dah senyap sepi.. Sekarang ni dah keluar Durian Goreng. Tapi hari ni bukan nak cerita pasal Durian Goreng..resepi Durian Goreng akan aku publish esok.. Memandangkan sekarang ni durian bukan lagi buah bermusim..tiap masa ada durian,maka macam-macam resepi lah yang direka.



Popia Durian ni bukanlah makanan baru. Aku tak tau lah nama sebenarnya apa, tapi aku la yang panggil Popia Durian. Resepi kakak aku. Sebab dia hantu durian..aku tak makan durian. Dah lama sebenarnya tapi jarang dikomersialkan memandangkan dulu durian buah bermusim dan ada masa-masa tertentu harga melampau-lampau mahal.


Oleh itu aku nak syer resepi yang simple. Kalau nak yang level chef sila tanya Masterchef. Ok

Bahan-bahan;
Isi durian (kuantiti terpulang pada korang)
2 sudu besar tepung jagung
Gula secukup rasa sesuka hati
Kulit popia
Tepung tempura

Cara-cara;
1. Masakkan isi durian,tepung jagung dan gula. Kacau sampai likat dan sejukkan.
2. Bila inti durian dah sejuk, letak atas kulit popia dan lipat 4 segi. Kalau terer korang nak lipat 8 segi pun boleh.Try la kalau berani!
3. Matikan kulit popia dengan air tepung atau telur.
4. Golekkan atas tepung tempura dan goreng hingga  kulit popia kuning.
SIAP..

Dinasihatkan jangan makan panas-panas. Biar sejuk sikit.dibimbangi mulut korang akan melecur  dek inti yang panas. Tolong jangan salahkan aku..aku dah pesan ni..apa-apa korang tanggunglah sendiri ek??

Sekian..adeuss!!!!

*sorry tak de gambar untuk popia yang dah siap, sebab aku tak buat..resepi ni resepi lama..huhuhu.. ..sebagai gantinya..nah..

ini yang aku  google. *kredit to http://nooranaali.blogspot.com. Walaupun resepi dia lain sikit, tapi lebih kurang sama.

Sabtu, 8 Disember 2012

DURIAN CREPE CUSTARD FILLING

Assalamualaikum

Durian Crepe lagi..

Ini entri aku yang ke-2 pasal Durian Crepe. Sebelum ni aku berkongsi resepi yang mudah. Ada yang bertanyakan pada aku..berapa keping crepe boleh dapat dengan bahan yang sebanyak sukatan yang aku bagi. Jawapan aku ialah..bergantung kepada ketebalan dan saiz adunan tepung yang korang buat. Kalau besar arau tebal,maka sedikit ajelah hasilnya..kalau korang buat nipis dan kecil..maka banyaklah hasilnya.

Tujuan entri ini dibuat untuk berkongsi resepi Durian Crepe versi yang lain. Pada yang mengenali aku,mereka pasti tahu bahawa aku ni amat simple orangnya dan tak suka buat kerja yang melecehkan. Aku sentiasa sibuk dengan menjahit. Setiap resepi yang aku kongsi adalah resepi yang paling mudah,senang dan sedap.

Untuk memenuhi permintaan yang bertanyakan tentang Durian Crepe Custard Filling, maka nak kongsikan resepi yang aku dapat dari seorang teman.


Bahan Crepe:
40g tepung gandum
40g tepung ubi
40g tepung jagung
40g tepung kastad
1 biji telur
1sudu besar minyak mazola atau butter yang dicairkan
130mlm susu segar
1cubit garam
sedikit perisa durian
pewarna ikut suka
air untuk bancuhan..agak-agak jangan sampai adunan terlalu cair atau pekat

Cara-cara:
Ayak semua tepung
Masukkan semua bahan dan bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga dapat bancuhan yang cantik dan tapis
Panaskan pan atau kuali dan oleskan sedikit butter atau minyak
Tuangkan bancuhan dan ratakan ikut suka.
Tak perlu balikkan
Angkat kepingan dan sejukkan.


Bahan Filling Cream Castard:
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu makan tepung kastad atau tepung jagung
1/2 cawan gula(boleh tambah lagi jika suka manis)
4 biji kuning telur
3 cawan susu cair
30g butter
1 sudu teh esen vanilla
Non Dairy Whipping Cream secukupnya

Cara-cara:
Ayak semua tepung dan satukan dengan gula
Masukkan telur,esen vanila dan susu cair, dan kacau hingga sebati
Masakkan dengan api sederhana dan sentiasa kacau hingga adunan likat
Masukkan butter, kacau  hingga adunan jadi licin dan berkilat
Biarkan sejuk
Pukul Whipping Cream hingga kental dan campurkan dengan adunan tadi.
Masukkan dalam mixer dan pukul sehingga adunan sebati dan kental

Penyediaan;
Hamparkan sekeping crepe
Ratakan Cream Castard
Letakkan isi durian
Tutup isi durian dengan Cream Castard dan lipatla crepe tu sesuka hati.
DONE!

Nah..panjang berjela resepinya. Dan sesungguhnya aku tidak suka sesuatu yang renyah dan leceh. Aku suka yang simple ..tak membuang masa. Hasilnya lebih kurang sama. Ikut citarasa korang nak buat macam mana pun. Kalau nak yang simple..boleh ikut resepi ini -> CARA BUAT DURIAN CREPE

Jika ada resepi Durian Crepe versi lain, akan aku kongsikan juga dengan korang. Korang boleh cuba dan pilih mana yang paling sedap.Ok..selamat melipat crepe!
Adeus!!

Isnin, 29 Oktober 2012

CARA BUAT DURIAN CREPE

Assalamualaikum..

Durian Crepe...Durian Crepe..Durian Crepe..

Tetiba aje Durian Crepe jadi kegilaan..tetiba aje resepi baru ini muncul. Siapa yang mula-mula mencipta Durian Crepe ni pun aku tak tau. Tahniah kepada penciptanya. Durian Crepe jadi fenomena luar biasa. Sungguh berhantu.


Maka aku pun nak berkongsi cara nak buat Durian Crepe ni.

CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..kalau guna kuning takkan jadi merah pulak kan??)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe 
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******

DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk
*******


Cara nak buat aku dah bagi...kalau nak senang lagi..korang BELI! kan senang..boleh terus makan!

Apa-apapun..sebenarnya aku hanya mampu tengok tengok aje crepe ni sebab..??? AKU TAK MAKAN DURIAN..hohohoho... Adeuss!!!


Untuk resepi Durian Crepe Custard Filling boleh tengok kat sini -->DURIAN CREPE CUSTARD FILLING

P/S : Resepi di atas tiada kaitan dengan mana-mana PENIAGA kek dan seumpamanya.


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...