Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2019

SPAGHETTI MEATBALL CARBONARA

Assalamualaikum..

Next...resepi western pulak harini. Sedia maklumlah ..bila nak buat menu ala-ala mat saleh ni, bajet memang tinggi, lebih-lebih lagi yang melibatkan penggunaan cheese. Cara nak buat mudah aje..

Suami aku tak suka makan diluar..so secara rasminya aku pun dilantik menjadi chef kat rumah ni. Sedap ke tidak, belakang cerita.

Ok jom tengok bahan dan cara..



Bahan-bahan;
3 ulas bawang merah - cincang
4 ulas bawang putih -cincang
1 tin Sos Carbonara Mushroom
6-7 biji cendawan butang (tin aje)- potong nipis
1 tin susu segar (ukur guna tin sos carbonara)
Cheese parmesan
Pasta spaghetti
10-15biji meatball (boleh tambah ikut suka)
Serbuk lada sulah
Daun oregano
Margerin untuk menumis

Cara-cara
1.Panaskan air dan masukkan 2 camca minyak. Didih je air, masukkan pasta spaghetti dan sedikit garam. Rebus hingga lembut, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan 3 camca margerin, tumis bawang-bawang hingga naik bau dan masukkan meatball. Renjis sedikit serbuk lada sulah dan cendawan butang.
3. Masukkan sos carbonara dan susu. Bila dah agak mendidih, tabur sedikit parmesan dan oregano. Perasakan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan kuah sedikit pekat.Siap!
4. Untuk plating .. tuangkan kuah atas spaghetti, tabur cheese parmesan dan oregano kat atas..


Ni aku punya.. 

Yang ni derhaka sikit ..suami aku punya, dia request tomato ceri pulak..hentam sajalah..tekak dia..dia yang nak telan..bukan aku 😝

Ok..jom santap!

Selasa, 15 Disember 2015

FRUIT SALAD LAH PULAK!

Assalamualaikum.


Hujung tahun, seperti biasalah aku akan sibuk..sibuk dengan kerja ..maklumlah kerja kewangan ni, nak tutup akaun..

So untuk kali ni, aku buat resepi simple je.. mudah, ringkas, kenyang dan yang penting .. berkhasiat!

Hari ni kita buat Salad Buah atau Fruit Salad!

Bahan-bahanya
Epal hijau
Epal merah
Buah Lai
Tomato cherry
Daun salad
Mayonis sebenar
Lada sulah

Caranya;
Mudah aje, potong dadu semua buah(jangan kecil sangat), tambahkan tomato cherry(tak ada pun takpe)masukkan mayonis dan lada sulah, gaul rata..masukkan dalam bekas yang dialaskan daun salad. SIAP!!


Serius memang sedap! cubalah..rojak orang putih ni..layanzzzz..



Selasa, 25 Ogos 2015

MASHED POTATO BAKAR

Assalamualaikum..

Cerita makan lagi..huhu..sabor jelah. Kali ni cuma resepi inovasi sahaja.. dah muak makan Kentang Lenyek tu..so aku ubahsuai sikit..



Bahan-bahan;
1 cawan Mashed Potato Mix Powder 
1/3 cawan Instant Gravy 
( mana nak dapat ni 2 bahan ni? sila LIKE CHEEZYCRAZYJCP)
Daging cincang
Daun saderi dicincang
Oregano
Margerin
Aluminium cup

Cara-cara;
1. Bancuh 1 cawan Mashed Potato Powder dengan 2 1/2 cawan air panas -ketepikan
2. Bancuh 1/3 cawan Instant Gravy dengan 1 cawan air panas -ketepikan
3. Panaskan sesudu marjerin dan goreng daging cincang hingga kering air -ketepikan
4. Sapu sedikit marjerin dalam aluminium cup tu, dan masukkan bancuhan Mashed Potato, daging cincang, siramkan bancuhan Instant Gravy, taburkan daun saderi dan oregano
5. Bakar dalam oven, suhu 200'c selama 15-20minit

SIAP


 Inilah rupanye..makan masa panas ,memang layan tau..
Selamat mencuba..
Adeus!!!

Isnin, 19 Mei 2014

PIZZA ROTI SIMPLE

Assalamualaikum..

Selepas lama menyepi tanpa entri berbaur makanan..dan demi melupakan seketika rasa sentap pada 1 makhluk yang suka menyibuk hal orang tu..aku nak kongsi 1 resepi hari ni..

Seperti biasa..resepi Penbiru semuanya senang dan mudah. Saper yang suka resepi hebat dan ala-ala Masterchef tu,tak yah lah try resepi aku ni..resepi aku ni pejam mata pun boleh buat..sedap ke tak..aku tak jamin ye..

Aku namakan resepi ni Pizza Roti..sebab aku tak guna tepung..aku letak roti je. Resepi ni sangat sesuai untuk orang malas yang bajet macam rajin...macam aku.

Kalau nak try..sila ikut  seperti dibawah..


Bahan-bahannya: 
Roti
Susu kotak
2-3biji telur
Bawang besar
Keju Mozarella
Cili padi-untuk yang bertekak melayu jati
Bahan inti dipotong nipis: sosej,scalop ayam,cendawan butang..
(korang nak letak apa pun boleh..kalau nak letak ayam atau sotong..korang kena matikan air iaitu dengan cara goreng separuh masak..INGAT..inti tu ikut tekak koranglah nak taruk gajah sekalipun..tarukla..
Yang hijau dalam gambar tu..daun rosemary..kalau tak ada pun tak apa..saja aku gatal-gatal nak letak.


Aku tak bagitahu berapa ukuran sukatan bahan sebab aku tak tau besar mana loyang pembakar korang. So aku main taruk je. Cara-cara nak buat;
●Susun roti dalam loyang(kalau korang guna loyang biasa,sapu sikit marjerin dalam loyang..aku punya loyang ni jenis yang  tak lekat tuh..)
●Pukul telur dengan susu (1cawan bagi  loyang aku) dengan telur,garam dan serbuk cukuprasa.
●Taruk semua bahan inti dan telur tadi..
●Lepas tu tabur mozarella dan hirisan daun rosemary..
Last sekali jadi macam ni..sediakan oven dan bakar..suhu aku agak-agak aje..aku bakar dalam minit (aku set microwave oven aku kepada setting "Pizza")

dah siap..


sedia untuk di ngap!

Itu aje resepi aku! sekian..
Adeus!!!

*entri macam ni ada ke boleh nak naikkan rating Alexa aku yang makin hari makin corot?? Alexa oh Alexa...






Jumaat, 17 Januari 2014

RESEPI MASHED POTATO SENANG

Assalamualaikum..

Aku ni penggemar KFC..tapi bila dikenang-kenang..dah berapa ribu duit aku bagi kat diorang..(maklumlah umur sekarang dah 33tahun)

Oleh sebab itulah aku sekarang lebih suka yang home made kekdahnya. Kalini nak try Mashed Potato pulak. Bahan-bahan yang aku dapat dari hasil gugelan ialah


10 biji kentang (potong dadu)
1/2 cawan susu segar (fresh milk or UHT milk )
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
air untuk merebus kentang

bahan-bahan untuk sos atau gravy ala2 KFC:
1 batang daun saderi
1 biji bawang besar
700ml air
2 kiub ayam (i use maggi brand)
40gm marjerin (dlm 3 sudu besar)
20gm tepung gandum (dlm 3 sudu besar juga)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat (nak bg sos berwarna gelap)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam tuk perasa * rasa dulu sos sblm tambah garam...sbb kicap pekat + sos tiram dah masin


fuh..panjang berjela bahan. Berapa RM yang nak kena spend untuk semua ni ye. Paling aku tak tahan, tuh..masa nak merebus kentang tu..berapa jam nak siap.Ada sesape boleh jawab?

Maafla ..aku bukan serajin  itu nak meng"itu" dan meng "ini"..makanya aku hanya sediakan bahan semudah ini...

Bahan-bahan aku yang ni je..
1 set Mashed Potato Powder + Gravy Powder
Air panas

Cara-caranya.. Campurkan air panas sedikit demi sedikit untuk Potato Powder
Untuk gravy pun macam tu jugak

DONE!

Kan..senang kan? buat apa nak susah-susah. Rasa 100% macam di restoren key eff si tu. Korang yang berminat nak cuba..pastu boleh komen, boleh oder dengan aku. Hanya RM26 untuk 400g(2 set). Harga termasuk POS. Berminat? SMS/WSSP 012-5677630 sekarang! 

Untuk detail lanjut sila layari CHEEZYCRAZY.BLOGSPOT.COM

Itu aje untuk hari ni.. Jangan marah kalau ini bukan resepi yang korang cari..heheheh Adeus!!!


Isnin, 14 Januari 2013

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum..

Mood memasak sudah mari..heheh.. Kali ni resepi kawan aku si lynhomemadecake.blogspot.com. Resepinya simple..sesuai dengan tahap kerajinan aku yang amat tidak rajin ini..



Bahan-bahan;
1sudu besar butter (guna minyak masak pun boleh..butter ni saja mengada-ngada)
1 labu bawang besar(kuning)
1 biji tomato
1 biji cili/lada benggala (capsicum)
200gm Pasta makaroni(rebus sampai masak)
1 cawan Fresh Milk
1 cawan air
3 biji telur
1 camca tepung gandum
Garam, kiub ayam atau apa-apa bahan perasa
*pilihan selera : serbuk lada sulah, rempah oregano.(tak de pun tak pe..option aje nih)


Bahan inti;
ikut suka korang..boleh letak..--> sosej, cendawan butang, isi ketam, ayam, daging, sotong..bla..bla..bla..

Bahan taburan;
Keju Mozarella yang diparut (sesuka hati)
Keju Cheesedale (sesuka hati)


Cara-cara..

1. Panaskan butter/minyak..tumiskan bawang


2. Masukkan bahan inti(ayam,daging,sotong atau udang), goreng sikit atau dalam kata lain..matikan air

3. Masukkan susu, air, bahan-bahan perasa, susu, air dan tepung gandum..kacau rata-rata.



4. Masukkan makaroni, telur dan semua bahan(kecuali Bahan taburan). kacau rata..

5. Kacau rata..matikan api..

6. Sendukkan dalam loyang/mangkuk alumunium foil..setengah aje..lepastu taburkan keju Cheesedale yang dikoyak-koyak..kalau terlebih  rajin..korang campak je selai-selai tu.

7. Sendukkan lagi makaroni tadi sampai penuh, taburkan  keju Mozarella..kuantiti suka hati koranglah.


*ini rupanya..yag kiri tu aku paipkan Jalapeno Cheese.tak ada pun tak apa


8. Bakar dalam 180darjah..selama 40minit atau sehingga keju bertukar ke warna kuning perang-perang..

SIAP DIBAKAR...

SIAP DIBEDAL

Jom makan ..nyummmmmmmm

Sabtu, 24 Mac 2012

MACARONI CHEESE .. MENU PEMALAS

Assalamualaikum..

Aku ni jarang sangat nak publish citer bab makan-makan..resepi-resepi..bukan sebab aku tak reti masak, tapi aku malas sebenarnya..malas nak masak sebab masa aku amatlah tidak cukup. So takat ikan kembung goreng cicah sambal belacan pun takkan aku nak masuk blog kot. Buat semak je kan?

Hari ni aku nak tunjuk 1 resepi yang paling senang didunia,memang sesuai dengan orang yang malas  sibuk macam aku..Senang gile nih.

Macaroni Cheese..hehehe..cecaranya, korang rebus pasta @ makaroni sampai kembang (masak le)..pastu toskan..

Pastu sila bancuh Cheese Powder ini   bagi pekat likat..


Pastu korang campak je makaroni  tadi dalam bancuhan cheese..kacau bagi rata..SIAP!!  Kalau nak bagi sedap lagi, korang potongkan isi ayam ke..sotong ke..udang sekor-sekor ke, pastu goreng sikit dengan minyak..taruk atas makaroni tadi..pastu tabur je sikit lada sulah..Siap!!

dan inilah hasilnye...


Korang nak terai ke?..senang je. Tak yah pergi ke Kenny Rogers Roaster untuk makan ,kita pun boleh buat sendiri. Makan sampai lebam..so sesapa yang nak oder Cheese Powder, sila sms aku ye  0125677630..Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...