Memaparkan catatan dengan label Buy Muslim First. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buy Muslim First. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2019

BMF : TEMPAHAN TANDA NAMA JAWI

Assalamualaikum

Entri pembuka bulan November. Marilah sama-sama kita bantu saudara ini.. dan ini bukanlah iklan berbayar..ini hanyalah bantuan kecil untuk yang memerlukan..lillahitaala..

*****





Hey guys.

My friends Budin Budin VS Baguk & PageKhas Mini started a mini business (custom Khat nametag) to buy a portable oxygen machine & pay bills. And we need to support them because...

Din will never let people collect fund for him, and will work his ass off even if he's bedridden in the hospital now. DIN IS A CANCER FIGHTER, riding one hell of a cancer ride but refused to settle, InsyaAllah in his recovery state now. He was in coma last few weeks, but even then he managed to take few name tag's orders (still not sure how he did that, maybe woth page's help), terer doh.

Din was a school teacher, sole breadwinner of the family but he is now immobile (bedridden and receiving 24hr support from oxygen tank). 

And If you still remember the Rapid Bus incident in Ampang (langgar kereta banyak gila dari Columbia sampai Ampang then lari?), they are among the victims, and Rapid chose to abandon them apparently because these people are just few humble citizen without power 🙄 so they have no car now gais. Bagaikan jatuh ditimpa tangga.

So, kesimpulannya, we need to help Din & Page rebuilding their life by supporting their mini business, InsyaAllah to get them a portable oxygen tank, hospital bed, wheelchair so that he can go home and be with his two kids. And who knows, they could even get to pay their bills with this business too.

And im looking at you people to SHARE this post. If you can post all the cool and funny stuffs im sure you can help this brother sister out too. Eh buy too la, cool kot nametag jawi. Put on your bag, make as keychain.

--------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum gais,

Kawan saya, Budin VS Baguk & PageKhas Mini telah memulakan bisnes kecil kecilan untuk menampung perbelanjaan membeli tong oksigen dan keperluan keluarga. Saya sangat menggalakan semua orang untuk membeli jualan mereka kerana.......

Din adalah seorang yang tak mudah menyerah kalah dan meminta minta. Walaupun dalam keadaan tidak boleh bergerak kerana hanya di atas katil hospital (Din menghidap Kanser dan InsyaAllah dengan kuasa Allah akan lebih baik di masa hadapan). Din berada dalam keadaan koma beberapa minggu lepas, tetapi sebelum koma dia tetap sempat mengambil order tempahan tag nama khat, sebab din tidak mudah putus asa dan terer.

Din adalah bekas guru sekolah, satu satunya yang bekerja menanggung keluarga, dan tidak dapat bekerja selepas disahkan menghidap kanser. Din masih lagi terlantar atas katil hospital, bergantung 24 jam dengan mesin oksigen, dan masih tidak menyerah kalah mengharapkan orang lain untuk membantu keluarganya. Din tetap berusaha keras.

Masih ingat kes Bas Rapid KL yang merempuh berpuluh kenderaan dari Columbia ke Ampang? Din dan isteri adalag antara mangsa kejadian, dan sehingga sekarang masih tidak mendapat sebarang respon atau pampasan dari pihak rapid, kereta rosak secara total. Mereka sudah tidak punya kenderaan keluarga.

Kesimpulannya, sekiranya mampu, marilah kita beli jualan din dan war war kan kepada rakan rakan lain. Serta sila kongsikan post ini supaya lebih ramai tahu tentang bisnes kecil din. Target terdekat din dan page adalah untuk mengumpul dana membeli mesin oksigen mudah alih, katil hospital, dan wheelchair supaya din dapat pulang ke rumah kepangkuan anak anak kecil.

To order:

Untuk membuat tempahan :

Whatsapp

https://wapp.my/01118698085/Hi.+Nak+tempah+name+tag+khat

https://www.facebook.com/teratak.biduanda

Instagram : @t_biduanda

Harga : RM15

**Buat yang menempah, harap faham keadaan Din yang terbatas nak reply laju laju ya, and nak siapkan order ambil masa sikit. 🙏

Jumaat, 25 Oktober 2019

BMF : MINYAK SAPI KELUARAN MUSLIM

Assalamualaikum.

Surirumah biasanya memerlukan minyak sapi atau ghee dalam masakan termasuklah dalam pembuatan kuih muih. Selain dari jenama biasa yang popular dipasaran, terdapat beberapa jenama keluaran Muslim atau Bumiputera untuk kita cuba.

1. Jenama : CRISPO
Pengeluar :KOPEDA (M) Sdn.Bhd

2. Jenama : ADELA
Pengeluar : FELDA


#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Ahad, 20 Oktober 2019

BMF : MINUMAN RINGAN KELUARAN MUSLIM

Assalamualaikum.

Kekangan waktu telah menyebabkan ketiadaan masa untuk mengkaji,menggali dan menyiasat beberapa barang makanan dan keperluan dapur keluaran muslim. Maka entri mengenainya pun terputus-putus dengan urusan duniawi lain.

Hari ini dikongsikan beberapa jenama minuman ringan keluaran bumiputera.

1. Pengeluar : Zaliza Food Industries
Jenama : Z&Z

2. Pengeluar : Maman Trading
Jenama : ZEEPER

3. Pengeluar : Syarikat Nurhaza
Jenama :  FRUTTY RUSH, LEMENETTE,  HUSNI KEDAH

4. Pengeluar : HPA Radix
Jenama : RADIX

5. Pengeluar : Madura Industry Sdn.Bhd
Jenama : MADURIA, S-SOTIC, OHLALA, NHL SOY DRINK, MR.BEAN SOYA, HAUSBOOM(OEM)


6. Pengeluar : MMI Murni Manufactaring Sdn.Bhd.
Jenama : MUNIRA



#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Khamis, 10 Oktober 2019

BMF : TAUCU HALAL BUATAN MUSLIM

Assalamualaikum.

Bagi yang pernah melihat bagaimana proses pembuatan taucu atau kacang soya masin,pastinya akan terasa kembang tekak. Tempat dan cara penapaisn atau pemeraman didalam pasu tanah, guri atau tong kadang-kadang agak menggangu emosi..apa lagi yang sipembuat itu bukan muslim. 

Langkah terbaik,belilah buatan muslim sebabnya sedikit sebanyak sebagai muslim,kebersihan dan kesucian jadi keutamaan. Berikut adalah beberapa jenama taucu buatan melayu muslim.


1. TAUCU IKHWAN
2. TAUCU BILAL
3. TAMIN KACANG MASIN
4. TAUCU OPAH NUR
5. TAUCU LABIS
6. TAUCU CAP CHERI
7. TAUCU ADABI
8. JALEN TAUCHO



SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Rabu, 9 Oktober 2019

BMF : SOS IKAN KELUARAN BUMIPUTERA

Assalamualaikum.

Nampla sos atau sos ikan adalah bahan perasa makanan yang agak sukar diperolehi..lebih-lebih lagi yang halal dan buatan melayu.

Kebanyakkan yang dijual di pasaraya adalah diimport dari Thailand dan China. Lama juga mencari info mengenai produk yang dihasilkan oleh bumiputera muslim. Akhirnya terjumpa 1 jenama Sos Ikan Cap Ketereh. Sos ini diproses di Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Kg.Geting, Tumpat Kelantan iaitu pengusaha yang ssma yang mengeluarkan Budu Ketereh.

Foto : Fb Zunaidi Omar


Info yang sangat terhad. Jika ada atau mengetahui info mengenai pengusaha sos ikan muslim, tinggalkan info di ruangan komen.

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Selasa, 8 Oktober 2019

BMF : KICAP, SOS DAN CUKA BUATAN MUSLIM - 2

Assalamualaikum.

Lagi senarai kicap dan sos buatan tempatan, dan yang pastinya keluaran muslim. Untuk rujukan semua. Bagi  senarai-senarai yang pernah dikongsikan sebelum ini , sila klik DI SINI : KICAP,SOS DAN CUKA BUATAN MUSLIM

21. Onlyone Zuza Food Industries Sdn.Bhd
Jenama : ZUZA
Produk : Sos Cili, Sos Tomato, Kicap Pekat Manis, Kicap Cair, Sos Cili Thai, Sos Lada Hitam, Sos Tiram dan Cuka


22. KFC Malaysia
Jenama : LIFE
Produk : Sos Cili Pedas, Sos Cili, Sos Cili Thai, Sos Tomato, Sos Cili Bawang Putih, Kicap Manis, Kicap Masin, Sos Masam Manis, Sos Tiram, Sos Barbeku, Sos Plum dan Sos Lada Hitam.

Info ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Isnin, 7 Oktober 2019

BMF : MINYAK BIJAN HALAL MUSLIM

Assalamualaikum

Minyak bijan bukanlah antara bahan masakan yang wajib ada didapur orang melayu,tetapi khasiat dan kegunaannya sebagai penambah perasa pada masakan agak menjadi kegemaran para surirumah dan tukang masak.

Sangat sukar mencari minyak bijan keluaran muslim. Berikut adalah yang ditemui dipasaran.

1. KFC Holdings Malaysia
Jenama : LIFE

Senarai akan dikemaskini.

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Sabtu, 5 Oktober 2019

BMF : KETUPAT NASI & NASI HIMPIT MUSLIM

Assalamualaikum..

Lagi..perkongsian barang makanan keperluan umat Islam terutamanya melayu tetapi pengeluar terbesarnya adalah bukan Islam..sekadar mengaut untung dari benda yang bukan makanan rugi agama dia pun.

Nasi himpit atau ketupat nasi segera adalah makanan wajib tiap kali perayaan umat melayu. Beberapa jenama besar dipasaran adalah keluaran nonmuslim.

Berikut adalah keluaran muslim.

1.Adabi Consumer Industri Sdn. Bhd.
Jenama : LAZAT

2.Syarikat Faiza Sdn.Bhd
Jenama : FAIZA

3.Nasi Himpit Mulia
Jenama : NASI HIMPIT SALSABILA


4.Onlyone Zuza Food Industries Sdn.Bhd
Jenama : ZUZA

5.GTSD (M) Sdn.Bhd.
Jenama : GTSD


#SokongBukanBoikot



**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Selasa, 1 Oktober 2019

BMF : ASAM JAWA BUATAN MUSLIM

Assalamualaikum


Agak sukar untuk mencarai jenama asam jawa yang diproses oleh syarikat atau perusahaan melayu muslim di pasaraya. Baru-baru ini telah viral mengenai 1 jenama asam jawa yang dikeluarkan oleh syarikat bukan muslim yang amat menjijikan. Bayangkan jika asam jawa itu yang kita gunakan dalam masakan harian kita.

Dipasaraya ternama juga biasanya menjual asam jawa dari pengeluar bukan muslim. Ini kerana kekurangan pengusaha melayu yang mengeluarkan asam jawa untuk dipasarkan secara besar-besaran. 

Antara asam jawa buatan muslim yang terdapat dipasaraya adalah.


1. ASAM JAWA XTRA 
-Adabi Consumers Industries Sdn.Bhd

2. ASAM JAWA TAMIN 
-Syarikat Zamani Hj.Tamin Sdn.Bhd

3. ASAM JAWA SUCI
-Perusahaan Makanan Aliran Suci 

4. ZAMS TAMARIND 
-My Fruity Delicacies

Sebagai pengguna, disarankan agar kita mendapatkan asam jawa di pasar-pasar tani yang kebanyakkannya diusahakan sendiri secara homemade.

Kita ada pilihan, pilihla yang terbaik.

#SokongBukanBoikot

**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Ahad, 29 September 2019

BMF : KOPI HALAL

Assalamualaikum.

Selagi terdaya,akan dikongsikan di sini info-info mengenai barang kegunaan harian yang dikeluarkan oleh muslim sebagai panduan untuk semua. Info-info ini akan sentiasa dikemaskini.

Hari ini akan dikongsikan senarai jenama kopi dan syarikat pengeluarnya.


1. Syarikat Hang Tuah Sdn. Bhd.
Jenama➡️ KOPI HANG TUAH

2. Gantang Coffee Enterprise Sdn. Bhd.
Jenama➡️ KOPI CAP GANTANG

3. FAMA
Jenama➡️ KOPI PRA CAMPURAN AGROMAS

4. Kilang Kopi Cap Raga
Jenama➡️ KOPI CAP RAGA

5. At Taawun (M) Sdn. Bhd.
Jenama➡️ KOPIAH MALAYA

6. Lesong Bestari Marketing
Jenama➡️KOPI CAP LESONG


7. Al-Hafiz Food Industry
Jenama➡️ AL-HAFIZ

8. Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd.
Jenama➡️ ADABI

9. Kopi Che' Nah Sdn. Bhd
Jenama➡️ KOPI CHE' NAH

10. Kilang Kopi Mohammad Bin Chin dan Anak-Anak Sdn. Bhd.
Jenama➡️ KOPI CAP TIGA DAUN

11. Herzura Enterprise
Jenama➡️ HERZURA KOPI KAMPUNG

12. Warisan Kopi Baling
Jenama➡️ CUPAK KOPI KAMPUNG


#SokongBukanBoikot




**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Selasa, 24 September 2019

BMF : JENAMA SUSU PEKAT DAN SEJAT MILIK MUSLIM BUMIPUTERA

Assalamualaikum

Agak sukar untuk kita sebagai pengguna muslim untuk mencari susu atau krimer pekat manis ataupun krimer sejat keluaran muslim bumiputera di pasaran.

Hasil carian, hanya inilah yang ditemui dan disahkan milik bumiputera muslim.



1. FGV Delima
Jenama➡️ SAJI

2. Sime Darby
Jenama➡️ ALIF

3. Mubarakatul Ardu Enterprise
Jenama➡️ MARJAAN

4. Era Bayam Kota Sdn.Bhd.
Jenama➡️ ERA



#SokongBukanBoikot





**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Isnin, 23 September 2019

BMF : MINUMAN KOKO/COKLAT KELUARAN MUSLIM

Assalamualaikum

1 lagi bahan masakan/minuman yang agak sukar  bagi kita untuk mencari alternatif kerana penerimaan masyarakat hanya tertumpu kepada 1 jenama. Tak perlu disebutkan di sini. Semua sedia maklum. Sebenarnya ada banyak produk ini,tetapi pasaran tidak begitu meluas dan sukar dijumpai di sesetengah tempat.

Bagi memberi pilihan lain yang setanding, di sini disenarai beberapa keluaran minuman koko atau coklat untuk kita cuba.

1. Pengeluar : One Million Borderless Resources 
Jenama➡️ MYCOKLAT

2. Pengeluar : Alhadad Marketing Sdn.Bhd.
Jenama➡️ TAMAR COCOA

3. Pengeluar : SQG Usahawan Sdn.Bhd.
Jenama➡️ E-MAN COCO

4. Pengeluar : BND Empire Resources
Jenama➡️ MOSHA

5. Pengeluar : Sawanah Wow Sdn.Bhd.
Jenama➡️ SAWANAH KOKO

6. Pengeluar : Koperasi Al-Hilal (M) Bhd.
Jenama➡️ KOHILAL

7. Pengeluar : Munif Hijjaz Trading Berinsentif
Jenama➡️ MUNIF COCOA

8. Pengeluar : Mine Jihad Enterprise
Jenama➡️ KOKKO MINE JIHAD

9. Pengeluar : Emran Trading (M) Sdn. Bhd.
Jenama➡️ EMRAN D'COCOA

10. Pengeluar : Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn.Bhd.
Jenama➡️ REEVO

11. Pengeluar : Inspirasi Wawasan Trading
Jenama➡️ CHOKEE

12. Pengeluar : Pondok Tahfiz Moden Idrisiah
Jenama➡️ MATCOCOA

13. Pengeluar : Elham-Q Malaysia Sdn.Bhd.
Jenama➡️ SUFI WEGO

14. Pengeluar : Inteam Marketing
Jenama➡️ iKOKO



#SokongBukanBoikot



**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Ahad, 22 September 2019

BMF : FUCUK SOUN HALAL

Assalamualaikum

Agak mencabar pengisian hari ini. Bukan mudah untuk aku mengumpul info mengenai perusahaan fucuk dan soun (orang utara tak sebut soun,tapi tanghun) yang diusahakan oleh melayu muslim. Sangat susah sebenarnya. Yang banyak dipasaran adalah pek-pek berjenama melayu islam tetapi hanyalah "diedarkan dan dipasarkan oleh". Nak mencari yang "dikilangkan oleh"  atau "diusahakan oleh" memang susah. Jadi, aku tak publishkan di sini,bimbang aku dah tersalah kongsi info..berdosa pulak aku.

Oleh itu,berhati-hatilah membeli. Fucuk soun pun bukanlah makanan tradisi melayu, tetapi diceduk dari kaum cina. Dan aku pasti, ramai yang dah tengok video bagaimana fucuk diproses dikilang bukan Islam..masya Allah..dikuis dengan kaki aje. Biadap betul.

Di sini disenaraikan beberapa hasil perusahaan melayu islam.


1.Perusahaan : SK Food Industries
Jenama➡️FATIMA JOHARA

2.Perusahaan : Faridah Abd.Ghafar
Jenama➡️SAYUR PUCHOK TANGHUN CAMPURAN

3.Perusahaan : Barakah Soya Industri Global Sdn.Bhd
Jenama➡️MAIRUS

4.Perusahaan : Ahmad Zaki Food Industries
Jenama➡️AZFI

5.Perusahaan : Perusahaan Makanan Cap Ayu Dan Anak
Jenama➡️CAP AYU DAN ANAK

6.Perusahaan : Hasdey Enterprise
Jenama➡️HASDEY


Diharapkan perkongsian ini dapat membantu semua dalam mencari yang halal dan bersih.

#SokongBukanBoikot



**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Sabtu, 21 September 2019

BMF : TEPUNG GANDUM KELUARAN MUSLIM

Assalamualaikum

Tepung gandum adalah antara bahan makanan asas bagi penduduk Malaysia terutamanya Melayu yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih muih samada moden mahupun tradisional.

Sudah pasti keperluannya amat tinggi sebagaimana keperluan beras. Dan berikut adalah senarai nana syarikat pengeluar dan jenama tepung yang berasa dipasaran. Sebagai muslim, eloklah kita mengutamakan perniagaan saudara seagama.


1. Syarikat : Legend Flour (M) Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ LEGEND FLOUR

2. Syarikat : Bidara Flour Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ CAP BIDARA, BIDARA, HPA

3. Syarikat : CRD SYNERGY SDN.BHD.
Jenama Tepung Gandum ➡️ CH Wheat Flour

4. Syarikat : Fikri Rice Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ FIKRI

5. Syarikat : GISB Holdings Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ IKHWAN

6. Syarikat : Syarikat Faiza Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ FAIZA

Terdapat tepung-tepung gandum yang pelbagai jenama. Sila semak maklumat pengilang kerana ada kilang pemprosesan tepung mengeluarkan tepung yang kemudiannya di packing untuk syarikat pemasaran lain dan dijual dengan jenama yang berbeza.

Apapun utamakanlah produk Muslim.

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Jumaat, 20 September 2019

BMF : BISKUT DARI USAHAWAN MUSLIM

Assalamualaikum

Hari ini akan dikongsikan beberapa jenama biskut pelbagai jenis yang dikeluarkan oleh usahawan dan syarikat muslim. Rasanya setanding dengan biskut-biskut ternama lain yang ada dipasaran.


1. Syarikat : Amin Nutrifoods Sdn.Bhd
Jenama ➡️ BABA AMIN
Produk ➡️ Biskut Bawang Putih, Biskut Susu, Biskut Kelapa dan Biskut Halia.


2. FAMA
Jenama ➡️ AGROMAS
Produk ➡️ Biskut Sayuran, Biskut Sandwich, Biskut Cracker, Biskut Gula, Biskut Jagung dan Biskut Marie.


3. Syarikat : Nourish Care Sdn.Bhd
Jenama ➡️ LE'NATURA
Produk ➡️ Wholesome Fibre Biscuits


4. Syarikat : Koperasi Simpang Bekoh, Jasin Melaka
Jenama ➡️ BISKUT TONGKAT
Produk ➡️ Biskut Gula dan Biskut Round Rusk.


4. Syarikat : Fitrah Padimas Sdn.Bhd
Jenama ➡️ -
Produk ➡️ Biskut Jari, Biskut Keping, Biskut Sugi dan Biskut Planta Gula.





#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Khamis, 19 September 2019

BMF : GARAM SYARIKAT MUSLIM

Assalamualaikum

Garam adalah keperluan asas setiap dapur. Tanpanya masakan akan jadi tidak sempurna. Kita mungkin boleh mengelakkan pengambilan bahan perasa, tetapi tidak pada garam.

Berikut adalah jenama garam yang dihasilkan atau dikilangkan oleh bumiputera muslim.  Kebanyakkan garam-garam ini dikilangkan oleh beberapa pengilang ternama yang sinonim dengan produk makanan ruji yang lain.


1. Garam Halus TAMIN
2. Garam Halus dan Garam Putih ADABI
3. Garam MUSLIM
4. Rock Salt HALAGEL
5. Garam Bukit Ionik dan Garam Bukit Tulen NEVGEL
6. Garam Gunung SAJI
7. Garam GU AWA
8. Garam Gunung Merah dan Garam Gunung Tulen FAIZA
9. Organic Salt RADIX
10. Garam Makan SANDORA


Kita ada banyak pilihan. Pilihlah yang halal dan taiyiban. 

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Rabu, 18 September 2019

BMF : SERBUK PERASA KELUARAN BUMIPUTERA

Assalamualaikum

Penggunaan serbuk perasa bukanlah sesuatu yang wajib dan mesti ada pada setiap dapur rumah. Tetapi keperluan penggunaan serbuk perasa amat diperlukan terutama bagi dapur peniaga warung, restoren dan peniaga katering.

Di Malaysia, pengguna tidak banyak pilihan untuk memilih serbuk perasa dipasaran. Kerana monopoli 1 jenama yang sangat terkenal sejak zaman-berzaman.

Namun, atas inisiatif pengilang bumiputera muslim, akhirnya terdapat 3 jenama serbuk perasa makanan berjaya dihasilkan dan dipasarkan.



1. Serbuk Perasa MSG Faiza
2. Serbuk Perasa MSG Adabi
3. Perencah HILAL

Apabila kita sudah mempunya pilihan lain, maka pilihla yang halal dan taiyaiban.


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...