Memaparkan catatan dengan label Kudapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kudapan. Papar semua catatan

Rabu, 12 Ogos 2015

MURUKU KETAM

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak kongsi resepi simple lagi. Orang panggil resepi ni Kerepek Ketam..tapi pemahaman aku, kerepek ni berbentuk nipis dan lebar..so yang ni aku namakan Muruku sebab bentuknya halus macam muruku.

Kali ni, MyLaling jugak yang tolong koyakkan filamen ketam sebanyak 800g.  Senang dan sedap. 

MURUKU KETAM

Bahan-bahan;
1pek 800g filamen/stik ketam
3sudu kecil serbuk cukup rasa
2sudu kecil serbuk lada
2sudu kecil serbuk kari
Daun kari atau Daun limau purut dihiris halus (mana-mana pun boleh)

Cara-cara;
1.Koyak-koyakkan filamen/stik ketam tu sampai halus. Untuk mudahkan proses koyak ni,biarkan filamen ketam pada suhu bilik.. nyahsejukkan beliau ye..kompom senang nak koyak.
2.Gaul dengan semua bahan. Boleh tambah atau kurangkan lagi kuantiti bahan ikut sesedap rasa.
3.Rehatkan sebentar (5-10minit) dan goreng dengan api sederhana.SIAP!!
*Bila muruku yang digoreng makin ringan,maka masaklah!
*Sukatan bahan ni boleh dapat 2 balang

Inilah hasilnya..dah masuk balang baru teringat nak snap gambar..bertuah betul!

Memang sedap tau. Korang mesti cuba yang ni. Senang sangat. Sejam dah siap. Sebelum raya dah tinggal 1 balang..1 balang lagi dah habis kena kebas dengan MyLaling.. itu je untuk hari ni.. Adeus!!!

Selasa, 11 Ogos 2015

KUIH SIPUT CIK ABANG

Assalamualaikum..


Habis dah cerita manik..harini cerita kuih pulak. Inilah kisah aku..35tahun hidup ,ini kali pertama aku buat kuih raya.. itu pun sebab MyLaling (incik suami)..aku beriya-iya nak tolong..konpius jugak aku..ye ke dia boleh tolong dan buat kuih raya?? .. Kata orang belum try belum tau.. ada dasar semangat yang MyLaling bagi tanpa berbelah bahagi..sanggup jadi tukang tolak troli untuk beli barang ..maka kuih pertama aku buat untuk raya tahun ni adalah Kuih Siput..

Kisah membeli perkakas dan bahan..ada DISINI

Aku seumur hidup tak pernah buat, aku tak pandai nak gentel siput tu..tapi MyLaling kata dia pandai..oklah..aku cuba. Menggunakan resepi gerenti jadi..

Inilah bahan-bahannya;

KUIH SIPUT CIK ABANG

Bahan-bahan;
5cawan tepung gandum
1biji telur
1/2cawan margerin
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1sudu kecil serbuk jintan putih
1kiub pati ayam
3sudu besar serbuk cili
3sudu besar serbuk kari
1/2cawan udang kering(kisar-lebih udang lagi sedap)
Serbuk daun kari(jika ada..aku guna daun kari untu goreng terus je)
Santan (untuk menguli)

Cara-cara;
1.Satukan semua bahan, masukkan santan sikit demi sikit dn uli hingga lembut dan tak melekat di jari
2.Gentel siput dan akhir sekali goreng bersama dun kari hingga masak...SIAP!!
*sukatan tu boleh dapat 2 balang
*masa goreng , gunakan api sederhana dan bila warna dah kekuningan , gaul terasa siput tu dah keras,maka masaklah ia..

100% hasil gentelan siput MyLaling..huh..tak sangka dia pandai


Siap digoreng.

Kenapa aku namakan kuih siput ni Kuih Siput Cik Abang? sebab suami aku yang siputkan semua tepung. Aku tukang uli dan goreng je..huhu.(tolong jangan fikir lain ye!).Itu aje resepi gerenti jadi dari aku. Adeuss!!


Jumaat, 13 Februari 2015

KEREPEK NGAOKU

Assalamualaikum.

Pernah dengar pasal buah Ngaoku? ke ada yang panggil ubi? Ntahla apa namanya. Tapi dari dulu aku pelik dengan buah ni. Rupa macam ubi sengkuang. Aku yang dah hidup 35tahun ni tak pernah beli apa lagi nak makan..koman betul..hihi

Akibat terpengaruh dengan kawan aku yang cakap buah ni sedap buat kerepek..aku pun belilah..nak cuba .. Kebetulan aku ke Tesco dan ternampak buah ni.. aku beli lah sikit..

Mudah je nak membuatnya.. 
Buang kulit buah tu, parut nipis kemudian goreng..siap!

Sedap juga. Rasa lebih lemak dari kerepek ubi. Ok..lepas ni korang cubalah ye..itu aje entri hari ni..

Adeus!!!!

Khamis, 20 Disember 2012

CURRY CRUNCHY

Assalamualaikum

Curry Crunchy? Apa tu?..aku tak tau apa nama asalnya..tapi nama ni diambil sempena kerangupan gorengan bersama serbuk kari.. Macam biasa Penbiru hanya akan berkongsi resepi simple dan senang. Kalau nak yang hotel punya standart, sini bukanlah tempatnya..

Resepi kawan aku yang cuba-cuba buat dan menjadi.. Makanan ni sesuai bagi menggantikan keropok yang kita beli untuk anak-anak..sebab keropok di pasaran terlalu banyak serbuk perasa dan kita tak tahu apa yang terkandung di dalamnya.

Keropok ni, halal dan yang penting kita yang buat sendiri.

Bahan-bahan:
1/2 bungkus laksa kering (ikut suka la korang nak guna banyak mana pun)
Minyak untuk menggoreng.

Bahan serbuk (blender kering):
5 camca besar Nestum
1 camca besar serbuk kari daging (boleh tambah lebih kalau nak pedas)
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
sedikit serbuk cukup rasa(tak guna pun tak apa..ini sebagai option sahaja)

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak..goreng terus laksa (tak perlu basuh), sampai  kembang macam keropok
2.  Angkat dan toskan..biarkan sejuk
3.  Bila dah sejuk, gaulkan rata-rata dengan bahan yang di blender kering tadi..
4.  SIAP!

Kan?? senang kan??..



Untuk mrnambahkan kelazatan,tambahkan jalapeno cheese powder masa mengaul..cheese ini boleh didapati di http://cheezycrazy.blogspot.com

Inilah hasilnya..
rasanya hampir sama seperti keropok Twisties..sedap!

*resepi credit to my friend : Hazlin lynhomemadecake.blogspot.com

Tunggu apa lagi..moh le kite buat..Adeuss!!!




Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...