Rabu, 29 April 2020

PKP SALE : KEKABOO, MIRABELLE, LADORA

Assalamualaikum.

Entri pertama bulan Ramadhan di musim PKP..beri laluan kepada PKP Raya Sale.

*****




πŸŽ‰ PKP SALE JENAMA BAWAL PALING CANTIK πŸŽ‰
❤ KEKABOO ❤ MIRABELLE ❤ LADORRA ❤
Harga: RM15 - RM25

Bawal Printed bidang 45 plus RM19-23,harga asal RM25-29
Bawal Printed bidang 50 RM25, harga asal RM30
Bawal Printed Kids RM15-20, harga asal RM19-23
Bawal LE Swarovski RM28, harga asal RM35

😱😱 😱😱 😱😱


Biar betulllll, harga special ni kita berikan sempena PKP sahaja.
-
BETULLL... Kita memang nak kasi licin semua stok semperna pkp berlangsung. 
-
RUGI SIAPA TAK BELI.
CONFIRM MENYESAL KALAU TAK BELI 😎
_
Date : 29 April - 15 Mei 2020
_
Nak tengok design & Order boleh klik ⤵



LIKE, TAG RAKAN DAN SHARE POST INI KESELURUH PELUSUK ALAM ❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Khamis, 9 April 2020

MACAM MANA NAK UNTUNG DENGAN SHOPEE

Assalamualaikum.

Aku nak kongsikan cara aku mencari sedikit keuntungan dengan membeli-belah secara online dengan Shopee. 

Aku akan kumpul Coin shopee sebanyak boleh. Dan kemudian bila dah sampai tahap maksima 3000 coin atau hampir sampai tarikh luput,aku akan beli barang yang aku idamkan..biasanya barang yang mahal dan bernilai.

1 coin bersamaan RM1. Macam mana aku dapat kumpul banyak coin? Ini caranya.

1. Setiap hari aku akan buka Shopee Apps dan check-in. Coin diberi berbeza mengikut hari. Hari pertama 1 coin, hari kedua 2 coin dan begitulah seterusnya sampai hari ketujuh dan akan ulang balik hari pertama hingga ketujuh.

2. Kalau nak shopping, carilah yang ada tanda 10% CASHBACK. Atau kadang-kadang Shopee buat hingga 15%. Tapi harus diingat item yang ada tanda ni kadangkala harganya lebih dari item biasa. Jangan panic, teruskan mencari dalam katalog,mungkin ada yang harga lebih kurang sama. Kalau beza harga 20-30sen, biasanya aku ok saja.

Jangan lupa klik voucher CASHBACK masa nak check-out cart (bayar) ye..

3. Sesudah beli dan terima barang, jangan lupa tulis review tak kurang 50aksara dan upload 1 keping gambar. Disini akan dapat antara 3-5coin untuk 1 item review.

4. Ini aku tak pernah guna pun, tapi boleh je korang cuba. Gunakan REFER A FRIEND kod, send kepada semua kawan. Kalau lepas tu kawan korang download App Shopee dan mula shopping, dapatlah korang 1000 coin. Tapi kalau dah semua orang ada App Shopee, cara ni memang takde guna lagi dah.

5. Seterusnya, main games di Apps Shopee. Antara game yang hadiahkan coin, seperti;

1.Lucky Egg, Lucky Bag dan sebagainya. 
Hanya perlu touch pada gambar. Jika bernasib baik, dapatlah 1coin.

2.Shopee Throw.  
Kalau nak main Shopee Throw, korang kena main selepas jam 12malam. Secepat mungkin main sebab coin yang di tawarkan adalah terhad. 
Markah yang korang dapat boleh ditukar dengan voucher barang atau coin..itu korang kena pilih lepas habis buat "balingan". Biasanya 200 markah boleh dapat 1coin

3.Catch Shopee
Ini adalah games yang jarang ada. Caranya letak handphone depan muka hingga muka di capture di dalam games, dan kita kena gerakkan kepala kiri kanan untuk menangkap hadiah yang jatuh. Untuk games ni, aku tak pasti kiraan coin yang kita terima dikira berdasarkan apa. Tapi tak kisahlah..asalkan ada coinnya.

4.Shopee Shake/Goyang Shopee
Ini yang paling aku suka. Biasa Shopee akan tetapkan masa untuk goyang handphone dan aku memang all out main setiap waktu yang ditetapkan.Paling banyak aku pernah dapat 21 coin. Tapi games ini juga bermusim. Nak tahu senang aje. Shopee biasanya akan iklankan kt TV ..iklan biasanya ada gambar orang menari sambil tekan handphone.
Gambar kat atas tu,bukan sahaja aku dapat coin, tapi juga hadiah istimewa iaitu 1gm Gold Bar .. tunggu punya tunggu, dari lepas Tahun Baru Cina sampai harini tak nampak bayang. Tapi haritu ada la staf Shopee call aku nak confirmkan alamat.

Berikut adalah hasil kutipan coin aku. Ini sebahgian sahaja ..yang terkini. Ada juga coin yang terluput sebab aku terlupa untuk tebus. 



Hasil mengumpul coin..inilah yang aku dah beli.


Maksima penebusan coin adalah sehingga 3000 coin atau RM30 hanya untuk barang berharga RM100 keatas. Jika kurang, ada had-had tertentu yang ditetapkan. Dan penebusan coin hanya melibatkan item dari  seller berstatus Preffered Seller atau MALL sahaja.

Apapun..dengan sedikit usaha.. dah ada hasilnya. Korang cuba ok. 

Good luck!

Isnin, 6 April 2020

AZIZ M.OSMAN PENGARAH DARI MASA HADAPAN??

Assalamualaikum.

Hadeh..baru siap masak. Lepas buat biskut,masak untuk apak berbuka puasa pulak. 


Sambung tengok Astro Citra..ada filem Gila-Gila Pengantin Popular. Filem ni tayangkan pada 2005. Tak salah kalau aku katakan Aziz M.Osman selaku pengarah & penulis skrip ni..seolah-olah menggunakan mesin masa sebab apa yang dia paparkan dilayar..hakikatnya berlaku selepas filem tu ditayangkan.

Dalam GGPP tu, Erma Fatima (Linda Nanuwil) masuk pertandingan menyanyi dalam Akademi Idola dan menjadi pemenang. Sebelum masuk, dia dah bertunang dengan Zul(Apek). Tapi akhirnya Erma Fatima kawin dengan Norman Hakim selepas Zul terpaksa berebut tunangnya sampailah Zul buat persembahan di TV sebab nak merayu tunang agar kembali kepadanya.

Pada tahun 2008, kontroversi bila Mawi yang dah bertunang dengan Ina Naim,masuk Akademi Fantasia dan menang tapi akhirnya berkahwin dengan Ikin..walaupun sebelum tu Ina Naim sampai masuk TV menyanyi jugak diiringi ucapan merayu-rayu Mawi untuk selamatkan pertunangan mereka.. cerita yang hampir sama,tapi wataknya terbalik.. 

Dan pada 2017,muncul penyanyi BBNU.. nama Aiman Tino.. nama yang hampir sama dengan watak Norman Hakim- Herman Bin Tino..kahkahkah.

Adui..panjang pulak ulasan aku selepas memakan biskut susu buatan sendiri petang ni. 🀣🀣🀣..oklah itu aje aku nak cerita.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...