Last part untuk gambar-gambar yang aku shoot kat Time Tunnel. Walaupun tempat tu kecik je..tapi barang-barannya cukup banyak..memang boleh ralit kalau masuk tempat tu. Okey la, jom kita tengok apa lagi yang ada kat dalam tu..
Poster asal Sabarudin Tukang Kasut..
Rasanya tin Jacobs ni tak banyak pun yang berubah.
Antara koleksi gambar P.Ramlee
Salah satu hasil Malaysia yang sangat berguna (IA-LAH GETAH)..huhu..ejaan lama
Kencing setan ni pun memang dah ada dari dulu..bertahan betul jenama ni
Lama tak tengok kotak rokok Ruthmans ni..dulu-dulu memang famous sesangat
Rupanya pakcik Scott ni dari dulu dok dukung ikan tu..tak letih ke?
Permainan anak-anak orang kaya di zaman dulu..
Shelltox..Bekas Ridset je yang aku tak jumpa
Bateri cap kucing..
Harga minuman dulu-dulu.. Milo Without Milk...40cents..gila murah!
Cuti..
Ingat zaman sekarang jer ker ada GoCart ..dulu pun ada..tahun 1972..
Susu ni aku memang dah lama tak jumpa..cap bendera tu..
Okey..itu aje la yang sempat aku shoot selama 2 jam aku melangut dalam Time Tunnel. Saja aku nak share kan apa yang aku dah tengok dengan korang. Moral of the strory,jangan buang botol shampu anda kerana mungkin 20 tahun lagi ia akan menjadi benda yang paling mahal ketika itu..Adeus!!!