Isnin, 30 September 2019

SCAMMER : 016-502 6658/011-6423 4270

Assalamualaikum.

Hampir 2 minggu aku kongsikan info mengenai BMF. Untuk hari ni, aku nak kongsikan masalah scammer. Kali ni scammer homestay. 

Scammer ni menggunakan gambar rumah dan gambar profile milik orang lain. Scammer mencari mangsa dengan meletakkan iklan di mudah.my dan juga group fb. 



Berikut adalah conversation si scammer dengan mangsa







Nombor mangsa akhirnya kena block


Antara mangsa lain


Detail scammer
No.Hp : 016-502 6658
Nama : NURUL MAHFUZAH BINTI MOHD.NOOR / REDZWAN
No.Acc : 152189365689 MAYBANK
Atau 07016029735604 BANK ISLAM

Mohon berhati-hati dengan sebarang tempahan bilik atau homestay. Sebelum buat bayaran, semak dulu nombor telefon atau nombor akaun yang diberi.

Ahad, 29 September 2019

BMF : KOPI HALAL

Assalamualaikum.

Selagi terdaya,akan dikongsikan di sini info-info mengenai barang kegunaan harian yang dikeluarkan oleh muslim sebagai panduan untuk semua. Info-info ini akan sentiasa dikemaskini.

Hari ini akan dikongsikan senarai jenama kopi dan syarikat pengeluarnya.


1. Syarikat Hang Tuah Sdn. Bhd.
Jenama➡️ KOPI HANG TUAH

2. Gantang Coffee Enterprise Sdn. Bhd.
Jenama➡️ KOPI CAP GANTANG

3. FAMA
Jenama➡️ KOPI PRA CAMPURAN AGROMAS

4. Kilang Kopi Cap Raga
Jenama➡️ KOPI CAP RAGA

5. At Taawun (M) Sdn. Bhd.
Jenama➡️ KOPIAH MALAYA

6. Lesong Bestari Marketing
Jenama➡️KOPI CAP LESONG


7. Al-Hafiz Food Industry
Jenama➡️ AL-HAFIZ

8. Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd.
Jenama➡️ ADABI

9. Kopi Che' Nah Sdn. Bhd
Jenama➡️ KOPI CHE' NAH

10. Kilang Kopi Mohammad Bin Chin dan Anak-Anak Sdn. Bhd.
Jenama➡️ KOPI CAP TIGA DAUN

11. Herzura Enterprise
Jenama➡️ HERZURA KOPI KAMPUNG

12. Warisan Kopi Baling
Jenama➡️ CUPAK KOPI KAMPUNG


#SokongBukanBoikot




**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Sabtu, 28 September 2019

TAKTIK BARU SCAMMER

Assalamualaikum

Apabila orang ramai sudah mula bijak dan tidak lagi tertipu dengan scammer secara panggilan telefon, maka para scammer mula mencari alternatif lain untuk menipu. Antaranya..seperti contoh berikut;



Di hari yg sehari kini gue pun hampir dikelentong juga oleh scammer ni. Beliau berlakon jadi inspekter sahab menggertak gue ada hutang dgn cukai pendapatan dgn SPRM. Dia minta hubungi balai polis IPK Kuala Terengganu utk elakkan tindakan segera. Bila hubungi balai dan bagi segala maklumat, inspekter sahab tu bgtau sy terlibat dgn kes penggubahan wang haram dan dadah antarabangsa, kemudian dikenakan waran tangkap ni. Akaun perlu dibersihkan untuk siasatan JSJK dan BNM. No telefon, alamat IPK sama dgn di google. Licik. Otak geliga boleh bikin batu tandas.

Awasi diri rakan-rakan semua. Ada manusia yg kerjayanya menghisap darah orang lain lalu menikmat hidup di atas kesakitan yg ditanggung orang itu. Semakin banyak peraturan keselamatan dicipta, semakin banyak penyelewengan berlaku. Teknologi sama naik dengan serakah manusia
*****


Mohon semua berhati-hati dan abaikan semua benda mengarut ni. Dari segi bahasa yang digunakan, scammer ini kebanyakkan orang Indonesia, cina dan india. 

Jumaat, 27 September 2019

MANGSA KELEMAHAN SISTEM PESANAN DOMINOS

Assalamualaikum

Aku nak berkongsi 1 pengalaman pahit seorang regular customer Dominos Pizza yang tak pasal-pasal menjadi mangsa kerana sistem order mereka yang bermasalah. 


PASAL DOMINOS AKU KENA SOALSIASAT POLIS

Aku beli voucher dominos kat shopee. Diorang ada official store, jual 1 regular pizza $9.90. Then aku jumpa seller jual voucher $5, so memangla cari yang murah lagi berbaloi. Dah nak dekat hujung tahun nie, banyak kelab/persatuan sekolah nak buat jamuan akhir tahun. So aku beli bulk.

Last week member aku nak order pizza, katanya utk jamuan kelab petanque. So 22.9.19 (Ahad) aku tolong buatkan order utk 10 set pakai voucher yang aku beli kt shopee. Mind you I used these codes for each code:
- 1x  regular pizza (courtesy of the voucher)
- 1x personal pizza (courtesy of WQF1B)
- 1x garlic twisty bread (courtesy of email feedback)
- 2x icing dipping (nak cukupkan order minimum RM1)

So 10 order pickup pukul 2.30pm. Macam ok. Aku balik ambil anak then sampai je rumah pkl 3pm member aku call "zack, macam ada problem je order nie". Aku ingatkan order tak masuk, so aku check order history semua ada. Then aku terima panggilan, dia perkenalkan diri sbg sarjan dari unit jenayah komersil (rasa macam jantung nka gugur masa tu) dan minta aku utk datang jumpa dia. Aku tanya jumpa kat mana? Dia kata samada kat balai atau kat dominos. So aku cakap la jumpa kat dominos, nak juga tahu ape kes teruk sangat sampai libatkan polis pulak.

So tinggalkan laa dulu lauk wife masak yg tak sempat nk makan lagi, then bagitau si kecil faris suruh ikut abah keluar balik (sebab takde sape2 kat rumah). Call wife cakap suruh singgah dominos dan jemput anak.

Sampai je kt dominos, nampak macam 3 staf polis menunggu. So bermula lah 1 jam interrogation dari pihak polis  dengan kehadiran wakil dominos HQ dari batu pahat dan manager branch (yang buat report). Pertuduhan diorang ialah aku buat order pakai hack/glitch untuk dapat order murah. So aku terpaksa laa tunjukkan step yang aku pakai dalam handphone on the spot. Diorang siap ambil video lagi.

Rupanya, masa pagi aku buat order tu, no problem, memang semua order aku berjaya. Tetapi bila aku buat depan diorang, sistem dia tunjukkan error, kononnya nak guna late delivery voucher tu, kena ada pembelian minima 1 personal pizza. Diorang tanya, mcmana aku boleh lepas order tu?

So aku cakap jer la. Sistem dominos is WEAK/LEMAH/OUTDATED. Aku tak perlu modify apa2 pun, dah memang pun boleh. Cuma bila hari tu order aku kena report oleh branch manager, baru sistem admin diorang modify. How I know this? Sebab notification error yang keluar tu sendiri salah. Tertera kat skrin (Sorry, you need a minimum order of LARGE pizza to proceed) - lebih kurang mcm tu laa. So aku tunjukkan kat branch manager "eh, tadi you cakap voucher nie kena ada minimum personal pizza, apesal yang nie tulis large pulak?" So siapa yang silap? Manager atau sistem?

Siapa yang benarkan penjualan voucher tu kat shopee? Aku ke?
Siapa yang tak ikut protokol pembelian voucher yang tulis "mesti serahkan kod semasa pengambilan pizza". Salah aku ke staff korang tak pernah mintak aku voucher tu?
Siapa yang lupa nak disable kod WQF1B (percuma 1 personal pizza)? Salah aku ke pakai kod tu?
Siapa yang salah kira harga untuk kod CL1903 (harga sistem $23++ tapi kat resit keluar $18++)? Salah customer ke kalau diorang pakai kod tu jugak?

So dengan ini, rasminya aku quit dari masuk mana2 restoran dominos.
Aku quit dari join group whatsapp/telegram dominos.
Aku quit dari thread2 forum dominos.
Aku quit dari fb dominos.

Mungkin korang rugi 1 customer, aku tak kisah.
Ada hikmah juga, boleh slim diet makan makanan yang lebih sihat dan selamat.
Terkilan je. Nombor contact aku ada pada dominos. Aku buat order awal pagi pukul 10am, kedai pun dah buka. Tapi bukan nak cuba call pun. Tau2 terus report pada pihak polis, pastu ambush aku pukul 3 petang. Member aku pun malu. Dah la tak dapat order pizza untuk jamuan kelab dia, kena tahan lagi. Allah jerla tahu perasaan aku masa tu. Apa2 pun, terima kasih pada unit jenayah komersil yang hadir masa tu. Mereka memang profesional, dan ramah. Aku dah jelaskan semua yang aku tahu, dan siap bagi banyak contoh2 untuk buktikan aku tak bersalah. Akhir pertemuan, dominos tak jadi untuk report, so tak ada kes untuk difailkan. Mereka kata nak buat siasatan dalam pula.

Rakan-rakan aku pun tahu aku banyak tolong mereka. Aku tak ambil sesen pun untung. Aku setkan order dan mereka sendiri pergi dan bayar sendiri. So maaf in advanced, aku takkan buatkan order dominos dah lepas nie.

tl;dr
order dominos pakai voucher
dominos laporkan pihak polis
order murah sangat sampai trigger




Ini peringatan juga untuk aku sebab aku juga boleh dikatakan regular customer Dominos. Dalam lorong kawasan perumahan aku ni..memang rumah aku sajalah yang selalu order.

Apapun..berhati-hati..takut jadi mangsa keadaan. 

Khamis, 26 September 2019

SCAMMER : 013-3355991/011-5503991/018-8737290

Assalamualaikum.

Bantuan hebahan scammer allerts. Posting ini akan diturunkan setelah masalah ini selesai.

*****
Bismillahhirrohmannirohim...dgn nama allah sy mulakn.....

Ini tindakan terakhir saya untuk menviralkn orang yang menipu duit saya....saya dan suami telah ditipu dalam bisnes sebagai sharepartner sebanyak rm55k...rm55k...rm55k....😭😭😭😭😭😭

Mohon rakan2 fb dan orang ramai untuk share posting ini....bantu saya.....viralkan posting ini...









Kami telah ditipu oleh seorang lelaki melayu bernama MUHD SUKHAIRY BIN SHAHARIN untuk join bisnes dalam produk makanan....LARTOTA iaitu makanan snek popia...sy kenal dengan penipu ni dalam fb shj....saya mula berjumpa dan berbincang ttg bisnes ni dari bulan 11 tahun 2018 lg....bulan 11 saya ada membayar duit 5k tanda sy berminat untuk join usahasama projek ini.....penipu ini pandai cakap,mulut manis.....😑😑😑😑....saya ada minta untuk cancel join bisnes ini pada bulan 1...kerana sy dan ank saya sakit,tidak sihat...ada surat doktor....anak saya sakit jantung sejak dari baby....masih perlukan rawatan susulan yg memerlukan kos yg tinggi...saya juga mempunyai masalah kesihatan,iaitu penyakit radang usus....saya rasa tidak mampu utk uruskan projek ini...

tapi kami diberi surat amaran berbaur ugutan seperti perlu berjumpa lawyer syarikat...oleh kerana itu kami berasa takut dan tidak selamat saya pun membayar duit 50k pada 30/1/2019....setelah penipu ini mendapat duit dari saya pada bulan jan itu dia mula senyap...asyik outstation ke luar negara..konon2nya untuk cari stok barang LARTOTA....wassup/cll lambat dibalas....bagi saya cek tendang 9k.....last sy dpt wassup dia pada 4/3/2019....dia berjanji untuk berjumpa dgn saya utk berbincang....namun sehingga ke hari ini penipu ini tidak dpt dihubungi.....semua call dari sy direject dan dia block wassup saya.......report polis juga telah dibuat .....viral adalah langkah akhir dari kami .....

Kami juga ada berurusan dgn adik dia iaitu faiz...(faiz bina produk)....faiz ini juga block saya....tidak dpt dihubungi....
2 beradik ni cari orang untuk buat produk(kosmetik,beauty)...aktif promo dalam fb dan ig.....new fb detact: zul fazli branding....baru create...beware guyss...rupanya penipu nie dh tipu ramai orang dlm urusan bisnes:forex,produk mknn,buat produk jenama sendiri...dan dia mmg licik...

Ini nombor2 telefon yang khairi ni pakai:
013-3355991
011-55035991(accountant -tp khairi yg guna no ni)
018-8737290 -no telefon faiz,adik khairi

Plzz beware...scammer alert....

Mohon rakan2 fb bantu saya share....
Kami bukan orang kaya...anak kami sakit jantung kronik....kami insan yang dianiaya....semoga penipu ini mendapat hukuman yang setimpal.....bukan sikit2 dia menipu....puluh2 ribu....πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.

Rabu, 25 September 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #5 - UJIAN DARAH

Assalamualaikum

Kita berhenti sebentar siaran produk-produk BMF. Aku nak cerita pasal perjalanan bariatrik aku. Semalam 24 Sept, tarikh temujanji untuk ambil darah.

Ini adalah kali pertama bagi aku.. dan bagi orang yang tak pernah ada pengalaman untuk ambil darah di HSB.. inilah catatan yang boleh membantu korang. Aku pun main redah je. Mujurlah betul tempat yang aku tuju tu. Tak salah aku, masa di hospital lama dulu, ada tempat khas untuk ambil darah. 

Ok..aku diberi tarikh temujanji pada jam 8pagi. Aku keluar awal dan sampai di HSB pukul 7.30pagi. Aku terus ke Klinik Perubatan-Sub Kepakaran. Dengan confident nya aku pun beratur di kaunter dan serahkan kad temujanji dan surat rujukan yang dikepil bersama masa aku datang untuk ambik tarikh temujanji bulan lepas.

Pada yang terlepas catatan pasal tu..ini linknya Temujanji Ujian Saringan

Dapat nombor..dan duduklah menunggu.

Ramai juga.. sabar aje lah.

Lebih kurang jam 9.20pagi, barulah nombor aku dipanggil ke bilik 133. Aku pun pergilah ke bilik tu. Pintu bilik ditutup..eh...apa aku nak buat ni..tak ada staf pulak kat depan pintu tu.. aku pun tolak lah pintu dan bagi salam.. 

Rupanya ada meja ditepi dinding dekat pintu tu yang diletakkan 1beg tiub darah.. kat beg tu ada tagging nama dan nombor giliran tadi.. adoi..manalah aku tahu.. tak pernah datang pun untuk benda-benda macamni.

Inilah beg tu. Ada 4 tiub sebesar jari kelingking tapi panjang sikit.

Dah ambil beg ni, jalan masuk ke hujung lorong..kat sana ada 2 partition nurse dok ambil darah.. so beratur lagi. Mujur nurse ni terer.. sekali cucuk je.. 4 tiub dia ambil.

Berkapas sebentar.

Kesannya...


Selesai ambil darah dalam 10minit. Dan temujanji seterusnya pada 01 Oktober ni. Lepas selesai..aku masuk ke ofis untuk sambung tugas seperti biasa.

Maka bersambung lagilah nampaknya. 

Selasa, 24 September 2019

BMF : JENAMA SUSU PEKAT DAN SEJAT MILIK MUSLIM BUMIPUTERA

Assalamualaikum

Agak sukar untuk kita sebagai pengguna muslim untuk mencari susu atau krimer pekat manis ataupun krimer sejat keluaran muslim bumiputera di pasaran.

Hasil carian, hanya inilah yang ditemui dan disahkan milik bumiputera muslim.



1. FGV Delima
Jenama➡️ SAJI

2. Sime Darby
Jenama➡️ ALIF

3. Mubarakatul Ardu Enterprise
Jenama➡️ MARJAAN

4. Era Bayam Kota Sdn.Bhd.
Jenama➡️ ERA



#SokongBukanBoikot





**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Isnin, 23 September 2019

BMF : MINUMAN KOKO/COKLAT KELUARAN MUSLIM

Assalamualaikum

1 lagi bahan masakan/minuman yang agak sukar  bagi kita untuk mencari alternatif kerana penerimaan masyarakat hanya tertumpu kepada 1 jenama. Tak perlu disebutkan di sini. Semua sedia maklum. Sebenarnya ada banyak produk ini,tetapi pasaran tidak begitu meluas dan sukar dijumpai di sesetengah tempat.

Bagi memberi pilihan lain yang setanding, di sini disenarai beberapa keluaran minuman koko atau coklat untuk kita cuba.

1. Pengeluar : One Million Borderless Resources 
Jenama➡️ MYCOKLAT

2. Pengeluar : Alhadad Marketing Sdn.Bhd.
Jenama➡️ TAMAR COCOA

3. Pengeluar : SQG Usahawan Sdn.Bhd.
Jenama➡️ E-MAN COCO

4. Pengeluar : BND Empire Resources
Jenama➡️ MOSHA

5. Pengeluar : Sawanah Wow Sdn.Bhd.
Jenama➡️ SAWANAH KOKO

6. Pengeluar : Koperasi Al-Hilal (M) Bhd.
Jenama➡️ KOHILAL

7. Pengeluar : Munif Hijjaz Trading Berinsentif
Jenama➡️ MUNIF COCOA

8. Pengeluar : Mine Jihad Enterprise
Jenama➡️ KOKKO MINE JIHAD

9. Pengeluar : Emran Trading (M) Sdn. Bhd.
Jenama➡️ EMRAN D'COCOA

10. Pengeluar : Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn.Bhd.
Jenama➡️ REEVO

11. Pengeluar : Inspirasi Wawasan Trading
Jenama➡️ CHOKEE

12. Pengeluar : Pondok Tahfiz Moden Idrisiah
Jenama➡️ MATCOCOA

13. Pengeluar : Elham-Q Malaysia Sdn.Bhd.
Jenama➡️ SUFI WEGO

14. Pengeluar : Inteam Marketing
Jenama➡️ iKOKO



#SokongBukanBoikot



**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Ahad, 22 September 2019

BMF : FUCUK SOUN HALAL

Assalamualaikum

Agak mencabar pengisian hari ini. Bukan mudah untuk aku mengumpul info mengenai perusahaan fucuk dan soun (orang utara tak sebut soun,tapi tanghun) yang diusahakan oleh melayu muslim. Sangat susah sebenarnya. Yang banyak dipasaran adalah pek-pek berjenama melayu islam tetapi hanyalah "diedarkan dan dipasarkan oleh". Nak mencari yang "dikilangkan oleh"  atau "diusahakan oleh" memang susah. Jadi, aku tak publishkan di sini,bimbang aku dah tersalah kongsi info..berdosa pulak aku.

Oleh itu,berhati-hatilah membeli. Fucuk soun pun bukanlah makanan tradisi melayu, tetapi diceduk dari kaum cina. Dan aku pasti, ramai yang dah tengok video bagaimana fucuk diproses dikilang bukan Islam..masya Allah..dikuis dengan kaki aje. Biadap betul.

Di sini disenaraikan beberapa hasil perusahaan melayu islam.


1.Perusahaan : SK Food Industries
Jenama➡️FATIMA JOHARA

2.Perusahaan : Faridah Abd.Ghafar
Jenama➡️SAYUR PUCHOK TANGHUN CAMPURAN

3.Perusahaan : Barakah Soya Industri Global Sdn.Bhd
Jenama➡️MAIRUS

4.Perusahaan : Ahmad Zaki Food Industries
Jenama➡️AZFI

5.Perusahaan : Perusahaan Makanan Cap Ayu Dan Anak
Jenama➡️CAP AYU DAN ANAK

6.Perusahaan : Hasdey Enterprise
Jenama➡️HASDEY


Diharapkan perkongsian ini dapat membantu semua dalam mencari yang halal dan bersih.

#SokongBukanBoikot



**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Sabtu, 21 September 2019

BMF : TEPUNG GANDUM KELUARAN MUSLIM

Assalamualaikum

Tepung gandum adalah antara bahan makanan asas bagi penduduk Malaysia terutamanya Melayu yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih muih samada moden mahupun tradisional.

Sudah pasti keperluannya amat tinggi sebagaimana keperluan beras. Dan berikut adalah senarai nana syarikat pengeluar dan jenama tepung yang berasa dipasaran. Sebagai muslim, eloklah kita mengutamakan perniagaan saudara seagama.


1. Syarikat : Legend Flour (M) Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ LEGEND FLOUR

2. Syarikat : Bidara Flour Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ CAP BIDARA, BIDARA, HPA

3. Syarikat : CRD SYNERGY SDN.BHD.
Jenama Tepung Gandum ➡️ CH Wheat Flour

4. Syarikat : Fikri Rice Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ FIKRI

5. Syarikat : GISB Holdings Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ IKHWAN

6. Syarikat : Syarikat Faiza Sdn.Bhd.
Jenama Tepung Gandum ➡️ FAIZA

Terdapat tepung-tepung gandum yang pelbagai jenama. Sila semak maklumat pengilang kerana ada kilang pemprosesan tepung mengeluarkan tepung yang kemudiannya di packing untuk syarikat pemasaran lain dan dijual dengan jenama yang berbeza.

Apapun utamakanlah produk Muslim.

#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Jumaat, 20 September 2019

BMF : BISKUT DARI USAHAWAN MUSLIM

Assalamualaikum

Hari ini akan dikongsikan beberapa jenama biskut pelbagai jenis yang dikeluarkan oleh usahawan dan syarikat muslim. Rasanya setanding dengan biskut-biskut ternama lain yang ada dipasaran.


1. Syarikat : Amin Nutrifoods Sdn.Bhd
Jenama ➡️ BABA AMIN
Produk ➡️ Biskut Bawang Putih, Biskut Susu, Biskut Kelapa dan Biskut Halia.


2. FAMA
Jenama ➡️ AGROMAS
Produk ➡️ Biskut Sayuran, Biskut Sandwich, Biskut Cracker, Biskut Gula, Biskut Jagung dan Biskut Marie.


3. Syarikat : Nourish Care Sdn.Bhd
Jenama ➡️ LE'NATURA
Produk ➡️ Wholesome Fibre Biscuits


4. Syarikat : Koperasi Simpang Bekoh, Jasin Melaka
Jenama ➡️ BISKUT TONGKAT
Produk ➡️ Biskut Gula dan Biskut Round Rusk.


4. Syarikat : Fitrah Padimas Sdn.Bhd
Jenama ➡️ -
Produk ➡️ Biskut Jari, Biskut Keping, Biskut Sugi dan Biskut Planta Gula.





#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...