Memaparkan catatan dengan label Bunga Labuci. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunga Labuci. Papar semua catatan

Isnin, 17 September 2012

BUNGA LABUCI - 12

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak tunjukkan jahitan bunga labuci yang amat simple. Baju ni milik kawan zaman persekolahan aku yang  hampir 15 tahun tak jumpa. Fb telah menemukan kami kembali. Dia minta aku jahitkan yang simple.. so inilah hasilnya..





Simple aje..itu je untuk hari ni..kita sambung esok. Sorry kalau entri ini amat boring..
Adeuss!!!

Jumaat, 14 September 2012

BUNGA LABUCI - 11

Assalamualaikum..

Seterusnya baju dan tudung yang dimaniklabucipearlkan.Oleh kerana aku terlupa nak snap gambar, terpaksalah aku menyusahkan customer..minta tolong dia emailkan gambar... Thanks a lot to Pn.Hilmun..




Nasib baik sebab aku ada snap dengan Note..so ada le gambarnya..tapi masa tengah buat..yang dah siap memang tak ada..inilah gambarnya.




Atas permintaan pelanggan , jahitan di tangan dan tudung. Simple. Semoga beliau berpuas hati..

Adeuss!!!

Selasa, 11 September 2012

BUNGA LABUCI - 10

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak masukkan gambar-gambar terkini hasil jahitan aku. So untuk hari ini aku nak tunjukkan antara jahitan sempena Hari Raya yang lepas.. Maka bermulalah episod boring blog Penbiru..

Ini baju raya anak kawan aku. Aku buat simple saja.

 Leher 

 Leher -sisi

Leher dan tangan

Untuk tangan aku buat simple aje sebab tangan baju tu labuh dan aku yakin selalunya tangan baju mesti akan dilipat sikit. Jadi kalau aku buat glamour pun, mesti tak nampak punya.

So itu aje untuk hari ini. Adeuss!!!

Jumaat, 1 Jun 2012

BUNGA LABUCI - 9

Assalamualaikum..

Lagi baju untuk raya. Baju ni agak special sebab bakal dipakai di pagi syawal tapi bukan di Malaysia.. Baju ini dan 1 baju lagi (akan di upload esok) bakal beraya di perantauan..di Jordan nun...Lagi 1, specialnya baju ni, ianya milik teman lama sekolej aku dulu yang aku sendiri dah hampir 13 tahun aku tak jumpa..hanya jumpa di fb saja..

Lalu aku pun menajhit dengan penuh kasih sayang..

And this is for u Juita..

Leher

 Leher -side

 Tangan

Leher dan tangan

Overall..dari leher, tangan dan bawah baju

Inilah hasilnya . Dan yang paling penting aku berharap kawan aku tu si Juita berpuas hati dengan jahitan aku..Adeuss!!!

Nak tengok lagi?..tunggu

Jumaat, 25 Mei 2012

BUNGA LABUCI - 8

Assalaamualaikum..

Dah mai dah..entri pasal manik. Aku nak tunjuk ajelah antara baju raya pelanggan-pelanggan yang dah aku siapkan..jom tengok

Leher

 Close-up leher

 Tangan

 Leher dan tangan

Dari atas ke bawah

Pertama kali aku buat bunga labuci berterabur ni. Mula-mula tu rasa macam nak terkeluar biji mata..lama-lama ok lah. Sebelum-sebelum ni, bunga labuci aku begitu statik sekali..kali ni saja nak buat perubahan sikit..biarkan ia berterabur...

So, esok ada lagi entri untuk manik sempena raya (walaupun belum puasa..tengok anak bulan pun belum)..Aku berhenti disini dulu..Adeus!!!

Nak tengok lagi ?..Tunggu

Sabtu, 31 Disember 2011

BUNGA LABUCI - 7

Assalamualaikum..

Walaupun tahun dah berubah, tapi aku jer yang tak berubah. Blog buruk aku ni cerita manik, cheese,manik, cheese..kekadang adalah cerita-cerita terkini. Memang manik ni cerita yang boring pada yang tak minat. Tapi pada yang minat, hits keyword paling banyak untuk blog aku ni adlah mengenai maniiikkkkkk jer. Punya pasal la blog aku, dari aku boh gambar aurat, lebih baik aku boh gambar manik. Huh!!

Bunga labuci lagi. Kebanyakan pelanggan yang suka design ni adalah remaja-remaji yang suka glamer tapi simple.nah tengok!




Ok..sekian untuk hari ni..Adeus!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 33

Jumaat, 30 Disember 2011

BUNGA LABUCI - 6

Assalamualaikum..

Bunga labuci lagi. Paling simple dan cepat nak disiapkan. Harga untuk baju ini lingkungan RM50-RM60 ikut besar tangan baju tu. Harap maklum harga adalah tidak termasuk kos pos..





 Ok, sudah..kurangkan bercakap..banyak cakap nanti orang nyampah..huhuh..Adeus!!!

Nak tengok lagi?..Manik Part 32

Khamis, 29 Disember 2011

BUNGA LABUCI - 5

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak tunjuk next design yang aku dah jahit setelah sekian lama..barang harus diingat post ini autopublish ye..akuk sibuk!..Jom tengok..




Harga untuk upah baju ni adalah RM160 sebab jahitan adalah pada tangan dan bawah baju.  Siapa yang rasa upah ni mahal, jahitla sendiri ek..huhuh..dah..dah..aku tak mau cakap banyak. Adeus!!!

Nak tengok lagi?..Manik Part 31

Khamis, 22 September 2011

BUNGA LABUCI - 4

Assalamualaikum...

Aku nak tunjukkan korang design Bunga Labuci yang paling simple. Baju ni aku buat masa Raya ke 6..memang aku dah janji nak buat lepas raya sebab kalau nak sebelum raya memang tak sempat. So jom la layan..



Ok..nampaknya itu je untuk kali ni..Adeus!!!

Nak tengok lagi?..Manik Part 23

Isnin, 19 September 2011

BUNGA LABUCI - 3

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni, aku buatkan bunga labuci je..simple dan tak terlalu meriah tapi masih lagi nampak cantik. (eleh..perasan la pulok..heheh)..layan jer la..




Kesimpulannya, ini adalah design bunga labuci yang paling simple aku buat. Disebabkan corak kain itu sendiri dah "meriah " so aku tak mau la "meriahkan" lagi , bimbang jadi caca marba..

Ok, aku behenti di sini dulu. Tunggu jer entry yang akan datang.. Adeus..

Nak tengok lagi?...Manik Part 20

Khamis, 25 Ogos 2011

BUNGA LABUCI - 2

Assalamualaikum...

Untuk kali ni citer pasal manik lagi. Selagi tak habis raya, memang entry aku pasal manik jer. Jom layan...





Baju ni datangnya dari pelanggan yang tak aku kenali..harap dia berpuas hati dengan hasilnya. Masih berbaki 4 hari untuk raya dan aku masih ada 5 pasang baju untuk di siapkan. Alamatnya malam ni aku memang tak tidor la..berkorban apa saja..masa ataupun tenaga, demi manik-manik tercinta..pergh!!!..Adeus!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 16

Rabu, 17 Ogos 2011

BUNGA LABUCI

Assalamualaikum...

Setelah berhempas pulas selama hampir 2 minggu, mulai hari ini, akan ada2 je entry baru pasal manik. Dan untuk hari ni, ada 1 lagi design yang dah aku siapkan..Kenapa kau panggil bunga titik? sebab ada bunga-bunga kecik tu.. Cakap banyak tak mau, jom tengok...






Untuk baju ini aku hanya buat di tangan sahaja. Aku harap pelanggan berpuas hati. Simple tapi meriah..Untuk tempahan raya ini, sudah ditutup. Kalau untuk raya haji, ok je..So tunggu je entry terbaru.Adeus!!!

Nak tengok lagi?... Manik Part 13


Rabu, 1 Jun 2011

BUNGA LABUCI BAJU PENGANTIN

Assalamualaikum...

Setelah bersengkang mata selama 2minggu, untuk menyiapkan 4 pasang baju, dan 3 daripadanya adalah baju pengantin (tak pasti pulak baju akad nikah ke hapa..yang pastinya, orang yang nak pakai tu adalah pengantin..)..harini aku nak share hasil kerja tanganku...

Baju ni datang dari pelanggan yang terjumpa nama aku di http://www.mudah.my/ alhamdulillah, berhasil jugak iklan aku. Thanks to http://www.mudah.my/ kerana membantu. Yang ni aku gunakan semua perkakas yang aku beli sendiri termasuk manik, jarum dan benang tanpa di kongsi sesiapa..

Bahagian dada...campuran bunga labuci dan manik

 Bahagian bawah baju..sengaja tak buat bunga labuci sebab takut kang pengantin tak selesa nak bepossing bila ada bunga sekuntum2 di bawah baju..terutama yang melibatkan possing duduk, baring, lentang dan sebagainya..

 Bahagian tangan yang simple
Sebenarnya, design untuk baju ni adalah pilihan pelanggan sendiri.. Surya namanye..So aku cuba buat ikut kehendak dia tapi aku ubah sikit agar tidak meniru bulat2 rekaan asal sebab aku bimbang jugak, pencipta design tu nak hangin pulak kalau tau ada orang ciplak rekaan dia..huhu..kalau aku pun mesti terasa juga bila ada orang ciplak design aku..hekhekhek..

So aku harap Surya puas hati dengan kerja tangan aku. Kepercayaan yang dia berikan pada aku, aku ucapkan jutaan terima kasih..dan aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Surya dan pasangan, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..Esok aku akan masukkan entry bab manik lagi, juga kisah baju pengantin...Arios!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 4

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...