Memaparkan catatan dengan label Lirik Lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lirik Lagu. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mei 2013

PELITAKU

Sama angin ku kirim rindu 
Namun kau tetap membisu
Mengapa begitu apa salahku
Seolah diriku permainan mu
Namun ku menanti 
Dengan hati yang terbuka
Walaupun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

Apakan daya 
Ku insan biasa
Takdir menentukan semua
Perpisahan itu
Pedihku rasakan
Seolah kehilangan tanpa peganangan
Namunku menanti 
Dengan hati yang terbuka
Walau pun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpa mu hidup tak bererti..

*****

Lagu ini nyanyian penyanyi 80an ..Zur Eda..
Lirik yang pendek tpai penuh bermakna. Aku suka lagu ni. Tak menjerit dan terjerit. Relaks dan santai. Memori kembali berulang bila aku menonton Kilauan Emas sambil mengemas beg untuk ke Tanah Suci. 

Bagi yang nak dengar lagu ni, silakan klik video di bawah





Rabu, 20 Februari 2013

TIADA SENYUM ...





GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU

Hadir dirinya di antara kita  
Membuai resah penekanan jiwa 
Dikau berubah setelah ia tiba 
Menghanyutkan cinta suci kita

Walaupun kini dikau tiada 
Daku melangkah mengharunginya 
Melepaskan dikau kekasih di jiwa 
Semoga kau tetap berbahagia

Hati ini walaupun telah dilukai 
Namun diri tabah jua menghadapi 
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri 
Oh menyepi nan sebuah hati 
Yang luka ini

Kasih dan sayang tetap bersemi 
Ku meratapi sehingga kini
Cintai dirinya walau apa terjadi
Jangan kau hancuri cinta suci

Dengarlah sayang coretan hati
Gubahan rindu puisi shahdu
Senyuman tawamu masih ku rindu
Walau dikau telah lama pergi
*******

Maaf.. entri ini agak emosi.

Isnin, 26 Mac 2012

BAWA AKU PERGI -KAKA&ZIZAN PATUT DIHARAMKAN!

Assalamualaikum..

Aku bukan menolak seni..aku pencinta dan peminat seni. Tapi apa gunanya seni jika didalamnya terkandung benda-benda yang negatif. Orang seni sepatutnya dapat membezakan apa yang baik dan tidak dalam sebuah karya seni.

Teman blogger aku mendahului aku dalam post entri ini..aku pun terfikir nak buat entri yang sama sebelum ni. Rupanya kami sama pendapat.. , korang boleh baca ini Abghani ini..

Sabtu lepas, aku menonton Muzik-muzik di TV3. Ada 1 lagu yang dipertandingkan..tajuknya "Bawa Aku Pergi"..ya memang dinyanyikan oelh penyanyi yang aku haram langsung tak kenal..cuma tukang rap dia je aku kenal..si Zizan. Melodi dah sedap, tapi liriknya macam hampeh!..sekali dengar je aku dah menyampah..korang baca lirik ni..

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga


bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
**************************

Apa yang korang faham dengan lirik ini?
Apa motif lagu ini?
Apa maksud lagu ini?
Apa moral of the story lagu ini?
Apa mesej lagu ini?

Kita semua ada akal yang Allah bagi, fikirlah sama-sama. Penulis lirik seperti mengagung-agungkan perbuatan anak gadis lari ikut kekasih dimalam hari..Wah..bagus betul karya seni beliau ini..boleh dibuat lagu lagi. Dia tak sedar ke, bila ada kes ini, siapa yang menangis dan meraung kalau bukan ibu bapa?..mungkin beliau akan menyanyi riang bila anak daranya lari ikut jantan, siap bawak passport bagai..ya ampun!!!

Apa nak jadi. Dengan karya seni , sepatuntnya kita semaikan moral yang baik dan sampaikan mesej yang positif,bukan sampah macam ni. Aku pun tak pasti, kenapa TV3 boleh lepas lagu ni dalam rancangan mereka. Lagu ni patut dibanned aje. Banyak lagi lagu lain yang bagus untuk didengar.

Aku taknak letak klip lagu ini dalam blog aku sebab aku rasa ia akan mengotorkan blog aku ni. Korang boleh cari kat youtube kalau nak tengok dan dengar sendairi..kalau aku silap, sila betulkan aku..

Terima kasih sebab korang semua sudi baca entri aku ni..Adeus!!!

Khamis, 1 Mac 2012

SUDIRMAN, THE ONE & ONLY

Assalamualaikum..

Seperti biasa, post autopublish..

Tengok tajuk je , semua orang dah tau, siapa yang aku maksudkan. Ya..Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad (dah mati baru orang bagi title datuk..buat apa?)


Memang dia tiada galang ganti. Suara dia adalah suara tersendiri. Lagu-lagu beliau amat berhantu. Dan dalam banyak-banyak lagunya yang boleh menjatuhkan airmata wanita sebrutal aku ni adalah Pelangi Petang..

PELANGI PETANG

Ku meniti..
Awan yang kelabu..
Ku susuri..
Lorong yang berliku..
Mencari sinar yang menerangi..
Kegelapanku...

Ku percaya nanti suatu masa..
Sang suria kan menyinar jua..
Membawa harapan yang menggunung..
Bersamanya..

Engkau tiba..bagaikan pelangi..
Tak bercahya namun kau berseri..
Tapi cukup,
Menghiburkan ..
Hati ini...

Seharian ..
Waktu bersamamu..
Tak terasa..
Saat yang berlalu..
Bagai pelangi petang kau kan pasti..
Pergi jua..


Ada ke sesiapa yang sehebat dia sekarang ni?

Pusara Allahyarham..*pic dari google..
Al-Fatihah...

Khamis, 23 Februari 2012

KU REDHA SENDIRI

Assalamualaikum..

Aku terpanggil nak buat entri ni sebab salah sorang dari AMT aku yang terminat lagu ni.. cik Ladybird. Dalam entrinya semalam, beliau ada menyebut, lirik lagu ini memang terkena pada dirinya. Lagu ini sebenarnya amat popular pertengahan 80an. Aku yang hidup dizaman itu selalu dengar lagu ni. Dan aku pun memang suka dengan lagu ni. Bukan hanya lirik tapi melodi dan suara penyanyinya yang amat sedap didengar..

Penyanyi asal lagi itu adalah Klthsom. Suara dia memang best. Sebenarnya aku memang hafal lagu ni. Liriknya memang aku tak pernah lupa. Pada yang belum pernah dengar, jom kita dengar ramai-ramai..ia mengambalikan nostalgia kita..jom dengar


Aku pilih klip ni sebab ada wajah penyanyinya. Walaupun audio kurang sikit, tapi oklah..ada juga klip yang gambar apa ntah, tapi audio dia lebih jelas..apapun aku harap, korang boleh tengok sendiri klip ini dan terhibur dengannya..*sape2 yang tak dapat tengok klip ni..tengok jer kat youtube..heheh

Aku Bukan Aku
Yang Kau Kenali Dulu
Engkau Bukan Engkau
Yang Pernah Memukau..

Di Hadapan Kita
Dua Insan Berbeza
Yang Mencari-Cari
Arahnya Sendiri..

Suara Senada
Seida Sekata
Tiba Saatnya
Bercanggah Jua..

Kita Yang Bersifat Baru
Berubah Dengan Waktu
Kau dan Keangkuhanmu
Mencabar Kesabaranku..

Ke Mana Kelembutan
Bicara Yang Bersopan
Diriku Dikasarkan
Oleh Pengalaman..

Andainya Berjauhan
Rahmatnya Kedamaian
Biar Kau Pergi
Biarku Di Sini..

Biar Kau Pergi..
Biarlah..
Ku Redha Sendiri..

dan lirik lagu ni ..memang menyentuh jiwa (bagi yang mengalami). Bagi yang tidak mengalami, mungkin tak rasa apa-apa..itu jer perkongsian hari ni..Adeus!!!

Isnin, 20 Februari 2012

MEMBURU IMPIAN

Assalamualaikum...

Percaya atau tidak, sudah hampir 5 tahun aku menggunakan Ring Tone lagu Memburu Impian nyanyian Kaza. Aku cuba tukar ke lagu lain, tapi, aku rasa macam ada sesuatu jer yang tak kena. So sampai hari ini aku masih menggunakan Ring Tone yang sama. Aku sebenarnya suka sangat dengan lagu ni. Bila aku dengar je lagu ni, ada macam 1 aura didalamnya yang melekat dengan hati aku..samada lirik atau melodinya.(adakah ini buktinya aku ini spesis manusia yang amat setia?? *uhuk!!! uhuk!!!) .Lagu ini juga merupakan lagu tema filem Gila-Gila Remaja..yang heronya "Oh..Azroy.."..jatuh chenta aku dibuatnya..hahaha

Ku jejak..
Jalan yang berliku,
Membara jiwaku,
Memburu impian...

Ku renang...
Lautan gelora,
Biar pun tersadai,
Di hujung dunia...

Akan ku rempuhi..
Segala rintangan,
Biar pun  rebah,
Ku bangun sendiri

Akanku genggam..
Biarpun hitam..
Menjadi milikku..

Ku mula..
Dengan langkah ini,
Menuju sinaran yang abadi..

Rabu, 15 Jun 2011

Ku Pendam Biar Parah

Ku Pendam Biar Parah
-Herman Tino-






Apa ku nanti
Sendiri daku sepi
Hadirmu tak bermaya
Kau datang untuk siapa
Dia pengganti bercahaya hingga senja
Ku hanya embun pagi berkilau sementara

Ku pamir duka lara tiada yang simpati
Tusukan duri hampa luka ku parah
Mengharap tinggal harapan
Menatap pula tinggal tatapan

Ku sangka ini terjadi dalam mimpi
Sedih dalam bayangan
Rupanya kenyataan

Ku pamir duka lara tiada yang simpati
Tusukan duri hampa luka ku parah
Mengharap tinggal harapan
Menatap pula tinggal tatapan

Ku sangka ini terjadi dalam mimpi
Sedih dalam bayangan
Rupanya kenyataan

Selasa, 14 Jun 2011

Hati Seorang Kekasih Lama...

Hati Seorang Kekasih
-Noorkumalasari-
Dalam keriuhan
Riang suasana
Di majlis yang indah
Dari kejauhan
Aku menyaksikan
Persandingan dikau
Kau dikelilingi
Teman teman dan saudara
Aku ditemani air mata
Sukar meyakinkan
Hati yang terluka
Oleh janji janji
Masih kedengaran
Jelas di bayangan
Kemesraan yang lalu
Setiap kulahirkan
Keraguan masa depan
Kau selalu meyakinkan daku
Amat pedih melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri
Bila bersendiri
Aku memikirkan
Di mana silapnya
Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji
Apa alasanmu
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama




Tajuk sebuah lagu nyanyian Noorkumalasari..bila terkenang kenangan lalu..lagu ini bagai menghiris hati di kala itu..tapi kini kepedihan itu sudah berkurangan...

Assalamualaikum...

Apa yang akan anda lakukan jika, disaat-saat genting hubungan anda dengan pasangan, tiba-tiba muncul kembali si dia yang telah lama meninggalkan anda di saat anda benar-benar menyintai dirinya suatu masa dahulu...???..dan, si dia tidak tahu da tidak sedar bahawa dirinya telah "muncul" kembali dalam hidup anda??


*keliru....

sedangkan di kala ini anda sedang berdepan krisis yang tak berkesudahan dengan pasangan, yang memunginkan perpisahan..kerana sebab dan punca yang sama walaupun ianya terbukti dengan jelas bahawa bukan datang dari diri anda sendiri..


Hati Yang Kau Sakiti
-Rossa-
jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya
* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai
** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa
reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya
ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti
repeat *, **
repeat reff
ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

*jiwa kacau...

Rabu, 20 April 2011

Berganti Hati...



Berganti Hati - Anggun
Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti




Assalamualaikum..
Aku suka lagu ni. Lirik nya amat bermakna, melodinya yang kena dengan jiwa dan citarasa.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...