Assalamualaikum.
Resepi seterusnya..sedap dimakan begitu sahaja. Kerabu Sotong. Aku buat ni untuk makan dengan nasi lah..tapi suami aku makan macam tu aje..dah macam makan bihun goreng pulak aku tengok. Bahan-bahan pun mudah dapat.
Bahan-bahan;
2 pek soun (agak-agak dapat semangkuk)
6-7 ekor sotong saiz besar - rebus dan potong
1 ikat daun ketumbar
2 ulas bawang merah -dimayang
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5-6 tangkai cili padi - diracik
Sos nampla (kalau tak ada,guna aje garam atau kicap cair)1 biji limau nipis -ambil airnya
Cara-cara;
Mudah je. Celur soun dengan air panas sampai lembut dan toskan. Gaul dengan semua bahan.. perasakan sesedap rasa dengan sos nampla dan sedikit gula atau serbuk cukup rasa..siap.
Hihi..senang kan?