Sabtu, 17 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #19 PENGALAMAN BERPUASA KALI PERTAMA

 Assalamualaikum

180 hari telah berlalu. Alhamdulillah walaupun ada rintangan, tetap terus kuatkan semangat untuk ditempuh.

Hari ini telah masuk hari ke-5 kita semua berpuasa. Inilah puasa yang paling mencabar dalam hidup aku. Mana tidaknya, sebelum-sebelum ini pun aku memang kurang makan dan minum. Tapi selepas bariatrik, aku kerapkan makan dalam jumlah yang sedikit. Kiranya mulut tak henti mengunyah. 1 hidangan aku ambil masa 1jam lebih untuk habiskan. Minum sedikit-sedikit.

Tapi bila puasa.. terasa ruginya aku tak minum banyak-banyak seperti sebelum puasa. Lapar tu tak berapa sangat, tapi lebih kepada dahaga. Mungkin effect ubat duphaston yang aku kena makan untuk tempoh 6 minggu. Puncanya, endometriosis aku kembali. Aku tak pernah cerita disini pasal penyakit puan yang aku alami..insya Allah, bila ada kelapangan waktu, akan aku kongsikan..dan tegasnya aku nyatakan di sini, endometriosis ni tak ada kena mengena dengan bariatrik. 

Jom tengok progress penurunan berat aku.

Alhamdulillah.. separuh dari target dah aku capai

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg


Berat aku sudah cecah 94kg.

Mungkin sebab berpuasa,maka penurunan lebih cepat.  Di sini aku nak kongsikan gambar terkini (bulan lepas sebenarnya) sebagai inspirasi bersama.

Berita bestnya, aku dah muat pakai baju zaman kolej dulu.. tapi butangnya masih nampak tegang. Tunggu 2 bulan lagi..insya Allah aku akan bergambar dengan baju tu. 

Baru-baru ni, ada seorang komentar yang datang bertandang dan meninggalkan komen di blog aku. Rasanya komentar ni kenal aku sebab dipanggilnya aku dengan gelaran di pejabat.

Aku tak tahu siapa dia sebab hanya pengenalan Unknown sahaja yang digunakan. Cuma 1 perkara aku nak ingatkan di sini kalau dia baca entri hari ini. Aku tak pernah paksa sesiapa untuk buat bariatrik. Aku hanya berkongsi kisah aku sahaja. Jika ada yang bertanya, kalau aku lapang, aku jawab. Jika tidak cukuplah dengan membaca semua info-info yang aku catatkan di sini sejak 2019. Tak perlulah kau nak kondem semangat orang dengan mengatakan "setelah kau baca entri aku, kau tak jadi buat baria".. ehh..bila masa aku suruh atau paksa kau ehh?? 

Pelik betul aku dengan manusia macam ni. Kalau ye, kau rasa bulan puasa ni kau nak usaha kurangkan berat kau..silakan. Dan kalau kau rasa kau tak berat mana, tak payah nak pikir pasal buat baria. Kau ingat doktor tu senang-senang nak kerat perut kau. 4 test tau kau nak kena buat untuk buktikan kau layak ke tidak.

Macamnilah.. kalau kau rasa nak diet, terpulang kat kau. Kalau kau rasa tak nak baria..pun gasak kaulah, tak ada sape nak paksa.  Tapi jangan tinggal komen yang kalau orang lain yang tengah semangat nak buat baria rasa patah semangat. Siapa pun kau.. aku tak rasa kau patut rosakkan semangat orang lain. 

Mujurlah blog ni aku tapis dulu semua ulasan. Ok..nampaknya itu sajalah yang aku nak coretkan hari ini. Oh ya..lupa pulak, hari ini aku timbang lewat dari biasa sebab lepas bangun sahur tadi..aku lupa nak timbang. So,aku biarkan semua makanan hadam dulu,baru aku timbang.

Kepada yang masih semangat..teruskan semangat korang. Tendang dan terajang jauh-jauh anasir yang langsung tak membantu tu. 

Salam Ramadhan.


Rabu, 7 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #18 DINGDONG 170 HARI

 Assalamualaikum..


Aduhai..agak stress dengan berat dingdong ni. Naik turun jadinya. Makan minum seperti biasa. Tak tahu apa yang tak kena.

Itu je dia pergi..97..98..nasib baik..turun 96kg.

Benci pulak tengok graf ni. 

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg

Mujur jugak saiz makin mengecut..cumanya geram tengok penimbang tu. Sepatutnya..aku jangka dalam tempoh 6bulan, berat boleh turun hingga 27-28kg. Tapi masih tersangkut di 25kg. Liat betul la haih..

Seorang BariatricQueen advise aku untuk mulakan balik liquid diet. Insya Allah, aku nak on balik liquid diet bulan puasa nanti.

Sebagai permulaan, aku nak beli Optifast Coffee sebab kalau Optifast Strawberry, aku rasa muak..nak muntah pun ada. Harapnya dapat membantu.

Ok ..itu aje untuk harini.. 


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...