Memaparkan catatan dengan label Doraemon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doraemon. Papar semua catatan

Khamis, 14 Februari 2019

KOLEKSI KESAYANGAN : TISSUE BOX DORAEMON

Assalamualaikum

Memenuhi koleksi yang boleh digunakan bukan untuk dibuat hiasan semata-mata. Juga beli melalui Shopee, hanya RM17.80, kotak tisu ni tersangatlah comelnya.



Datang dengan 2 imej berbeza untuk setiap sisi kotak. Biasanya orang minat Hello Kitty, tapi aku tetap minat Doraemon..dia comel dan terngiang-ngiang suara dia ditelinga. Apapun, cukuplah koleksi untuk menghiasi workstation aku di office.

Seronok buat kerja bila tengok muka dia senyum.

Selasa, 5 Februari 2019

KOLEKSI KESAYANGAN : PENCIL CASE DORAEMON

Assalamualaikum

Doraemon lagi.. kali ni bekas pensil pulak. Pun aku beli kat shoppe. Harga tu tak adalah murah sangat sebab tak ada diskaun. Beli juga sebab nak isi alatulis aku kat pejabat.





Memang sangat puas hati dengan pencil case ni. Material yang tebal, warna yang cantik dan yang penting ORI. 

Seronok pulak boleh kumpul dan guna benda- benda macamni..tak salahkan sesekali jadi budak-budak balik. Huhu

Isnin, 4 Februari 2019

KOLEKSI KESAYANGAN : TOILETRIES BAG DORAEMON

Assalamualaikum

Selagi tak habis cerita..selagi tu ada. Minat punya pasal, aku terus membeli..untuk diguna..bukan untuk jadikan pusaka.

Kali ni aku beli toiletries bag pula. Macam biasa, beli kat shoppe dengan harga RM10 sahaja.





Besar jugak saiznya. Bolehla aku isi barang-barang makeup aku untuk dibawa ke pejabat.. ada lagi tau barang Doraemon..esok aku kongsikan lagi.

Ahad, 3 Februari 2019

KOLEKSI KESAYANGAN : MOUSEPAD DORAEMON

Assalamualaikum

Lagi barangan Doraemon yang aku beli. Mouse pad pulak kali ni.. Saja je suka-suka nak simpan barang macamni..aku pulak kalau boleh biarlah barang yang aku beli tu, aku boleh guna..bukan buat koleksi untuk simpan je..tak ada faedah pun buat macam tu. 

Comel kan? 

Tak mahal pun aku beli. RM5 aje..dan yang bestnya, mousepad ni ORIGINAL.


Sabtu, 2 Februari 2019

KOLEKSI KESAYANGAN : KIPAS DORAEMON

Assalamualaikum

Aku peminat Doraemon. Kenapa?? Sebab Doraemon comel.. walaupun dia hanya watak kartun.. tapi Doraemon tak pernah menghampakan Nobita.

Ini koleksi kesayangan aku yang aku letak di meja pejabat.. (umur dah 38..tapi jiwa kekanak tu masih ada ye) 

Ini dia.. kipas Doraemon! (Sila bunyi suara Doraemon ok)

Aku beli kat shoppe je

Ini yang aku beli. Harga okla..biasa-biasa je. 

Angin dia pun ok..bolehlah sejukkan badan kalau panas tu.. sesuai letak kat meja di pejabat.. Esok aku kongsikan lagi cerita pasal koleksi barangan Doraemon yang aku ada.

Adeus!!!


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...