Memaparkan catatan dengan label Sulaman Lace Pearl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sulaman Lace Pearl. Papar semua catatan

Khamis, 30 Julai 2015

LACE & PEARL 12

Assalamualaikum..

Ini lagi..baju kawan aku tu..tauke Lukisan Kaligrafi Murah..si Zainab.. nak yang simple aje.. Taburan pearl di atas lace. Untuk pakai kenduri katanya...rajin sungguh cik kak ni pergi kenduri..



Ini jahitan tahun 2014..dah lebih setahun terperam gambar ni..ok.itu aje. Malas nak menulis banyak-banyak..Adeuss!!!

Rabu, 29 Julai 2015

LACE & PEARL 11


Assalamualaikum..

Ini bukan baju pengantin..tapi baju nak pergi tengok pengantin. Baju milik sahabat lama aku masa sekolah dahulu.. Zainab Desa namanya..sekarang sangat popular sebagai pelukis Kaligrafi Murah dan beberapa kali masuk tv kate kooo..

Ini bukanlah baju pertama dia hantar kepada aku..Alhamdulillah dia sangat suka dengan baju ini..




Gambar baru ini dah hampir jadi pekasam dalam memori henpon aku..dari tahun 2014, sekarang baru aku publishkan untuk tatapan umum.. Kepada yang berminat nak aku jahitkan manik, boleh hubungi aku sms/wssp 0125677630.. 

Sekian untuk hari ini..Adeuss!!!

Selasa, 28 Julai 2015

LACE & PEARL 10

Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan, tuan punya baju pengantin ni dah bersalin anak sulung pun..anak pun dah boleh bergolek sana sini, tapi aku baru terhegeh-hegeh nak update di blog...punyalah dahsyat tahap malas aku ni..mana nak car???

Baju pengantin ni nak glamer. Tema putih dan Gold..so inilah jadinya



bawah baju


atas bahu..

Ni baru betul punya bersawang punya gambar. Entah hantu apa yang merasuk aku hingga aku malas sangat nak menulis di blog lagi,,mungkin akibat kewujudan FB agaknya..so minggu ini terasa sedikit rajin..maka inilah jadinya..entri autopublish selama sebulan..koleksi gambar jahitan manik sejak hujung 2013 hingga yang terkini..harap sangat korang jangan muntah tengok gambar manik ya..ok bai!

Adeuss!!!

Isnin, 27 Julai 2015

LACE & PEARL 9

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak tunjukkan jahitan manik yang simple untuk baju akad nikah dan kahwin sekaligus.. Tema putih dan biru..Baju lace sepenuhnya, jahit di hujung tangan dan bawah baju..




Dan yang ini adalah tudung siti, pengantin akan pakai inner putih dan diluarnya disarungkan tudung siti ni..

Itu aje..dan kepada bakal pengantin, yang nak manikkan baju untuk hari bersejarah mereka, aku sangatlah berbangga bila sentuhan jari montokku ini menjadi sebahagian kecil sejarah manis mereka..sila sms/wssp 0125677630 untuk tempahan..Adeuss!!!

Rabu, 20 Mei 2015

LACE & PEARL 8

Assalamualaikum..

Sudah berkurun aku tak menjahit, mood betul-betul kelaut dah. Memang sekarang aku bertugas di Langkawi, maka mood itu beralun-alun bak ombak yang memukul pantai Chenang..ok tak ayat?

Kali ni aku nak tunjuk hasil jahitan pemalas aku. Baju ni baju kawan aku masa sekolah dulu. Ini baju kedua yang dia serah pada aku untuk di manikkan..

Kali pertama aku dapat baju ni..aku gelak..kesian pun ada. Sebelum dia hantar, dia ada cakap yang baju tu tailor salah buat tak seperti yang dia impikan.. terbang RM300 katanya..Potongan lace dibaju tu buat perutnya nampak bulat besar dan gemuk haha..

Lalu aku pun buatlah supaya kurang sikit gemuk dia tu..

sebelum dan selepas




Aku jahitkan lace tebal dan taburkan pearl silver bagi mengurangkan kegemukan di bahagian perut tu.. potongan lace asal dibaju tu sangat nencacatkan rupa baju..

Alhamdulillah,setelah berhempas pulas dan puas berperang dengan perasaan malas aku ni..siap jugak akhirnya..

Itu je cerita aku setelah lama blog bersawang.. Adeus!!!

Khamis, 21 November 2013

LACE & PEARL - 7


Assalamualaikum..
Sudah lama aku tak upload cerita pasal baju-baju yang dah aku manikkan.. Bagi memenuhi kembali blog aku dengan hasil jahitan..maka inilah baki-baki gambar baju yang belum aku publishkan.

Baju ini, baju nikah anak kawan aku.(kawan yang sudah bersara..tetap di panggil kawan walaupu seusia ibuku)



Baju ini sudah ada lace bunga timbul, aku hanya taburkan dan sulamkan pearl untuk bangkitkan bunga yang sedia ada. Jahitan adalah sesimple mungkin.

Selamat Pengantin Baru untuk pemilik baju ini..Farhanah..semoga berbahagia hingga kejannah..amin..

Esok ada lagi baju yang aku nak kongsikan..Adeuss!!!

Ahad, 25 Ogos 2013

LACE & PEARL - 6

Assalamualaikum..

Untuk hari ini adalah baju yaang di alas dengan lace. Pemilihan warna lace adalah dibuat oleh pelanggan sendiri dan aku hanya menjahit sulaman manik sahaja dia atasnya..







Jahitan adalah di tangan dan bawah baju. Memandangkan baju ini bersaiz XXXL (saiz aku tu) maka aku ambil masa sikit untuk siapkan baju ni.

Aku gunakan kombinasi pearl, rice dan kristal untuk naikan seri pada baju ini. Dan hasilnya adalah seperti di atas..

Terima kasih kepada pelanggan baru aku ni..semoga berpuas hati..

Itu aje..tunggu sambungan esok.. Adeus!!!

Selasa, 26 Februari 2013

LACE & PEARL - 5

Assalamualaikum..

Dah hampir boring tengok jahitan crumble. Sorry lagi kepada korang yang tak berminat dengan hal memanik ni. Tapi apa nak buat kan?..blog aku..hihih

Kali ni aku tunjukkan hasil baju untuk pertunangan..

Gabungan lace dan pearl..tambah sikit kristal agar bersilau-silau mata yang memandang nanti..

Terima kasih kepada pelanggan aku  Hidayah yang yang akan melangsungkan pertunangan tak lama lagi.. Selamat Bertunang ye dik.. dan semoga berpuas hati dengan jahitan ahkak ye..




dek silau flash kamera..warna baju ni berubah. Warna asal adalah macam gambar yang ke-2 ..

*setiap jahitan aku bagi kad warranty..so jangan takut-takut nak bagi kat aku ..

Adeus!!!

Sabtu, 2 Februari 2013

LACE & PEARL - 4

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak tunjukkan baju pengantin. Sulaman pearl pada kain lace. Agak mudah untuk siapkan baju ini. Lacenya tebal dan cantik. Hanya perlukan sedikit sentuhan untuk menaikkan keserian pada baju ini.

Dada..

Dada

Bawah

Bawah

Tangan
 
Dada dan tangan

 Dari atas ke bawah..

Ok..itu aje. Selamat Pengantin Baru ( in advance ) kepada pelanggan Cik Izan. Semoga berpuas hati dengan  baju ini..terima kasih.

Sebelum tu , janganlah hairan kenapa baju pengantin yang ditempah di butik kadang-kala mencecah RM700-RM1000 sepasang..modal untuk manik aje pun dah mencecah ratusan ringgit tu belum kira upah lagi..tapi untuk baju ini, bajetnya antara RM220 - RM270 (ikut saiz baju). natk tahu cara mengira harga upah manik..korang boleh tengok kat SINI.

Pada korang yang berminat nak aku jahitkan manik, boleh sms/ viber/line/whatsapp/tango aku.. di  0125677630(punya le banyak..pilih aje mana yang mudah)
Ok..stop kat sini dulu..Adeus!!!

Isnin, 19 November 2012

LACE & PEARL - 3

Assalamualaikum

Menyepi 5hari tanpa entri. Terlalu sibuk..sangat-sangat. Mana dengan nak pergi bercuti..nak siapkan baju orang..itu ini..pening kepala aku. Sampaikan pergi Cameron Highlands baru-baru ni pun aku bawak baju untuk di jahit.

Ok..back to point. Baju dari pelanggan tetap aku.  Sulaman lace dan pearl untuk baju tunang. Tengok ajelah..
dada

tangan

dada dan tangan

bawah baju


ok..ini aje nak tunjuk. Sorry sangat-sangat sebab tak sempat BW. Entri ni pun autopublish sebab aku tengah prepare barang..esok akan fly ke dot dot dot.. bercuti dengan BFF sekolah dulu..ok..

Nantikan ceritanya nanti..thanks AMT sekalian. Koranglah Ahli Mesyuarat Tingkap paling Class di donia!
Adeuss!!!



Selasa, 30 Oktober 2012

LACE & PEARL - 2

Assalamualaikum.

Kembali bermanik. Kali ni aku nak tunjukkan baju yang ambil masa 2 minggu nak siap..memandangkan sibuk dengan hal-hal lain..maka lambat jugak lah siapnya.

Design diminta oleh pelanggan dan harap beliau berpuas hati..sebab aku buat ikut apa yang diminta. Tak mau cakap banyak jom tengok.




Gabungan sulam lace + manik tabur + pearl crumble..
Itu aje..

Adeuss!!!

Khamis, 14 Jun 2012

LACE & PEARL

Assalamualaikum..

Inilah antara penyumbang kepada kesibukkan aku hingga tak sempat nak jengah korang semua. pada AMT yang sudi datang hari-hari..terimakasih aku ucapkan..

Untuk kali ni, jahitan gabungan lace dan pearl tabur. Ini baju raya paling glamour pernah aku jahit (buat masa sekarang la..akan datang mungkin ada lagi.heheheh)..Dulu yang tanya kenapa aku tak letak harga pada tiap gambar yang aku upload kat sini. Susah juga kalau aku letak harga sebab, saiz baju, leher dan tangan tiap orang tak sama. Harga aku bergantung pada banyak mana manik yang digunakan dan tahap kerumitan jahitan tu.

Untuk baju ni kerana jahitannya adalah di dada dan bahu sahaja dan sedikit taburan ringkas ditangan, aku pun bolehla berikan harganya. Harga untuk baju ini RM200. Memang nampak mahal, tapi kos untuk pearl, kristal dan lace yang aku gunakan hampir mencecah RM110. Aku amat pentingkan kualiti. Design ni pula ada tambahan batu diamond yang perlu diseterika. Pearl yang digunakan sebanyak 30bungkus..

So, jom tengok ...











Itu jer untuk hari ni..terima kasih semua..nanti aku free, aku jengah korang ek..Adeus!!!

Selasa, 7 Jun 2011

MANIK + LACE

Assalamualaikum..

Inilah entry aku untuk musim ni. Cerita maaaaaaaaaaanik aje..Manik ni bermusim. Musim ornag kawin dan musim  nak raya. So kali ni citer bab manik baju mak pengantin pulak. Ini lah baju paling susah untuk aku jahit. Memang tak ada idea langsung sebab kainnya adalah kain lace yang agak nipis. Setelah 2 hari aku tidur pukul 2 pagi dan malam tadi aku tidur pukul 3 kerana nak siapkan baju ni. Walaupun nampak simple, tapi paling sukar untuk dijahit...

Ni bahagian badannya..

close-up

So tangannya simple macam ni jer...
Aku terpaksa simplekan design sebab baju ni diberi minggu lepas. Masa amat suntuk..Hanya ini yang mampu aku buat. Kalau diberi awal mungkin aku dapat perkemaskan lagi jahitan dan designnya..

So pada sesape yang perlukan khidmat aku untuk baju raya, sila cepat2 ye. Aku takut tak sempat siap je. Sms atau call : 012-5677630 (Ana)...ok aku stop dulu..kepala aku dah wing2 ni..ting tong....burung2 berterbangan, bintang2 berkelipan...pening sudah akibat tidur tak cukup..huhuhu.. Arios!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 7

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...