Rabu, 20 Mei 2015

LACE & PEARL 8

Assalamualaikum..

Sudah berkurun aku tak menjahit, mood betul-betul kelaut dah. Memang sekarang aku bertugas di Langkawi, maka mood itu beralun-alun bak ombak yang memukul pantai Chenang..ok tak ayat?

Kali ni aku nak tunjuk hasil jahitan pemalas aku. Baju ni baju kawan aku masa sekolah dulu. Ini baju kedua yang dia serah pada aku untuk di manikkan..

Kali pertama aku dapat baju ni..aku gelak..kesian pun ada. Sebelum dia hantar, dia ada cakap yang baju tu tailor salah buat tak seperti yang dia impikan.. terbang RM300 katanya..Potongan lace dibaju tu buat perutnya nampak bulat besar dan gemuk haha..

Lalu aku pun buatlah supaya kurang sikit gemuk dia tu..

sebelum dan selepas




Aku jahitkan lace tebal dan taburkan pearl silver bagi mengurangkan kegemukan di bahagian perut tu.. potongan lace asal dibaju tu sangat nencacatkan rupa baju..

Alhamdulillah,setelah berhempas pulas dan puas berperang dengan perasaan malas aku ni..siap jugak akhirnya..

Itu je cerita aku setelah lama blog bersawang.. Adeus!!!

3 ulasan:

  1. wahhh cantik dan bertambah baik rupa paras baju tu jadinya...

    BalasPadam
  2. kesian kawan awak tu, nasib baik ada kawan yang boleh tolong repair..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...