Memaparkan catatan dengan label South Korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label South Korea. Papar semua catatan

Khamis, 26 November 2015

TIPS MELANCONG KE KOREA

Assalamualaikum.

Perkongsian untuk semua terutama kepada korang yang bercuti atau melancong ke Korea.. 

Seperti biasalah, selain perkara asas sebagai pengembara , rasanya tak perlu aku ulas sebab asasnya sama sahaja. Passport, ubat2, tuala kecil, dan sebagainya..

Tapi untuk kali ini, tips ini adalah untuk ke Korea sahaja..


Sebelum Berlepas

  • Rajin-rajinkan menggugel dan baca pengalaman orang lain yang dah pernah pergi.
  • Seeloknya bookingla makan di dalam flight..makanlah nasi kenyang-kenyang.
  • Beli extra baggage (kalau naik Air Asia)untuk perjalanan balik sahaja..biar lebih tak pe..jangan kurang.
  •  Sediakan kad rate yang tercatat kadar tukaran 

ini yang aku punya..siap laminate..supaya tak kepam macam yang aku pegi Vietnam dulu!


  • Tukar siap-siap duit Won Korea tu.. lebih tak pe, sebab barang sana mahal. untuk pengetahuan, Currency di Korea ada yang tak terima RM lagi.. (thank you PM..komannya Malaysia dimata dunia!).
  • Cuaca di sana ketika Autumn memang sejuk. Tapi tak perlulah sampai nak usung Wintercoat dan glove..tak kena tema kot..tak pun kau kena gelak nanti. Cukup setakat sweater atau jacket tebal aje.
  • Bookinglah hotel atau hostel di Itaewon..sebab sinilah tempat makanan Halal ..yang lain tak ada ye..
  • Bawalah bekal meggi cup 1 sudah la..yang lain tu megi pek biasa sebab cup tu boleh ulang guna.
  • Kalau nak bawa serunding ke, rendang ke, sambal bilis ke pastikan korang pek plastik dan seal kemas 2-3 lapis plastik. So far tak ada masalah nak bawa makanan kering macam tu. Sayur2 dan buah2 tak yah bawak. Cari nahas kalau kena tahan. Tak mati pun tak makan sayur kalau takat seminggu tu. Nak melancong kena buat cara nak melancong lah ye..bukan macam nak pindah terus kat situ
  • Bawa wet tissue atau seluar dalam pakai buang tu. Sana toilet takde paip ye. Susah nak beristinjak nanti.
  • Bawa sejadah kecil atau apa2 untuk alas bersujud.(kalau sembahyang laa..kalau tak sembahyang..bawa kain kapan .huhuhu)
  • Bawa lips gloss.. suhu sejuk boleh buat bibir pecah
  • Bawa lotion kulit (jangan bawa baby oil..nanti kena rampas masa nak balik) untuk elakkan kulit kering
  • Semua barang kegunaan macam ubat gigi, shampoo, minyak wangi ke..pastikan bawak dlm kuantiti yang sikit (macam aku, ubat gigi aku beli yang tiub kecil, pastu aku picit simpan 3/4 tiub..biar ada sikit aje dalam tiub tu. kiranya ngam2 untuk beberapa hari kegunaan..) dah habis boleh buang terus.


Semasa berada di sana..

Jika anda kaki shopping...

  • Fikir 2-3 kali..walaupun nampak harga 1 barang 10,000Won macam RM10.. sedar sikit nilai sebenar berapa. Rujuk kad rate yang korang (masa aku pergi tu 10,000Won = RM38!)
  • Kalau nak beli t-shirt, beli kat Namdaemun Market sebab ada yang jual 3 helai 10,000Won
*sememangnya Korea bukanlah tempat shopping yang terbaik kerana ia boleh buat korang terbalik..mahal dowh!


Jika anda backpackers..


  • Belilah peta pelancongan kalau kedekut, carilah pamplet yang free di Airport..ini penting!
  • Beli T-Money untuk memudahkan perjalanan
  • Download Subway Korea Apps.. kalau nak guna subway train.
  • Sila bawa air minuman dan botol kosong sebab ada sesetengah tandas adalah tidak berpaip.
  • Pakailah kasut jogging..kenapa kasut jogging? sebab kasut jogging ringan dan tebal. mampu kurangkan sejuk kaki.ingat, kat sana kena banyak jalan laju..
  • Tak perlu beli simkad. Cukuplah kalau di handphone ada Whatsapp atau WeChat sebab mudah nak berhubung dengan orang kat Malaysia. Kat sana WiFi Free di segenab ceruk ada.
  • Untuk memilih restoran jika darurat tak jumpa yang halal, boleh aje masuk mana2 restoran seafood atau restoran yang tak ada gambar lembu pendek tu.(Biasanya kedai yang jual makanan berkhinzir tu, ada sign di pintu masuk atau papan tanda kedai). Pesanlah makanan yang tiada daging atau ayam. Yang lain Tawakaltualallah...


Sebelum balik

  • Jika ada beli baggage, pastikan berat jangan lebih had. Sakit korang nak bayar nanti.
  • Kalau luggage korang besar dan berat lebih had (7kg), sila sorok2 kan sikit, jangan bagi nampak kat orang di kaunter check-in. Kat sana untuk luggage(bawa masuk dalam flight) tak particular sangat. Tak kisah pun berat berapa. Semua mesti check-in di kaunter untuk dapatkan boarding pass diorang(check-in dan boarding pass yang korang print sendiri tu tak laku!). Setiap orang ok.. Tak boleh hantar wakil sebab dia nak tengok muka setiap orang.
  • Lepas check-in , sebelum masuk ke depature, habiskan semua minuman, jangan bawak langsung apa2 cecair. botol kosong tak apa.

Itu aje yang dapat aku kongsikan dengan korang.. semoga tips ini dapat membantu korang ketika berada di sana..Ok..

Sekian

Adeuss!!!



Khamis, 19 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART11

Assalamualaikum

Day 5..hari terakhir di Korea.

Lepas sarapan apa yang patut, aku dan Iera keluar pusing2 buat kali terakhir sekitar hostel. Mana tahu jumpa apa2 yang menarik.

canggih macam mana pun negara orang, wayar letrik tetap berselirat!



Kami bergerak meninggalkan Hostel di Shin Chon pada pukul 9 pagi. Menunggu bas untuk ke Incheon International Airport. Bas tiba pukul 10 . Ambil masa sejam lebih untuk sampai ke airport.


tunggu bas disini


Lebih kurang pukul 11.30 tiba di airport. Untuk makluman korang, kalau beli tiket Air Asia ke apa ke..dan kalaupun dah check-in awal2 kat rumah..korang tetap kena check-in di kaunter. Setiap orang dia nak tengok muka.


bording pass ini aje yang laku ye..

Info penting juga, kalau beg korang (luggage) lebih 7kg (untuk AirAsia) pun jangan risau, diorang tak lorat sangat pun. Asalkan jangan bagi yang di kaunter check-in tu nampak beg korang. So aku dan Iera sorok2kan beg tu .  Melainkan beg yang korang nak drop (yang beli baggage tu). Kalau beli 20kg..jangan lebih. Kang kena bayar tak pasal2 jer.

Untuk check-in pun ambik masa. Segala botol berair semua kena buang sebelum masuk ke tempat pemeriksaan Kastam. Seterusnya ke pemeriksaan Imigresen (biasa je tak seketat kastam yang banyak songeh tu.. losyen Herba Mustajab Cili aku ada pada Iera..tinggal sikit je pun, tapi si kastam tadi nak ambik jugak. Ambiklah..tapi kalau dia ambik dari aku sendiri, nak je aku kata.. " this is lip gloss..it can make ur lips more red. u should try this at home!".. Biar dia menggelupur . Padan muka. Bukan takat mulut, habih merah 1 kepala!


Itu kisah dengan Kastam Korea yang songeh cam hampeh. Time nak masuk ok..tapi time nak balik ni memang menyampah betul aku.. So korang kena beware lah dengan diorang ni. Benda yang bukan liqiud pun dia tak bagi lepas..padahal lepas dari situ , berlambak2 kedai jual air minum lah apa lah..berliter2 bawak naik flight pun takde masalah. 


Flight aku pukul 3.30petang. Siap body check semua lebih kurang pukul 1.30 jugak. Kami terus ke gate perlepasan..rehat kat situ dan menunggu boarding time aje..


Gate 106..hujunggggg nun..jauh gile kot



Flight dah ready


Itulah kisah pengembaraan ringkas aku di bumi Kimchi ni. Sebenarnya 5 hari memang tak cukup. Banyak tempat aku tak sempat cover. Banyak Muzium yang aku tak terjah dan banyak market yang aku tak perabih duit. Apa lagi nak ke Jeju Island..memang sah tak sempat. Nampak gaya macam nak kena datang lagi. Tapi mungkin ke Busan sebab Busan dekat dengan Jeju Island.. Insya Allah..

Sampai di KLIA terus cari makan..Nasi Paprik dan Tomyam yang dirindui..huhuhu. Perjalanan masih jauh, esoknya flight ke Alor Setar pukul 7 pagi..maka bermalam lagi di KLIA 



Sebagai penutup , aku belanja gambar aku bersama kenangan di Korea..



Ini sahaja entri aku. Insya Allah jika ada kelapangan waktu aku akan menulis entri untuk tips ke Korea sebagai panduan kepada korang yang nak pergi sendiri. Tak perlu pakej. Yang penting kena berani , pandai tengok peta dan link subway. itu je. Ok..Adeus!!! 

Rabu, 18 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART 10

Assalamualaikum


Entri yang dipenuhi gambar.. ikutkan hati, semuanya aku nak kongsikan disini..tapi cukuplah yang ini aje..






Tayar basikal dah jadi pokok






katanya ini basikal yang digunakan pelakon Winter Sonata




















Penat berjalan kami singgah di restoran Asian Cuisin (halal)..untuk minum kopi dan aku termakan nasi seafood la pulak..huhuhu..Kami oder 2 cawan Coffee Latte, 1 set popia, harga semua sekali 29000Won. Area restoran ini ada surau untuk solat ye. 







Sebelah restoran ada macam perpustakaan..namanya Children Book Island. Ada banyak buku untuk bacaan disitu dan ada juga tempat untuk budak2 main..








Pukul 4 tamatlah keangauan Winter Sonata musim luruh..kami beratur untuk balik..sayang nak tinggal tempat yang cantik macam ni..pengalaman yang tak mungkin dapat dirasai di Malaysia..

Nak balik pun beratur setengah jam. Punyalah ramai manusia..



Ternampak restoran ni sebelum balik..restoran ni bukan di Nami Island, tapi di tanah besar

Tiba di Dongdaemun lebih kurang pukul 7 malam. Suhu mencecah 2darjah. Gigil oi!.. Singgah kat Namdaemun Market sebab ada barang terlupa nak beli..siap semua balik ke Hostel naik subway train.. Malam ni makan nasi instant je. Panaskan guna mikrowave di kitchen hostel tu.. 

Lepas makan, berjalan2 lagi shopping apa yang patut..esok dah nak balik..huhuhu..



Itu aje...Adeus!!! 

Selasa, 17 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART 9

Assalamualaikum..

Day 4..

Hari yang dinanti2.. kalau datang Korea, tapi tak pergi tempat ni, memang tak sah la. Buat penat je datang. Ini lah tempat wajib. Nami Island. Tempat pengambaran drama kegilaan ramai , Winter Sonata..

Walaupun aku dah sampai ke Korea ni, sebetulnya aku ni 1 habuk pun tak tau apa2 pasal Korea , tak tau langsung dan tak pernah tengok langsung drama Winter Sonata tu.. Disebabkan aku sampai disini ketika musim luruh..dan tepat pada waktu luruhnya daun2 kuning ...maka aku pun fefilling lah sebentar...tambah2 lagi Mylaling ada bersama..Untuk pengetahuan korang, masyarakat di Korea ni , memang jenis kalau ada couple tu..berjalan peluk cium depan public tu perkara biasa. So , kalau korang datang dengan suami korang (bukan suami orang yee) korang nak peluk pinggang pun..pelukla..tak de sape nak kisah pun! Yang aku nampak orang Korea ni , sakan betul bercinta tu..lebih banyak yang jalan bercouple dari jalan sorang(kecuali yang nak pergi kerja lah)

Menaiki subway ke stesen Dongdaemun,keluar dari subway terus kaki ke hentian bas yang tertulis Namdemun-Nami Island. Beli tiket bas 15000Won pergi dan balik. Bas kumpulkan penumpang dan bas yang sama juga akan tunggu hingga habis lawatan di Nami Island.


Kadar tambang untuk shuttle bus

bermacam2 orang tengah tunggu giliran nak naik bas


Bas yang aku naik. Korang kena ingatlah no.plat bas yang korang naik tu sebab nanti korang balik dengan bas yang sama

Bertolak dari situ pukul 9 pagi dan tiba di Port untuk ke Nami Island , pukul 10.30. Tiket untuk ke Nami Island berharga 8000Won . Boleh tahan jugak harganya. Kaunter tiket di sini dinamakan Entry Visa (kekonon macam nak masuk negara lain je..kat sana pun tak tulis Nami Island tapi Republic of Naminara)


Kaunter tiket ke Nami Island

Information Center di Jeti

Mini Mart..bolehla beli apa2 disini sebab di Nami Island nampak restoran aje yang ada


Pintu masuk nak ke kawasan jeti..(lepas beli tiket)

Jeti ..tunggu giliran nak naik feri

Menara ni ada kabel untuk flying fox ke seberang ..ngeri oi..punya tinggi..mau terkucil gamaknya

dari feri tengok ke langit..huh..ada bran??

Feri dah sampai


Keadaan dalam feri..tak de kerusi ye..semua orang berdiri je.

Kat belakang feri..aku lepak sini je..ambik angin berbau diesel..huhuh

Feri bergerak meninggalkan jeti


Naik feri ke Nami Island..dah sampai dalam masa 5 minit je. Hati dah berbunga2 seronok..macam mimpi dah sampai sini!


Di pintu masuk Nami Island



Pokok2 ni menyambut ketibaan kami..seronoknya rasa time ni..tak sabar nak bergambar


Kami terus pergi makan dulu. Nak cuba Nasi Goncang yang femes tu..perghh..sedap! bertambah sedap sebab aku bawak serunding aku..hahah. Harga 6000Won. Kenapa nama dia Nasi Goncang? sebelum makan, kau kena goncang ..pastu baru makan!


Korang nampak bangunan ni? Restoran tu ada sebelah (koner) bangunan ni (belah kanan dalam gambar ni) kena pusing ke belakang sikit baru nampak.

Masuk ikut sini..nampak tak orang ramai tu..masuk ikut situ ye

Cari signboard ni..nampak bumbung lama belakang batu ni..kat situlah restorannya. Ramai orang Malaysia makan kat situ

Inilah dia Nasi Goncang

Rupa sebelum digoncang. Ramuannya adalah nasi yang berpulut tu, isi ikan tuna, telur mata dan kimchi

Nak makan nasi ni, diberikan juga sarung tangan sebab tin nasi tu panas ..ok! ini tangannya..


Inilah hasilnya selepas digoncang.. sekali lagi serunding pedas aku jadi penyelamat dan penyedap..huhuh

Lepas perut kenyang..tiba saat paling ditunggu.. Keindahan alam bermula di sini.. aku jadi gila..gila bergambar..so sila tengok ajelah..di entri akan datang.
.

Itu aje...Adeus!!! 

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...