Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

Selasa, 29 Januari 2019

CALIPH BUSKERS DAN AJL 33

Assalamualaikum

Anugerah Juara Lagu 33 akan bersiaran langsung pada 3 Februari 2019 ini. Aku sebenarnya tak berapa nak ikut sangat perjalanan AJL33 ni sebab.. entahla. Rasa macam tak best pulak..ada lagu best.. suara penyanyi asal pulak sendu-sendu gitu..TAPI....

Dek kerana pukulan Caliph Buskers yang madleykan 12 lagu finalis..tetiba aje aku rasa..WOW!!!

Serius aku cakap..nyanyian Caliph Buskers 1juta kali lebih sedap dari penyanyi asal..kebolehan mereka sangat luar biasa..dan kebolehan inilah yang dihidu Edry KRU yang membawa Caliph Buskers ke pentas AJL beberapa tahu lalu bagi menggantikan kumpulan Mojo.. dan disini aku kongsikan video klip dari channel youtube Caliph Buskers sendiri..korang dengar dan nilai kan sendiri..

Apa nak kata?? 
Aku nak cakaplah kan..penyanyi asal tu semua tak payahlah perform malam AJL nanti..dok bawah makan pop corn sudahla...bagi Caliph Buskers sajalah menyanyi semua. Depa tapau habih wehhhhh..

Jumaat, 22 Februari 2013

BUDAK 5 TAHUN YANG BUTA

Assalamualaikum...

Pertama kali aku tengok video ni..aku kagum..tapi at the end..jatuh pulak airmata.

Budak perempuan berusia 5 tahun dari Korea ni pandai bermain piano. Tiada siapa yang ajar dan bukanlah mewarisi bakat dari keturunan kerana dia sendiri adalah anak angkat. Dia hanya belajar bemain piano dengan hanya mendengar sahaja ..ini adalah kerana dia seorang yang BUTA.

Korang bolah tengok di youtube.. atau di video yang aku letak di bawah ini..

Dan nilaikan lah sendiri..


Isnin, 17 Disember 2012

SYILA AMZAH VS SITI NURHALIZA

Assalamualaikum..

Dah lama aku nak buat entri ni. Tapi sibuk memanjang. Entah bila masa yang aku tak sibuk. 

Inilah kisahnya. Masa aku remaja remaji dulu sekitar tahun 1999 camtu. waktu kegemilangan Siti Nurhaliza (yang pada itu belum lagi bergelar Datuk), ada seorang ulama terkenal juga (namanya aku lupa) pernah buat kenyataan berbentuk ramalan (bukan tilikan)..katanya Siti Nurhaliza akan ada pengganti yang sama hebat. Namanya juga bermula dengan huruf S. Kisah ramalan ini agak heboh ketika itu (mungkin ada yang sudah lupa dan mungkin juga yang masih ingat)  Kemudian dari itu  muncullah penyanyi baru wanita yang namanya bermula huruf S. Maka aku tertunggu-tunggu nak tengok siapakah S yang dimaksudkan. 

Muncullah ..
Siti Nordiana...bukan..
Syura...bukan
Siti Sarah... bukan..
Syazliana..bukan (mana pi ntah dia ni)
Suki..pun bukan..

Abih tu saper????

Nah..tetiba budak kecik (yang namanya ketika itu Shila Techno) telah pun muncul dengan nama baru dan meningkat dewasa, Shila Amzah.

Dulu mungkin ada yang tak kenal dia..aku kenal la sebab mak aku peminat bapak dia ND Lala.. Tapi serius masa dia kecik aku tak berapa suka suara dia. Badan budak kecik tapi suara rentak suara dan nyanyian macam orang dewasa.

Bila dah bertudung ni, makin mencurah rezekinya dan suara pun bertambah sedap. Minggu lepas baru aku berkesempatan tengok video ni..tu pun pada jam 2pagi..

meremang bulu roma..huh!!..
p/s : klik pada gambar dan kemudian sila klik perkataan "Watch On YouTube"..untuk menonton klip ini

Apapun..kebangkitan Shila Amzah amat ketara selepas bertudung. Moga-moga tudungnya kekal begitu dan tidak makin tergelongsor kebelakang sehingga jambul terkeluar di depan.

Terasa bangga dengan imej macam ini, menyanyi dengan lunak tanpa perlu terlompat-lompat di atas pentas. Mungkihkah dia akan menandingi Siti Nurhaliza atau melebihi dari itu..Tunggu dan lihat.

*Tahniah juga atas kemenangan di Anugerah Planet Muzik 2012..



Isnin, 12 November 2012

BOB MAMAI LAGI

Assalamualaikum..

Mamai lagi. Kali ni masa aku dan family ke PICC untuk konvo anak sedara aku. Mujur la kejab aku..itu pun cukup buat kami tergelak kat dia...alahai la Bob..


Risau juga takut "penyakit" ni tak hilang smapai ke besar..haru jugak nih!

Ahad, 11 November 2012

MAMAI !

Assalamualaikum..

Mamai..korang pernah dengar istilah mamai? Kalau di utara ni, mamai atau mamun adalah kejadian yang berlaku pada orang yang sedang  tidur. Orang itu akan buat apa saja ketika tidur. Ini kisah si Abang Bob. Sejak akhir-akhir ni..makin menjadi mamai nya. Ini adalah klip yang sempat aku rakam kan beberapa hari lalu



nasib baik dia tak bangun belari..kalau tak..lagi naya nak kena kejar.perrghh..

Selasa, 14 Ogos 2012

IKLAN RAYA YANG MENYENTUH KALBU

Assalamualaikum..

Pertama kali aku menonton di TV..air mata aku jatuh macam hujan...bila aku tengok di youtube yang full version, ...bertambah-tambah mencurah airmata..bukan kerana aku yang sememangnya ratu airmata..tapi ini betul-betul sedih..tengoklah berapa kali pun..wajib aku menangis..

Sedih...yang amat sedih..

dalam kita bergembira..jangan kita lupa pada insan seperti mereka..
*tersentuh...

Selasa, 3 Julai 2012

ULTRAMAN..FIRE!!!!

Assalamualaikum..

Aku pasti lagi kompom ramai peminat Ultraman dizaman kanak-kanak..termasuklah aku. Sebenarnya klip ni aku pernah masukkan kat fb..tapi kali ni aku nak share dengan korang. Bila aku tengok klip ni..wajib aku gelak..

Kenapa aku gelak...

Ultraman ini terlupa cara-cara nak fire rasaksa..jom tengok


Isnin, 12 Mac 2012

SEBGHATULLAH PEMIDATO TERBAIK ANTARABANGSA

Assalamualaikum..

Aku memang minat dengan acara tahunan ini..ia melibatkan lebih 70buah negara seluruh dunia yang masing-masing menghantar wakil yang amat fasih berbahasa Melayu dan yang lebih penting, mereka menggunakan bahasa Melayu yang betul dan istilah yang jarang kita pakai seharian. Kita lebih banyak bercakap bahasa rojak sekarang ni. Pertandingan ni ditayangkan di TV1 pada hari Khamis lepas - 8 Mac selepas Berita.

Dan mereka ini di satukan di bumi Malaysia, dan mengenali satu sama lain dengan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Pendek kata , mereka di satukan dengan bahasa kita.

Apakata luangkan  masa selama 8 minit dan tengok klip video ini. Aku yakin korang tak menyesal.




Peserta ini dari Afghanistan, sebuah negara yang bergolak. Aku memang tabik dengan dia. Bila dah menang, terus bersujud syukur. Namanya  Sebghatullah Qazizada. Memang kelakar dia ni..Tapi bila dia buat sujud syukur sejurus selepas kemenangan , jatuh pula airmata aku..sensitif betulla...

Inilah senarai peserta akhir..Tahniah kepada mereka

SEBGHATULLAH QAZIZADA ( AFGHANISTAN ) - Johan
POLINA MATVEYCHEVA ( RUSIA ) - Naib Johan
ELENA VOROBYEVA ( LATVIA ) - Tempat Ke 3
YOTA TAMURA ( JEPUN )
MARINA MAKAROVA ( MOLDOVA )

Aku kagum dengan semua peserta. Masing-masing ada kelebihan dan yang lebih menyentuh hati, mereka yang bukan Melayu, berusaha belajar bahasa kita. Dan bertutur bahasa kita. Sedangkan orang kita sendiri, bila di temubual di TV, yang wartawan berbahasa Melayu, yang menjawab tu , berabuk cakap BI. Ntah apa-apa aku tengok. Bukan aku menolak bahasa asing, tapi berpada-pada. Sedangkan perserta ini, tidak habis-habis memuji keindahan bahasa dan budaya kita. Itulah sebabnya mereka sanggup belajar bahasa kita. Dan sekarang, kalau kita tak hormat bahasa kita, siapa lagi?

Khamis, 23 Februari 2012

KU REDHA SENDIRI

Assalamualaikum..

Aku terpanggil nak buat entri ni sebab salah sorang dari AMT aku yang terminat lagu ni.. cik Ladybird. Dalam entrinya semalam, beliau ada menyebut, lirik lagu ini memang terkena pada dirinya. Lagu ini sebenarnya amat popular pertengahan 80an. Aku yang hidup dizaman itu selalu dengar lagu ni. Dan aku pun memang suka dengan lagu ni. Bukan hanya lirik tapi melodi dan suara penyanyinya yang amat sedap didengar..

Penyanyi asal lagi itu adalah Klthsom. Suara dia memang best. Sebenarnya aku memang hafal lagu ni. Liriknya memang aku tak pernah lupa. Pada yang belum pernah dengar, jom kita dengar ramai-ramai..ia mengambalikan nostalgia kita..jom dengar


Aku pilih klip ni sebab ada wajah penyanyinya. Walaupun audio kurang sikit, tapi oklah..ada juga klip yang gambar apa ntah, tapi audio dia lebih jelas..apapun aku harap, korang boleh tengok sendiri klip ini dan terhibur dengannya..*sape2 yang tak dapat tengok klip ni..tengok jer kat youtube..heheh

Aku Bukan Aku
Yang Kau Kenali Dulu
Engkau Bukan Engkau
Yang Pernah Memukau..

Di Hadapan Kita
Dua Insan Berbeza
Yang Mencari-Cari
Arahnya Sendiri..

Suara Senada
Seida Sekata
Tiba Saatnya
Bercanggah Jua..

Kita Yang Bersifat Baru
Berubah Dengan Waktu
Kau dan Keangkuhanmu
Mencabar Kesabaranku..

Ke Mana Kelembutan
Bicara Yang Bersopan
Diriku Dikasarkan
Oleh Pengalaman..

Andainya Berjauhan
Rahmatnya Kedamaian
Biar Kau Pergi
Biarku Di Sini..

Biar Kau Pergi..
Biarlah..
Ku Redha Sendiri..

dan lirik lagu ni ..memang menyentuh jiwa (bagi yang mengalami). Bagi yang tidak mengalami, mungkin tak rasa apa-apa..itu jer perkongsian hari ni..Adeus!!!

Isnin, 20 Februari 2012

MEMBURU IMPIAN

Assalamualaikum...

Percaya atau tidak, sudah hampir 5 tahun aku menggunakan Ring Tone lagu Memburu Impian nyanyian Kaza. Aku cuba tukar ke lagu lain, tapi, aku rasa macam ada sesuatu jer yang tak kena. So sampai hari ini aku masih menggunakan Ring Tone yang sama. Aku sebenarnya suka sangat dengan lagu ni. Bila aku dengar je lagu ni, ada macam 1 aura didalamnya yang melekat dengan hati aku..samada lirik atau melodinya.(adakah ini buktinya aku ini spesis manusia yang amat setia?? *uhuk!!! uhuk!!!) .Lagu ini juga merupakan lagu tema filem Gila-Gila Remaja..yang heronya "Oh..Azroy.."..jatuh chenta aku dibuatnya..hahaha

Ku jejak..
Jalan yang berliku,
Membara jiwaku,
Memburu impian...

Ku renang...
Lautan gelora,
Biar pun tersadai,
Di hujung dunia...

Akan ku rempuhi..
Segala rintangan,
Biar pun  rebah,
Ku bangun sendiri

Akanku genggam..
Biarpun hitam..
Menjadi milikku..

Ku mula..
Dengan langkah ini,
Menuju sinaran yang abadi..

Selasa, 14 Februari 2012

ALAHAI ANAK - Part 2

Kisah 2 orang budak nakal jantung hati aku. Sambungan dari Part 1,..kali ni Si Abang ni cuba sedaya upaya nak pakaikan baju kat si Adik..(macam la dia boleh pakai baju sendiri)..last-last dia yang meraung bila cubaannya gagal..uwaaaaaaaaaa!!!!!!



Isnin, 13 Februari 2012

ALAHAI ANAK - Part 1

Assalamualaikum..

Aku nak kongsikan video candid, kisah permata hati aku ni..Abang Bob dan adik sepupunya Adik Fahri. Beza umur diorang ni cuma 2 hari je. Gelagat diorang ni kadang-kadang memang buat aku tergelak..kali ni si abang nak bagi adik pakai lampin..jom layan..


Sabtu, 11 Februari 2012

MESIN ATM EMAS

Assalamualaikum..

Nak kongsi cerita dengan korang. Selalunya dan biasanya kita hanya tau adanya mesin ATM dan Cash Deposite..tapi di Dubai dah ada mesin ATM jual emas..masukkan duit, pilih emas mana kornag nak, pastu, emas akan jatuh tergolek2 depan mata.. Agak-agak korang lah, kalau kat Malaysia bolehke nak pasang mesin ni??
Sedangkan mesin ATM biasa pun ada penyamun tarbus yang nak angkut..inikan pulak jual emas.. Jom tengk klip ni..


Rabu, 8 Februari 2012

MARI MENARI BERSAMA BOB

Assalamualaikum..
Saje aku nak share dengan korang, aksi permata hati aku yang sorang ni..Pantang dengar muzik rancak..tergendut-gendut menari..jom tengok ..jamu mata..


Nanti aku akan upload video ke 2 ..saksikan saja tarian Bob yang mengikut rentak muzik..harap maklum, tak de sape-sape pun yang ajar dia..ini bakat semulajadi ye..hihihi...Adeus!!!

Selasa, 7 Februari 2012

PROMO PANGGUNG SABTU BEST!

Assalamualaikum…

Aku nak citer kat korang dah lama since benda ni keluar kat tv. Tapi memang tak sempatla. So hari ni aku nak citer la..

Kat TV3 sekarang ni kan ke ada montaj promo untuk Panggung Sabtu yang lagu background dia tu lagu Dari Sinar Mata, nyanyian kumpulan BPR. Kalaulah korang perhati betul-betul, korang akan perasan. Setiap gambar yang ditayangkan sepanjang klip tu, mulut pelakon yang menyanyi tu memang sama dengan lirik lagu tu..serius 1st time aku tengok, aku gelak terguling-guling..pandai betul orang yang edit klip tu, memang match dengan lagu tu..


Apapun aku rasa enjoy dengan montaj@klip promo tu.

Rabu, 15 Jun 2011

Ku Pendam Biar Parah

Ku Pendam Biar Parah
-Herman Tino-






Apa ku nanti
Sendiri daku sepi
Hadirmu tak bermaya
Kau datang untuk siapa
Dia pengganti bercahaya hingga senja
Ku hanya embun pagi berkilau sementara

Ku pamir duka lara tiada yang simpati
Tusukan duri hampa luka ku parah
Mengharap tinggal harapan
Menatap pula tinggal tatapan

Ku sangka ini terjadi dalam mimpi
Sedih dalam bayangan
Rupanya kenyataan

Ku pamir duka lara tiada yang simpati
Tusukan duri hampa luka ku parah
Mengharap tinggal harapan
Menatap pula tinggal tatapan

Ku sangka ini terjadi dalam mimpi
Sedih dalam bayangan
Rupanya kenyataan

Rabu, 20 April 2011

Berganti Hati...



Berganti Hati - Anggun
Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti




Assalamualaikum..
Aku suka lagu ni. Lirik nya amat bermakna, melodinya yang kena dengan jiwa dan citarasa.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...