Khamis, 23 Februari 2012

KU REDHA SENDIRI

Assalamualaikum..

Aku terpanggil nak buat entri ni sebab salah sorang dari AMT aku yang terminat lagu ni.. cik Ladybird. Dalam entrinya semalam, beliau ada menyebut, lirik lagu ini memang terkena pada dirinya. Lagu ini sebenarnya amat popular pertengahan 80an. Aku yang hidup dizaman itu selalu dengar lagu ni. Dan aku pun memang suka dengan lagu ni. Bukan hanya lirik tapi melodi dan suara penyanyinya yang amat sedap didengar..

Penyanyi asal lagi itu adalah Klthsom. Suara dia memang best. Sebenarnya aku memang hafal lagu ni. Liriknya memang aku tak pernah lupa. Pada yang belum pernah dengar, jom kita dengar ramai-ramai..ia mengambalikan nostalgia kita..jom dengar


Aku pilih klip ni sebab ada wajah penyanyinya. Walaupun audio kurang sikit, tapi oklah..ada juga klip yang gambar apa ntah, tapi audio dia lebih jelas..apapun aku harap, korang boleh tengok sendiri klip ini dan terhibur dengannya..*sape2 yang tak dapat tengok klip ni..tengok jer kat youtube..heheh

Aku Bukan Aku
Yang Kau Kenali Dulu
Engkau Bukan Engkau
Yang Pernah Memukau..

Di Hadapan Kita
Dua Insan Berbeza
Yang Mencari-Cari
Arahnya Sendiri..

Suara Senada
Seida Sekata
Tiba Saatnya
Bercanggah Jua..

Kita Yang Bersifat Baru
Berubah Dengan Waktu
Kau dan Keangkuhanmu
Mencabar Kesabaranku..

Ke Mana Kelembutan
Bicara Yang Bersopan
Diriku Dikasarkan
Oleh Pengalaman..

Andainya Berjauhan
Rahmatnya Kedamaian
Biar Kau Pergi
Biarku Di Sini..

Biar Kau Pergi..
Biarlah..
Ku Redha Sendiri..

dan lirik lagu ni ..memang menyentuh jiwa (bagi yang mengalami). Bagi yang tidak mengalami, mungkin tak rasa apa-apa..itu jer perkongsian hari ni..Adeus!!!

14 ulasan:

  1. assalam PB acik pun suka lagu ni..dan tau siapa penyanyi nya..tapi sayang walaupun suara sedap..tak lama dalam bidang ni kan..terima kasih.dpat acik mendengar lagu ni

    BalasPadam
  2. ala...xkuar klipnye....baru mahu melayan...

    BalasPadam
  3. salam akak pen biru..
    terima kasih .. lagu ni memang best..
    1st time dgr terus rs suka..
    terus letak di blog..
    lagu ni zaman lady xde lagi kot..
    lagu2 zaman dulu2 lagi menyentuh dan menusuk dr lagu2 zmn skrg..

    BalasPadam
  4. Ooo.. ye la.. baru ingat klthhum ni. Dulu nama dia agak unik sebab takde hurup A kat nama dia.

    BalasPadam
  5. cheqna biasa dengo lagu ni tapi tak tahu sape yang nyanyi
    memang sedap lagu ni =)

    BalasPadam
  6. salam pada tuan umah dan salam kenal..
    suka jg lagu ni w/p x tau sapa yg nyanyi..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum.

    alamak..lagu apa ini..apsal sy tak tahu huhuhuhhh

    BalasPadam
  8. apesal sy tak pernah tahu kewujudan lagu nie..tp liriknya mmg berjiwa..

    BalasPadam
  9. bila baca lirik tuh rasa memang menyentuh hati...huhuhu..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...