Memaparkan catatan dengan label Gajet Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gajet Dapur. Papar semua catatan

Isnin, 28 Jun 2021

GAJET DAPUR : BREAD MAKER WITH ICE CREAM MAKER

 Assalamualaikum.

Memperkenalkan 1 lagi gajet aka chef terbaru aku yang aku beli setelah pelbagai pertimbangan diambil kira. 


Bread Maker jenama Aspen daripada Cosway

Banyak jenama bread maker (BM) lain dipasaran, tapi yang ada fungsi ais krim hanya 2 jenis sahaja iaitu Cosway Aspen dan Mugen. Selain dari ni, hanya berfungsi sebagai BM sahaja.

BM Cosway Aspen ni juga ada fungsi meat floss(serunding), dodol, jem, doh biasa, kek, bubur, nasi dan pelbagai jenis roti. 

Walaupun harganya agak mahal berbanding jenama lain, namun aku berpuas hati dengan Cosway Aspen ni. 

Ini roti pertama yang aku berjaya buat seumur hidup ni.. roti susu

Aku tak ada bakat langsung dalam meroti, menguli doh, buat kek dan biskut. Sebab itu perlunya BM ini sebagai gajet teman di dapur. 

Aku yakin dengan jenama Cosway Aspen berbanding Mugen,sebab Cosway dah lama bertapak di Malaysia.  Aku juga pernah beli sebuah mesin mengisar untuk mak aku dikampung. Masih berfungsi dengn baik walaupun dah berusia hampir 19tahun.

Harga standart bagi Cosway Aspen adalah sekitar RM500 keatas, tapi aku berjaya jumpa yang jual dengan harga RM496!. Tapi selepas aku beli, harga dah naik ke RM502. Pada aku masih dikira murah sebab preffered seller.

Korang yang berminat,bolehla cari di Shopee. Maaf aku tak kongsikan link seller sebab aku tak nak buat promosi percuma untuk sesiapa.  

Banyak jenama lain yang murah, harga sekitar RM150 dan ke atas. Pilihan di tangan masing-masing. Fungsi meroti tetap sama, cuma aku nakkan kelainan iaitu fungsi ais krim. Itu cukup menarik pada aku.

Ok. Itu aje aku nak kongsikan dengan korang. Lepas ni aku nak cuba roti dengan bahan yang aku boleh makan(selain gandum) dan bahan-bahan yang lebih sihat sesuai dengan diet. 

Jumpa lagi nanti..

Adeusss!!






Ahad, 20 Jun 2021

GAJET DAPUR : EGG STEAMER

 Assalamualaikum

Kali ni aku nak kongsikan 1 lagi gajet dapur. Tapi untuk kali ni, aku beli dan hadiahkan kat suami sempena hari lahir dia yang dah lama lepas.

Punca aku beli dan hadiahkan kat dia sebab suami aku akan bersarapan 2 biji telur separuh masak setiap pagi. Habis kuali dan periuk aku berjelaga, punyalah besar api dia buka, macam nak rebus gajah.

Egg Steamer jenama Khind

Egg steamer atau pengukus telur jenama Khind ni boleh mengukus sehingga 7 biji telur. Ada pelbagai jenis pengukus telur dipasaran, Shopee atau Lazada dan kebanyakkannya brand China. Ada yang 2-3 tingkat. Tapi bila brand China, perlu diingat, tiada pengesahan SIRIM. Jangan nanti kau nak kukus telur, terus kena karan kau pulak yang rentung kejung. Bahaya ok.

Seperti biasalah, kalau nak beli barang elektrik terutama peralatan rumah aku akan beli yang berjenama. Dan survey yang aku dapati..hanya Khind dan Milux sahaja yang dikenali jenamanya.. dan aku memilih Khind.

Inilah harga yang aku dapat, dari Mall Seller dengan harga yang paling murah. Tebus pulak Shopee Coin, lagilah murah

Kerja mengukus telur sangat mudah. Hanya ikut panduan yang terdapat pada penutup steamer. Masukkan air mengikut sukatan yang diberikan, jangan risau, penyukat juga ada disertakan, tekan on suis dan apabila air sudah kering, suis akan auto-off.

Untuk telur 3suku masak, hanya perlukan 20ml air, 5minit sahaja.. 

Alhamdulillah..selamatlah kuali dan periuk aku dari jelaga.. kurang 1 kerja nak menyental. So,aku rekomen sangat gajet ni bagi memudahkan tugas korang dirumah. Selamat mencuba!




Selasa, 29 Disember 2020

GAJET DAPUR : BARBEQUE GRILL

 Assalamualaikum.

Lama tak berkongsi hal duniawi seorang isteri ni. Apa lagi kalau bukan perihal gajet dapur.. 

Baru-baru ni, aku berkumpul dikampung, buat steamboat. Tapi anak-anak request nak buat barbeku. Masalahnya, tak ada pemanggang yang sesuai untuk digunakan dalam rumah.

2hari lepas, aku cuba tengok dalam Shopee, ada banyak jenis gril barbeku dipasaran, dari yang berjenama hinggalah yang tak tahu mana asal-usul.

Makanya, aku memilih untuk membeli yang berjenama. Kalau bab alat dan perkakasan elektrik, memang aku akan beli yang berjenama,bukannya apa, kalau apa-apa berlaku,rosak ke apa ke..ada warranty dan pusat servis pun mudah nak cari.

Cari punya cari, aku jumpa jenama Tefal. Harga tak mahal sangatlah pada aku. Masih dibawah RM200 dengan menggunakan penebusan coin serta voucher kedai.

Tefal Planca Malaga namanya



Kalau korang tengok di pasaran ada yang harga RM190 kebawah..itu adalah model terdahulu dari yang aku tunjukan ni. Bezanya pada permukaan atas sahaja.
Ini yang aku maksudkan. Permukaannya licin semua,tapi model yang aku beli permukaannya ada garis-garis. Kelebihan garis tu,minyak dari makanan tak akan menyerap pada makanan sebaliknya akan turun kebawah(keluar).

Dengan adanya gril barbeku ni, bolehlah buat barbeku dalam rumah bersama keluarga..bila-bila masa. Nak gril sate pun boleh..mudah kan..? tak payah fikir nak buat arang ke bara..Macam best je bunyinya. 

Dengan pembelian gril barbeku ni,maka bertambahlah gajet dapur aku.

Itu aje untuk aku kongsikan dengan korang.

Khamis, 16 Julai 2020

GAJET DAPUR : ALL IN ONE COOKER

Assalamualaikum

Hari ini aku nak kongsikan gajet dapur terbaru yang baru aku beli semalam. 

3tahun lalu aku ada beli sebuah Pressure Cooker jenama Ewant. Sebelum-sebelum ini aku hanya gunakan untuk  rebus tulang buat sup, buat bubur..maknanya bukan menumis terus guna PC dan kemudian pressure kan ia. 

Tahun lepas, masa aku cuba masak kuah lontong,dengan tak semena-mena aku kena renjat letrik bila cuba kacau kuah dalam periuk tu. Bukan sekali tapi berkali-kali.



Entah apa yang tak kena. Aku agak PC Ewant ni tak boleh menumis,tapi hanya boleh rebus macam biasa aje.

Pelik betul aku dengan official store Philips..harga asal dia yahudi betul. Ada-ada waktu atau masa Shocking Sale, dia turunkan ke RM500++,sedangkan ada seller lain boleh aje letak harga RM449.

4 hari lepas, aku nekad nak beli PC baru. Tertarik dengan brand Philips,tapi harganya mak datuk.. aku masukkan ke cart shopee saja dan biarkan keajaiban berlaku.

Dengan tak disangka, ahad lepas, tiba-tiba original store/seller Philips buat live streaming di Shopee dan aku pun tengoklah sambil-sambil nak claim coin. Rezeki aku, host bagi  voucher 50% dan cepat-cepat aku grab.

Pada waktu tu,harga PC Philips -All In One Cooker HD2137 RM753. Ada aku jumpa seller lain yang bukan preferred/mall seller jual harga RM449 paling murah,tapi tak boleh tebus Shopee coin.

Maka setelah dihitung..aku dapati harganya lagi murah..tak fikir banyak,terus aku beli.

Oleh sebab aku ada banyak Shopee coin,maka aku tebus hingga had maksima 3000 coin (RM30).
Akhirnya aku dapat miliki All In One Cooker dengan harga RM346.50.

Dari review yang aku baca, fungsinya sama seperti Noxxa yang mahal tu.. 

Ok..tiba-tiba datang 1 hobi gila yang baru..gila membeli gajet dapur jenama Philips.. tengoklah lepas ni apa pulak aku nak sambar. 



Khamis, 7 Mei 2020

GAJET DAPUR : AIR FRYER

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan yang ke 14hari. Pantasnya masa berlalu. Hampir setengah bulan berpuasa dan puasa kali ini adalah yang paling menyedihkan untuk semua umat Islam didunia ini bilamana Allah telah menghantar tentera-tentera kecilNya untuk menyedarkan sekalian makhluk yang ada.

Berbalik kepada topik harini. Kisahnya, suami aku lah, awal PKP bulan 3 lalu, tengah malam tiba-tiba dia mintak aku survey air fryer. Berhajat sangat pulak dia. Pada aku, ada pun ok, tak ada pun tak apa. Lagi pulak kat dapur dah ada oven dan microwave. Cukup lengkap pada aku.


Aku tanya pendapat kawan-kawan yang dah ada airfryer. Kebanyakkan beli jenama Russel Taylor atau Perry Smith. Bila aku join group AF ni, ada yang guna Rino, Tefal, Trio, Haeir, Media, Philips dan pelbagai jenama terkenal dan yang tak terkenal.

Tertarik pada cerita si Iera BFF aku. Katanya kalau nak beli, belilah jenama Philips sebab hanya jenama ni sahaja yang menggunakan kaedah Turbo, yakni memasak tanpa perlu balik-balikkan ayam/ikan dan sebagainya sebab habanya rata.

Ciri AF kuasa turbo, bahagian bawah busket dia bentuk macam ni.


Kalau jenama lain, perlu balik-balikkan masakan tu untuk pastikan ianya masak sempurna. Kalau tak nak balik-baliknya, boleh aje,tapi tak boleh guna AF yang jenis berlaci tu. Mesti guna yang bentuk oven tak kira lah bulat atau bersegi.

Terfikir jugak aku. Ada betulnya. Beli AF ni untuk mudahkan dan cepatkan masakan. Kalau dah nak kena balik-balikkan..baik tak payah beli. Guna aje oven yang dah ada tu.

Kata Iera lagi, belilah yang bersaiz besar sekurang-kurang 3liter ke atas. Baru berbaloi. Katanya lagi AF ada 2 jenis operasi, analog dan digital. Digital pada aku rumit..nak tekan button tu..button ni..ikut jenis apa yang nak masak,set timer..kiranya 5-6kali tekan jugaklah. Kebarangkalian rosak button tu agak tinggi. Jadi lebih baik aku pilih yang analog saja. Pusing berapa suhu nak guna dan timer berapa minit nak masak, siap!

Maka aku pun mula mencari model Philips yang bersaiz besar. Saiz standart yang ada di pasaran kapasitinya 0.8liter sahaja. Itupun harga antara RM300- RM800. Boleh tahan jugak tu.

Tak apalah aku cari lagi. Akhirnya terjumpa yang bersaiz XL dan XXL.. macam nak beli baju pulak. Hasil review  aku dapati, XXL mampu muat seekor ayam saiz sederhana. Atau kalau dalam ukuran liter 1.4liter. So, aku tak berapa pasti, ukuran ni macam mana.  Jadi pendapat aku, oklah kalau muat seekor ayam tu.


Survey sana sini,bandingkan harga. Aku pilih model HD9630. Harga pasaran RM1449. Akhirnya aku jumpa di Shopee dengan harga RM1299. Aku ada coin Shopee yang banyak, maka aku tebus maksima 3000coin bersamaan RM30 dan aku juga dapat voucher kedai RM50. Order dibuat pada 1Mei dan terima pada 5Mei.


Sebelum order, aku chat dengan seller..ada apa-apa gift tak? Sebab banyak review di fb dan google search yang aku jumpa, mesti ada gift tak kiralah loyang ke, atau apa-apa aksesori AF. Betul-betul dia bagi face mask sekeping dan voucer diskaun RM10 kalau beli minima RM150..macam mana pun dia jugak duit aku. Kedekut punya seller. Bila barang sampai, aku pm dia..haram tak jawab. So..memang aku tak recommend langsung seller ni.

Inilah yang aku dapat. 

Apapun,pada korang yang berhajat sangat dengan AF ni.. carilah yang sesuai dengan kegunaan dan bajet masing-masing. Sebabnya ada aku baca yang mana beli AF berjenama "biasa" harga bawah dari RM500..kebanyakkan ada masalah, tray menggelupas, bawah busket yang nonstick pun menggelupas, apa-apa yang beku(frozen) ,mesti di nyahbeku (defrozed) dulu, ada yang kena reheat sebelum guna dan macam-macam.

Apa-apa pun cara penjagaan tu yang penting. Tapi untuk Philips, tak perlu reheat, defrozed..belasah je. Settle.

Menu pertama.. nugget tempura yang memang beku macam batu. Suhu 180°c 20minit. 

Itu je..selamat memilih dan membeli!



Khamis, 6 Disember 2018

GAJET DAPUR : HAND BLENDER

Assalamualaikum

Gajet seterusnya.. mula-mula tu aku dah beli hand chopper  aje. Pakai tak lama..lingkup! Nak try pulak Mini Chopper/Meat Grinder. Bila survey kat Lazada dan Shopee, yang tak ada brand pun RM40-RM50. Bila fikir-fikir balik, benda ni memang nak guna hari-hari.. dan dengan hanya tambah RM50 lagi, aku boleh dapat gajet lain yang ada warranty dan berjenama.

Akhirnya aku buat keputusan untuk beli Hand Blender jenama Khind. Untungnya gajet ni, bukan setakat ada fungsi chopper, fungsi mixer dan blender pun ada.

Aku beli di Shopee setelah puas survey, inilah yang termurah. Harga ditawarkan RM100 tapi aku dapat Promo Voucer dan Free Shipping , harga dibayar RM93 aje. So kalau korang jumpa yang lebih murah dari ni, eloklah beli sebab harga tu dah cukup murah.

Harga terkini, tapi tak ada Promo Voucher lagi.

Bestnya brand Khind ni, warranty 2 tahun! Biasanya untuk alat elektrik ni 1 tahun sahaja.

Ini yang ada dalam setiap set. 

Mangkuk chopper tu, blade dia sangat tajam. Dengan 3 kali press button aje, cili dan bawang untuk aku masak sambal dah hancur dengan cantik, tak perlu tambah air untuk kisar. Masak pun cepat sebab tak perlu tunggu air kering. Sekarang ni, untuk buat masak sambal berlado, aku tak perlu tumbuk pakai lesung batu lagi. 

Jug yang tengah tu pulak, suami aku guna untuk blend jus dia. Dan whisker tu, aku guna untuk pukul telur, kacau puding atas periuk dan apa-apa yang memerlukan aku kacau berterusan.

Kalaulah aku dah terbeli chopper/mini blender/meat grinder sahaja dengan harga RM40 tambah pos mungkin dalam RM7 tu.. aku hanya dapat 1 barang sahaja. Sekarang, beli yang ni lagi berbaloi. Lagi berbaloi, suami aku hulur 2keping not RM50..hadiah birthday katanya..🤣🤣🤣

Ok.itu aje untuk harini..

Adeuss!!!


Rabu, 5 Disember 2018

GAJET DAPUR : NICER DICER

Assalamualaikum.

Harini kita sembang pasal gajet dapur lagi..alat bantuan untuk percepatkan kerja masak memasak.

Kali ni cerita pasal alat memotong, mendadu, menghiris dan segala me..

Nama benda ni Nicer Dicer. Ada banyak jenis kat pasaran. Yang mahal, yang murah, yang fungsi hanya untuk slice sahaja.. ada yang untuk dice sahaja.

Yang aku ada ni sesuai untuk semua. 



So far, pada aku oklah. Sebab mata dia tajam juga. Untuk parut boleh..potong biasa, dadu, nipis. 

Harga tak mahal mana..jangan tertipu beli yang harga kalau lebih RM30 sebab kat Shopee dan Lazada ada yang jual belas-belas ringgit sahaja..patut padan aje nak beli pun. Sebab barang ni made in china je pun..so faham-faham ajelah berapa harga yang sepatutnya. 

Pada aku, barang yang bukan elektrik, lebih baik beli yang murah. Tak rugi pun kalau rosak. Kalau barang elektrik, ya.. memang aku utamakan brand. Sebab faktor harga yang sebolehnya aku tak nak keluar duut 2-3kali.

Ok, itu aje perkongsian aku untuk harini..

Adeus!!!

Selasa, 4 Disember 2018

GAJET DAPUR : PRESSURE COOKER

Assalamualaikum

Selalu cerita pasal menu..resepi ..tapi tak cerita pulak pasal alat bantuan di dapur  AKA.. gajet dapur. Bagi isteri berkerja macam aku, memang perlu benda-benda ni semua. Nak-nak lagi, suami pulak jenis yang makan tak banyak komplen, lagi rajin pulak rasa nak jamu macam-macam menu.

Untuk entri pertama pasal gajet dapur, aku nak cerita pasal periuk tekanan atau bahasa mudahnya Pressure Cooker atau dipendekkan sebagai PC Kat Malaysia ni terkenal dengan PC jenama Noxxa. Aku yang bergaji 3k pun aku dah rasa macam mahal. Hasil masakan sama aje kan? 

So, aku memilih yang lebih murah, padan dengan harga, fungsi yang lebih kurang sama. Value for Money kata orang kampung aku. Aku riki punya riki..jumpa 1 brand nama Ewant. Aku beli di Lazada dengan harga RM177 free shipping.

Tak pasti pulak kenapa dekat gambar tu dia tulis No Warranty, tapi ada warranty 12 bulan.Gambar ni dari list item  akaun lazada aku.  Beli pun dah lama, Disember 2017.

Harga terkini RM189. Harga ni naik turun ikut suka dia je. So , sesiapa yang boleh beli bawah dari RM177(harga aku beli) tu dah kira murah sangat dah tu.

Ada 3 warna.. walaupun blog aku nama pen BIRU.. tapi bab barang aku suka MERAH. PC ni ada 2 saiz, 6liter dan 12liter. Beli yang 6liter cukuplah.

Antara fungsi PC ni. 

Ni semua ada dalam set PC

Ni PC aku. Banyak berjasa dan tak pernah meragam lagi.

Apapun, nak beli apa sekali pun, fikirlah fungsi dan bajet yang kita ada. Jangan kerana nafsu, nak ikut trend, nak tiru kawan, nak lawan jiran, kita berhabis duit beribu-ribu sedangkan kita boleh beli benda yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

PC aku contohya, nak rebus sup tulang 1, timer dia akan set auto. 40minit. Memang lembut tertanggal daging dari tulang. Sup kaki ayam, 20 minit aje. Cuma PC ni ambik masa untuk panas dalam 5-10minit. Oklah.Jimat dah gas nak rebus berjam-jam.

Pepatah melayu, alah membeli menang memakai..pada aku dah tak relevan untuk sesetengah perkara. Bagi aku..biar menang membeli dan menang memakai. Beli mahal-mahal tapi kalau dah memang pemalas, apa pun tak guna. Last-last berhabuk jua periuk tu atas rak. Paling sedih..beli branded, bayar secara kutu.. ada yang monthly installment..tiba-tiba resepi nak masak sup pun tak tahu..camne tu? 

Harus diingat, benda ni hanya alat sahaja. Ada macam-macam jenama dan harga. Apapun..Ukur baju dipadan sendiri.

Adeuss!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...