Memaparkan catatan dengan label Cer Citer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cer Citer. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Februari 2021

CARA URUS KEWANGAN 20 TAHUN

 Assalamualaikum.

Hari ini aku nak kongsikan cara aku menguruskan kewangan aku setelah hampir 20tahun berkhidmat. Aku bukanlah orang yang selayaknya memberi tips dan khidmat nasihat, cuma aku ingin berkongsi, hasil pengalaman aku sendiri.

Pic credit to google

Selaku penjawat awam gred 17(sekarang dah ditukar ke 19), gaji sederhana, Alhamdulillah masih cukup serba serbi,tak mewah tapi mencukupi. 

Aku mula bekerja pada tahun 2002 ketika berumur 22tahun. Ini adalah kronologi aku;

2002 - Mula berkerja pada 14.02.2002.Berulang alik dari kampung(rumah ibubapa) kerana belum mampu menyewa sejauh 38km sehala dengan motorsikal. Bergaji RM800 termasuk elaun.

Dalam tempoh ini, aku beli TV, Hi-Fi dan apa yang aku teringin.


2003 - Bulan November 2003, beli kereta Wira SE baru dengan downpayment RM10k hasil tabungan, berharga RM50k. Pinjaman bank RM40k(ber guarantor), bulanan RM500 selama 9 tahun.(Tempoh pinjaman selesai pada 2012). Sengaja beli hujung tahun sebab penjawat awam biasanya terima bonus hujung tahun,makanya tepat pada bila waktu roadtax dan insuran kena renew.

Aku mula menyewa dengan kawan, beli peralatan dam perabut rumah yang asas(periuk nasi,dapur gas,peti sejuk,mesin basuh,dan lain-lain)


2005 - Booking rumah dalam pembinaan sebanyak RM500. Menggunakan kemudahan pinjaman perumahan(penuh). Rumah berharga RM98k.Projek jangka siap tahun 2010.


2006 hingga  2009 - tempoh 4 tahun ini,aku gunakan all out, cari dan buat side income ketika berada dirumah dan pada hari cuti. Aku buat kuih,upah memasak,berjualan macam-macam. Kumpul duit dan berjimat semahunya.


2010 - rumah siap bulan 12/2009 dan aku masuk ke rumah baru pada bulan Januari. Dalam bulan yang sama aku buat pinjaman peribadi RM30k sebagai persediaan masuk kerumah baru dan renovation. Bulanan RM600 selama 15tahun (jangka habis pada 2025)

Pinjaman rumah mula potong pada bulan Mac sebanyak RM520 selama 25tahun..dan bermulalah episod kesusahan sebab 3 pinjaman berjalan serentak. Aku masih lagi buat side income dengan menjahit manik dan memasak.


2011 - Aku selesaikan pinjaman kereta (November 2011) 1 tahun lebih awal menggunakan baki pinjaman peribadi. (Kereta tu aku pakai hingga ke hari ini).

Amat lega kesusahan 2tahun berakhir ..aku hanya perlu menanggung 2 pinjaman lagi berjumlah RM1020 iaitu rumah(RM520) dan peribadi(RM600). Masih lagi aku teruskan cari side income dan inilah sumber yang aku kumpul untuk backpakers kesana dan kemari termasuklah mengerjakan umrah pada 2013.


2013 - Mengerjakan Umrah


2014 - Dinaikan pangkat ke gred 22

Alhamdulillah..dengan gaji dan elaun berjumlah RM3500, dan gaji bersih kredit ke akaun RM2400..kehidupan makin selesa. Tak mewah tak kaya tapi tak susah dan aku masih meneruskan cari side income tapi tak serancak dulu.

Esok aku senaraikan tips hasil cara aku uruskan kewangan aku. 

Aku bersyukur , dikurniakan suami yang tidak lupa memberi nafkah dan tidak pulak mengusik hal dan gaji aku. So, kepada korang ..adik-adik yang belum kahwin, tolonglah cari suami yang bukan kaki kikis makan hasil bini ye..tambah-tambah kalau korang kerja kerajaan. Kalau tak..selamanya lah kau susah walau berapa berapa ribu gaji korang.

Bersambung...

Rabu, 30 Disember 2020

HADIAH PENGANTIN BARU DAN SAMU GIKEN

 Assalamualaikum.

Aku nak berkongsi kegembiraan. Betullah kata orang..buat baik dibalas baik. Buat ikhlas dibalas juga dengan ikhlas.

Ceritanya macam ni..anak buah kat ofis aku, baru saja melangsungkan perkahwinan. Masa hari majlis,aku tak dapat hadir kerana aku balik kampung. Anak buah aku ni, baik sangat orangnya.  Aku anggap macam adik sendirilah. Kalau aku ada adik perempuan,memang aku pinang dia jadi adik ipar.

So, masa hari majlis, aku sengaja tak beli apa-apa hadiah,sebab aku nak tau apa hadiah yang dia dah terima. Aku plan nak bagi kat dia sesuatu yang dia belum dapat. Kiranya..biarlah aku jadi yang terakhir bagi hadiah.

Seperti biasa, shopee adalah tempat shopping utama aku sekarang. Aku cuba cari barang yang berguna, berkualiti, dan yang semestinya ada "value of money".

Akhirnya, aku terjumpa ini..

Smart & Multifunction Elektric Digitital Cooker dari Samu Giken.

Disebabkan aku nak surprisekan anak buah aku ni, maka aku dengan tebal muka,cuba chat admin Samu Giken OS ni untuk minta tolong.





Asalnya aku nak minta dia just masukkan simple note aje dalam kotak..tapi tak sangka, dia siap buat design cantik-cantik..aduhai..rasa nak lompat bintang.

Servis yang terbaik dan sangat-sangat rare kata orang. Aku berterima kasih sangat kat admin Samu Giken OS ni. 

So,kepada korang, yang nak beli hadiah (barang elektrik) aku rekomen sangat dengan seller ni. Pasti tak menghampakan.

To Samu Giken admin..thanks a lot..i really appriciate with your kindness. Thanks again.

Jumaat, 14 Ogos 2020

SIJIL SIMPANAN PREMIUM & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Assalamualaikum.

Lama tak update di sini. Harini aku cuma nak kongsikan sedikit pengalaman bermakna  yang mungkin akan berlaku kepada mana-mana penjawat awam atau sesiapa sahaja.

Tahun 2018 merupakan kali ke2 aku menerima APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sejak berkhidmat 16tahun(pada ketika itu). Kali pertama aku menerima APC adalah pada tahun 2007(penilaian tahun 2006). Pada waktu itu  hadiahnya RM1000 berupa bayaran secara cek. 


Dan yang terkini, semua penerima APC menerima Sijil Simpanan Premium BSN.  Sejak menerimanya pada 2018, aku simpan saja sijil ni. Dan sebentar tadi, setelah 2tahun aku peram..maka aku baru saja tebus di BSN Jitra.

Dengan keadaan PKPP .. mengikut segala SOP.. melangkah masuk ke bank. Perkara berikut pun berlaku....
  1. Ditanya berkhidmat dimana (aku jawab dah bertukar ke jabatan lain). Maka aku diminta tulis alamat pejabat baru..untuk kemaskini data..selainkan ditanya nombor handphone terkini..adakah sama dengan data yang ada pada pihak bank atau tidak
  2. Sebagai pengesahan..ditanya lagi tarikh bertukar ke jabatan baru.
  3. Ditanya juga jawatan apa sekarang.
Lama juga..lebih kurang 15minit prosesnya. Aku tengok banker mengira duit dari laci.. ya RM1000.. ringan mulut aku nak bertanya.. memang berapa lama pun sijil ni..jumlah dia RM1000 jugak ke..kot-kotlah ada sedikit dividen ..jawabnya iya...jumlah RM1000 saja..kalau ada pun dividen dalam RM1 lebih..


What??? Huh...maka otak kewangan aku berkira-kira.. 2tahun usia SSP disimpan.. tapi nilai tak berubah. Masya Allah..ruginya la haih.. aku tak ada pengalaman mengenai SSP ni.. inilah kali pertama.. kalaulah aku tahu..dari dulu aku tebus dan beli barang kemas.. 

So nasihat aku.. kepada korang yang dah dapat atau akan dapat SSP aka SIJIL SIMPANAN PREMIUM ni.. tak payahlah simpan lama-lama. Tak ada untung walaupun sesen!

Harapnya kerajaan..terutama JPA, terbukalah minda dalam menentukan hadiah kepada penerima APC..bukan lah aku tak bersyukur..ya syukur..Alhamdulillah dapat RM1000, tapi adalah lebih baik nilai RM1000 ditukar dalam bentuk goldbar yang pastinya nilainya akan bertambah setiap tahun dan amat menguntungkan penerima.

Dan sekarang..aku masih tergaru-garu kepala..mengenangkan bertapa ruginya aku.. dan aku hairan, untuk apa berpusu-pusu membeli SSP kalau setakat berserah nasib menang cabutan bertuah yang belum tentu kunjung tiba tuahnya.

Sekian..adeuss!!!

Isnin, 6 April 2020

AZIZ M.OSMAN PENGARAH DARI MASA HADAPAN??

Assalamualaikum.

Hadeh..baru siap masak. Lepas buat biskut,masak untuk apak berbuka puasa pulak. 


Sambung tengok Astro Citra..ada filem Gila-Gila Pengantin Popular. Filem ni tayangkan pada 2005. Tak salah kalau aku katakan Aziz M.Osman selaku pengarah & penulis skrip ni..seolah-olah menggunakan mesin masa sebab apa yang dia paparkan dilayar..hakikatnya berlaku selepas filem tu ditayangkan.

Dalam GGPP tu, Erma Fatima (Linda Nanuwil) masuk pertandingan menyanyi dalam Akademi Idola dan menjadi pemenang. Sebelum masuk, dia dah bertunang dengan Zul(Apek). Tapi akhirnya Erma Fatima kawin dengan Norman Hakim selepas Zul terpaksa berebut tunangnya sampailah Zul buat persembahan di TV sebab nak merayu tunang agar kembali kepadanya.

Pada tahun 2008, kontroversi bila Mawi yang dah bertunang dengan Ina Naim,masuk Akademi Fantasia dan menang tapi akhirnya berkahwin dengan Ikin..walaupun sebelum tu Ina Naim sampai masuk TV menyanyi jugak diiringi ucapan merayu-rayu Mawi untuk selamatkan pertunangan mereka.. cerita yang hampir sama,tapi wataknya terbalik.. 

Dan pada 2017,muncul penyanyi BBNU.. nama Aiman Tino.. nama yang hampir sama dengan watak Norman Hakim- Herman Bin Tino..kahkahkah.

Adui..panjang pulak ulasan aku selepas memakan biskut susu buatan sendiri petang ni. 🤣🤣🤣..oklah itu aje aku nak cerita.

Jumaat, 13 Mac 2020

BEG TANGAN BERJENAMA DAN MAMPU MILIK

Assalamualaikum

Belum pernah lagi aku berkongsi pasal aksesori dan keperluan wanita. Sempena umur yang bakal menjengah 40 ni, rasanya bolehlah aku berkongsi cerita pasal benda-benda macam ni.

Aku bukanlah peminat beg tangan atau lebih biasa disebut handbag aje.

Beg tangan ni bukanlah barang yang kita beli hari-hari. Setahun sekali pun,aku jarang membeli. Beli hanya perlu. Contohnya tahun lepas aku beli sebab nak bercuti ke Taiwan, beg sling sediada,jadi menggelupas. Sakitnya mata dan hati. Beg jenama Sembonia pulak tu. Melayang RM200 jugaklah. Tapi,beg tu pun dah 3tahun aku beli(pada waktu tu). Jarang guna. Hanya guna untuk jalan-jalan. 

Untuk ke pejabat aku guna jenama Carlo Rino. Aku beli di Lazada. Bagi aku,jenama no.2 yang paling penting,bentuk dan saiz.

Dalam aku mencari dan bandingkan harga dan jenama beg aku dapati ada beberapa jenama yang agak terkenal,tapi harganya mampu milik. Antara RM50-RM300. Pada aku itu sudah cukup murah.


1. Carlo Rino - murah,design cantik,agak tahan lama
2. Sembonia - tak berapa murah tapi masih mampu beli,design agak class sikit
3. Alfio Raldo -harga biasa, design dia pada aku, terlalu simple
4. Vincci - harga sederhana, design agak plain.
5. Guess - rasanya, jenama ni agak mahal sikit berbanding yang lain, design pulak ala-ala mak datin, ketahanan... aku dapat info,mudah menggelupas.
6. Elle - antara yang mahal juga,design ada bau-bau mat saleh sikit. 

Kalau nak beli, jenama Carlo Rino, Sembonia, Alfio Raldo ada original store di Shopee, tapi untuk Vincci Guess,Elle boleh tengok di Zalora.

Secara peribadi,aku suk 2 jenama aje, Carlo Rino dan Sembonia. 

Ini yang paling aku suka dan sayang. Jenama Sembonia. Beli 10/2016 kat Aman Central. Harga dalam RM200 tak salah aku

Sayangnya menggelupas macamni..walaupun jarang pakai..pakai untuk jalan- jalan..dah sampai Hong Kong,Macau dan Hadyai pun.

Beli bulan 12/2018 masih ok. Harga beli RM159. Yang ni guna untuk jalan-jalan je. Beg ni dah sampai Taiwan.

Inilah beg untuk aku pakai jalan-jalan. Untuk ofis beg lain. Kalau untuk ofis, ni ha..beg kat bawah ni.

Jenama Carlo Rino, beli bulan 12/2017. Harga RM113. Pakai untuk ke ofis je. 

Pakai sampai sekarang,dan lepas ni tak pakai dah sebab menggelupas di atas(tepi tangkai)

Disebabkan dah menggelupas macam tu.. aku pun beli lain la. Kali ni suami aku belanja. Aku beli kat original store di Shopee.

Mula-mula aku beli beg ni.. 2 minggu lepas. Jenama Carlo Rino sebab di iklan detailnya panjang 29cm..sekali dapat pajang 25cm aje..kecik cotet aih..RM199..geram jugak. Mujur kawan aku nak,so aku jual kat dia

Geram punya pasal,aku sambar Sembonia. Haa.. melayang RM250. Mujur suami aku yang payung. Panjang beg 32cm. Puas hati.

Bila dah umur-umur ni, dari beg jenis lembut,aku terminat beg jenis keras macamni. Tukar selera. 

So,itu ajelah aku nak kongsikan. Nak beli Bonia..rasanya tunggulah gaji aku cecah RM5000.. buat masa sekarang, gaji RM3500 ni, patut padan dengan Sembonia aje dulu.huhuhu



Khamis, 19 Disember 2019

EMOTICON YANG TAK KENA GAYA

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, viral 1 video seorang pakcik yang kemalangan semasa hujan,keretanya masuk kedalam longkang,namun pakcik tu selamat tak ada apa-apa yang cedera.

Disini aku kongsikan video tersebut.


Pertama kali aku tengok video ni...hati aku rasa sebak..ntah apalah yang ada dalam fikiran pakcik tu. Mungkin panic atau dia tak sedar yang dia dah kemalangan.

Perkara yang amat menyedihkan bila ada seorang saudara kepada pakcik ini memberi komen.


Lebih menyedihkan bila membaca komen ini..


Tak dapat aku bayangkan..seorang suami yang hidupnya hanya bersama isteri..tiada anak..namun isteri pula sudah pergi meninggalkannya..aku menangis..

Tapi..aku sangat marah apabila ada beberap manusia yang tidak berakal, dengan sesuka hati memberi emoticon ketawa pada video itu.



Ada 81 manusia tidak berakal.. rasa lucu..geli hati bila lihat pakcik tu yang tak sedar dia kemalangan,tanpa mengetahui perkara sebenar. 

Lain kali..sebelum memberi apa-apa tanda emoticon..baca dulu caption..komen dan siasat dulu perkara yang kita baca. 

Sampai sekarang aku terfikir apalah nasib pakcik yang kehilangan isteri yang dicintai..Allahu..


Isnin, 25 November 2019

MULIANYA HATIMU

Assalamualaikum

Rentetan kisah Ustaz Abdullah Khairi semalam. Nampaknya pihak yang terlibat telah mengambil tindakan.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
.

Saya Abdullah Kadir merupakan seorang OKU fizikal. Saya kehilangan tangan kanan selepas kemalangan pada 26 Mac 2018 yang lalu. Saya lebih sensitif dan mudah terbawa perasaan setelah menjadi OKU.
.

Terlebih dahulu saya ingin membuat kenyataan bahawa tujuan utama coretan berkenaan kaunter OKU di Aeon Mall adalah sebagai wadah kesedaran kepada masyarakat kita. Perlunya masyarakat mencelik mata dan memahami hak-hak keistimewaan golongan OKU yang kian disalah guna dan diabaikan mutakhir ini.
.

Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada staf berkenaan kerana tulisan saya barangkali menjadi tekanan buat dirinya. Ketahuilah bahawa teguran ini daripada Allah bukan untuk saudari sahaja tetapi untuk semua manusia. Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran agar berbuat baik sesama manusia apatah lagi terhadap golongan OKU.
.

Pada kesempatan ini, saya merayu pihak Aeon Mall agar memaafkan dan memberi peluang kepada staf berkenaan. Saya sendiri tulus dan ikhlas memaafkan dan berdoa agar peristiwa ini menjadi asbab kebaikan dirinya. Saya merayu dan memohon diberikan peluang kepada staf berkenaan untuk terus berkhidmat di sana tanpa sebarang tindakan. Sesiapa sahaja pasti tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Saya amat berbesar hati andainya diri saya menjadi satu titik kesedaran kepada umat manusia.
.

#coretan
#oku


Ahad, 24 November 2019

BILA MANUSIA HILANG KEMANUSIAAN

Assalamualaikum.

Perkongsian ini untuk membuka mata semua pihak. Jangan terlalu mengejar untung hingga hak OKU diabaikan. 

Seorang ustaz, Abdullah Kadir,kehilangan tangan kanan akibat kemalangan telah melalui kisah menyedihkan hingga rasa diri terhina.. patutkah perkara ini berlaku? Dimanakah budibicara sebagai seorang manusia?.. ikuti kisah ini...


Aku sedih sungguh. Air mata dah nak tumpah. Aku kat Aeon Mall Kota Bharu. Masa aku nak bayar tadi aku pergi kaunter expres sekali dengan kaunter OKU. Aku pun letak barang-barang di kaunter 1. Masa tu juruwang di kaunter 2 pula respon.
.

"eh tak boleh, 8 barang sahaja", larang juruwang perempuan. 
"Ni kan kaunter OKU, saya OKU", aku merayu malu.
"Boleh tapi 8 barang sahaja", dia tidak membenarkan juga.
.

Aku pun tunjuk label OKU atas kepala dia tapi dia berkeras. Aku malu gila, ramai orang tengok. Tak ada seorang pun yang pertahankan hak aku. Semua pandang aku hina. Kalau 8 barang je baik tak payah buh label OKU di situ. Takkan aku nak melutut. Hiba sedih cari kaunter lain😭. Pihak Aeon boleh tengok cctv betapa aku rasa terhina. 
.

Serius aku nak nangis. Mana kesedaran? Kalau tak boleh sekalipun kasihanilah, ihsan. Aku dah keluarkan banyak barang. Please Aeon Mall pilih staf yang ada simpati.
.

Share la, aku sedih sangat. Aku tak sanggup lagi berhadapan situasi macam ni. Hak OKU dipersenda. Harap pihak Aeon Mall cakna dan terima mesej ni. Kalau betul OKU pun 8 barang aku boleh trima dengan terbuka tapi apa  motif label tu? 
.

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
.

#pleaseshare
#aeonmall
#hina
#oku

Rabu, 20 November 2019

UMPAN PLASTIK

Assalamualaikum

Saja aku nak kongsikan sesuatu. Sekarang ni musim menuai di Kedah. Maka semua alur, parit, tali air mahupun sungai akan dikunjungi oleh ikan-ikan darat seperti puyu,sepat,haruan dan lampam.

Al-kisahnya, mak aku teringin nak memancing. Tapi sejak-sejak dah tua ni, dia geli nak pegang cacing tanah untuk buat umpan.   Maka aku pun belikan cacing tiruan yang diperbuat daripada plastik.


Aku beli di Shopee. Nampak macam real aje kan? Ada cacing dan ulat. Semuanya plastik tapi liat dan lembut. Bolehla korang cuba umpan ni untuk memancing.


Isnin, 4 November 2019

MAGGI PAZZTA

Assalamualaikum

Baru-baru ini aku ada tengok Live di Shopee, demo masakan produk terbaru Maggi iaitu Pazzta. Owh..rupa-rupanya Pazzta ni pasta segera. Terdapat dalam 2 perasa iaitu Mushroom Penne (cendawan) dan Cheese Macaroni.


Dan semamangnya aku penggemar pasta. Cara penyediaan yang cukup mudah iaitu dengan merenih dengan menggunakan air didih selama 5 minit,pasta lembut dan siap dihidang.

Di Shopee juga sekarang ada promosi setiap pembelian 2 pek akan dapat percuma mug yang sangat cantik.

Ada 2 warna, biru dan ungu

Inilah Pazzta Cheese Macaroni ..sedap,mudah dan cepat disediakan. 

Apalagi, bolehla cuba..aku beli stok dan letak di pejabat..mana tahu tiba-tiba kelaparan.. inilah hidangan aku..




Sabtu, 2 November 2019

HITS TERTINGGI PENBIRU.COM

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. syukur apabila blog ini kembali mendapat hits tertinggi sejak kali terakhir Oktober 2014.

Hits pada Oktober 2014 : 45905

2014 aku terpaksa bergelut dengan kerja dimana aku baru sahaja menerima kenaikkan pangkat pada April 2014. Blog semakin sepi tanpa sebarang entri.. ada tapi tak semeriah sebelum itu. 

2017 menyaksikan rekod 1 tahun tanpa entri. Kesibukkan berganda apabila aku bertukar pejabat buat kali pertama setelah dinaikkan pangkat. Akhirnya bila keadaan kembali reda sudah ada sedikit waktu, barulah aku dapat menulis semula. Biasanya aku menulis pada waktu malam atau hari minggu. Pengisian secara autopublish untuk hari-hari kedepan aku siapkan dalam masa hari.

Syukur..hits aku kembali melonjak bulan Oktober 2019 lalu. Ini betul-betul tragedi Oktober.

Hits Oktober 2019 : 46102

Purata 2000 hits dari pengunjung seluruh dunia. Tanpa perlu menjadi blog picisan yang menyajikan berita-berita sampah yang disulam iklan-iklan scam, hanya berkongsi seo yang tepat bagi menaikkan ratings.

Senarai entri yang mendapat hits tertinggi bagi bulan Oktober 2019.

Apapun..terima kasih kepada AMT setia yang tak jemu bertandang dan menyapa aku disini. Juga terima kasih kepada pengunjung-pengunjung baru yang mencari informasi yang aku kongsikan disini. 

Dikesempatan ini aku membuka ruang kepada peniaga-peniaga kecil yang memerlukan platform untuk mengiklankan atau memperkenalkan produk mereka di blog ini. Jika ada yang berminat, tinggalkan nombor telefon diruangan komen. Jangan risau, setiap komen bukan auto publish ya.. komen-komen akan ditapis dulu..jadi nombor telefon korang amata selamat di sini..

Jumpa lagi esok!
Adeusss!!!



Rabu, 30 Oktober 2019

BUKAN SEKADAR CEREKA..

Assalamualaikum..
Sedikit bingkisan yang amat terkesan dihati.

Seorang lelaki telah meninggalkan anjingnya disisi anaknya yang masih menyusu agar dilindunginya lalu dia keluar daripada rumahnya untuk pergi berburu

Setelah pulang daripada berburu dia mendapati anjingnya menyalak dan berlumuran dgn darah dihadapan rumahnya

Lalu dia menyangka sama seperti sangkaan kita bahawa anjingnya telah memakan anaknya lalu dia mengajukan senapang kearah anjingnya dan menembak sehingga mati

Lalu dia bergegas masuk kedalam rumahnya untuk melihat keadaan anaknya itu tiba² dia melihat seekor serigala yg mati berlumuran darah sedangkan anaknya itu tidak disentuh dan selamat.

Cuba kita bayangkan perasaan rase bersalah yg dialaminya serta diliputi dgn penyesalan sepanjang hidupnya!

Betapa banyaknya nyawa yg hilang akibat kezaliman dan betapa banyaknya prasangka²  terbinasa dengan sifat sangka buruk

Betapa banyaknya sesebuah hubungan itu terputus akibat salah paham yg berlaku

Maka!! jangan kamu hanya melihat dengan mata kepala sahaja tetapi lihatlah dgn akal sihatmu 

Hendaklah kamu mengetahui perkara yang sebenar terlebih dahulu dan jangan kamu tergesa-gesa dalam menghukum  sesuatu perkara hanya dgn pandangan mata 

Hendaklah kamu mengetahui perkara yg sebenar dahulu sebelum kamu terjatuh kedalam kesalahan yg membuat kamu menyesal sepanjang hidup kamu... Wahai saudara yg ku cintai dan hormati.


Kredit : Jamal sahran

Rabu, 23 Oktober 2019

MYCAR PERLU IC?

Assalamualaikum

Aku baru nak download apps Grab dan Mycar. Apps Grab ok, mudah download cuma perlukan gambar selfie sahaja. Iyalah, aku faham..itu untuk pengecaman wajah penumpang bagi mengelakkan sebarang perlakuan jenayah.



Selain dari Grab, ada 1 lagi apps untuk kemudahan kereta sapu ni iaitu Mycar. Difahamkan Mycar ini taukenya melayu. Maka aku pun nak supportla.. tapi malangnya, prosedur  yang dibuat untuk pendaftaran bagi membolehkan login amatlah merbahaya.. bahaya macam mana??

Inilah bahaya tu..minta gambar kad pengenalan.. aka IC..samalah macam kita bagi IC kita untuk orang pegang walaupun hanya gambar

Serius..benda ni bukan main-main. Apa hak mereka untuk meminta salinan ic pengguna? Kebocoran dan penyalahgunaan data peribadi boleh bocor bila-bila masa dengan mudah sekali.

Sedangkan salinan ic di bank pun tetap ada hantu dan toyol yang dah salahgunakan dengan pass kan detil kepada puak telemarketing..inikan pulak syarikat yang bukan siapa-siapa. 

Menurut Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 hanya 5orang sahaja yang berhak dan berkuasa meminta atau menyimpan kad pengenalan iaitu;
a) PEGAWAI POLIS
b) PEGAWAI PENDAFTARAN
c) PEGAWAI KASTAM
d) MANA-MANA PEGAWAI ATAU KELAS ATAU PEGAWAI AWAM YANG DIBERI KUASA OLEH KETUA PENGARAH
e) ANGGOTA TENTERA YANG BERTUGAS MENJAGA & MENGAWAS
Menyimpan atau memegang kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan,kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa - Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.


Bukan aku seorang yang tak puas hati pasal IC


Nasihat aku pada pengendali Mycar.. anda syarikat baru, jangan cipta undang-undang sendiri yang melampaui hak orang ramai. Banyak lagi alternatif lain yang boleh dibuat bagi melindungi pemandu anda. 

Dan..aku pun uninstall terus Mycar hanya kerana dia minta IC.. kerana tiada jaminan data peribadi aku selamat dengan mereka!


Khamis, 3 Oktober 2019

PENYEWA DARI NERAKA

Assalamualaikum

Baru-baru ni viral dari seorang lelaki mengenai rumahnya yang disewa. Melihat gambar dan video yang dia kongsikan..naik kembang tekak aku tengok.. Allahurobbi.. ini betul-betul penyewa celaka dari neraka.. 




Bila terlalu baik dgn org sampai mak aku boleh datang kutip sewa rumah 3bulan sekali, bagi harga kasih sayang dh ckup bagus kot, siap repair tandas before anak beranak ne masuk, mak aku ne cuma meniaga nasi lemak je oii.. mampu nk settlekan masalah kau anak beranak supaya selesa, tp kau xmampu nk bayar sewa yg 3bulan sekali mak aku datang kutip . 

Mak aku dtg dr gelugor ke bayan lepas nk kutip duit sewa umah ,naik tingkat 2,bg salam ketuk pintu.kau ank beranak kunci pintu , buat syap tanpa rasa bersalah pun??, bukan mak aku anta gengster . 

Akak aku yg dr melaka jauh berbatu pun pernah dtg bukan sekali dtg ko bukak pintu,, kne banyak kali datang terjah baru ko nk layan,, tu pun cakap besaq punya la mengunung tinggi kata bole settlekan bayar sewa rumah, bole clearkan umah, sembang kencang pastu buat syap...apa punya penyakit la kau anak beranak ne. 

Aku nk mohon maaf pada jiran2 flat bukit gedung , bila posting “penyewa dari neraka” “telah tular di media sosial yg mana natizen kata jiran2 buang sampah dlm rumah kami, sebenarnya tidak benar sama sekali,, ini adalah penyakit penyewa sndri. tak ada kne mengena dengan jiran. jiran pun xboleh nk masuk buang sampah sebab pintu rumah tu di kunci oleh penyewa.

Moral of the story supaya korang yg baca ne lebey berhati2 .
#bukakbukubaru #simpanbuatkenangan










*****
Untuk cerita penuh..klik link ini
PENYEWA DARI NERAKA -1

Serius..aku yang tengok pun rasa nak muntah..dah lah tinggalkan kucing dalam sangkar yang kotor, dalam timbunan sampah tu pun ada kucing beranak..ada anak kucing yang dah mati pun.. masya Allah.. pengotornya.. bukan aku nak tuduh..kalau kotor macamni..solat ke tidak penghuninya.. sebab itulah ada pepatah yang mengatakan.. kebersihan asas keimanan.. 

Tepuk dahi!

Isnin, 12 Ogos 2019

SAHAJA AKU BERKORBAN KERANA ALLAH TAALA

Assalamualaikum..

Syukur diberi kesempatan dan rezeki untuk aku melakukan ibadah korban ini pada hari ini.

Seperti biasa aku memilih untuk melaksanakan ibadah ini di Masjid al-Wusta Guar Chempedak. Ini kali ke3 aku bersama masjid ini walaupun aku bukanlah anak kariah.

Sebabnya pengurusan ibadah korban di masjid ini sangat tersusun dan efisyen. Majlis harini ini bermula jam 7.00pagi,sembelihan pertama pada pukul 7.40pagi dan selesai 21 ekor pada jam 1tengahari.

Peserta yang berhajat samada korban atau akikah akan disusun dan dibahagikan seminggu sebelum majlis. Peserta diletakkan dalam kumpulan dan diberi nombor.

 Nama setiap peserta di tanda pada besen ikut nombor lembu

Setiap peserta diberi kupon nama dan nombor lembu


Tempat peserta korban berkumpul..peserta sahaja. Itupun peserta yang dipanggil bila tiba giliran. Selesai akad mengikut kumpulan barulah lembu dikeluarkan untuk di korbankan.

Orang ramai yang hadir disediakan minum pagi dan makan tengahari(tak tengahari juga..pukul 10 dah siap,menunya daging rebus dan air asam)

Lembu ditempatkan dikandang untuk ditarik ke tempat sebelihan

Lembu yang siap disembelih akan diusung ke tempat melapah yang telah ditandakan dengan nombor lembu


Lembu yang menunggu giliran untuk dilapah.

Lembu yang siap dilapah akan dimasukkan kedalam besen yang telah ditanda nombor. Dan setelah dibahagi sama rata daging akan diambil 1/3 oleh pihak masjid untuk diagihkan kepada yang layak. Jika peserta tidak mahu mengambil bahagian mereka, bolehlah diserahkan semuanya kepada pihak masjid untuk pengagihan.

Alhamdulillah..semoga ibadah korban ini diterima Allah.

Moga ada rezeki lagi untuk tahun depan..insya Allah.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...