Memaparkan catatan dengan label Gambar Menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar Menarik. Papar semua catatan

Isnin, 7 Disember 2015

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI - MAHA TOWER

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin kongsikan satu tarikan pelancong terkini di Langkawi yang masih dalam pembinaan.

MAHA TOWER adalah sebuah menara yang merupakan struktur binaan menara tertinggi di pulau lagenda ini. Dinamakan sempena nama yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, mantan Perdana Menteri yang telah menaikkan nama Pulau Langkawi di mata dunia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.

MAHA TOWER ini berketinggian 138meter dibina didalam sebuah kawasan yang dinamakan MAHA CITY (juga masih dalam pembinaan. Lokasinya ditepi laut di  Bandar Kuah.

Gambaran MAHA CITY Langkawi

Struktur binaan MAHA TOWER

Kredit ini aku berikan kepada pemilik asal gambar di bawah itu saudara Nazri Wan Abib yang terlibat dalam pembinaan menara. Tahniah diucapkan kerana beliau berjaya menjadi salah seorang yang menyumbang tenaga bagi menjayakan pembinaan menara yang bakal melakar sejarah pelancongan Pulau Langkawi. 

Bagi menghormati dan menghargai saudara Nazri Wan Abib atas perkongsian gambar-gambar ini, aku telah meletakkan watermark atas nama beliau di atas semua gambar bagi mengelakkan gambar-gambar ini disalahguna atau diplagiat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang diambil adalah dari atas puncak menara






Tak sabar rasanya untuk melihat MAHA TOWER ini siap dan menjadi tarikan pelancong di Pulau Langkawi ini.

Jumaat, 28 Februari 2014

KOLAM RENANG TERBESAR DI DUNIA

Assalamualaikum..

Cuaca panas begini..alangkah bestnya kalau dapat berendam dan berenang..tengok pulak gambar kat bawah ni...

Inilah kolam renang terbesar di dunia.Terletak di Chille. Bayangkan kalau  dapat berenang dalam kolam besar macamni..tak perlu risau dipukul ombak..apalagi dihanyut ketengah..huhu..best..memang best gile..

aku nak berangan jab.. Adeus!!! 

Ahad, 28 April 2013

KEDAI 24JAM YANG TIADA PEKERJA!

Assalamualaikum..

Kat Malaysia memang tak ada lagi kedai 24 jam yang beroperasi tanpa pekerja. Tapi keai ini wujud dengan banyaknya di Zurich...Kedai 24jam berbentuk kios.

Jika di Malaysia kita hanya ada mesin air tin dan yang sama spesis dengannya. Tapi di Zurich, mesin itu bukan sahaja menjual air malah semua jenis barang runcit termasuk telur, ubat gigi dan macam-macam lagi.





Menarikkan?

Sepatutnya di negara kita pun perlu ada kios yang macam ni..tapi agaknya selamat ke? Sedangkan mesin ATM yang melekat didinding bangunan pun ada yang nak rembat..inikan pulak kios macam ni..

Isnin, 18 Mac 2013

FAKTA UNIK MENARA JAM DIRAJA MEKAH


Assalamualaikum.
Kita selalu tengok gambar ini..









Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam.


1- Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

2- Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.

3- Setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).

4 - Cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.

5 - Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.

6 -Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam.

7 - Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion).


Rabu, 16 Januari 2013

JAMBATAN BUNIAN DI PD???

Assalamualaikum..

Cerita seram ..

Korang pernah dengar tak pasal Jambatan Bunian yang dibina di Lebuhraya menuju ke Port Dickson?? Bukan nak percaya cerita tahyul..tapi ini buktinya..




*pic credit to  fanadyalicious.blogspot.com

Dikatakan jambatan ini di bina untuk laluan bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas lebuhraya..bunyi macam kelakar..dan aku pun tergelak.

Kalau di lihat gambar pun memang kita akan tertanya-tanya..kemana jambatan itu menghala sebab yang dibina hanyalah jambatan dan dihujung jambatan itu adalah hutan..musykil dan misteri..

******

Aku pun mula mengkaji dan berbual dengan kawan aku..akhirnya semua sudah terjawab..

Jambatan yang dibina itu bukanlah untuk bunian ya tuan-tuan dan puan-puan...jangan mudah terpengaruh dengan filem atau cerita merepek.. cik-cik dan tuan-tuan bunian yang ada tu tak perlu pun jambatan untuk melintas..dah nama pun bunian..

sebelum aku bercerita lebih lanjut biarlah aku gelak dulu..
KAH!...KAH!...KAH!!!!!

Jambatan itu sebenarnya adalah jambatan untuk haiwan melintas la mak cik... negara-negara luar dah lama ada. Kita di Malaysia ni aje yang baru ada, itupun tidaklah lengkap seperti yang negara luar buat. Buat sekadar buat aje.. Jomlah tengok jambatan haiwan luar negara..

*pic credit to : onwer of this pictures..sorry i dont know their names.


Animal Bridge, Montana USA

Green Bridge, Boeblingen Germany

Green Bridge, Grevesmuhlen, Germany

Ecoduct De Woeste Hoeve, Netherlands 



Ecoduct in France

 Ecoduct The Borkeld, Netherlands

Wildlife Overpass, Keechelus Lake, Washington USA

Wildlife Overpass, Banff National Park, Alberta, Canada

Overpass for Crabs, Christmas Island National Park, Australia

Inilah yang berlaku apabila masyarakat kita tidak berkembang mindanya..asyik nak percaya benda yang mengarut. Tak kanlah kerajaan kita nak buang duit rakyat semata-mata nak bina jambatan untuk kaum bunian yang sememangnya tak pernah mengundi..dan semestinya nak kemana-mana hanya perlu ghaib (meresap kata orang Kedah)..

Aduhai..

*goli pusat den!


Isnin, 27 Ogos 2012

INI BARU ANAK MALAYSIA

Assalamualaikum...

Tak lama lagi merdeka. Ini kisah Bob kesayangan aku.

Walaupun belum merdeka tak tak tahu apa itu merdeka, Bob sangat obses dengan Jalur Gemilang (dia sebut :bendera esia). Tak siapa yang didik atau ajar dia pasal bendera. Dia yang minat sendiri.. Hatta bendera yang terjatuh atas jalan pun dia suruh berhenti dan kutipkan untuk dia. Bila dapat bendera dia akan duduk depan kipas dan biarkan bendera itu berkibar-kibar..

 jari tu dia sendiri yang buat..takde sape ajar pun..

ni memang aku candid..tapi dia perasan aku dok perhatikan gelagat dia

malu pulak aku dengan diri sendiri..huh.. sudahkah anda kibarkan Jalur Gemilang????

Rabu, 1 Ogos 2012

BANGSA POMPEII YANG TELAH PUPUS

Assalamualaikum.

Terbaca 1 artikel yang amat menarik perhatian. Lalu aku nak kongsikan dengan korang. Kita sedia maklum kisah Nabi Luth dan umatnya yang diterbalikkan buminya kerana kemaksiatan yang mereka lakukan. Tapi kisah Bangsa Pompeii adalah mirip kisah kaum Nabi Luth. Pun begitu , ramai yang tidak tahu kisah ini.

Gambaran awal Kota Pompei

Bangsa Pompeii mengamalkan hidup yang sangat jijik. Melakukan seks ditempat terbuka adalah perkara biasa samada berpasangan atau sesama kaum sejenis. Dan dikota bangsa ini, pusat pelacuran ada dimerata-rata tempat malah patung berbentuk alat kelamin lelaki akan digantung di pintu masuk pusat pelacuran .

Dikatakan sekitar 23 Ogos tahun 79Masihi, kota purba Pompeii di zaman Romawi Kuno berhampiran dengan Kota Napoli(merupakan 1 kawasan di Itali di wilayah Campania) berlaku 1 kejadian misteri yang melenyapkan kota itu bagaikan ia tidak pernah wujud dalam peta dunia, sedangkan kota tersebut merupakan salah satu kota terkemuka dalam Empayar Rom. Lenyapnya kota itu sehinggakan tiada siapa yang tahu tentang kewujudannya sebelum itu.

Dalam tahun 1594, sekumpulan pekerja telah menggali terowong di kai gunung berapi Vesuvius bagi perojek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Namun kerja-kerja itu terpaksa dihentikan setelah mereka menemui benda aneh yang tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh tersebut berbentuk artifak. Lalu kerja menggali dikawasan itu diteruskan bagi mencari tinggalan-tinggalan lain. 

Pada tahun 1631, gunung berapi Vesuvius meletus 7kali dan memusnakan apa sahaja yang berada berhampirannya termasukkan kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian , kerja mengorek kembali dilakukan dan dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun. Berikutan itu terbongkarlah misteri kehilangan kota Pompeii.

Turut dijumpai bersama artifak yang berupa barangan tembikar dan purba adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang menggerunkan iaitu sekumpulan jasad manusia seolah-olah sedang menjamu selera telah bertukar menjadi patung batu.











Juga turut ditemui puluhan patung jasad manusa yang sedang melakukan hubungan seks  termasuk seks diluaar tabii. Lebih menakutkan, jelas kelihatan raut muka  patung-patung batu itu  yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan seolah-olah 1 bencana telah datang secara tiba-tiba.

Berikut adalah ringkasan mengenai Kota Pompeii
  • Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali
  • Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan senibina dan kesenian, kota itu membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan
  • Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung si pintu pusat pelacuran berkenaan.
  • Masyarakat Pompeii juga dikatakan mengamalkan kepercayaan "Mithra" yan menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
  • Selepas 1 tempoh masa yang lama kota itu hanyut dalam kemaksiatan, secara tiba-tiba gunung berpai Vesuvius yang tidak aktif selama 2 juta tahun, akhirnya meletus dan lava panas membanjiri dan menenggelamkan kota itu
  • Tiada seorang pun yang terselamat dari kejadian itu dan penduduknya menjadi patung batu.
Kejahilan mereka bukan sekadar pada perlakuan, malah  turut terbukti pada artifak yang ditemui terkubur bersama mereka..tinggalan itu merupakan duit syiling..






Aku bukan nak rosakkan puasa korang dengan membaca dan melihat gambar-gambar yang agak melampau, tapi inilah kejadian yang benar...nauzubillah....

Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Dan kita kena ambil ikhtibar atas kejadian lalu. aku risau dengan negara tercinta ini bila ada pihak yang menghalalkan perkara yang haram.


Khamis, 26 Julai 2012

PERABUT RAYA

Assalamualaikum..

Dapat bonus? Alhamdulillah. Gunakan sebaik-baiknya. Jangan beli benda yang tak bermanafaat. Bersyukur dengan rezeki Allah. Jangan pula ada yang pertikai kenapa setengah bulan..kenapa tak sebulan..tak dapat langsung baru padan muka.

Intro yang takde kena mengena dengan tajuk. Ni ha ..aku terjumpa gambar sofa ni...mana nak cari ekk??


canggih gila ni,..huhuhuh..

yang pastinya duit bonus aku tidak cukup untuk memiliki sofa ini...
Sekian!

Rabu, 11 Julai 2012

SPEED TRAP

Assalamualaikum..

Aku dapat gambar ni dari fb seorang kenalan.. Katanya ini ialah kamera perangkap hadlaju atau Speed Trap.


Katanya juga kamera ni di pasang di beberapa kawasan yang biasanya sesuai untuk memecut di lebuhraya. Tapi lokasinya tak pula diberitahu. So kita kenalah allert sendiri. Sejauh mana info ini, benar atau tak, aku tak pasti. Aku cuma berkongsi sahaja.

Pengajarannya, tak perlu tunggu ada polis tepi jalan baru reti nak reti slow..ok! Adeus!!!

Selasa, 10 Julai 2012

DARI KEJAUHAN...

Assalamualaikum..

Aku nak kongsikan gambar yang sempat aku shoot masa tengah drive untuk balik ke kampung minggu lepas (ceh...macam la kampung tu jauh sesangat...)..

 di kejauhan itu aku nampak Gunung Jerai..kampung aku dikaki gunung itulah...dan di kejauhan itu juga aku nampak...


lori lebih muatan..nak potong pun takut..dihempapnya Cik Ah aku..mau ranap jadi tin sadin!

Di manakah penguatkuasaan???

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...