Rabu, 19 Jun 2013

PERKHIDMATAN SEWA LORI

Iklan Berbayar.

Assalamualaikum..

Lama tidak berentri. Entri ini khas untuk mereka-mereka yang memerlukan perkhidmatan sewa lori untuk pindah rumah, pindah pejabat dan sebagainya.

Bagi mereka yang tinggal di Selangor - KL - Putrajaya, dan memerlukan perkhidmatan ini , sila baca dan teliti iklan di bawah:
***************************







Kami adalah syarikat yang berdaftar (RHM Transport) memberi perkhidmatan pengangkutan
seperti:-
1)Pindah rumah
2)Pindah pejabat
3) Menghantar barang kilang dll.


Kami menggunakan lori 1 hingga 5 tan bercanvas.
Pekerja dibekalkan untuk mengangkat barang, atas permintaan pelanggan..
Lokasi Selangor, Kuala Lumpur termasuk seluruh Malaysia..

Untuk perkhidmatan sila hubungi : 
RHM Transport : 0132050894.(24jam)

Sabtu, 15 Jun 2013

KISAH MAKCIK PENGUMPAT

Assalamualaikum

Sejak balik dari umrah ni..alhamdulillah rezeki aku mencurah-curah. Setiap pekerjaan aku rasakan mudah. Aku bersyukur sebab disana aku sihat tak macam sesetengah orang yang sakit,demam,datang bulan dan macam-macam lagi.

Ini bukan kisah aku pergi umrah. walaupun aku dah hutang 1 cerita pasal Mekah dengan korang. Aku memang sibuk dan tak berkesempatan nak bercerita..insya Allah aku akan ceritakan..

Berbalik pada tajuk..

Di pejabat aku ada seorang makcik. Mulutnya manis didepan aku.Tapi dibelakang aku..rupanya dia dah banyak kali mengumpat hal aku.. (aku tak kisah walaupun makcik tu baca entri ni..sebab ini memang aku tujukan khas untuk dia)

Makcik ni suka skodeng fb aku. Lepastu setiap apa yang aku upload samada gambar atau status, dia akan jadikan bahan bercerita di kalangan kaum pengumpat seperti dia (atas nama Allah..orang-orang yang selalu mengumpat aku tu..aku sekali pun tak pernah bercakap hal mereka..)

Nak dijadikan cerita..ketika aku di tanah suci..aku ada postkan status berbunyi begini..

salam dari Tanah Haram..

ramainya cni mcm musim haji.

Allah saja yg tau betapa seronok x terkata bila ada d cni.

.seronok sampai airmata jatuh x terasa.harap semua sihat2 belaka..
Aku kt cni ok..sihat walafiat & saiz pun dh sama mcm mak arab.
idung ja x brapa nk mancung..so jd melayu balik..
ok..take care u olls..intnt very limited..salam...

lepas itu aku tinggalkan status itu begitu sahaja dan bila aku balik ketanah air..banyak kawan-kawan yang respon pada status aku tu..Selepas beberapa hari aku upoad sekeping gambar Masjidil Haram melalui instagram..



 Kemudian setelah aku kembali ke Tanah Air..aku upload sekeping gambar aku juga melalui instagram.. Tujuan aku bukanlah hendak bermegah-megah tapi untuk berkongsi dengan kawan-kawan..dan disana aku berdoa agar kawan-kawan aku dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci..tujuan membakar semangat.Bila aku masuk kerja, makcik ni datang jumpa aku. Aku layan dengan baik. Tapi rupa-rupanya di belakang aku, dia mengumpat aku..antara baris-baris ayat dia..(lebih kurang la seperti apa yang dia kata..apa yang dia kata hanya dia..Allah dan malaikat kiri dan kanan saja yang tau)

"pi umrah orang nak buat amal ibadat, ni dak..dok kalut fb"
"pi sia-sia..sebab tak lupa hal dunia"

Hello makcik..aku upload sebab aku nak bakar semangat kawan-kawan aku..sekurang-kurangnya aku kesana bukan lah untuk shopping (kalaupun aku datang bulan..aku takkan p shopping macam hang)dan yang penting..aku khatam Al-Quran kat sana pun aku tak rasa megah nak cerita kat orang..apa kebaikkan aku kat sana pun aku tak jaja kat orang..

Serius aku memang banned terus makcik ni. Dan aku dah remove block terus dia dari fb aku. Selama ini dia mengumpat aku..aku tak remove dia sebab aku ingat dia 1 ofis dengan aku. Kalaulah aku mulut jahat..dah lama aku canang dia pernah jumpa bomoh siam pondan masa laki dia ada skandal dulu..tapi mulut aku bukan macam mulut dia.Aku memang lepas geram kat sini, aku tahu dia baca sebab blog aku pun dia suka skodeng cari bahan untuk mengumpat. 

Pada aku..umrah dia yang sia-sia sebabnya balik dari umrah pun dia sibuk dok canang cerita dalam kain orang yang mana orang tu sekali pun tak pernah mengumpat kat dia.Sedangkan di fb aku hanya penuh gambar manik, kucing, cerita-cerita merapu aku..kalau ada kawan-kawan yang ikut fb aku, diorang akan ahu aku orang yang macam mana.Oleh sebab dia dah cari pasal dengan aku..maka terhasillah entri ini. Dan aku biarkan Allah saja yang ampunkan dosa dia. 

Makcik ni suka bersembang dengan semua orang dan kemudian menabur kesana sini ..segala rahsia orang..laki orang tua ke muda.kerja ke tidak..semua dia tahu. Macam CNN..Kepada makcik itu..tak payahlah buat baik dengan aku lagi dan harap jangan datang nak bersembang dengan aku lagi....kerana mulutmu berbau longkang..dan kepada teman sepemengumpatan dia yang bernama S******.. hang pun terima lah nanti hukuman Allah sebab aku tak pernah mengata kat hang!..terima kasih banyak-banyak...dan yang paling penting..makcik tak payah dok pi mengaji ..sia-sia saja hari-hari ikut kelas agama..tapi perangai dan mulut macam orang tak ada iman!

Wahai kawan-kawan blogger sekalian..inilah realiti kehidupan aku..aku yang ke ofis, hanya duduk ditempat buat kerja dan hal sendiri..tapi masih jadi bahan umpatan..itu belum lagi yang tak suka aku tanpa sebab.. (ketua salah satu unit di jabatan aku..dalam lembut-lembut dai pun..semapat lagi dia mengata kat aku..alhamdulilah)..sedangkan didepan aku mulut sangat manis..dan aku tak pernah ambil tahu hal orang.. apalagi meluangkan masa untuk jadi spy tak bergaji! 

Hanya Allah yang berhak ampunkan mereka ini dan carilah aku di padang mahsyar nanti..bukan sahaja sebab aku di umpat malah aku difitnah,.nama aku diburukkan.

Isnin, 10 Jun 2013

KENAPA PERLU HINA AGUNG???

Assalamualaikum..

Tuanku baginda Sultan Abdul Halim..seorang sultan yang berjiwa rakyat. Tak campur urusan politik,sukan dan lain-lain. Aku bangga hidup di negeri Kedah yang sentiasa aman d..tapi aku agak emo dan marah kenapa kebelakangan ini terlalu ramai yang menghina baginda Tuanku..

Kalaulah kuasa di tangan aku..memang ku haramkan jejak kaki di bumi bertuah ini.. Kita semua sudah maklum dengan isu seorang mangkuk hayun made in China yang menhina Tuanku..tapi hari ini,wujud pulak sorang lagi ..ini bukan mangkuk hayun..tapi mangkuk jamban..sebab mulut dia busuk sangat..

kenapa aku marah??korang bacalah apa dia tulis...


Kalau tak suka duduk di Malaysia..u can get out from here!!

Sakit pulak hati aku..




Jumaat, 7 Jun 2013

PESANAN UNTUK PENGUNJUNG

Assalamualaikum..

Inilah entri pertama untuk bulan Jun..

Sejak awal bulan bulan April hingga ke awal Jun ini, aku amat sibuk. Mungkin ada yang tahu mungkin juga ada yang tak tahu. Pertengahan Mei aku telah ke Tanah Suci. Semua entri adalah autopublish. Lepas balik dari Tanah Suci, aku pulak ke Putrajaya sebab nak jalani temuduga kenaikan pangkat tu. So aku memang sangat-sangat sibuk.

Sejak aku meninggalkan sebentar blog ini, blog aku ni telah dihujani pertanyaan yang pelbagai, homestay Cameron Highlands lah...Tips Exam KPSL lah..Jahit manik lah..dan macam-macam. Dan aku memang tak berkesempatan untuk jawab. Bukanlah kerana aku sombong ke apa..walaupun ada hamba Allah yang mencanang kepada kat orang lain (atas sebab nak burukkan nama aku) dengan mengatakan AKU SOMBONG DI OFIS (thanks banyak-banyak ya ..Allah saja yang akan hukum kamu..dan tiada maaf dari pihak aku).

Aku bukan sombong. Tapi aku sibuk..Aku sibuk dengan hal aku, bukan sibuk dengan hal orang. Orang yang kata aku sombong tu lah yang sebenarnya yang sibuk dengan hal orang.(makcik dah hutang 1 pengampunan dengan saya di padang mahsyar tau..). 


So pada anda-anda yang singgah di blog ini atas tujuan berikut..maka aku berikan penyelesaian tanpa perlu menunggu jawapan dari aku..

  • Homestay Cameron Highlands - Di entri tu dah terang-terang aku tulis nama dan no.hp pemiliknya, maka terus aje call atau sms dia sebab kalau tanya aku pun, aku kena tanya dia dulu. Sebab rumah tu rumah dia.
  • Tips Menjawab Exam KPSL -  Kalau nak share tips tu..ambiklah. Tapi tolonglah jangan minta aku emailkan kat korang. Benda dah ada depan mata, ikhtiarlah sendiri sebab kalau nak tunggu aku, memang aku tak ada masa yang terluang untuk buat itu semua .
  • Jahit Manik -  aku dah bagi no.hp boleh dikatakan hampir semua entri mengenai jahitan tu. Kalau nak tempah terus ajelah sms aku. Insya Allah aku jawab.
Aku harap jangan pulak yang ada salah faham dengan aku. Rutin aku amat sibuk..sibuk dengan hal aku sendiri hinggakan aku tak ada masa untuk menyibuk hal orang (tapi aku hairan ada jugak orang yang terlalu banyak masa untuk menyibuk hal aku)

Itu aje entri malam ini. Esok aku akan cuba masukkan entri berkenaan kisah perjalanan aku di Tanah Suci..sekian..Adeuss!!!

Rabu, 29 Mei 2013

SIAPA MENANG KILAUAN EMAS?

Assalamualaikum..

Aku selamat tiba di tanah air petang semalam. Alhamdulillah sudah selamat menunaikan ibadah umrah.

Setelah meninggalkan tv hampir 2minggu baru aku tahu malam ni dah final rupanya. Yang bestnya  peserta kegemaran aku pakcik Idris layak ke final.

Ramalan aku la kan..malamni kemungkinan tempat pertama boleh dapat kat Pak Cik Idris ni..tempat ke-2 dapat kat Mior. Aku nampak disini pertarungan sengit adalah antara diorang berdua sebab 2 orang peserta lagi Silah dan Alina lebih sedap nyanyi lagu berbahasa Inggeris tapi patah untuk lagu melayu agak kurang sedap di dengar.

Apapun aku berpuas hati dengan finalis malam ni sebab makcik Ros yang over tu tak layak..aku tak gemar tengok orang yang berumur bersikap macam orang muda..sorry to say..macam tak ingat bila nak mati...kesian..


Ahad, 26 Mei 2013

KECELARUAN IDENTITI

Assalamualaikum..

Entri autopublish jugak..

Dengan izin Allah hari ni aku masih di Tanah Haram..insya Allah. Semasa aku menulis entri aku masih lagi di tanahair.

Kisah kucingku Oren..beberapa malam sebelum aku berangkat..macam-macam perangai pelik dia buat. Mungkin sebab dia tahu dia nak kena tinggal lama

Kali ni si Oren dah pandai panjat grill tingkat. Cara naik macam kera panjat pokok. Tapi cara turun tu yang aku tak tahan..macam cicak pun ada macam biawak pun ada...bukan turun cara mengundur..tapi turun kepala dulu..

So korang tengok ajelah pic ni..dia ingat dia kera ke..cicak..biawak?





Gambar dibawah ni adalah cara dia turun. Apa spesis la budak Oren nih.. 


Sabtu, 25 Mei 2013

LAWAK KE?

Assalamualaikum..

Autopublish lagi..

Aku nak share le kisah ni.  Rasanya ramai yang pernah jadi macam kisah aku ni. Masa tu aku baru darjah 3. Masa sekolah dulu aku memang boleh dikatakan kedatangan 100%, tak pernah ponteng. Oleh yang demikian, masa arwah wan aku sakit, mak dan abah aku tinggalkan aku dan Kak Cik aku di rumah, diorang semua balik ke Perak.

Masa tu Kak Cik aku baru darjah 5. Home Alone la kononnya..sebelum mak aku tinggalkan kami 2orang, mak aku dah siap tinggalkan jam loceng, untuk kejutkan pagi2.


Nak dijadikan cerita, malam tu kami tido awal sebab penakut. Lena la dengan nyenyaknya ..Pastu Kak Cik aku terjaga. Dia pun kejutkan aku, 2-2 orang bangun, mandi dan siap-siap nak pi sekolah dengan penuh semangat..

Elok je selesai pakai stokin, buka pintu rumah, aik..apasal gelap ni..aku tak jadi langkah keluar, aku masuk balik dalam rumah..tengok2 jam..aisey, baru pukul 3 pagi..kuangkuangkuang..

Apalagi..dengan uniform dibadan, kami merangkak balik naik ke katil sambung tido..cisss..Kak Cik aku punya pasal ni..huish!!.

Tiba-tiba teringat kenangan ni untuk dikongsikan..

Salam dari Tanah Haram


Jumaat, 24 Mei 2013

SEKOLAHKU

Assalamualaikum..

Buat pertama kalinya sejak  tahun 1992..aku kembali ke sekolah..tempat aku mengenal ABC..belajar membaca dan mengira. Kalau nak di ikutkan sekolah ni bukan jauh mana pun dari rumah aku..tapi buat apanya aku nak pergi..kalau tak de hal..ye tak?

Aku kembali ke sekolah rendah aku tu semata-mata untuk mengundi pada 5 Mei lepas..

Wah..sekoalh aku dah berubah 100%.. tiada lagi bangunan sekolah kayu yang macam berek Bukit Kepung tu..kalau berlari macam bunyi kaki kuda..

Semua dah baru..Jom aku nak bawa korang tengok sekolah aku..


dulu sini padang..tapi sekarang dah ada 1 blok bangunan lagi.. yang nampak tu, kelas aku masa darjah 4..belakang sana tu Gunung Jerai

Tapak perhimpunan..dah lain sekarang..

cuaca yang sangat cantik hari tu..

Inilah kelas aku masa aku darjah 1..bukan main dah ber aircond-aircond lagi.. sekarang dah jadi makmal komputer

Itu aje gambar yang sempat aku shoot untuk tatapan sebab aku bergegas ke tempat lain..Memang memori..lebih memori lagi aku berjumpa dengan teman-teman sekolah yang memang dah lama tak jumpa..dioarang amsih cam aku sebab diorang kata muka aku tak berubah..tpai aku yang tak cam diorang sebab muka diorang dan saiz dah totally diffrend!

Apapun..1 perkara yang aku amat pelik tentang sekolah ni..dulu masa aku sekolah kat sini..aku rasakan sekolah macam besar sangat..nak tawaf 1 sekolah pun macam tak larat..tapi sekarang aku rasa sekoalh ni..alahai...keciknyee..adakah seolah ini makin mengecil atau aku yang tak sedar yang aku dah besar? huh

Itu aje cerita hari ni..
Adeus!!!

Khamis, 23 Mei 2013

PELITAKU

Sama angin ku kirim rindu 
Namun kau tetap membisu
Mengapa begitu apa salahku
Seolah diriku permainan mu
Namun ku menanti 
Dengan hati yang terbuka
Walaupun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

Apakan daya 
Ku insan biasa
Takdir menentukan semua
Perpisahan itu
Pedihku rasakan
Seolah kehilangan tanpa peganangan
Namunku menanti 
Dengan hati yang terbuka
Walau pun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpa mu hidup tak bererti..

*****

Lagu ini nyanyian penyanyi 80an ..Zur Eda..
Lirik yang pendek tpai penuh bermakna. Aku suka lagu ni. Tak menjerit dan terjerit. Relaks dan santai. Memori kembali berulang bila aku menonton Kilauan Emas sambil mengemas beg untuk ke Tanah Suci. 

Bagi yang nak dengar lagu ni, silakan klik video di bawah





Rabu, 22 Mei 2013

TEMUDUGA TAK TERDUGA

Assalamualaikum

Entri autopublish lagi..

Hari ini (insya Allah) aku sudah berada di Kota Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah. Korang doakan aku  ye.

Sepatutnya hari ini aku akan ditemuduga untuk Skim N27. Tapi apakan daya, aku memilih Akhirat dahulu dan kemudiankan yang Dunia. Punyalah susah nak minta tukar tarikh. Sebabnya susah sangat staf SPA ni nak jawab call. 

Syukur Alhamdulillah..sebelum aku ke sini, semuanya sudah selesai. Aku dapat tangguh sehingga 5 Jun . So balik dari Mekah..3 hari kemudian terpaksa pulak aku ke Putrajaya. Semoga kesukaran itu akan dihadiahkan dengan kesenangan masa depan..aamiin..


Aku yakin ramai yang dah dipanggil temuduga sudahpun selesai. Nasib sangat-sangat la kalau dapat jawatan tu. Aku tak nak terlalu berharap. Tapi aku serahkan pada takdir dan rezeki serta aku juga akan berusaha setakat terdaya aku.

Kepada yang dah pergi temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 tu, harap dapatlah kongsikan sedikit tips untuk aku..

Apa khabar korang semua? Terima kasih pada yang sudi singgah dan komen walaupun tahu aku tak dapat baca komen korang..

Tak ada apa yang nak aku coretkan hari ini...dan mungkin dikala korang membaca coretan ini, aku sedang sibuk dengan rukun yang wajib aku lakukan.Terima kasih korang semua

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...