Memaparkan catatan dengan label Belajar Menjahit Manik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belajar Menjahit Manik. Papar semua catatan

Selasa, 16 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - PEARL

Assalamualaikum.

Next topic..pasal pearl. Untuk pengetahuan, pearl atau mutiara yang digunakan bukanlah yang ori dari laut..boleh pengsan kalau nak guna yang ori tu. Melainkan ada anak raja yang nak..

Pearl yang aku gunakan gred A punya. Disini aku bagi tips untuk kelaskan samada pearl tu berkualiti atau tak walaupun bukan ori

  1. Ia lebih berkilat dan warnanya cantik
  2. Ia lebih berat
  3. Kulitnya susah nak tanggal melainkan korang henyak kat lantai atau kikis. Kalau pearl murah, kulit dia mudah tanggal
  4. Lubang pada pearl tu kecil aje. Kalaui yang koman punya ..lubang dia besar boleh masuk mata pen.
Pearl hanya ada 1 jenis je..iaitu bulat..belum pernah aku jumpa pearl bentuk segiempat. Cumanya pearl ada pelbagai saiz dan warna.

Ini yang ada dalam stok aku


Korang bayangkanlah berapa banyak pek aku guna untuk buat crumble kalau 1 pek isi dia macam kat gambar tu aje.. so..tolonglah bakal pelanggan sekalian. Janganla nak crumble glamer tapi nak bajet ciput. Kalau nak boleh..buatlah sendiri baru tau.

Itu aje untuk hari ni..
Adeuss!!!

Sabtu, 13 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - KRISTAL

Assalamualaikum..

Ini lagi 1..kristal ni adalah buatan manusia ye..bukan buatan alam. Kalau buatan alam..aku pun tak sanggup. Mahal giler. Apa yang pasti..kristal yang aku gunakan pun berkualiti juga.

Macammana nak tahu berkualiti ke tak..ini tipsnya

  1. Kristal tu berkilau walau bukan bawah cahaya
  2. Keras mcm kaca walaupun ianya hanyalah plastik, kalau yang koman..kena gunting pun boleh putus
  3. Lubang pada kristal terletak cantik..tak senget
Kristal yang selalu aku gunakan ada 2 jenis..iaitu yang jenis pipis dan bulat.

Ini antara stok yang ada dalam simpanan aku

Jenis pipis..atau 1 permukaan aje..ada pelbagai bentuk dan saiz.

Bentuk bulat..ada juga yang lonjong..pelbagai saiz dan warna.

Itu aje untuk perkakasan , bahan yang aku gunakan untuk menjahit...Ilmu seterusnya..nanti-nantilah bila aku free aku ajar yang simple-simple aje. Korang pun sure dah boring kan...??? Sabo aje ye..

Ok..Adeuss!!!

Khamis, 11 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - LABUCI

Assalamualaikum.

Semalam aku dah cerita pasal manik. Hari ni pasal labuci pulak. Labuci pun sama macam manik. Ada yang berkualiti dan ada yang koman.

Ini tips nak tahu labuci tu kualiti ke tidak
  1. Warna takkan luntur kalau kena air. Kalau yang tak kualiti..warna dia boleh lekat dikulit kalau basah
  2. Warnanya cantik (boleh dibezakan dengan yang tak kualiti)
  3. Selaput plastik diatas labuci tidak mudah tertanggal
Memang susah nak tau kualiti ke tidak kalau benda tu ada dalam plastik. Apapun semuanya atas pemerhatian koranglah. Dah guna baru tahu. Tak ada jenama khusus untuk labuci yang aku guna. Asalkan cantik dan tahan lama..aku akan guna. Harganya tak jauh beza dengan yang tak kualiti. Oleh itu pandai-pandaila memilih.

Labuci pun ada macam-macam jenis. Jom tengok stok yang ada ditangan aku

 Labuci Lengkung..ada pelbagai saiz dan warna

 Labuci bunga dan daun..

Labuci piring..pelbagai saiz

Inilah antara labuci yang aku kutip sekeping-sekeping lalu disusun hingga menjadi kelopak dan kuntuman bunga pada baju. Pun begitu masih ada nak harga murah..orang tak buat memang tak kan tahu keperitannya

Rabu, 10 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - MANIK

Assalamualaikum..

Tergendala sesi pembelajaran kita ye.. heehheh (macamla ramai sangat nak belajar kan?). 

Ok ..topik kita hari ni berkenaan manik. Kenali dulu manik sebelum menjahit. Jangan main hentam keromo aje. Beli je apa pun jenis manik. Hasilnya nanti ada ada menangis tak berlagu. 

Manik ni banyak jenis sebenarnya. Ada yang mahal dan ada yang murah. Yang aku gunakan adalah yang mahal sebab ianya memang lebih berkualiti. Warna yang cantik.

Ini tips nak tau manik tu berkualiti ke tak
  1. Warnanya cantik dan berkilau tanpa perlu diletak dibawah lampu
  2. Saiz tiap butir manik adalah sama..tak ada yang terpanjang atau terpendek
  3. Jika dah terbeli sesuatu manik..cuba tengok keluasan lubang manik tu. Kalau sama besar..itulah yang terbaik.
Ada 2 brand yang terbaik..iaitu Apple Beads dan Miyuki. Apple Beads adalah yang terbaik..tapi harganya boleh buat orang pengsan. Mahal manik dari upah baju. Aku hanya akan gunakan Apple  Beads jika ada permintaan.

Brand Miyuki adalah yang paling sesuai dengan kos dan kualitinya juga baik. Inilah manik yang paling lazim aku guna. Dikedai-kedai manik Miyuki ni di packingkan semula dan diberi jenama lain. Tanya dulu tuan kedai..apa brand manik diorang.

Manik juga ada pelbagai jenis.Jom berkenalan (gambar dibawah ni adalah manik yang ada dalam stok aku)

 Manik silinder

 Manik Hexagon.. nama ni aku le yang bagi sebab dia macam silinder tapi bersegi-segi

 Manik Silinder 3D

 Manik Hexagon 3D

Manik Bulat

Manik Bulat 3D

Ok.Itu aje pasal manik. Apapun yang penting, manik yang aku gunakan adalah yang kualiti. Yang koman-koman aku tak guna. Tapi kalau ada permintaan nak guna yang koman..aku guna aje. Jangan menyesal dah le kalau tak sampai setahun.manik tu nampak macam manik zaman batu paleolitik.Sekian


Adeus!!!

Sabtu, 6 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - BENANG

Assalamualaikum.

Maaf pada semua. Aku tak sempat BW. Sibuk, letih dan mengantuk. Ibarat betri yang dah kong..caj pun tak tahan lama..

Hits untuk Cara-Cara Menjahit Manik melonjakkan blog aku..tinggi gila berbanding dengan yang lain. Maknanya ramai lah yang menggugel untuk belajar jahit manik. Aku tak pandai ajar. Aku belum cukup ilmu. Sorry lah ya.

Aku mulakan dengan ilmu asas sebelum menjahit..Perkara pertama sebelum menjahit yang korang perlu tahu ialah pemilihan benang.



Untuk itu, aku nak bagi sedikit tips untuk menjahit manik mengikut pengalaman aku .

  1. Selain menggunakan manik yang berkualiti, pastikan pemilihan warna benang itu sesuai. Cara memilih benang yang sesuai adalah mengikut kriteria berikut;
  • Jahitan crumble/pearl tabur/manik tabur :gunakan benang yang sama warna dengan kain

  • Jahitan bunga labuci : gunakan benang yang sama/hampir sama dengan labuci.

  • Jahitan kristal : gunakan benang yang sama warna dengan kristal.

  • Jahitan sulaman manik/pearl : gunakan benang yang sama warna dengan manik/pearl 


Tujuan menggunakan benang mengikut kriteria adalah kerana untuk mengelakkan hasil jahitan nampak buruk benor dengan benang yang bersimpang siur di atas kain sebelah luar. Kalau yang kat dalam kain takpe sebab takde sape nak tengok..melainkan ada yang suka menyelak kain untuk tengok..

Apapun terpulang pada anda nak guna benang apapun dan warna apapun. Suka hatilah koranglah. Apa yang aku ajar ni adalah bedasarkan cara aku menjahit dan ikut kepala aku. Keputusan ditangan korang..Ok.Sekian dulu ilmu basic untuk menjahit manik.

Adeus!!!

Jumaat, 5 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - PERALATAN

Assalamualaikum.

Nak jahit manik mesti kena ada perkakasan yang cukup. Sebelum jahit..pastikan korang ada semua ni. Guna peralatan yang betul. Macam nak masak la jugak.. Contohnya kalau nak  masak kari, takkanlah nak tumis dalam kuali. Boleh juga tapi tak kena gaya lah kalau macam tu.

So mari berkenalan dengan "sahabat-sahabat" aku yang cukup setia menemani dan bekerja dengan aku selama ini..walaupun kadang ada yang mencucuk jari, tergunting kuku dan sebagainya..

 benang nylon.

 Ada yang bertanya, aku lakar kat kain guna apa..inilah dia  Water Erase Pen. Bila kena air je dakwatnya akan hilang..penggunaan kapur adalah tidak sesuai untuk tandaan kain kalau nak menjahit manik

Jarum. Inilah yang selalu mencucuk jari aku. Gunakan Jarum Jahit Manik ye..Yang aku gunakan adalah Saiz 11 dan 16. Ikut keadaan mana yang sesuai.

Ok..dah ada perkakasan ni semua , barulah senang kerja-kerja menjahit.. Untuk itu..silalah tunggu esok. Ada lagi sambungannya. Pada yang berminat bolehla tunggu..pada yang tak berminat..i am sorry la ye. Aku takde ceirta menarik untuk dikongsi. Kalau ada nanti aku ceritakan. Adeuss!!!


Rabu, 23 Mei 2012

CARA-CARA MENJAHIT MANIK

Assalamualaikum..

Ramai yang minta aku ajarkan cara nak jahit manik..Demi memenuhi permintaan ramai..mari sini aku nak ajarkan..pada yang tak berminat, sila abaikan entri ini.

Bahan-bahannya ialah (macam nak ajor memasak jer..hehehe)

manik..

labuci
  
kristal

pearl

benang,jarum dan suku sakatnya..

Cara-cara nak menjahit...


 sila susun dulu segala manik, labuci dan semuanya supaya senang diambil...

dan sebenarnya aku belum cukup ilmu untuk mengajar orang..harap maaf..sekian!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...