Khamis, 11 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - LABUCI

Assalamualaikum.

Semalam aku dah cerita pasal manik. Hari ni pasal labuci pulak. Labuci pun sama macam manik. Ada yang berkualiti dan ada yang koman.

Ini tips nak tahu labuci tu kualiti ke tidak
  1. Warna takkan luntur kalau kena air. Kalau yang tak kualiti..warna dia boleh lekat dikulit kalau basah
  2. Warnanya cantik (boleh dibezakan dengan yang tak kualiti)
  3. Selaput plastik diatas labuci tidak mudah tertanggal
Memang susah nak tau kualiti ke tidak kalau benda tu ada dalam plastik. Apapun semuanya atas pemerhatian koranglah. Dah guna baru tahu. Tak ada jenama khusus untuk labuci yang aku guna. Asalkan cantik dan tahan lama..aku akan guna. Harganya tak jauh beza dengan yang tak kualiti. Oleh itu pandai-pandaila memilih.

Labuci pun ada macam-macam jenis. Jom tengok stok yang ada ditangan aku

 Labuci Lengkung..ada pelbagai saiz dan warna

 Labuci bunga dan daun..

Labuci piring..pelbagai saiz

Inilah antara labuci yang aku kutip sekeping-sekeping lalu disusun hingga menjadi kelopak dan kuntuman bunga pada baju. Pun begitu masih ada nak harga murah..orang tak buat memang tak kan tahu keperitannya

3 ulasan:

  1. Tingin sgt nak menjahit2 nie..tp xreti..takat nak jahit button baju suami ke yg simple2 ke reti la skit..hehehe..teruk kan..:)

    BalasPadam
  2. salam perkenalan... singgah sini... byk info tentang jahitan kat sini... kite follow..

    BalasPadam
  3. Kan best pandai buat manik labuci ni... Minat kena ada bru menjadi... Huhu *skrg minat yg dah siap je*

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...