Selasa, 19 Mac 2019

KASIH CHRISTCHURCH

Assalamualaikum

Sesungguhnya rakyat New Zealand adalah yang terbaik pernah aku tengok. Mereka menghormati sesama sendiri walaupun berlainan agama dan bangsa.

Tragedi hitam Jumaat lalu membuka mata dunia betapa rakyat New Zealand sangat tinggi moralnya. Kali ini, aku kongsikan gambar-gambar rakyat beragama Kristian, dengan sucihati beramai-ramai menjaga masjid ketika umat Islam menunaikan solat.




Semoga,Allah memberi hidayah kepada mereka semua..sungguh hatiku amat tersentuh..

Isnin, 18 Mac 2019

TANGISAN CHRISTCHURCH

Assalamualaikum

Tersentuh..sebak mendengar ucapan ini..luangkan sedikit masa mendengar ucapan dari pegawai POLIS Auckland NewZealand ini. Superintendent Naila Hassan, berucap di Aotea Square.

"I am a proud Muslim and I am a leader in the NZ Police and I am horrified at the events in Christchurch." 



Pegangan dia sama seperti kita..tapi ujian dia di negaranya tidak sama dengan kita. Moga Allah mendengar doa-doa kita..

Ahad, 17 Mac 2019

TRAGEDI CHRISTCHURCH

Assalamualaikum

Dunia dikejutkan dengan berita sedih pagi semalam. Ketika umat Islam di New Zealand sedang menunaikan solat Jumaat. 

New Zealand negara yang cukup aman, tapi dihuru harakan oleh orang luar. Seeokor syaitan dari Australia telah membunuh 49 orang saudara kita di sana.

Aku tak mampu nak berkongsi gambar-gambar pembunuhan tu, demi menghormati keluarga mangsa, tapi aku nak kongsikan gambar-gmbar kemuliaan hati rakyat New Zealand yang berlainan agama dan bangsa yang turut bersedih atas kejadian yang menimpa rakan-rakan mereka..






Lihatlah..bagaimana mereka menghormati sesama mereka. Aku tersentuh melihat gambar-gambar ini. Moga Allah melindungi saudara seagama kita dan mereka-mereka yang berhati mulia ini.. amin..ya robal alamin..

Sabtu, 16 Mac 2019

SCAMMER INSURANS

Assalamualaikum

2-3hari ni  adalah hari dimana database kita telah didedahkan kepada  pihak luar yang cuba mengambil kesempatan ke atas orang ramai terutama pelangga n bank. Dengan bank pun dah tak boleh percaya,habis data peribadi kita disebar kepada penyangak telemarketing yang nak sebolehnya nak sauk duit orang awam.

Perkara ni bukan sahaja terkena pada aku,malah pada adik buah aku di office. Kononnya nak tawarkan insuran sebab payment cantik di bank. Aku sendiri pun dapat panggilan. Tapi disebabkan aku, dah download apps Truecaller..maka dengan senang hatinya aku dah reject call dan, report spam terus.

Ini adalah antara panggilan spam yan aku terima pada

5 Mac 2019

7 Mac 2019

Berikut adalah senarai nombor-nombor penyangak berkenaan:

03-2787 4280
03-2036 6888
03-2075 0082
03-2787 4289
Kepada korang yang tak nak download True Caller, boleh save nombor-nombor ni dan block kan aje.


So,kat sini aku kongsikan cara-cara buat laporan kalau ada antara korang yang nak buat report dibawah akta perlindungan peribadi 2010 (APDP) akta 709

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:- 

 Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:- 

i) Nama organisasi atau orang yang anda mengadu; 

ii) Menerangkan sebab kebimbangan anda; 

iii) Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;

iv) Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan. 

Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:- 


Alamat Surat Menyurat: 


Ketua Pengarah 
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia 

Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia 
Lot 4G9, Persiaran Perdana 
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62100 Putrajaya 
Tel: 03 8911 5000/7927/7906/7965 
Fax: 03 8911 7959 

Aduan Awam: 
aduan@pdp.gov.my 

Sistem iSPAAA KPKK 
http://kkmm.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do

Apapun..nasihat aku berhati-hati. Kalau dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, abaikan saja. Ok.

Jumaat, 15 Mac 2019

NASI HUJAN RIBUT KELAM KABUT

Assalamualaikum

Plannya nak buat Nasi Hujan Panas.. dah ready nak masak, baru perasan bahan tak berapa cukup. So aku pun rekalah resepi sesuka hati..guna apa yang ada.Mujur sedap juga..huhu..

Bahan-Bahan:
4 cawan beras (aku guna beras biasa je)
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1cm halia*
*mayang-mayang aje
3 sekawan (kulit kayu manis,bunga awang,bunga cengkih)
3 camca Marjerin
1sudu makan serbuk kaskas
Pewarna makanan(aku ada hijau dan kuning aje)
1kiub ayam

Cara-cara;
1. Panaskan marjerin, tumiskan bawang,halia dan 3 sekawan sampai naik bau, masukkan serbuk kaskas dan sedikit air. Agak pecah minyak matikan api.
2. Masukan beras dalam periuk nasi, tuang bahan tumisan, air dan susu cair dan kiub ayam dan kacau rata.Masak macam biasa.
3. Bila dah petik masak je nasi,titiskan pewarna. Tutup dan keep warm aje. SIAP. Sebelum senduk ke pinggan, gembur-gembur nasi tu bagi warna bercampur

Inilah Nasi Hujan Ribut aku..sebabnya aku guna 2 warna aje. Pewarna merah takde rupanya dalam peti sejuk aku. Ada warna biru..tapi rasa macam pelik pulak ..so belasah ajelah 2 warna pun..santap dengan Ayam Masak Merah.

Ok..jom makan!


Khamis, 14 Mac 2019

ISU TANAH WAKAF PULAU PINANG

Assalamualaikum

Memang panas betul sekarang ni. Isu yang dimainkan oleh hantu-hantu peliharaan wakil politik. Seperti biasa, tanpa fakta aku takkan berkongsi. Mohon ambil sedikit masa dan baca teks kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh MAINPP ini.















Kesilapannya kita disini..bila kita sudah lama hidup selesa diatas sesuatu benda percuma yang bukan hak kita, dan bila pemegang amanah cuba menjalankan amanahnya,tapi kita pertahankan sesuatu yang kita hanya pinjam dan menumpang.

Akhirnya kesalahan dituding kepada orang lain. Sedar-sedarlah bahawa hidup jika terlalu lama dimanja maka kita mudah alpa. Si pewasiat yang sudah lama pergi..tidak tenanglah dia disana kerana harta yang ditinggalkan telah disalah guna dan disalah milik oleh yang tidak sepatutnya. Sepatutnya bila kita sedar kita hanya menumpang, berusahalah mencari atau membeli dengan sah, rumah atau tanah untuk didiami dengan hati yang tenang dan senang..bukan beli kereta mewah untuk tunjuk kaya dan senang.

Pemain politik pihak lawan akan sentiasa menjadikan sekecil-kecil isu sebagai modal..apalah lgi isu yang besar begini yang boleh mengujudkan perbalahan dan rusuhan.

Moga Allah permudahkan MAINPP menjalankan amanah yang diberi kepada mereka. Dan kepada penduduk..tanah wakaf bukanlah kamu..kamunhany menumpang. Sedarlah.

Rabu, 13 Mac 2019

ULANGTAHUN KE-8

Assalamualaikum

Sudah 8 tahun blog ini "bersiaran" di alam maya. Aku bukanlah blogger batak yang blognya penuh iklan itu dan ini.. dan juga bukanlah yang mengharapakan follower bertambah tiap minit.



Terima kasih kepada korang yang masih setia follow blog aku ini. Ada juga 2-3 follower yang sudah unfollow ..mungkin sebab boring dengan pengisian blog ini. Itu hak masing-masing.

Terima kasih juga yang selalu bertandang kemari dan meninggalkan komen..malangnya kesibukan aku, aku tak tak sempat menjejak kembali blog korang. Entri pun aku autopublish aje.

Apapun terima kasih untuk korang semua..

Selasa, 12 Mac 2019

ISU PPR : BERILAH PADA YANG LAYAK

Assalamualaikum

Walaupun diviralkan seolah-olah penyewa PPR yamg diusir tersebut sebagai mangsa, kesian, dizalimi dan sebagainya.. tahukah anda bahawa ada kisah disebalik wayang tersebut. Aku kongsikan disini.

Ini adalah salah seorang penyewa yang kuat betul dramanya.. sila saksikan..




Penghuni PPR mampu naik bisnes kelas..kau pernah???

Ini baru 1..yang lain?? Rata-rata orang awam yang ke Komtar dapat lihat sendiri, penduduk "miskin" ni pakai telefon jenama apa..itukah layak di beri rumah PPR??

Berikut adalah senarai 6 orang penghuni yang degil dan berlakon miskin serta telah hilang kelayakan kerana tidak kagi memenuhi syaratm

1) Khalidah Bt Nazir Ahmad umur: 62
Unit - 2-12-11 pasangan bukan warganegara(kritikal kes)

2) Sedek b. Pawan 56thn nric: pemohon sudah ada rumah( telah d berikan rumah lain sebagai alternatif-selesai)

3) Chik Sapiah bt Chik Lin(meninggal dunia) di huni oleh Saiful Rohan. Pasangan sudah ada rumah

4) Nazrimah bt Mohamed 48 thn mempunyai 8 org anak. Pasangan bukan warganegara(kritikal kes)

5) Abdul Latif b Mohamad 73 tahun di huni oleh anak yg berkerja d bank rakyat dan MBPP sudah ada rumah(senarai di SP Chelliah)

6) Balkees bt Mohd Hussain 63thn sudah ada rumah(2 unit)


*Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis: 22 unit rumah disita untuk menjaga hak perumahan warga Malaysia yang berpendapatan rendah*

• PPR adalah untuk warga Malaysia yang miskin. 

• Tempoh sewaan sebenarnya adalah lima tahun sahaja namun masih ada penyewa yang tinggal di sana walaupun telah masuk tempoh 10 tahun. 

• Terdapat lebih 400 pemohon sedang menunggu giliran untuk ditempatkan di PPR berkenaan.

• Notis pengosongan telah diberikan sejak Oktober 2018 dan Februari 2019.

• Bagi mempertahankan hak perumahan golongan miskin, 22 unit rumah yang sudah tidak layak telah disita. 

****
Jadi..salahkan tindakan kerajaan negeri yang cuba berlaku adil untuk semua? Fikir-fikirkan.

Isnin, 11 Mac 2019

ISU PPR : RUMAH BUKAN UNTUK DISEWA

Assalamualaikum

Panas sungguh isu ni,tambah-tambah lagi ada yang menjadi anjinomoto penambah sedap cerita. Isu PPR ni bukan sahaja di P.Pinang, ia turut berlaku di seluruh negara terutama bandar-bandar besar. Di Kuala Lumpur sendiri..ada yang mengambik kesempatan dengan menyewakan kepada orang lain. Untung atas angin!

Campurtangan politik menjadikan isu ini semakin panas,walaupun dizaman pemerintah terdahulu, isu pengusiran pernah juga berlaku tapi pembangkang tidak mencampuri urusan ini kerana mereka faham undang-undang dan syarat pemberian tersebut.




Ini contoh rumah PPR yang diambil kembali dizaman pemerintah terdahulu..tiada isu yang diperbesarkan..tapi hari ni, di zaman Malaysia Baru..mereka bertindak sebagai virus yang meracuni rakyat seolah-olah isu rampasan ini tidak berlaku di zaman mereka.


Tapi, kini isunya dibesar-besarkan hanya kerana masing-masing kemaruk kuasa dan suka mengkucar-kacirkan keadaan.

Ini contoh yang aku katakan..mereka membayar sewa yang murah kepada Kerajaan Negeri tapi mengaut untung berkali ganda..



Persoalannya..adilkah untuk semua??

Pendapat aku, adalah lebih baik, pihak berkuasa melakukan penyamaran dengan menghubungi "tuan-tuan" rumah PPR yang nak disewakan ni. Setelah berjaya dapatkan "sewaan"..rumah tersebut bolehlah disenaraikan untuk diberi sewa kepada yang sudah lama memohon dan si "tuan" rumah tadi terpaksa berputih mata bila sudah kena checkmate dengan pihak berkuasa..dan kemudian menunggu giliran untuk didakwa kerana telah melanggar syarat sewaan PPR dengan kerajaan negeri. Hanya itu cara terbaik untuk padankan muka pengkhianat macam mereka.


Ahad, 10 Mac 2019

ISU PPR : BERI BETIS NAK PAHA

Assalamualaikum

Tanpa fakta,aku takkan menulis di blog ini. Penulisan ini juga bahagian-bahagian penting yang diambil terus supaya fakta dan infonya sampai kepada semua.


Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019)

Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:

(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.

(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.

(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.

(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orrng lain

(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.

Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)

Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh  kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.

Inilah sebahagian bangsaku, diberi betis mahukan peha dan menyusahkan Melayu lain.

*****
Dan aku nak bertanya, jika korang adalah pemohon yang menanti bertahun-tahun, tapi permohonan tidak diluluskan hanya kerana rumah ini dihuni oleh yang tidak berhak..apa perasaan korang? 


Dan yang menghuni pula, sanggup menunjuk perasaan berguling-guling hanya kerana nak hidup senang..adilkah untuk semua??

Sabtu, 9 Mac 2019

ISU PPR : SYARAT MOHON PPR

Assalamualaikum.

Tengah panas isu PPR sekarang ni. Aku tak akan komen selagi belum ada fakta. Projek Perumahan Rakyat adalah untuk mereka yang layak sahaja.Disini aku nak kongsikan, syarat-syarat bagi memohon rumah PPR yang ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara.

SYARAT AM MEMOHON RUMAH PPR
1. WARGANEGARA Malaysia
2. Berumur 18 TAHUN ke atas
3. Pendapatan ISI RUMAH di BAWAH RM3000
4. Pemohon BELUM memiliki rumah

Ok. Ini adalah syarat Am. Ia tertakluk juga pada syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Syarat-syarat diperingkat negeri bukanlah diputuskan oleh seorang,tapi mengikut apa yang diputuskan dalam sidang DUN masing-masing dan atas persetujuan majoriti.

Isu panas harini adalah di P.Pinang. Sekarang kita lihat apakah syarat yang telah ditetapkan sebelum tawaran sewaan diberi kepada penyewa



  1. Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
  2. Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
  3. Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
  5. Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
  6. Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
  7. Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
  8. Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan


Sekarang, dah fahamkan syarat-syaratnya? Isu PPR yang panas sekarang adalah kerana sifat pentingkan diri pihak berkenaan. Esok akan aku kongsikan beberapa fakta yang perlu diketahui umum agar kita kita tidak menuding jari kepada sesiapa.

Jumaat, 8 Mac 2019

POLITIK TAK HABIS-HABIS

Assalamualaikum

Berkongsi catatan pelakon berbakat, Nabila Huda di ruangan IG beliau..





Betul kata dia. Aku setuju sangat. Kita masing-masing punya pilihan. Itu hak kita. Tulisan beliau adalah luahan rasa selepas ada netizen berotak udang  mula berbalah soal politik hanya kerana Nabila telah memuatnaik gambar Tun M dan Tun Siti. 

Aku sendiri secara peribadi tak suka dengan manusia yang terlalu taksub melampau. Cakap macam pandai sangat soal politik. Kalau dah hebat, PRU akan datang,masuklah bertanding. Kalau nasib kau baik..kau menang dan kemudian kau pikullah tanggungjawab tu. Baru kau tahu bumi ni flat ke bulat.

Aku malas lah nak bertojai dengan puak-puak politaik ni. Siapa menang pun..kalau kau tak kerja, siapa nak bagi kau makan? Beras jatuh dari langit?? Duit gugur dari dahan pokok? Yang aku perati..netizen-netizen ahli parlimen FB ni..paling-paling SPM je sijilnya. Yang ada degree ke PHD ke..jarang nak meroyan pun. Itulah bezanya orang bijak dengan orang dungu.

Lain kali kalau nak meroyan..meroyan kat wall FB sendiri. Tak payah nak mengotorkan wall orang lain. !

Khamis, 7 Mac 2019

SAMBAL TOTOK JAWA KEPALA BATAS

Assalamualaikum

Kerajinan masak tu sesekali je datang. Ini kira menu malas aku tapi kesian kat suami. Sesekali buatlah menu yang kaum kerabat dia makan. Sambal totok jawa versi pemalas ya Robbi.



Bahan-bahan;
Segenggam ikan bilis
10 biji cili merah
Segenggam cili padi..nak pedas taruk lebih
4ulas bawang merah
1labu bawang besar
5ulas bawang putih 
1 inci belacan
3 biji limau nipis-perah air
Garam gula secukup rasa

Cara-cara;
1. Goreng bilis sampai garing dan ketepikan
2. Goreng semua bahan sampai layu 
3. Masukkan semua bahan dalam chopper/blender.. tekan 3-4kali..perasakan..siap!


Eh...malaslah aku nak tumbuk lesung bagai..tak kuasa. 

Rabu, 6 Mac 2019

SCAMMER : 01128851405

Assalamualaikum.

Kali ni aku kongsikan scammer yang menggunkan nama AirAsia. Cerita ni agak panjang. Yang aku bole rumuskan, scammer ni menjual tiket penerbangan harga murah dari biasa dan kemudian pusing-pusing cerita lepas mangsa buat bayaran.


PLEASE BEWARE THIS ‘AIRASIA AGENCY’ DO NOT BUY ANY TICKET FROM THEM BECAUSE IN THE END YOU WILL GET NOTHING. THEY ARE SCAMMER !

First, I’ve book 28 January 2019 from KL to BKI with her (CLAIRE CW) but lastly I cancel my trip due to some personal issue , but I found out they DID NOT BOOK MY FLIGHT TICKET ! 

On January 28, I tell her I will not going back BKI and I want to change date but she told me changing date will cost me more money, so I decided just to burn the air ticket, but when I asked her about the booking number she baru told me “Our Air Asia person in charge is evil she did not key in your booking, we will refund the money to you.” Wow if I didn’t ask about the booking number then I guess no one tell me about it ? And what if I didn’t cancel my trip that time? 

Ok fine, everyone deserve a chance, she told me their AirAsia person in charge named “NATASYA” has been fired by AirAsia, so after this “NATASYA” get kicked out from AirAsia, their system and booking will be handle by themselves and this time she surely I can get my ticket and secure my booking , I repeat and repeat and repeat asked “Are you sure this time I can get my flight ticket, you guarantee ?” , She answered me “Yes, no more issue like last time, Don’t worry , the booking number will send to you 2 days before your departure date” Okay, so I’ve stupidly book my flight again with them. 

Then 2 days before my departure date, I asked her about my booking number , and she told me unfortunately her manager called “Lynna” is involve in car accident, temporary cannot get the booking status , then a lot of excuses coming, ask me to wait until tomorrow morning 9am then 11am morning I ask her, she tell me to wait until 2pm again, more people involving also 😂 just check out my screenshot then you will understand .

So this new people called “Syida” asked me , “You’ve paid RM209 for the ticket only right ? “ seems like she’s going to refund me the money, I say I’m not going to accept refund either they book a new ticket on tomorrow and give me the booking number ON THE SPOT , or either I will buy a new ticket myself and claim with them. Then they say I cannot like this, say I suka hati aje 😂😂 

Anyone please tell me am I too over doing this? I’ve asked like thousand times about the booking and they told me not to worry about it cause they SURELY AND GUARANTEE I will get my booking number. Now I have no choice to buy a new air ticket cost RM430 from KL TO BKI ! 

From 20/2/19 Until now 2/3/19 I never get any reply this Claire anymore ! 

Please beware and I hope no more victim like me will get into this kind of problem again so please don’t ever buy air ticket from them ! 

From FEBRUARY till now MARCH I did not get any refund from them ! RM209 scam by them











SCAMMER INFOMARTION :


7000502026 CIMB
NUR AZLINA 
Hp.No : 60 14-331 0765


HP NUMBER: +60 11-2885 1405
114348152085 MAYBANK 
CLAYRYNCY CRAZILA WIDIN

SYIDA 
Hp.No : +60 16-539 7149

******
Apapun, nasihat aku, kalau nak beli tiket,belilah di website. Jangan kerana nak murah,kita pakai orang tengah yang belum tentu wujud. Mahal pun tak apa,asalkan selamat!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...