Jumaat, 1 Mac 2019

KERANA TOPUP MASUK NERAKA

Assalamualaikum

Ini kejadian ke-2 yang melibatkan penipuan urusniaga yang aku nak kongsikan. Sebelum ini aku pernah kongsikan kisah yang berlaku di petrol station,isi minyak dan lari. Namun, pemilik sebenar kenderaan telah tampil meminta aku turunkan entri tersebut kerana kereta beliau dipandu kononnya oleh kawan kepada kawan beliau yang meminjam kereta tersebut (baik betul pemilik kereta tu ye.. boleh bagi pinjam kereta kat orang..orang pinjam dan orang lain pulak yang drive) 

Katanya dia dah selesaikan bayaran minyak tersebut.Jika benar, ok..jika tidak benar dan sekiranya aku mendapat info yang bayaran itu tidak dijelaskan seperti yang didakwa..maka aku akan up kembali cerita itu diblog ini.

Sama juga kisah kali ini. Seorang lelaki separuh usia, melakukan perkara yang sama,bezanya kali ini adalah mengisi topup reload dan berlalu pergi tanpa bayaran. Walaupun topup tu hanya RM5 atau RM10..ia tetap duit..dan menganiaya penjual.





Aku bukan nak malukan dia, walaupun hakikatnya dia sendiri dah melakukan perkara yang memalukan. Post ini aku akan turunkan sekiranya lelaki ini membayar kembali topup yang dicuri. Entri ini adalah pengajaran kepada sipelaku. Atas dunia mungkin boleh terlepas, tapi akhirat tetap menunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...