Rabu, 31 Julai 2013

KASUT BURUK

Assalamualaikum..

Coretan penutup untuk bulan Julai..bulan ni tak banyak yang dapat aku kongsikan dengan korang akibat kesibukan berganda.

Aku percaya apa yang bakal aku kongsikan di sini, ada yang sudah tahu ceritanya dan pernah menonton sebuah drama pendek di Youtube ataupun di Fb..

Kisah Kasut Buruk..

Pada yang belum..jom sama-sama kita saksikan..


Bila menonton drama ini..aku teringat 1 peristiwa ketika aku  menjadi Pengawas sekolah dan ditugaskan menjaga pintu pagar sekolah. Siapa yang lambat, namanya akan di ambil dan akan berjumpa guru disiplin..

Hingga 1 ketika , aku terpaksa ambil nama kawan aku yang selalu lambat (sudah kembali ke rahmatullah..Al-Fatihah untuk mu sahabat)..Lepas itu aku juga turut dipanggil berjumpa guru disiplin sebagai saksi..kawan aku dirotan kerana selalu lambat..

Kerana tidak tahan melihat akhirnya aku bersuara ..

" Lebih baik datang sekolah lambat dari tak datang langsung.asalkan datang sudahlah..tak mau belajar pun tak apa asalkan ada disekolah dan tak jadi bohsia dan bohjan di shopping complex.."


Akibatnya aku di dicop pengawas samseng!.. Inilah harga yang harus aku bayar ..

Terima kasih cikgu..tapi..cikgu tahu tak kenapa dia lambat?.. dia lambat sebab setiap hari sebab dia bangun awal untuk buat burger..untuk dijual pada kawan-kawan sekolah..kerana nak cari belanja sekolah..

Pun begitu..sahabat aku tadi hanya tersenyum tawar memandang muka aku yang sudah basah berenang airmata!

Rabu, 24 Julai 2013

AL-FATIHAH - DATIN UMI KALTHUM KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum..

Entri pendek. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada seniwati veteran, Datin Hajjah Umi Kalthum (nama sebenarnya Patimah Bte Bahudin) yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi..

Menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi tadi di kediamannya di Taman Melawati.



Allahyarhamah merupakan primadona filem melayu 50an dan terkenal dengan watak Bawang Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah. Beliau juga merupakan ibu kepada pelakon dan penyanyi (telah bersara) Norkumalasari dan ibu tiri kepada artis Anita Sarawak.

Di zaman kegemilangannya Allahyarhamah pernah dipilih oleh sebuah majalah antarabangsa terkemuka , LIFE sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya.

Semoga Allah mengampuni beliau dan tempatkan di jannah..


Al-fatihah...

Selasa, 23 Julai 2013

FENOMENA SUPERMOON

Assalamualaikum..

Sedikit info yang kontot. Hari ke 14 kita berpuasa..ini bermakna malam in adalah malam ke 15..yakni sudah sampai ke pertengahan Ramadhan..

Lalu malam ini Allah beri peluang kepada kita untuk menyaksikan kekuasaan Allah.. fenomena yang jarang dapat  dilihat iaitu Supermoon atau dalam bahasa mudahnya  Fenomena Bulan Paling Hampir Dengan Bumi!



Malam ini bulan penuh adalah yang paling hampir dengan bumi iaitu berjarak 356,989km. Bulan akan kelihatan lebih besar 14%  dan cerah lebih 30% dari biasa.


Fenomena ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna, sebab itulah jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah

Kesan fenomena ini ialah, akan berlaku perbezaan pasang dan surut air laut yang akan menjadi agak tinggi berbanding biasa.

Untuk tahun ini, jarak bulan paling jauh dengan bumi berlaku pada 7 Julai iaitu 406,491. 

Oleh itu..jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan Allah malam ni...

Bak kata Pak Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk..
" Aiseymen..cantiknyeee bulannn"


Khamis, 18 Julai 2013

TELEKUNG DEWASA MURAH


IKLAN BERBAYAR

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan..hari yang ke -10. Masih berbaki 20 hari lagi untuk menyambut Syawal. Hari ini ada sesuatu yang istimewa untuk muslimah. Kalau kita asyik beli baju raya kerana hendak bergaya di hadapan orang di pagi Syawal, apa salahnya jika kita bergaya di depan Allah. Bukan maksud untuk riak atau takbur..tapi seharusnya kita memakai pakaian yang cantik dan bersih ketika solat. Kali ini menampilkan Telekung Dewasa.

Material jersey dan terdapat dalam 2 jenis  iaitu:

RENDA




PIPING




Untuk kedua-dua telekung ini, anda boleh request warna kegemaran anda seperti  PINK, TURQOISE, CREAM, GREEN, PURPLE dan GREY.

Harga untuk kedua-dua jenis telekung ini amat murah berbanding telekung berjenama yang lain. Dengan kualiti yang hampir setanding, telekung ini dijual dengan hanya RM100 TERMASUK POS.

Berminat? Sila hubungi
012-5677630 (En.Rahman)
sms/whatsapp/call

Terima kasih atas perhatian anda..

Untuk TELEKUNG KANAK-KANAK..sila klik -->SINI


Selasa, 9 Julai 2013

RAMADHAN INI

Assalamualaikum..

Ramadhan kali ini penuh makna dalam hidup aku. Sudah bersawang laman sesawang aku ni tanpa entri dan cerita terkini. Gara-gara aku sibuk dengan baju-baju pelanggan yang perlu aku siapkan jahitan maniknya sebelum raya.. dan tugas di pejabat pula tidak pernah surut..

Tidak seperti tahun-tahun yang berlalu..inilah Ramadhan paling sedih tapi dalam masa yang sama ianya adalah Ramadhan yang paling gembira buat aku..*cakap macam orang gila!

Sedih sebab ianya tidak seperti tahun-tahun lalu..tapi gembira sebab kesedihan itu bakal hilang tidak lama lagi..insya Allah..

Apapun..aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada korang semua..blog ini akan kembali bersawang kerana rutin aku yang sentiasa sibuk mengalahkan PM!

Adeus!!!


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...