Rabu, 24 Julai 2013

AL-FATIHAH - DATIN UMI KALTHUM KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum..

Entri pendek. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada seniwati veteran, Datin Hajjah Umi Kalthum (nama sebenarnya Patimah Bte Bahudin) yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi..

Menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi tadi di kediamannya di Taman Melawati.



Allahyarhamah merupakan primadona filem melayu 50an dan terkenal dengan watak Bawang Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah. Beliau juga merupakan ibu kepada pelakon dan penyanyi (telah bersara) Norkumalasari dan ibu tiri kepada artis Anita Sarawak.

Di zaman kegemilangannya Allahyarhamah pernah dipilih oleh sebuah majalah antarabangsa terkemuka , LIFE sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya.

Semoga Allah mengampuni beliau dan tempatkan di jannah..


Al-fatihah...

4 ulasan:

  1. baru dpt tau pagi td..itu pun MIL yg bgtau..al-Fatihah.

    BalasPadam
  2. Allahyarham suaminya pun meninggal di bulan ramadhan tetapi di mekah. Kini giliran dia mengikuti dibulan yg mulia juga. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...