Memaparkan catatan dengan label Padang Terap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Padang Terap. Papar semua catatan

Selasa, 26 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TASIK PEDU

Assalamualaikum.


pic credit to : IG haziq6611


Destinasi terakhir di daerah Padang Terap. Tasik Pedu, satu nama yang sangat sinonim dengan Padang Terap. Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand .





pic credit to : maharajaselfie.blogspot.my

Sayangnya, resort-resort yang terkenal suatu masa dahulu seperti Pedu Lake Resort sekarang sudah tidak lagi "bernyawa" namun tasik ini masih lagi menjadi tumpuan kaki pancing dari segenab ceruk negeri.


pic credit to : FB Rizalis Mohd Rizal


Masih ada pengusaha bot memancing yang beroperasi di sini dengan harga antara RM250 -Rm350. Juga disedikan rumah bot khas untuk pemancing tegar. Kepuasan kaki pancing ada di sini dengan spesis ikan yang bersaiz besar dan mampu melawan sentapan mata joran.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Isnin, 25 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - RESORT DUSUN


Assalamualaikum.

Ini salah satu tempat yang meninggalkan kenangan bagi aku. Mana tidaknya, jabatan aku mengadakan family day di sini, dan aku mengaut habis hadiah cabutan bertuah, sampai penuh bonet kereta..huhuuh..ok balik kepada tajuk ..





Resort Dusun juga dikenali dengan nama Dusun Minda Resort, terletak 3km dari Pekan Kuala Nerang, KM4 Jalan Padang Sanai. Dusun Resort adalah satu tempat Penginapan dan pelancongan persendirian yang dimiliki oleh Datuk Bari Bin Abdullah. Tempat tersebut telah dibina sejak tahun 2004 lagi, dan beroperasi pada hujung tahun 2004. 



Keluasan yang meliputi kawasan Dusun Resort tersebut adalah sekitar 165 ekar.  Kini Dusun Resort tersebut diuruskan oleh Roslan Bin Tahir. Pelabagai aktiviti dan Program dijalankan di kawasan tersebut. Dusun Resort ini popular dengan Program PLKN dan Program berbentuk Kursus/Motivasi.




pic credit to: knerangkedah.blogspot.com

Pelbagai kemudahan untuk aktiviti lasak, riadah, kolam renang ada di sini. Selain terkenal dengan kem PLKN, Dusun Resort juga sesuai untuk percutian keluarga. Jangan ad ayang tersilap, kem PLKN dan Resort adalah tempat yang berbeza tapi berada berhampiran sahaja !



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Ahad, 24 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PENGKALAN TOK MAS


Assalamualaikum.


pic credit to : FB Roslina Awang

Sedikit info mengenai Pangkalan Tok Mas. Pengkalan Tok Mas telah dibangunkan oleh Hj Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pakcik Yeh. Nama Pengkalan Tok Mas adalah sempena dengan nama isterinya. Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pangkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar kedah iaitu Dato' Seri setia Diraja Mahadzir Bin Khalid. 
Inilah wajah Tok Mas
pic credit to; FB Dzulkifli Husain





pic credit to : FB Amy Msmc


Terletak di Kampung Musa, Jalan pedu,Kuala Nerang, tempat peranginan ini mempunyai dewan orang ramai, tapak perkhemahan , gelanggang dan padang sukan. Sangat sesuai untuk aktiviti berkayak, berakit juga untuk kem atau kursus.


pic credit to : FB Ila Fadzilah

Cantikkan? Keindahan kampung yang masih kekal hingga kini. Sangat sesuai untuk bawa keluarga bersantai dan berkelah di sini. Sedikit tersentuh rasa hati, apabila tempat ini dinamakan sempena nama isteri tersayang. Bertuah betul Tok Mas..


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Sabtu, 23 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MINI MUZIUM PADI

Assalamualaikum.


Masih lagi di daerah Padang Terap. Kali ini kita akan melawat Muzium Padi Mini. Asalnya mini muzium ini  hanya sebuah rumah usang yang digunakan untuk pesawah dahulu kala berehat setelah penat menanam padi. Setelah sekian lama peninggalan rumah tersebut diubahsuai dan  dijadikan Mini Muzium Padi bagi mengingati sejarah penanaman padi di kawasn tersebut. 


pic credit to : M Suhaimi

Pengubahsuaian tersebut dilakukan hasil dari kejasama penduduk kampung disekitar itu. Pengasas Mini Muzium Padi tersebut adalah En Hambali (JKKKP)  dan Penduduk Kampung Bendang Raja. Pelbagai khazanah peninggalan orang dahulu telah disimpan di dalam Muzium tersebut. Antaranya seperti, Alat Memancing Ikan, Pisau Pengerat Padi, Ketok Kerbau, Senjata-Senjata lama, Pakaian Bangsawan, Ketam padi dan sebagainya. Muzium ini terletak di kawasan Sawah Padi di Kampung Bendang Raja, Jalan Puncak Janing.

pic credit to : knerangkedah.blogspot.my

Jika anda ingin menyaksikan keindahan sawah padi, kunjungilah Kampung Bendang Raja. Sesuai dengan namanya, cukup cantik ketika musim padi mula menguning, dan Mini Muzium Padi tersergam indah di petak sawah. 


 "Kedah Malaysia..
where it all began"

Jumaat, 22 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KEM PERIK

Assalamualaikum.

Satu lagi tempat menarik yang sesuai dijadikan tempat perkhemahan dan aktiviti luar dengan pemandangan alam yang sungguh mendamaikan. Kem ini terletak di Lot 1376, Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang.

Kem ini ditubuhkan sejak tahun 1998 dan di asaskan oleh Dato Syed Sobri Bin Syed Hashim. Kini kem tersebut diuruskan oleh Syarikat Muda Impian. Berkeluasan 2.0 ekar. Kem ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat berkursus dan perkhemahan.

pic credit to : FB Rashid Rejab

Kem Perik ini sentiasa menjadi tumpuan jabatan kerajaan, swasta dan sekolah yang biasanya mengadakan kem motivasi atau team-building. Dengan fasiliti yang lengkap dan pelbagai prasarana yang sesuai sebagai tapak kem. Juga mempunyai kemudahan untuk aktiviti lasak seperti merentas halangan dan flying fox.


pic credit to : knerangkedah.blogspot.my

Bagi mereka yang sedang tercari-cari tempat perkhemahan untuk acara tahunan dan sebagainya, inilah tempat yang sesuai. Lengkap dengan penginapan, dewan terbuka dan sebagainya.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Khamis, 21 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - JERAM TOK DIN


Assalamualaikum

Sememangnya daerah Padang Terap mempunyai tempat berkelahan tasik dan sungai yang menarik. Untuk kali ini kita akan ke Jeram Tok Din. Terletak di kawasan Kampung Pinang, Jalan Tasik Pedu.



pic credit to : FB Qey Ibnu Idris

Pic credit to : FB Group Panorama Indah Negeri Kedah

Nama jeram ini wujud sejak tahun 90-an . Pada waktu dahulu, tempat ini hanyalah tempat permainan kanak-kanak kampung itu sahaja. Setelah menerima kunjungan Raj amuda Kedah pada 1992, kawasan peranginan ini mula terkenal dan disenaraikan sebagai tempat menarik di Padang Terap.


Pic credit to : FB Ariffin Abu Hasan

Sungai yang mengalir dan air yang jernih menanti anda dan keluarga untuk beriadah di sini, samada berkelah atau memancing. Ini lokasi yang sangat sesuai. Habiskan hujung minggu bersama menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang ada di sini.

pic credit to : knerangkedah.blogspot.my

*terima kasih kepada pemilik gambar . Siapa sangka , gambar cacapan kamera anda telah menyumbang sesuatu untuk tempat yang sungguh menarik ini.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Rabu, 20 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - HUTAN LIPUR PUNCAK JANING

Assalamualaikum.

Kita ke destinasi ke-2 di daerah Padang Terap. Disebabkan Padang Terap ini daerahnya kaya dengan bukit bukau, hutan dan gunung ganang maka tidak hairanlah jika terdapat banyak tempat rekreasi seperti ini. Hutan Lipur Puncak Janing terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. 


pic credit to : khairulhazman77.blogspot.my


pic credit to :kedah2u.com.my

Keunikan hutan lipur ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun sederhana yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah Kasai, Tulang daing, Meranti tembaga serta Palma.




pic credit to : khairulhazman77.blogspot.my

Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, , berkhemah, trekking berjogging dan melihat hidupan liar. Kemudahan yang disediakan ialah dewan dan surau serta padang disediakan untuk aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang di daerah Kubang Pasu

Terletak 14 km dari Pekan Kuala Nerang, 50 km dari Bandar Alor Setar, Kedah. Pelbagai aktiviti riadah seperti berkelah, perkhemahan, kayak dan lain-lain lagi dapat dilakukan di sini dan nikmati keindahan alam serta bermandi-manda di sungai Janing sepanjang 1.5 km ini.




*terima kasih kepada pemilik gambar . Siapa sangka , gambar cacapan kamera anda telah menyumbang sesuatu untuk tempat yang sungguh menarik ini.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Selasa, 19 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - CHAROK BATANG PADI

Assalamualaikum.

Hari ini kita akan ke destinasi pertama di Padang Terap. Tempat ini kurang dikenali tapi ianya popular dikalangan masyarakat tempatan. Charok Batang Padi. Apa yang ada di sini?.. ini ceritanya.


pic credit to : FB Ratu Seroja




Pic credit to : FB Desa Kura


Charok Batang Padi dikenali sejak tahun 60-an lagi. Menurut pendapat masyarakat dahulu kala, di kawasan Empangan Pedu, terdapat beberapa carok. Salah satu Caroknya adalah Charok Batang padi yang berhampiran dengan perkampungan melayu di kawasan Munggajah. Tetapi Perkampungan yang wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu, Bukti wujudnya perkampungan di kawasan tersebut ialah suatu ketika dulu, air diempangan surut, dan pada ketika itu, penduduk Kampung terlihat beberapa buah kubur di dasar empangan tersebut. Itu menunjukkan bahawa perkampungan tersebut wujud. Selepas dari kejadian itu, nama Carok tersebut dikekalkan dengan nama "Charok Batang Padi". Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang popular di Daerah Padang Terap.


pic credit to :  knerangkedah.blogspot.my

Lokasinya adalah di kawasan rehat berhampiran (R&R) TEKIH.27 km dari Pekan Kuala Nerang, Jalan Pedu Lake Resort. Selain pemancing, sungai di Charok Batang Padi juga sentiasa menjadi pilihan tumpuan kumpulan berbasikal  . Bagi kaki pancing, bolehla cuba menyentap joran anda di sini.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Isnin, 18 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - DAERAH PADANG TERAP

Assalamualaikum.

Hari ini kita akan mula menjelajah daerah ke-2 di negeri Kedah iaitu Padang Terap. Sedikit info mengenai daerah ini;

pic credit to : http://kedah2u.com.my/

Bersempadan dengan Thailand, Padang Terap juga merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah dengan keluasan  135,684.41 hektar atau 330,799 ekar bersamaan 1,356.84km persegi.

Di daerah ini juga turut mempunyai pintu sempadan Malaysia - Thailand yang ke-2 di negeri Kedah iaitu Pintu Sempadan Durian Burung yang bersempadan dengan Yala, Pattani. 

Berikut adalah tempat-tempat menarik yang ada di daerah Padang Terap
1.Charok Batang Padi, K.Nerang
2.Hutan Lipur Puncak Janing, K.Nerang
3.Jeram Tok Din, Kg.Pinang
4.Kem Perik, Kg.Perik
5.Mini Muzium Padi, Kg.Bendang Raja
6.Pengkalan Tok Mas, Kg.Musa
7.Resort Dusun
8.Tasik Pedu

Entri penuh mengenai kesemua tempat menarik ini akan menyusul kemudian..

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...