Selasa, 25 Jun 2019

AYAM MASAK KICAP 2 in 1

Assalamualaikum

Lama tak kongsi resepi. Teringin nak makan masak kicap pedas..tapi dalam masa yang sama nak makan ayam masak kicap pedas. Sudahnya aku gabung resepi. Maka jadilah Ayam Masak Kicap Pedas Berempah.



Ok ini resepinya;

Bahan-bahan;
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
Segenggam cili kering
**kisar

8 ketul ayam(ikut sukalah kalau nak lebih)
1 btg kulit kayu manis, 
3kuntum bunga lawang
5-6biji buah pelaga
1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih(tumbuk kasar)
1 btg serai dititik
Sos tiram
Kicap lemak manis
1-2sudu gula
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
Daun bawang

Cara-cara;

1. Gaul ayam dengan garam kunyit,goreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak,masukkan serai dititik,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,jintan manis dan jintan putih. Kacau sebentar masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Yang ini masuk agak-agak je.Kacau rata dan masukkan ayam dan gula.
4. Matikan api dan masukkan bawang besar,cili merah dan daun bawang. 

Aku tak letak garam sebab ayam goreng pun dah ada garam,dan kicap tu sendiri pun dah cukup rasa masinnya.

Ok..selamat mencuba.


Isnin, 24 Jun 2019

SCAMMER : 013-4456853

Assalamualaikum

Berhati-hati dengan scammer ni. Macam-macam cara dia menipu. Sampai ke pakej umrah pun dia nak sauk. Sila simpan nombor telefon ni di telefon masing-masing dengan nama Scammer. 





Detail scammer : 
Nama syarikat : DY ONE STOP TRADING
No.Akaun : 8009907009 CIMB
ATAU
Nama syarikat : WL ENTERPRISE
No.Akaun : 514280618206 MAYBANK
No.Hp : 013-4456853


Ahad, 23 Jun 2019

MEKANIK SCAMMER : ACE 6080

Assalamualaikum

Macam-macam cara penjenayah sekarang nak cari makan. Sanggup menipu hanya untuk RM10. Bodoh kan?

Berkongsi dari fb: 
Mekanik Scammer





BATU CAVES - Pura-pura membantu dengan menyamar sebagai seorang mekanik untuk membaiki sebuah kereta, seorang lelaki didakwa menjadi mangsa penipuan.

Abdul Hakim Shahbuddin tampil berkongsi pengalamannya itu di Facebook miliknya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dalam perjalanan pulang bersama keluarga abang iparnya dari Taman Eko Rimba, Sungai Tua, Ulu Yam pada Ahad.

"Selepas selesai mandi manda pada lewat tengah hari, kami bergerak pulang melalui arah jalan berlainan.

"Baru beberapa kilometer jalan balik tiba-tiba 'temperature' kereta naik mendadak. Aku berhenti tengok radiator air kering kontang. Isi-isi air tak juga penuh. Ada bocor di bawah.

"Tak sampai 5 minit tiba-tiba datang seorang lelaki menunggang motosikal, bertanyakan keadaan kereta ini," katanya bersyukur ada individu sudi membantunya ketika dalam kesusahan.

Tidak terlintas di benak fikirannya, bahawa individu tersebut adalah scammer malah lelaki itu juga tanpa dipinta terus melakukan pemeriksaan keretanya dengan mendapati radiator telah bocor.

"Abang radiator bocor, skrunya hilang ini. Abang tunggu sekejap saya pergi bengkel ambil skru. 10 minit lagi saya sampai," katanya.

Jelas Abdul Hakim, ketika sedang menunggu lelaki itu ke bengkel, dia menerima panggilan telefon dari abang iparnya dengan memberitahu keretanya turut rosak.

"Abang ipar telefon beritahu, kereta dia juga rosak, 'temperature' naik. Skru hilang," katanya.

Sebaik menerima panggilan dari abang iparnya, Abdul Hakim mula meragui tindak-tanduk lelaki itu.

"Aku sudah mula sangsi. Sambil dia pasang skru, aku macam ada 'bau' scammer.

"Lepas siap pasang aku tanya berapa harga. Ikut abanglah nak bagi berapa. Aku cakap RM10 boleh? Tak bolehlah bang. RM30 bang," katanya.

Insiden yang dialami oleh abang iparnya juga dikongsi oleh Abdul Hakim.

"Aku hubungi abang iparku semula. Aku tanya ada tak orang datang naik motor Honda merah lagak seperti seorang pomen (mekanik). Ada katanya...

"Dia sedang pergi bengkel ambil skru. Fuh! Modus operandi yang sama. Hebat pomen (mekanik) scam ini," tulisnya.

Abdul Hakim juga memaklumkan, lelaki itu telah mengenakan bayaran mahal terhadap abang iparnya iaitu sebanyak RM65.

"Abang ipar cakap mula sebelum pasang dia nak caj RM65. Buat tak layan, dia patah balik minta punya minta dia bagi RM20 tapi kena pasang skru sendiri.
"Sekali dia bagi skru sebiji macam skru yang sama. Ada calar-calar sikit," ujarnya.

Dari Fb : Abdul Hakim Shahbuddin

#MekanikScamer
#ACE6080

Sabtu, 22 Jun 2019

CARA TUKAR FILTER COWAY

Assalamualaikum

Sambung cerita semalam. Aku beli filter OEM di shoppe. Ada pelbagai brand. Tapi aku pilih brand Season, tawakaltu'alallah sebab ada Halal Korea.

Aku pilih jenis Alkali. Filter ni ada 3jenis. Jenis air mineral,RO dan alkali. Bila di google,air mana yang bagus, jawapannya adalah alkali.

Untuk Alkali ada 4 filter,tapi kalau untuk mineral hanya ada 3 filter(yang warna hitam tak ada)

Cara pasang ni,seller yang bagi. Boleh tengok step
1. In
2. Out

1.1st install sediment blue Color
2.Sediment Out install go to pre carbon In 2-3
3.Pre Carbon Out 4 go to white box number 5

4.Number 6 Go To Number 7 Alkaline In
5.Number 8 Alkaline Out Go to Number 9


Buang habis air keluar 10-15min baru pasang balik mesin

Ini suami aku yang pasang.Senang je.
Dah siap.. Beli filter RM120. Kalau sambung servis dengan Coway siaplah RM700..so jimat RM580.
Bijak tak??

Jumaat, 21 Jun 2019

CARA JIMAT GUNA COWAY

Assalamualaikum

Aku pengguna Coway Mach. Aku beli cash dengan harga RM2,500 (free servis 1 tahun). Aku beli tahun 2014, masa ada promosi. Ramai yang tanya..kenapa beli cash..tak bayar bulanan? Murah sikit katanya..baru RM130 sebulan dapat free servis 5 tahun lagi.. 
Dah 5 tahun..

Ya.. tapi jangan lupa.. kontrak juga untuk 5 tahun. Maka bayarlah korang RM150 x 12bulan x 5 tahun.. berapa?? Yaaaaaa.. RM7,800. 

Meh sini aku nak cerita..cara aku berjimat. Secukup 1 tahun..maka habis lah servis percuma dari Coway. Apa aku buat? Aku guna lagi 2-3bulan.. baru aku renew servis. Waktu tu caj untuk renew servis RM500. 

Jika dihitung beli cash atau bulanan..ini perkiraan aku.

CASH RM2,300. Tahun pertama free servis. Katakan sambung 4 tahun lagi servis(untuk cukupkan tempoh 5 tahun seperti kontrak bayaran bulanan) maka perlu sedia RM500 x 4 tahun iaitu RM2,000. Harga cash RM2,500+kos servis RM2,000,jumlahnya RM4,300. So mana yang rugi, beli cash dengan RM4,500 termasuk servis 5tahun atau bayaran kontrak bulanan RM7,800 dengan servis 5 tahun jugak??

Pada waktu tu platform untuk membeli alat ganti filter yang Halal agak susah sebab Coway masih baru di Malaysia.

Dan sekarang,aku boleh beli filter OEM di shoppe.  Memang tak ada filter ori Coway,tapi filter setaraf pun dah cukup dan memadai asalkan diakui Halal.Dengan harga serendah RM110 untuk penapis mineral atau RM120 untuk penapis alkali, semuanya settle. Punca aku beli dan tak sambung servis dengan Coway adalah kerana caj nya yang amat yahudi..RM700 setahun.

Bila difikirkan..patutla yang jual Coway boleh kaya raya..untung gilababas oih.. Mujur jugak aku bijak. 😜.. selamat duit aku dari mengkayakan orang. 

Esok aku tunjukkan cara pasang sendiri filter yang dibeli di shopee. 

Ok..Adeusss!!!

Khamis, 20 Jun 2019

JIRAN BIADAP

Assalamualaikum

Ini kisah kawan aku. Dia ada beli rumah di Taman Rakyat Mergong. Tapi jarang duduk disitu. Sekali sekala. 

Yang menjadi kemarahan,tiap kali dia balik mesti ada sampah,dahan pokok,ranting kayu,kaca yang dilungguk jiran..masalahnya bukan jiran depan atau tepi..tapi jiran nuuuun dihujung simpang.

Penyabarnya kawan aku ni,dia pulak yang bersihkan. Call lori SWcorp untuk kutip semua tu. Dah jadi 1 kerja pulak tiap kali kena call.










Siapa-siapa pun boleh hilang sabar kalau macamni. Segala macam benda jiran buang tepi rumah dia. Dia pun tau, tepi koner rizab jalan tu bukan hak dia..tapi dah kira tepi pagar rumah dia.. dia cuba tanam pokok, habis pokok dia kena hempap dengan sampah.

Tak susah nak tau jiran yang mana..ini dia..


Kat manalah otak manusia macamni. Bawah tapak kaki agaknya. Sedangkan kalau kita buat rumah termasuk kawasan jiran pun bila mati nanti Allah himpit lubang kubur kita..inikan pulak buang sampah tepi rumah jiran.

Korang fikir..elok tak elok perangai jiran haprak macamni.


Rabu, 19 Jun 2019

SALAH ASUHAN

Assalamualaikum


Perkongsian daripada Cikgu Zam Zaniyah Yatim;

"Ini nampak tak berapa betul di mata saya. Budak perempuan yang tulis ni. Kesian budak ni. Dari kecik dia dah di ajar jadi hamba, sedangkan yang lelaki jadi raja. Kesannya ramai lelaki/suami pemalas dan jadi biawak hidup. Langsung tak pandai tolong bini buat kerja rumah dan urus anak. Alhamdulillah suami saya mithali."πŸ˜‚ 


Ini adalah cara didikan orang Melayu. Betul dan tidak dinafikan. Didikan melayu yang diamalkan turun temurun ini sangat tidak betul. Nabi pun tak ajar macam tu. Cara Melayu didik anak..perempuan umpama hamba lelaki..dan lelaki bagai raja. 

Salah siapa? Maka..apa fungsi kita untuk membetulkan semua ini? Fikir-fikirkan..

Selasa, 18 Jun 2019

SIJUJUR YANG AMANAH

Assalamualaikum

Dalam dunia yang makin penuh dengan penjenayah.. masih ada insan yang jujur dan amanah. Petikan dari post di FB.

SAYA SHARE..
Tesco Stargate Alor Setar

MASIH ADA YG JUJUR DN TAK KELAM MATA.TAHNIAH TESCO STARGATE YG PUNYAI PETUGAS SPT INI.

Semalam kak ain pi la Tesco Stargate nak beli ikan ,sayoq2..elok sampai dalam pukui 10.30 depa dah bungkuih-bungkuih simpan..pastu terus pecut pi Tesco Mergong pulak..sebab Tesco Mergong tutup lewat..

Sampai-sampai tesco..cari clutch bag husbnd tak jumpa..rupa-rupanya tertingai dalam troli tesco stargate...chering bulu-bulu roma ni..pucat muka-muka.toqeh tak keluaq darah oii...sebab dalam bag tu baru tekan duit..ada Rm2000😭😭 adeh..

Menyerit bawak keta tak sangka laa..masa on the way tu baca doa macam-macam keluaq.dok pikiaq..stg bangla kemaih troli jumpa, mampoih dahh..elok-elok sampai sana jam 10.50pm..depa dok kemas-kemas troli dah..nampk abang ni dok tolak troli..terus terpa kat dia tanya.nampk wallet saya tak..dia kata..ada 2 warna hitam ya..saya baru nak pi hantaq kat customer service..

Alhamdulillah..macam nak nageh rasa..😭😭😭 ada lagi manusia yang jujur macam ni dizaman la ni.😭😭😭 ingat ka dah pupus dah..sebab dok jumpa hat jenih tamak dengn harta dunia ja..

Ya Allah kau jadikanlah hamba Allah ni kaya dunia dan akhirat..sebab hati dia bersih😭😭 aminn..kalau abang ni mintak keja,terima la dia sebab dia seorang yang jujur..

#tescoStargate

Kredit Ain Fatin Lyana

Tahniah dik ..moga berkat rezki kamu.. dan ada balasan dan ganjaran kemuliaan dari Allah. Amin..

Isnin, 17 Jun 2019

KELAB MALAM HALAL???

Assalamualaikum

Allahuakbar.. apa nak jadi.. tanda kiamat sudah terlalu hampir 


Astaghfirullahal'azim.. mengucap panjang sambil urut dada bila aku baca artikle ni. NAUZUBILLAH HIMINZALIK.. 

Apa nak jadi.. bila kelab malam AKA Disco akan dibuka di Jeddah..Allahuakhbar.. kononnya disco ni tidak menyediakan minuman alkohol..tapi takkan pengunjung yang pergi tu nak berdiri tercegat macam tiang bendera? Ramai-ramai berada di 1 tempat bercampur lelaki perempuan.. 


Tanda kiamat yang makin jelas..aku speechess..


Ahad, 16 Jun 2019

ADUAN KEZALIMAN TERHADAP HAIWAN

Assalamualaikum



ADUAN KEZALIMAN TERHADAP HAIWAN

Sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa kes kezaliman terhadap kucing dan anjing. 

Baru-baru ni dengan tak semena-mena ada yang mencekik ayam sampai kejung hamba Allah tu. Ada pulak yang gantung mati kucing tak pasal-pasal.

Untuk memastikan haiwan kesayangan ramai ini terpelihara dengan selamat. Anda diseru untuk terus membuat aduan jika terdapat kes kezaliman yang berlaku. Aduan boleh dibuat di pro@dvs.gov.my atau whatsapp 019-2242233.




SELAMATKAN SI COMEL!

Sabtu, 15 Jun 2019

GULAI SIAM

Assalamualaikum

Orang utara ni memang menu ruji dia gulai atau kari. Tapi wajiblah berempah. Harini aku nak kongsikan sejenis gulai juga,Gulai Siam namanya. 

Jom tengok resepi

Bahan-bahan;
2ulas bawang merah
3ulas bawang putih
2inci halia
2inci lengkuas
3-4batang serai
Segenggam cili kering
Sedikit belacan(anggaran secubit)
***kisar halus

1/2ekor ayam
5-6helai daun limau purut
2batang serai diketuk
1cawan santan
3-4keping asam keping
5-6tangkai cili padi(optional)
Sedikit gula merah
** pilihan lain : 
terung, terung pipit atau rebung(rebus)

Cara-cara;
Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak(kalau rajin sangat,campak je semua dalam periuk dan masak hingga didih). Masukkan ayam,serai ketuk,asam keping dan sedikit air dan renihkan. Perasakan gula garam,masukkan daun limau purut dan cili padi. Korang boleh masukkan salah 1 bahan pilihan samada rebung,terung panjang atau terung pipit. 


Gulai aku tak ada sayur..nak sedap lagi tambahlah bahan yang aku sebutkan di resepi tu. 


Jumaat, 14 Jun 2019

SCAMMER : 010-7003996

Assalamualaikum

Lagi kisah scammer.. kali ni mangsa ditipu dalam jual beli baju raya. Dah la nak raya,kena tipu pulak. Tak kiralah berapa jumlahnya..tipu tetap tipu..Syaiton ni menjual dan mengiklan baju di FB dengan menggunakan akaun fake.








Scammer menggunakan nama fb Dedik Dyah / Dyah Dedik
No.Telefon : 010-7003996
Akaun Bank : 8009781704 CIMB
Nama di akaun bank : Deedayah

Akaun fake dengan menggunakan gambar individu lain.

Kadang-kadang aku fikir, inilah sebab Allah tetapkan hudud kepada pencuri macamni. Sakit je hati bila baca kes-kes macamni. Korang berhati-hatilah ye.. online bisnes sekarang terlalu banyak penipu.





Khamis, 13 Jun 2019

KEK RM747

Assalamualaikum

Sekarang ni makin menjadi-jadi kes menipu,dari sebesar-besar kes hinggalah sekecil-kecil kes. Kali ni kisah kek pengantin yang boleh tahan mahal harganya. Masa tempah cantiknya gambar..dah terima, masya Allah..tepuk dahi si pengantin. 

*****

Harapan pakej KEK RM 747 ... berbaloikah ? 
RM 747 LEBIH dengan DECO yg dijanjikan tidak ada pada HARI MAJLSI hari ini.... apa yg diorder tidak sama dengan PERSETUJUAN ASAL....paling menyedihkan ....hantar KEK dan maklumkan untuk ambil CUP CAKE tambahan....terus hilang dan TUTUP PHONE 😭 

MEMANG kita boleh terima REFUND yg dipulangkan ...tetapi apa perasaan PENGANTIN bila lihat KEK yg dihadiahkan ....yg diceritakan CANTIK datang seperti dalam gambar... untuk KEK sahaja Rm 400 kut 😭

Lokasi Order Kek ini di JITRA KEDAH ... agak mudah cara penyelesaian begini...memang siapa pon akan kecewa kalau begini....sangat menyakitkan bila TIDAK DAPAT DIHUBUNGI LAGI

Pesan saya ...nak niaga...niaga betul betul....kalau tak mampu buat ....LEBIH BAIK JANGAN BUAT .... sekali orang PERCAYA ...kali kedua mungkin kamu akan dapat Maki saja dari yg order 

Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua ...BERNIAGA LAH DENGAN TULUS DAN IKLAS ...BUAT KERJA BIAR SAMPAI ORANG INGAT KESUNGGUHAN DAN KEIKLASAN KITA...INSYALLAH REZKI DATANG MENJEMPUT KITA SENDIRI TANPA PERLU BERSUSAH SUSAH BUAT MARKETING....INSYALLAH

 KASIHAN PADA KAKAK IPAR SAYA YG BUAT TEMPAHAN ....RM 700 bukan satu nilai yg kecil pada USAHAWAN di KEDAH ini.... kasihan kepada PENGANTIN

MAAF ZAHIR DAN BATIN LAGI LAH KAN ALASANNYA ... KITA KAN MASIH BERAYA πŸ˜…
*****


Bezakanlah sendiri..maunya menangis pengantin tu.

Bila tengok gambar contoh..logo kedai bakers tu..macam wowwww sangat..Yang sedihnya pulak, si bakers ni langsung tak reply mesej dari pengantin ni.. 



Invois dari bakers

Inilah bakers kentalll tu.. sampai hati ye kau main-mainkan orang..apalah yang kau dapat dengan berniaga macam ni.. lain kali elok kau jual kat pasar malam ajelah kek kau ni. Penaya orang hidup-hidup!




Rabu, 12 Jun 2019

HUKUM QADHA PUASA BERSEKALI PUASA 6

Assalamualaikum

Biasalah orang perempuan.. perlu mengqadha puasa Ramadhan atas sebab keuzuran. Dalam waktu yang sama, kita juga ingin menyelesaikan puasa 6. Sebolehnya  kita  mahu menyelesaikan ke2-2nya. Bolehkah kita menghimpunkan ke2-2 puasa ini sekali? Ada  yang menggatakan boleh..ada yang kata tidak boleh. Ini jawapan mufti.

Selamat beramal.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...