Sabtu, 1 Jun 2019

SPOOFING SCAMMER : 09-6354722

Assalamualaikum

Perkongsian dari page Cyber Crime Allert Royal Malaysia Police

Berhati-hati jika anda terima panggilan dari no 09-6354722 yang memberitahu anda terlibat dengan kes jenayah, anda akan ditangkap, meminta maklumat akaun bank anda atau meminta anda memindahkan wang ke akaun individu lain !

09-6354722 ini memang no IPK Terengganu yang betul. Admin ulang. MEMANG BETUL NO IPK TERENGGANU!  TETAPI sindiket telah menggunakan kaedah spoofing untuk memaparkan no ini di telefon bimbit mangsa. (Rujuk gambar untuk keterangan lebih lanjut).

INGAT ! Jika anda terima panggilan dari mahkamah, polis dan sebagainya. Beritahu anda akan pergi ke balai untuk rujuk dan putuskan talian.

Beza scammer dan polis betul ...

1. Polis betul akan minta anda hadir ke balai berhampiran jika keterangan anda diperlukan. Scammer pula kalau boleh tak nak anda pergi ke balai dan boleh berurusan melalui telefon sahaja!

2. Polis betul tidak akan meminta maklumat kewangan atau akaun bank anda. Scammer memang suka nak tau berapa banyak duit anda ada!

3. Polis betul tidak boleh / tidak akan menyuruh anda memindahkan wang ke akaun individu lain untuk siasatan. Cukup dengan penyata akaun yang diperoleh daripada bank untuk siasatan. 

Jadi, kenapa percaya scammer lagi?!

Biar bazirkan sedikit masa untuk rujuk di balai polis dari bazir banyak wang kepada scammer ! BE SMART!

#CyberCrimeAlert
#PDRM
#BeSmart

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...