Khamis, 27 Jun 2019

CIKGU DAN ROTAN

Assalamualaikum

Tengah panas isu cikgu melayu rotan budak cina. Rata-rata semua dah tahu isu ni. Tapi apa yang aku nak ulas disini, bila berlaku kes ini, isu rasis diketepikan kerana kebanyakan ibubapa berbangsa cina juga marah dengan perbuatan biadap kerana dengan tak semena-mena dipanggilnya cikgu sebagai pondan.



Apa salah cikgu tu pun tahu tiba-tiba digelar begitu. Dari komen yang aku baca, 100% bekas anak murid cikgu tu bercerita tentang sikap cikgu tu yang sangat baik dengan anak murid.

Sesiapa saja boleh hilang sabar. Cumanya silap cikgu tu adalah dia bertindak merotan sedangkan perkara itu adalah dilarang terutama antara cikgu lelaki dan pelajar perempuan. Marah yang tak dapat dikawal. Aku sangat bersimpati dengan cikgu tu.






Tindakan ibu pelajar tu juga mendapat kecaman netizen termasuklah dari masyarakat cina sendiri memandangkan bangsa cina adalah 1 bangsa yang diajar menghormati cikgu lebih dari ibu bapa. Kita boleh lihat melalui filem dan drama cina,bagaimana cara mereka menghormati guru.

Benda dah berlaku dan jadikan pengajaran. Jahat macam mana pun pelajar tu,dia tetap anak orang. Kalau orang pukul anak kita..tak banyak,sikit pun mesti kita marah. Dan sebagai pelajar,tak perlu tunjuk biadap dengan guru yang juga merupakan ibubapa orang lain..kalau cikgu tu ibubapa kita,dan orang hina ibubapa kita,takkan lah kita sebagai anak takn rasa marah.

Apapun, salah tetap salah..masing-masing silap. Sebagai netizen jangan kita menambah minyak pada api yang sedang marak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...