Jumaat, 21 Jun 2019

CARA JIMAT GUNA COWAY

Assalamualaikum

Aku pengguna Coway Mach. Aku beli cash dengan harga RM2,500 (free servis 1 tahun). Aku beli tahun 2014, masa ada promosi. Ramai yang tanya..kenapa beli cash..tak bayar bulanan? Murah sikit katanya..baru RM130 sebulan dapat free servis 5 tahun lagi.. 
Dah 5 tahun..

Ya.. tapi jangan lupa.. kontrak juga untuk 5 tahun. Maka bayarlah korang RM150 x 12bulan x 5 tahun.. berapa?? Yaaaaaa.. RM7,800. 

Meh sini aku nak cerita..cara aku berjimat. Secukup 1 tahun..maka habis lah servis percuma dari Coway. Apa aku buat? Aku guna lagi 2-3bulan.. baru aku renew servis. Waktu tu caj untuk renew servis RM500. 

Jika dihitung beli cash atau bulanan..ini perkiraan aku.

CASH RM2,500. Tahun pertama free servis. Katakan sambung 4 tahun lagi servis(untuk cukupkan tempoh 5 tahun seperti kontrak bayaran bulanan) maka perlu sedia RM500 x 4 tahun iaitu RM2,000. Harga cash RM2,500+kos servis RM2,000,jumlahnya RM4,500. So mana yang rugi, beli cash dengan RM4,500 termasuk servis 5tahun atau bayaran kontrak bulanan RM7,800 dengan servis 5 tahun jugak??

Pada waktu tu platform untuk membeli alat ganti filter yang Halal agak susah sebab Coway masih baru di Malaysia.

Dan sekarang,aku boleh beli filter OEM di shoppe.  Memang tak ada filter ori Coway,tapi filter setaraf pun dah cukup dan memadai asalkan diakui Halal.Dengan harga serendah RM110 untuk penapis mineral atau RM120 untuk penapis alkali, semuanya settle. Punca aku beli dan tak sambung servis dengan Coway adalah kerana caj nya yang amat yahudi..RM700 setahun.

Bila difikirkan..patutla yang jual Coway boleh kaya raya..untung gilababas oih.. Mujur jugak aku bijak. 😜.. selamat duit aku dari mengkayakan orang. 

Esok aku tunjukkan cara pasang sendiri filter yang dibeli di shopee. 

Ok..Adeusss!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...