Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Mac 2021

ULANGTAHUN BLOG PENBIRU KE-10

 Assalamualaikum,

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua follower blog aku ni. Sama ada follower lama atau baru, atau yang belum follow tapi tersinggah ke blog ini dek kerana Mr.Google yang membawa korang kesini.

Pic credit to : nationwides-trailer-parts-co.uk

Hari ini dan saat ini, genablah 10tahun blog ini berada di alam maya. Jika nak diikutkan, aku dah ada beberapa blogspot sebelum itu, tapi pada zaman itu, akses internet yang agak terhad, pemuka html blogspot yang sangat renyah dan rumit..akhirnya blog tu semua entah kemana.. masih ada tapi aku sendiri dah lupa password dan emel apa yang aku guna.

Aku mulakan blog ini dengan domain biasa iaitu penbirumenulis.blogspot.com. Tapi pada 20.10.2011, selang 7bulan dari tarikh ini, aku sudah mendaftar dan melanggan domain dot com sebagai www.penbiru.com.

Blog aku bukan blog yang terlalu formal. Bahasa yang aku gunakan pun bercampur aduk bagi memudahkan interaksi dan pemahaman pembaca yang lalu. Isi kandungan blog aku ni, caca marba..macam-macam. Dari resepi, kisah travel, luahan hati, cerita sakit demam, kongsi hobi dan macam-macam lagilah.

Apapun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada AMT aka Ahli Mesyuarat Tingkap aku yang sejak sekian lama follow dan ada yang tak jemu- jemu tinggalkan komen di blog aku ni.

Terima kasih semua.


Ahad, 22 Disember 2019

KWSP.. PERLUKAH SAMPAI MACAMNI?

Assalamualaikum

Perkongsian luahan hati seorang rakyat yang terkilan dengan perkhidmatan KWSP yang secara peribadinya aku fikir ianya sangat zalim dan kejam. 

Ikuti catatan ini..



Link asal KLIK SINI





Sumpah aku sedih tengok gambar ni

Komplen dah dibuat..ntah la diorang layan ke tidak..atau sekadar melepas batok ditangga.

#throwback
Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda πŸ€”

Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu... atau sekadar membantu bagi pencarum yg sehat... klu yg dh sakit & bedded sila bantu diri anda sendiri 😬

Saya n abg saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan kwsp JB. kakak kami seorang pesakit cancer mmg bed ridden...beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yg ada di akaun 1... x byk pun... x smpi 10k... so kami meminta jasa baik pihak pengawai kwsp membuat lawatan ke rmh untuk mendapatkan cop jari secara manual & pengesahan diri pencarum.

Jawapan beliau agak menyedihkan..πŸ˜₯ beliau kata tidak boleh... pencarum mesti hadirkan diri jgk di pejabat untuk pengesahan cop jari mengunakan mesin mereka, x kesahlah nk dtng naik ambulance & mengunakan stretcher pun blh janji dtng. Allahuakbar... klu kita tgk pun keadaan di pejabat KWSP JB tu mmg xde pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yg hilang upaya untuk berada di situ... yg ada hnya untuk OKU (orng kurang upaya) bkn hilang upaya πŸ˜”

Yg menyedihkan lagi, ambulance yg kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dgn alasan x nk menganggu di depan bangunan 🀦🏻‍♀️ berpusing2 driver ambulance dan ditanya plk kami “lama tak”? Mcm manalah kami nk jawab... soalan ni agak “tough” πŸ’†πŸ»‍♀️

Akhir sekali ada lah seorang pengawai yg dtng untuk menguruskan bab ambulance & mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter. Allahuakbar... sedih tgk kakak saya yg mmg sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orng ramai di situ. 😭 yg menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata... sebenarnya blh mengunakan cara cop jari manually cuba lambat 😭 knplah x inform kami pd mula2 kami buat pertanyaan... kami x kesah pun lambat janji kakak kami x perlu ke sana 😭

Soalan saya pd pengawai KWSP yg berada di kaunter Puan, Pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja2 di dlm bangunan ni... puan bayangkan klu yg dtng ni pesakit yg mempunyai penyakit berjangkit...tidakkah membahayakan anda semua πŸ˜” 

Feedback saya ttg perkhidmatan KWSP ialah... tlnglah “review” balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda πŸ˜’ kita hidup di negara yg dikategorikan sbgi negara yg agak maju & demokrasi... ubahlah cara kita berfikir... think out of box... and pls do something on this. 

Saya Bangga menjadi Rakyat Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ dan bukan sahaja menjadi negara yg maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!

Bukan niat utk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.

#sampaiskrngpihakkwspxderespondsaya
#semogatiadalagiygmengalaminasibygsama

*****
Allahu..sedihnya aku baca. Belum lagi mengalami perkara sebegini. Kenapa SOP bodoh dan bangang ini masih digunapakai walaupun negara dah menjengah masuk 2020. 

Aku harap KWSP ubahlah SOP bahalol ni. Buatnya pesakit tu tiba-tiba meninggal kerana kesakitan akibat terpaksa melutut di pejabat KWSP tu semata-mata untuk keluarkan duit titik peluhnya sendiri..apa korang nak jawab???

Yang aku bengang..bila bab caruman terlewat sikit walaupun gaji dibayar melalui payroll tak kiralah payroll swasta atau kerajaan, bukan main laju dia hantar notis siap denda faedah dah caj. Tapi bab kemanusian kau di mana wahai KWSP? Di longkang ke?? 

Geram bercampur sedih dengan kejadian seperti ini.  Tiada istilah yang sesuai untuk aku bagi kepada pihak dan pekerja KWSP yang tak ada otak ni melainkan kurang ajar!

Sabtu, 16 November 2019

MAJLIS APRESIASI AKA PENYAMPAIAN HADIAH

Assalamualaikum.

Coretan sekadar pendapat peribadi.

Sekarang musim Majlis Apresiasi atau dahulunya dikenali sebagai Majlis Anugerah dan Penyampaian Hadiah. Zaman dulu-dulu sekitar 80an-90an hanya dikenali sebagai Hari Penyampaian Hadiah. 

Sudah menjadi trend dan ikut-ikutan bukan hanya untuk anak-anak sekolah, budaya ini sudah masuk hingga ke pejabat atau tempat kerja.


Di peringkat sekolah, perkara ini adalah perkara biasa. Namun agak kejam bila anak-anak yang tidak menerima hadiah di beri "cuti" pada hari tersebut, atau dalam bahasa mudahnya tak perlu datang sekolah. Apa salahnya dan apa masalahnya? Bukankah lebih elok semuanya datang meraikan kejayaan kawan-kawan dan moga-moga menjadi pembakar semangat serta motivasi kepada diri mereka sendiri. Ini tidak..yang tidak berjaya telah di diskriminasi kan. Inilah salah satu pelajaran yang telah diajar disekolah tanpa sedar. Jangan salahkan orang lain kenapa budaya mendiskriminasikan semakin parah dikalangan masyarakat kita. Ajaran siapa?

Ada majlis yang dibuat secara keterlaluan. Hingga menyusahkan ibu bapa. Kalaulah ibu bapa yang berkerja tak mengapa, bagaimana pula yang hanya seorang sahaja bekerja atau kurang berkemampuan. Untuk seorang anak pihak sekolah minta bayaran antara RM15-RM20 hanya untuk sekeping gambar, jubah konvo dan macam-macam yang tak masuk dek akal. Perlukah semua tu? Itu kisah di sekolah.

Ini kisah di pejabat atau tempat kerja pula. Ada anugerah yang disampaikan sesuai dengan pencapaian. Dinilai dan dihargai. Tapi ada juga yang bagai anugerah syok sendiri. Perkara ini tak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi anugerah pilih kasih. Jika keadaan seperti ini berterusan, apakah nilah anugerah yang diterima? Semua pemberian perlu dinilai dengan telus dan diadili tanpa mencampuradukan perasaan dan peribadi. Kena betul-betul profesional, barulah anugerah itu sangat bernilai.

Itu sahaja coretan untuk hari ini. Semoga pada yang membaca, merenung sejenak apa yang aku tulis hari ini. 


Salam tak dapat anugerah!

Selasa, 12 November 2019

BANGZI HIKMAT DAN JIP ASKAR

Assalamualaikum

Sedikit beremosi harini. Aku tengah cari barang kat shopee yang mak aku pesan. Tiba-tiba bangzi hikmat ni lalu.. 

Pic dari shopee


Teringat kenangan dgn arwah abah(aku kan anak abah..mengekor ja mana abah p) Masa tu aku tak sekolah lagi. Aku cakap nak benda ni. Menangis2 nak..abah bawak pusing 1 pekan guar cari. Last sekali singgah kat kedai cina lorong hala ke Masjid guar(kedai tu pun ada lagi sampai sekarang). Nak cakap nama barang abah tak tau..abah tunjuk gaya tiup kat cina tu..(ternampak-nampak riak muka abah tiru gaya tu) cina tu cakap tak ada. Last2 abah suruh pilih benda lain. Ntah mcmana,tiba-tiba aku boleh tunjuk jip askar kaler hijau yg tergantung dalam plastik 🀣🀣🀣 

Lebih kurang macamnilah jip tu.
Pic google Amazon.

Abah pegang kepala aku,pusing arah anak patung..aku tak mau.last2 abah beli jugak. Balik rumah,aku isi anak kucing atas jip tu..aku tolak 1 rumah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Emosi bercampur baur.. 
Mmmmm..rindu kat abah.. 😭😭😭
Al-Fatihah..

Selasa, 22 Oktober 2019

BASIKAL LAJAK UNDANG MAUT

Assalamualaikum.

Harini aku nak sebut 1 hal yang diluar konteks biasa artikel dan entri aku selama ini. Isu Basikal Lajak.

Hingga ke hari ini aku tercari-cari siapa yang mereka basikal maut ini. Yang sedihnya, aku tak pernah nampak selain dari anak Melayu yang bermain dengan basikal ni.. korang ada nampak anak cina main basikal lajak?? Kalau ada tolong bagitau kat aku berserta gambar sebagai bukti.

Pic google
Inikah yang patut dibanggakan??

Pic Credit NST
Pada tahun 2001, basikal ini dikenali sebagai Mosquito Bike atau Basikal Nyamuk, namun ia masih kurang terkenal berbanding sekarang.

Boleh dikatakan 100% yang mengikut trend membunuh ni adalah anak Melayu. Sedih sangat bila difikirkan. Apa tindakan pihak berkuasa bagi mengekang penjualan basikal pembunuh ni?

Tak perlu aku letakkan gambar hasil pembunuhan terhormat basikal lajak di sini. Korang google la sendiri.

Sebagai ibubapa..tolonglah.. tolong jangan benarkan anak-anak anda bermain dengan "senjata" berbahaya ini. Kadang-kadang aku rasa terkilan dan terfikir betapa bodohnya ibu bapa yang sanggup "membunuh" anak sendiri hanya kerana nak penuhi permintaan anak. 

Fikir-fikirkan..

Isnin, 9 September 2019

BUY MUSLIM FIRST..BUKAN BOIKOT!

Assalamualaikum.

Ini adalah pendapat peribadi. Bukan untuk menghasut atau memburukan sesiapa. Catatan ini atas dasar apa yang dilihat dan itulah yang difikir.

Dah lama nk tulis ni..tapi terfikir kot2 ada yg sentap..tapi ada aku kessah..benda fakta kot.. Sekarang heboh pasal kempen BMF.. punca kempen BMF ni tiba2 muncul kenapa?? Dulu pun ada dah..tapi tak dapat sambutan..kali ni gila2 punya sokongan. 1 je puncanya semua ni terjadi.. puncanya bila Dr.Maszlee petik 1 isu je..isu JAWI! Hanya kerana isu tulisan JAWI 3 mukasurat yang ditentang separuh mati..sampai meleret2 hingga bangsa dan agama dihina dan dipijak oleh pemegang kontrak sosial..tengok apa dah jadi? 

Tak perlu merusuh,tak perlu berpiket, tak perlu press conference.. dalam diam tiba2 muslim bersatu untuk mengajar cara2 menghormati org Islam dan penduduk majoriti. Mudah saja kan? Minyak masak yg dulu harga RM22 setong, boleh pulak jual harga RM14.. nampak tak..selama ni siapa punya angkara menyusahkan rakyat?Minyak ni barang kawalan..kerajaan letak harga siling saja..tak boleh naik lebih,tapi boleh turun. Kalau dah 1 tong boleh jual RM14..agak2 kos asal berapa? Patutla tokey dia kayaraya.. 

Berbalik kepada idea Dr.Maszlee.. macam2 dia kena tohmah dari bukan melayu mahupun bangsa melayu sendiri.. tapi nampak tak apa hasilnya sekarang?? Bijak atau tidak?? Tapi sayang..masih ada yang buta kayu tak faham. Tun pulak kena maki sebab tak sokong boikot..kalau kita ditempat dia..apa kita nak kata? Dia org tengah..semua bangsa dibawah jagaan dia.. banyak hati dia nak kena jaga..takmau bagi rakyat bergaduh sesama sendiri. Kalau dia terang2 sokong, nampak sangat dia bias.. rasis.. dia PM rakyat Malaysia yang dipilih masa PRU..yang undi dia bukan bangsa melayu saja..semua bangsa undi dia. Dia bukan bapak kita yg hanya buat keputusan untuk rakyat dalam rumah kita saja. Itu pun ada jugak yg otak burung unta tak reti nak fikir.

Hai kawan2.. korang semua umur baya2 akulah juga..35 tahun dan keatas. Fikiran tu bagi matanglah sikit. Tak matang pun takpa..tapi jangan tunjuk sangat tak cerdik tu.Benda baik kita sokong,benda tak elok kita bantah,tak kira siapa pun yang perintah.

Akhir kata..sempena public holiday harini..aku nak pesan..mencari yang halal itu fardhu..halal saja tak cukup kalau tak toiyiban yakni bersih. Bersih yang macam mana tu? Yang cuci berkilat2 ka..yang pakai sabun ka ?? Bersih ni yang dimulai dengan kalimah basmallah.. siapakah yang dalam hidupnya dok sebut basmallah ni..?? Aku..kau..dia atau mereka?? 

Sekian..khutbah dari aku.. - #bilaPenBiruMenulis


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Khamis, 5 September 2019

CIK ANUM AMT TERBAIK

Assalamualaikum

Saja harini nak buat entri tanda penghargaan kat sorang Ahli Mesyuarat Tingkap aka AMT aku ni. 

Dah lama kami saling follow mem follow. Tapi aku ni pulak sibuk. Entri pun kadang-kadang autopublish je.  Template blog pun dah berkurun tak tukar. Tahun 2017 lagi lah teruk, 1 entri pun tak ada. Aku memang tak ada masa nak ziarah AMT semua. Sorry lah sangat-sangat.. Dalam ramai-ramai AMT ni..aku sangat terharu dengan sorang AMT ni.. 

Setiap hari,bila aku update entri,wajiblah dia datang ziarah,komen..aduh..terharu pulak rasa.. 

Jutaan terima kasih Cik Anum ..(masa mula kenal /follow masih cik lagi..sekarang dah Puan dah.. hahah) ..terima kasih kerana sudi menjengah blog saya ye. Harapnya 1 hari nanti kita akan bertemu diluar sana. Saya sangat terharu dan sangat menghargai setiap komen yang awak tinggalkan di blog saya. Semoga ukhwah ini kekal sampai akhir hayat..aamin..

Jemput ramai-ramai follow Anum ye.. 

Sabtu, 31 Ogos 2019

MERDEKA!!!


MERDEKA...
MERDEKA kah kita jika kita masih dibelenggu penjajah?
Penjajah kini adalah penjajah tanpa bom dan senjata.
Penjajah kini adalah penjajah ekonomi dan minda.
Penjajah kini menggunakan tinta dan pena.
Penjajah kini adalah dikalangan kita.

Renung dan fikirkan.. 
Dimana silap kita!
Adakah kita sudah lupa!

Ahad, 11 Ogos 2019

AIDIL ADHA TANPA ABAH

Assalamualaikum


Harini kita menyambut Aidil Adha. Terlalu banyak kenangan yang bermain difikiran aku. Tanpa abah...

Aku akui,aku anak abah. Aku rapat dengan abah. Apa-apa perkara,abah cari aku. Tapi yang selalu lawan bergaduh pun dengan aku jugalah. Aku anak jantan abah.

Dulu,masa aku kecil,tiap kali nak raya,tak kira raya puasa atau raya haji,abah akan angkat geng sembelih lembu untuk dijual. Pagi-pagi buta..ketika kami adik beradik tengah nyenyak tidur,abah akan mula sembelih lembu,sekitar jam 2-3pagi. Mak akan kejutkan kami kalau-kalau nak tengok abah sembelih lembu. Akulah yang paling laju lari ikut abah. 

Seusai solat subuh..abah akan berbahagi sesama kawan untuk berjualan. Seronoknya dapat makan daging segar yang kasih bergerak-gerak ototnya.. kini semuanya tinggal kenangan.. anak-anak lelaki abah sorang pun tak ikut jejak abah sebagai tukang sembelih.

Dipagi raya seusia solat subuh ketika masih diatas sejadah..abah akan bertakbir kuat-kuat untuk kejutkan anak-anak.. kini tiada lagi.. 

Aku sedih sebenarnya.. sedih tanpa abah..ketika aku menulis entri, air mata jatuh membasahi pipi..


Abah.. cek rindu abah.. 


Khamis, 11 Julai 2019

KESIAN BOMBA

Assalamualaikum

Dah lama aku nak menulis pasal abam bomba ni.. sejak bomba banyak selesaikan kes-kes yang tak sepatutnya..dalam kata lain,yang boleh diselesaikan sendiri.

Terbaru..kes anak lipan masuk rumah pun diorang tergamak call bomba..ya rabbi... eh.. anak lipan tu,kau libas dengan hanger baju pun dah boleh mati. Kenapalah nak menyusahkan bomba? Tau ke tidak berapa kos yang kerajaan perlu tanggung untuk sebuah jentera bomba bergerak bila menghadapi kes-kes kecemasan? Seriusla manja dan mengada-ngada betul orang kita ni.




Macam-macam lagi kes yang tak sepatutnya kita sebagai manusia buat dengan menyusahkan bomba.
*****

Abang bomba tangkap ikan keli

HANYA kerana ikan keli menyengat kucing peliharaannya sehingga mati, wanita menghubungi bomba untuk menangkap ikan itu hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi tadi di sebuah kediaman di Jalan Pulau Indah, Shah Alam, wanita berusia 49 tahun itu menghubungi bilik kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengadu hal berkenaan.

Jurucakap JBPM Selangor berkata, pihaknya sudah menerangkan kepada wanita itu ia bukan kes kecemasan yang memerlukan tindakan bomba.

“Wanita itu mempertikaikan jika bukan bomba yang buat, siapa sepatutnya melakukan tugas itu.

“Ketika kejadian hanya wanita dan anak lelakinya saja di rumah,” katanya.

Katanya, petugas bilik kawalan kemudiannya memaklumkan kepada pusat gerakan operasi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik untuk menangkap ikan berkenaan.

“Ikan terbabit berjaya ditangkap dan kini disimpan di balai bomba,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 3:22 PM

#HarianMetro
*****
Ikan keli ja weiii.. anak jantan kau ada apa guna..goyang telur aje ke..ikan keli tu kau tabur garam pun boleh mati..astagaaaa





Ini belum lagi kes tolong kucing, buka cincin kat anu ke jari.. tangkap spender belakang mesin basuh..Allah.. apa punya mentaliti orang kita. Gaji bomba tak besar dan aku sangat bersimpati dengan diorang..kesian bomba!


Rabu, 10 Julai 2019

SELAMAT HARI LAHIR TUN

Assalamualaikum


Insan kesayangan ramai termasuklah aku..lupakan soal politik,tapi insan ini cukup mengagumkan aku dan dunia. Dia 1-1nya yang memegang tampuk pemerintahan sebanyak 2 kali. 

Walau ada yang menggelar dia dengan berbagai gelaran buruk, menghina..tapi sekurang-kurangnya jasa dia terlalu besar untuk negara ini. Jasanya terlalu besar untuk semua . Semoga Allah merahmati, mengurniakan umur dan kesihatan yang baik untuk Tun. 

Selamat hari lahir Tun yang ke-94.. saya sayang Tun Dr.Mahathit Mohamad. 


Ahad, 14 April 2019

ZAMAN KEGEMILANGAN

Assalamualaikum

Bukan mudah.. itu yang mampu aku ungkapkan. Sebelum penggunaan FB berleluasa.. blog dan web adalah medium sosial paling terkenal.

Begitu juga aku. Hits pengunjung paling tinggi di blog aku ini adalah pada bulan November 2012 dengan cecahan pengunjung 120,616. Banyakkan? Tanpa iklan, tanpa promosi.. tapi kuasa carian google yang membawa pengunjung ke sini.

Lihatlah..bagaimana ia mencanak naik dengan mendadak..dan akhirnya makin menjunam dek kuasa taklukan "jajahan" FB di alam siber. Bukan mudah nak kekalkan rating dan hits. 

Tambah sekarang, blogger-blogger batak muncul ibarat cendawan lepas hujan. Dengan hidangan entri copy paste, cerita karut, berita viral..yang tak sahih,palsu dan rekaan demi menarik pengunjung ditambah lagi penggunaan FB sebagai agen iklan untuk menarik pelayar internet klik atau ter klik dengan tak sengaja...menambah rating blog-blog sampah itu.

Selagi terdaya, apa sahaja yang bermanafaat, akan aku kongsikan disini. Terima kasih semua terutama kepada pengunjung setia dan rakan blogger sekian lama.

Sabtu, 13 April 2019

PUSARA ABAH...

Assalamualaikum Abah..

16hari abah pergi..

Harini cek mai siapkan rumah abah.Dah selesai dah bah.Buat sendiri tak sama rasanya dengan upah orang kan abah?? Kederat anak perempuan ..mujur ada menantu.

Ini sajalah yang mampu cek buatkan untuk abah.. sebagaimana dulu abah buatkan rumah yang cantik untuk kami adik beradik dengan air tangan abah sendiri.. 

Abah..
Untuk abah..cek ada untuk buat semua ni..tapi untuk cek nanti..taktau lah sapa yang ada....

Al-Fatihah..

Isnin, 8 April 2019

NISAN UNTUK ABAH

Assalamualaikum abah..


Nisan abah dah siap..kami sepakat buatkan nisan batu sungai untuk abah..kata orang, batu sungai ni  benda hidup..moga-moga..batu yang hidup ni akan sentiasa berzikir untuk abah..

Abah..
Kami tahu jiwa abah sangat sukakan alam..abah baik dengan binatang.. dengan pokok.. dengan hutan.. dengan sungai.. hatta dengan batu .. masih kami ingat masa kami kecil dahulu...bila berjumpa sungai,abah akan cari batu yang cantik-cantik ..kutip dan bawak balik..

Abah..
Kini abah dah tak ada..kami sediakan kegemaran abah untuk menemani abah sementara menunggu kami pula.. Semoga Roh abah tenang disana..kami anak-anak abah bertiga ini..akan sentiasa titipkan doa untuk abah selagi kami masih bernyawa.

Kami sayang abah..

Al-Fatihah..

Ahad, 31 Mac 2019

JEJAK KAKI

Assalamualaikum

Hati ini masih hiba..terasa kehilangan ..masih terbayang hari-hari terakhir bersama abah..

Tak ada mood nak menulis. Hanya tinggalkan sedikit jejak untuk penuhkan blog.

Antara negara yang sempat ku tinggalkan jejak

Ahad, 30 Disember 2018

HADIAH PERPISAHAN

Assalamualaikum.

Minggu lepas, Isnin 24 Disember 2018 adalah hari terakhir aku berkhidmat dengan 1 pejabat yang meninggalkan memori manis dalam hidup aku. Syukur aku dikurniakan adik-adik buah yang mendengar cakap, rajin dan boleh diharap.

Walaupun tempoh aku berkhidmat dengan jabatan ini hanya 2 tahun 8 bulan sahaja, tapi kesannya meninggalkan sejuta kenangan dalam hidup aku.

Permohonan bertukar ni aku buat sejak 2014 lagi pada ketika aku berkhidmat di Langkawi lagi. Punyalah susah nak dapat tukar. Puas call, emel..tinggal aku tak pergi sembah kaki orang JPA je lagi. Susah yang teramat susah. Dari abah aku sakit sampai dah masuk fasa nyanyuk dah sekarang ni.

Majlis farewell aku dibuat pada 13 Disember 2018 sebaik sahaja selesai penutupan Akaun Persekutuan. Hadiah perpisahan yang aku terima adalah yang paling tak ternilai..

Ucapan dari Pengarah yang sejak dulu sokong aku, mendengar masalah aku , takkan aku lupakan.

Hadiah dari staff untuk aku..
Tahu aku sorang kaki backpackers yang bermimpi untuk keliling dunia, maka dihadiahkan beg untuk di backpackers kan dan peta dunia untuk aku keliling tiap hari 🀣🀣🀣

Terima kasih semua..adik-adikku yang setia bersama aku memulihkan semula sebuah jabatan yang sangat bermasalah pengurusan kewangannya.. dari zero kita bangkit hingga kita setaraf dengan jabatan lain.

Moga berjumpa lagi. Kenangan kita tetap tersemat dihati.

Dan hari ini..hari pertama aku mulakan tugas di tempat baru..bersama kenangan lalu.

Khamis, 27 Ogos 2015

INI CERITA AKU..

Ini aku masa di tingkatan 4, Sekolah Menengah Vokasional Sg.Petani 2, tahun 1996

Kisah ini kisah aku sendiri. Masih terkenang lebam birat bahu sebab gendong beg berat sorang diri masa masuk asrama dulu. Masih terasa sakit jari tangan jadi genting biru sebab jinjing baldi yang penuh barang. Daftar skolah sendiri. Daftar asrama sendiri. .Masih aku ingat wajah arwah Kak Ri yang sambut aku di pintu dorm tercengang bila dia tanya,mana beg aku? Aku kata beg ada kat dewan. Dia tanya lagi mana mak ayah? Aku kata aku mai sorang dengan teksi..ternganga Kak Ri pandang muka aku(Al-fatihah untuk arwah Kak Ri)..dah la dari dewan besar pi kelas di tingkat 2, pastu pi dewan makan..menapak pulak pi blok F,patah balik pi dewan besar ambik beg sorang2.. kalau dihitung hari itu berbelas2 kilometer aku berjalan..(ex VSP2 taulah macamana jarak tu)
*tulis takat ni pun dah setimba airmata aku pagi2 ni..


Masuk bilik asrama, aku tengok kawan2.. ada yang mak tolong kemas katil,ayah tolong kemas loker..lepas siap semua depa p shopping sampai ptg..aku? Hanya mampu tengok sahaja..

Mujur K.Fizah  tolong aku pasang cadar sebab nampak aku terkial2 nak pasang cadar tak reti..dan k.Umey tolong aku susun barang dalam loker .(terimakasih kekanda ku berdua)..ingat sampai mati jasa depa..siap semua..aku hanya mampu tersandar di pintu loker sambil tengok orang..terpandang loker org penuh berisi mcm2 makanan..loker aku? KOSONG! Hanya orang2 tertentu saja yang tahu apa yang ada dalam loker aku..aku tak pernah biar loker aku terbuka sebab aku malu dengan kawan2 dan aku tak nak orang tahu aku dalam kesusahan.
*tambah setimba lagi airmata


Tiap minggu orang pi outing beli macam2. Kawan aku Manja tanya aku..tak mau kirim ka? aku kata..tak tau nak beli apa.. sorry Manja aku bohong hang. Bukan aku tak tau nak beli apa..tapi aku tak dak duit! Dalam dompet aku ada sekupang time tu. Dok asrama kena pakai t-shirt putih kalau nak keluar ..aku tak dak..skali lagi K.Umey jadi penyelamat..dipinjamkan baju dia kat aku..lama2 dia bagi terus kat aku(baju tu ada lagi tau kak..ana simpan sampai hari ni!). Pada yang tak outing..masing2 pakat tunggu mak ayah mai.. bawak makan2 berkelah diluar blok..aku? tengok sajalah org makan. Seingat aku selama 2 tahun aku di asrama, 3 kali saja mak abah aku mai tengok aku
*setimba lagi airmata


Percaya atau tidak, selama 2tahun di asrama aku tak pernah makan dikantin. Kawan2 ajak..aku kata aku tak boleh makan pagi..nanti aku sakit perut (sorry kawan2..aku tipu hangpa lagi..aku bukan sakit perut..tapi aku ikat perut). Duit yang aku ada hanya cukup untuk tambang balik kampung bila cukup minggu. Aku hanya beli buku rujukan SPM, 4bulan sebelum exam..itupun sebab duit biasiswa masuk..kalau tak..aku tak tahu apa itu buku rujukan! Aku tak pernah tau apa itu kelas tuisyen. Mujur zaman asrama ,kat skolah ada kelas prep siang dan malam..dan kelas flexi...Aku bukan macam orang lain..dari UPSR dah ambik tuisyen luar..PMR apalah lagi..tuisyen bagai nak rak..tapi resault tak jugak2 gempak..Walapun tanpa tuisyen luar,Alhamdulillah..SPM dapat jugak Pangkat 1.
*the next setimba airmata


Paling aku susah hati masa asrama dulu ialah..masa nak buat party dorm..aku cukup susah hati..semua sepakat nak makan itu ini..paling special nak makan KFC..takkan aku sorg tak setuju..mujur duit biasiswa jugak yang membantu..kawan2 tak pernah tahu dan aku pun tak pernah cerita, yang aku tak mampu..hidup mereka tak sama hidup aku. Mak ayah depa makan gaji..mak abah aku cakar pokok getah subuh2 sepiee!


Itu kisah masa sekolah.. Bila dapat kerja..seperti biasalah..aku sendiri jugak. Dari kedah naik bas pi KL.. Maka tumpanglah aku tidur di rumah abang pupu aku..Abg Long Amin .. (terima kasih K.Zu atas layanan baik selama k.lang menumpang disana) Dari KL naik bas depan Metro, tumpang berani orang nak ke Putrajaya untuk lapor diri..lone ronger aku haritu ditempat yang asing bagi aku..terjah semuanya sendiri di Putrajaya yang pada ketika itu perabut masih bau kedai!..rezki memihak aku,aku dapat balik kedah..mlm tu jugak aku conget balik !

2tahun aku berulang alik dari rumah di Guar Chempedak ke pejabat di Alor Setar sejauh 38km sehala dengan motor.. lepas tu baru baru merasa beli kereta. Pun dengan duit sendiri. Budak sekarang, baru masuk U pun dah bawak kereta..hebat sungguh depa.

Itu cerita aku kalau nak tulis semua..3hari 3malam tak habis..apa yang aku nak kata disini..semua ini berlaku sebab mak abah aku orang susah.Ada yang hairan..kenapa aku terpaksa hidup macamni..di mana mak abah aku? Takkan depa x ambik tau langsung hal aku? jawapannya ya! mak abah aku orang susah..dan mak abah aku x pernah nak manjakan aku adik beradik. Semuanya kena belajar buat sendiri. Inilah hakikat.Dulu memang aku terasa sedih sangat.hidup aku macam org yg x ada mak ayah...tapi lama2 aku anggap itulah takdir aku. Dan aku banyak berdikari ,tak dimanjakan langsung dengan kesenangan.


Budak2 sekarang ,bukan takat masuk sekolah..nak lapor diri masuk kerja pun,sekampung ikut teman..Memang aku mengaku aku cemburu..sebab aku tak merasa semua tu .Dan sebab itu jugaklah aku tak pernah biarkan anak saudara aku Zack Eppy yg hilang kasih sayang ibubapa, keseorangan (eppy..jangan pernah merasa diri diabaikan..selagi lang hidup, lang ada untuk hang)


Alhamdulillah..berkat kesusahan lalu..aku jadi dan aku ada apa adanya sekarang..walaupun tak mewah tapi cukup serba serbi. Semuanya yang aku ada harini hasil usah titik peluh sendiri.Aku biasa hidup susah.Aku dah lali dengan semua tu.

Jgn anggap kita saja yang susah..ada yang lebih susah lagi
Jgn terlalu manjakan anak2..kelak nanti depa tak tau berdikari
Jgn terlalu mewahkan anak2..ajarlah depa usaha sendiri


Panjang cerita aku pagi ni.cerita bersama bertimba2 airmata...dan inilah kisah aku. Kalau nak baca..bacalah.. Tak baca pun tak apa..aku tak kisah.. ambik pengajaran dan bersyukurlah hangpa tak dilahirkan sebagai anak orang susah!

*silakan share jika ini mampu jadi teladan dan pengajaran

Rabu, 20 Ogos 2014

PERGINYA SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum..

Catatan penuh juraian dan deraian airmata..

Sabtu.. 16Ogos 2014 jam 5.35pagi..aku terjaga dari lena..terasa nak kebilik air..dari dalam bilik air aku terdengar bunyi mesej masuk ke telefon aku...terdetik di hati..siapa pulak yang mesej aku pagi-pagi buta macam ni..

Langkah keluar dari bilik air dan naik semula atas katil..belum lagi azan Subuh..aku baring sambil tarik selimut sementara tunggu azan..lalu aku capai telefon yang ada disebelah...
3-4kali aku baca...Ya Allah..betulkah apa yang aku baca..terus aku call no tu..panggilan aku dijawab adik sahabatku..

Terus aku bangun..duduk atas katil dan menangis sepuas hati..suamiku disebelah bangun dan terkejut.. "Abg..kawan Syg..k.Lily dah tak ada..."

Selesai sembahyang subuh dalam deraian airmata..suami aku terus memecut kereta ke rumah Allahyarhamah...hati aku bedetup dedap..otak aku kosong...

Tiba disana..aku lihat ibunya yang lumpuh berada disisi jenazah yamg terbujur kaku..aku duduk melutut..dan pegang tangan si ibu..
"Mak cik..saya kawan lily..." tak sempat aku habiskan ayat..si ibu tua itu terus memeluk aku sambil memangis dan berkata "Mak cik ingat mak cik yang nak pi dulu..."..

Tak tertahan airmata..beberapa minit kemudian..si adik mengalihkan kain yang menutupi muka Allahyarhamah...

Aku peluk jenazah tu ...aku tatap wajahnya yang kelihatan tersenyum seolah gembira dengan kedatangan aku...terkeluar dari mulut aku.. " Ya Allah k.Lily....pasaipa hang tak habaq kat aku hang sakit?? sampai hati hang k.lily.."

Ketika itu juga kedengaran bunyi tangisan saudara dan jiran Allahyarhamah yang berada dibelakang aku yang mendengar kata-kata aku .Aku tak pedulikan mereka..

Sebelum aku balik..sekali lagi aku menghampiri..memeluk dan mencium jenazah..aku tatap wajahnya puas-puas..terkeluar dimulut aku.. "K.lily ..aku nak balik dah..pi la hang elok-elok"

Si ibu meminta aku tunggu hingga semua selesai...tapi aku tak sanggup untuk tunggu dan tak terlangkah kaki aku untuk iring sahabatku ke rumah terakhirnya..

Sahabat seperjuangan yang aku kenali ketika pertama kali menjejak kali ke Putrajaya tahun 2002..dialah orang pertama...yang aku kenal..kami duduk bersama dan makan bersama dihari penempatan dan lapor diri di JPA.. 14 Januari 2002..inilah tarikh keramat itu..

Kami berhubung hingga kini..Kali terakhir kami bersua muka adalah 3tahun lalu ketika aku mengadakan rumah terbuka hari raya..dia datang bersama suami yang baru menikahinya..

Selepas dari itu..kami berhubung melalui telefon..sms dan wassap..

Ucapan hari lahir untuk aku..

Mesej terakhir adalah 14 Ogos..Khamis..soalan hal kerja..dan dijawab ringkas..
Dan...aku tak tahu ketika itu dia sedang berada dihospital..

Mengikut cerita si ibu..Allahyarhamah mula sakit lenguh dan kebas badan sebelah kanan selepas melahirkan anak ke 2 sebelum puasa lepas.. Pada Ahad 10 Ogos 2014..(hari lahir aku) tangan kanan sudah tak boleh digerakkan..(patutlah mesej ucapan birthday aku di hantar pada 11hb)..

Dan pada Khamis 14hb dia sudah di masukkan ke wad. Malam jumaat berikutnya dia sudah koma dan pergi menghadap Ilahi pada Sabtu 16 Ogos jam 4.30pagi...

Aku bertambah hiba memandang anak sulung yang baru berusia 2tahun..yang masih tak tahu apa-apa..dan anak yang masih merah berusia 2bulan.

Seharian aku menangis...doaku untuknya tak pernah putus..

Bertambah terkilan dihati..bila membaca semua mesej ini..





Sungguh aku terkilan..tak sempat jahitkan manik di bajunya...

Paling aku terkilan..mesej-mesej darinya seminggu sebelum itu aku jawab pendek dan tak panjang seperti selalu..aku pun tak tahu kenapa..ada yang aku tak sempat jawab pun ada.. Ya Allah..sedihnya hati aku..

Aku kehilangan sahabat tempat aku bercerita segala rahsia. berkongsi segala masalah..dari hal kerja hinggalah ke hal peribadi..

Allahyarhamah seolah sudah tahu..dia akan pergi..bila aku membaca posnya di fb bulan lepas..

Kerinduannya kepada arwah sahabatnya..

Ya Allah..ampunilah segala dosa sahabatku..tempatkanlah di syurga Mu ..cucurilah rahmat Mu padanya..
........

Kak Lily..pergilah engkau baik-baik..Aku tau kau tahu aku sayang padamu..Doaku tetap ada untuk kamu wahai sahabat..Tenanglah engkau ..moga kita bertemu semula disana..amin..

Lily Ermawati Binti Siti Esah
Al-Fatihah.....

*gambar wajah ini ..adalah editan Allahyarhamah sendiri..dan di upload di FB.. :'(




Selasa, 19 Mac 2013

TELAH DI UNFOLLOW

Assalamualaikum..

Benda ni dah berlaku hampir 2 minggu. Aku masih berfikir..dan tak dapat jawapan..

Ceritanya macam ni. Ada seorang hamba Allah ni. Aku dah follow dia sejak awal-awal aku berblog. Dan dia follow aku balik. Bila terjumpa di FB maka aku add friend. Walaupun dia masuk status di fb tapi aku tak pernah komen pun. Tengok aje. Blog dia ada juga aku komen-komen. Tapi pada aku komen tu biasa aje..

Nak dijadikan cerita 2minggu lepas dia ada masuk status di FB..bunyinya macam ni, " macam mana nak unfollow blog yang kurang disenangi".. aku nampak status tu. Tapi aku tak komen pun..

Malam tu bila aku check-check balik..aik..AMT aku kurang sorang.. rupa-rupanya hamba Allah tu. Oleh kerana tu aku rasa amat kecik hati..kalau setakat unfollow tu aku tak boleh halang.. tapi status di fb dia tu yang buat aku SANGAT KECIK HATI..



Aku nak tanya korang, ada ke apa-apa di blog aku ni yang menyinggung mana-mana pihak? Ada ke tulisan di blog ini berbaur politik atau perkauman? Kalau ada korang tolong bagitau aku.

Oleh kerana rasa tak puas hati dengan tindakan dia, maka aku pun unfollow dan block terus dia dari fb aku.

Korang..jika tulisan diblog ini korang tak berkenan atau terasa sila sound aku direct..jangan sindir-sindir.  Lebih elok unfollow senyap-senyap. Jangan di canang perbuatan yang dianggap baik tapi biadap sebenarnya. Sebab aku berblog untuk tambah kawan bukan lawan.

SEKIAN.

*tak sangka blog cerita manik pun ada orang kurang senang!

Isnin, 11 Mac 2013

TV3 TIDAK PEKA..MUNGKIN PEKAK

Assalamualaikum..

Amat kecewa. Ini pendapat peribadi aku. Tak tahulah orang lain macam mana. Hari Sabtu lepas 9 Mac 2013, pukul 9 malam...di TV3 ditayangkan Konsert Jom Heboh secara langsung. 

Aku tersentak. Bukan tak boleh berhibur..tapi adakah pihak penerbit tidak fikir apakah yang sedang melanda negara kita sekarang. Sepatutnya kita berkabung atas kematian tragis para pejuang dan wira negara yang telah terkorban demi untuk mempertahankan negara.


Dimanakah "nilai" fikiran penerbit dan pihak TV3 sendiri. Sedangkan para balu dan anak-anak menangisi kepemergian insan yang mereka sayang..pengsan entah berapa kali..anak-anak menangis tengah malam memanggil nama ayah..tapi TV3 boleh pulak buat konsert. Siaran Langsung pulak tu.

Inilah yang dinamakan TIDAK PEKA atau lebih sedap disebut PEKAK!

Kalaupun tidak mampun menggembirakan hati mereka-mereka yang berkenaan , janganlah terus ditambahkan kesedihan mereka itu. Pada aku TV3 TIDAK PATUT buat konsert tu. Boleh buat, tapi simpan dulu rakamannya. Dan siarkan bila keadaan sudah sesuai.

Aku memang sedih dengan perkara ini..maka malam itu aku terus menukar channel!

Terima kasih TV3 kerana amat PEKAK sekali!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...