Isnin, 28 Jun 2021

GAJET DAPUR : BREAD MAKER WITH ICE CREAM MAKER

 Assalamualaikum.

Memperkenalkan 1 lagi gajet aka chef terbaru aku yang aku beli setelah pelbagai pertimbangan diambil kira. 


Bread Maker jenama Aspen daripada Cosway

Banyak jenama bread maker (BM) lain dipasaran, tapi yang ada fungsi ais krim hanya 2 jenis sahaja iaitu Cosway Aspen dan Mugen. Selain dari ni, hanya berfungsi sebagai BM sahaja.

BM Cosway Aspen ni juga ada fungsi meat floss(serunding), dodol, jem, doh biasa, kek, bubur, nasi dan pelbagai jenis roti. 

Walaupun harganya agak mahal berbanding jenama lain, namun aku berpuas hati dengan Cosway Aspen ni. 

Ini roti pertama yang aku berjaya buat seumur hidup ni.. roti susu

Aku tak ada bakat langsung dalam meroti, menguli doh, buat kek dan biskut. Sebab itu perlunya BM ini sebagai gajet teman di dapur. 

Aku yakin dengan jenama Cosway Aspen berbanding Mugen,sebab Cosway dah lama bertapak di Malaysia.  Aku juga pernah beli sebuah mesin mengisar untuk mak aku dikampung. Masih berfungsi dengn baik walaupun dah berusia hampir 19tahun.

Harga standart bagi Cosway Aspen adalah sekitar RM500 keatas, tapi aku berjaya jumpa yang jual dengan harga RM496!. Tapi selepas aku beli, harga dah naik ke RM502. Pada aku masih dikira murah sebab preffered seller.

Korang yang berminat,bolehla cari di Shopee. Maaf aku tak kongsikan link seller sebab aku tak nak buat promosi percuma untuk sesiapa.  

Banyak jenama lain yang murah, harga sekitar RM150 dan ke atas. Pilihan di tangan masing-masing. Fungsi meroti tetap sama, cuma aku nakkan kelainan iaitu fungsi ais krim. Itu cukup menarik pada aku.

Ok. Itu aje aku nak kongsikan dengan korang. Lepas ni aku nak cuba roti dengan bahan yang aku boleh makan(selain gandum) dan bahan-bahan yang lebih sihat sesuai dengan diet. 

Jumpa lagi nanti..

Adeusss!!






Sabtu, 26 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #27 SELEPAS 260 HARI

 Assalamualaikum.

Dah masuk hari yang ke-260 hari. Alhamdulilillah, aku masih lagi istikhomah menjaga pemakanan harian.

35kg untuk tempoh 260 hari. Jika nak diikutkan agak perlahan kalau nak bandingkan dengan orang lain. Mungkin sebab cara diet yang berbeza.

Timbang ulang-ulang..inilah angkanya .. 87.42kg



18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg
16.06.2021 ➡️ 88.5kg
26.06.2021 ➡️ 87.4kg


Inilah jumlah penurunan yang aku rekodkan. Simpan di sini sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri. Harapnya, aku berjaya capai 40kg (berat 80kg) sebelum 19.10.2021 ni, iaitu genab 1 tahun.

Doakan aku terus istikhomah dan berjaya. 


Ahad, 20 Jun 2021

GAJET DAPUR : EGG STEAMER

 Assalamualaikum

Kali ni aku nak kongsikan 1 lagi gajet dapur. Tapi untuk kali ni, aku beli dan hadiahkan kat suami sempena hari lahir dia yang dah lama lepas.

Punca aku beli dan hadiahkan kat dia sebab suami aku akan bersarapan 2 biji telur separuh masak setiap pagi. Habis kuali dan periuk aku berjelaga, punyalah besar api dia buka, macam nak rebus gajah.

Egg Steamer jenama Khind

Egg steamer atau pengukus telur jenama Khind ni boleh mengukus sehingga 7 biji telur. Ada pelbagai jenis pengukus telur dipasaran, Shopee atau Lazada dan kebanyakkannya brand China. Ada yang 2-3 tingkat. Tapi bila brand China, perlu diingat, tiada pengesahan SIRIM. Jangan nanti kau nak kukus telur, terus kena karan kau pulak yang rentung kejung. Bahaya ok.

Seperti biasalah, kalau nak beli barang elektrik terutama peralatan rumah aku akan beli yang berjenama. Dan survey yang aku dapati..hanya Khind dan Milux sahaja yang dikenali jenamanya.. dan aku memilih Khind.

Inilah harga yang aku dapat, dari Mall Seller dengan harga yang paling murah. Tebus pulak Shopee Coin, lagilah murah

Kerja mengukus telur sangat mudah. Hanya ikut panduan yang terdapat pada penutup steamer. Masukkan air mengikut sukatan yang diberikan, jangan risau, penyukat juga ada disertakan, tekan on suis dan apabila air sudah kering, suis akan auto-off.

Untuk telur 3suku masak, hanya perlukan 20ml air, 5minit sahaja.. 

Alhamdulillah..selamatlah kuali dan periuk aku dari jelaga.. kurang 1 kerja nak menyental. So,aku rekomen sangat gajet ni bagi memudahkan tugas korang dirumah. Selamat mencuba!




Khamis, 17 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #26 SUDAH 250 HARI

 Assalamualaikum..

Nak tulis dan publish 16hb..dah buka ruangan catatan..ntah macam mana dan apa benda yang buat aku betul-betul terlupa. Maka terlajak hari untuk berkongsi.

Sudah 250hari berlalu.. tanpa nasi juga. Sedaya upaya aku jauhi nasi..nasi tak salah..aku yang salah..sebab aku boleh lupa saiz perut kalau makan nasi.

Dingdong dingdong.. 88.5kg. 


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg
16.06.2021 ➡️ 88.5kg


Sudah kurang 33.9kg.. Alhamdulillah.

Sebenarnya aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua. Baru-baru ni aku dihubungi salah seorang pembaca blog. Tak sangka dia struggle jugak nak cari aku. Semua entri aku bermula dari perjalanan bariatrik aku dia dah khatam.




Alhamdulillah..tak sangka ada yang berminat dengan penulisan aku. Dan yang paling penting, aku bersyukur apa yang aku nak sampaikan.. sampai kepada mereka-mereka yang memerlukan. 

Semoga ini dapat menjadi sebagai satu amal jariah dari aku untuk membantu orang-orang yang memerlukan..tak semestinya kita perlu berduit untuk membantu orang..dengan berkongsi pengalaman pun boleh juga membantu orang.. sebabnya aku pernah berada di 1 masa yang mana aku terkapai-kapai dalam mencari info tentang bariatrik. Tak ada sumber rujukan, tak jumpa yang sudi membantu.

Apapun..terima kasih kepada yang sudi bertandang ke blog aku yang tak seberapa ni. Semoga perkongsian aku dapat memberi manafaat kepada korang yang memerlukan.


Isnin, 7 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #25 STATIK 90KG

 Assalamualaikum.

Nampak gaya nak kena mula puasa balik. Semalam cukup 240 hari post operation..tapi tak sempat nak update blog sebab aku kerja. Baik rumah dah letih..so malas.

25 Mei lepas aku ada TCA dengan O&G di HSB. Ubat hormon Duphaston dah ditukar ke yang lebih kuat iaitu Provera 80mg sehari. Ubat ni memang terkenal dengan side  effect yang menentang arus bagi orang yang turunkan berat. Demi zuriat..aku tawakal.

Kesannya, berat tak turun..tapi naik. Ada hari naik 500g..ada hari turun. Cuma yang aku harapkan, jangan melampau sangat.


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg


Untuk kali ni..memang statik lah 90kg. Nak kejar 80kg macam jauh sangat. Ikutkan hati aku nak puasa. Tapi bila puasa, aku jadi letih sangat. Tak bermaya dan tak bertenanga walaupun dah makam sahur. Masuk je pukul 12 tengahari,aku dah makan kangkung layu. 

Inch loss memang ketara.Alhamdulillah..apapun, terus istikhomah.

Khamis, 27 Mei 2021

MY BARIATRIC LIFE : #24 MEMBURU 80KG

 Assalamualaikum

Segalanya berjalan seperti biasa. Aku masih lagi berpuasa berterusan, masuk hari ke-10 dan berbaki 5hari lagi puasa ganti..akibat kesan endometriosis yang aku tanggung masa bulan Ramadhan yang lalu.

Memasuki hari yang 220 post operation. Alhamdulillah, harini penimbang menunjukkan angka 8..dan aku harap dia tak menipu.

Ni namanya betul-betul atas pagar.. bila-bila masa boleh tukar ke 90 ..makanya aku kena lebih berhati-hati dengan menu.

Keputusan dari Apps OKOK

Sudah kehilangan 32kg.

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg

Alhamdulillah. Perlu terus disiplin kan diri, kurangkan gula, karbo dan lemak. Jika teringin sangat, ambil dalam kuantiti yang sedikit..lepas gian kata orang.

Semoga aku berjaya capai 80kg. Doakan aku terus istikhomah.

Khamis, 20 Mei 2021

BARIATRIC BUKAN JALAN PINTAS!!!

 Assalamualaikum

Setelah 7 bulan berlalu, hidup sebagai pejuang bariatrik, hari ini aku nak luahkan sedikit apa yang terbuku dihati.

Telinga ini kadang-kadang terasa panas bila membaca komen atau terdengar komen dari manusia dengki bila tahu orang lain kurus dan sebab kurus adalah kerana pembedahan.

Hello.. meh sini aku nak ceritakan. Pembedahan ni hanyalah 1 alat sahaja.. alat untuk membantu kuruskan badan. Kalau diri sendiri tiada dispilin, tak ada azam dan jazam yang kuat, jangan mimpilah kau nak kurus.

Aku nak bagi beberapa contoh di sini. 

Pelakon Syanie, menjalani pembedahan sekitar tahun 2000. Adakah dia kini langsing seperti Erra Fazira?? 

Angah, buat bariatrik pada tahun 2019.. sudah hampir 2 tahun.. adakah dia kurus macam model majalah?

Vicha, 3tahun usia bariatrik..sudah turun seketika namun gemuk kembali tahun lalu dan kini sedang consume 1 produk kesihatan dan hanya berjaya kekalkan berat 97kg. Adakah dia benar-benar kurus?

Ini adalah contoh dikalangan selebriti. Ya.. ketiga-tiga mereka memang turun berat badan masing-masing, tapi sudahkah capai BMI yang sepatutnya? Jika tidak, inikah jawapan kepada persoalan adakah pembedahan bariatrik jaminan kepada kurus.

Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Seperti yang aku katakan tadi, pembedahan hanya alat. Jika alat sudah ada ditangan..dan kalau digunakan dengan betul, insya Allah nampak hasilnya. Tapi jika alat ada depan mata tapi kau abaikan alat tu..jangan mimpilah kau nak dapat hasil macam orang lain dapat.

Selepas pembedahan, menu diet, cara makan, potion makanan berubah dan kita mesti ikut semua itu. Mesti ada pantang terhadap makanan tertentu. Boleh makan tapi ada had. Jangan sedap je, kau bedal tak ingat dunia. Dah tu bila tak kurus, kau nak salahkan orang. 

Dan bagi yang dah usaha,disiplin, jaga pantang dan menu, dan akhirnya kurus, pastinya akan rasa sakit hati bila ada mulut-mulut puaka yang menyindir.. "alaaa kurus sebab operate".. amboi.. kau tau ke, siksa tak siksa kami yang berjaya turunkan berat ni berpantang, berdiet, bersenam dan macam-macam yang kami buat selepas pembedahan?

Terus-terang aku nyatakan disini, aku tak ceritakan kepada sesiapa pun (kawan-kawan, jiran tetangga, kenalan di FB atau IG) yang aku dah jalani pembedahan ni. Aku akui..ada beberapa kenalan dan kawan-kawan yang mesej aku, tanya macam mana aku turunkan berat. Tapi aku malas nak cerita. Sebab aku tau, yang nak mengumpat lagi ramai dari yang nak menyokong. Aku lebih senang katakan yang aku diet protein dan tak makan nasi sebab itupun adalah fakta yang sebenar. 7 bulan aku tak ambil pinggan, senduk nasi dan lauk dan kemudian suap kemulut!

Aku lebih terbuka untuk cerita di blog ini sebab tak ramai follower yang kenal aku secara peribadi. Aku lebih suka berkongsi info kepada orang yang aku tak kenali. Dan kalau ada kawan-kawan aku yang terbaca catatan diblog ni.. korang faham-faham sendirilah ya kenapa aku malas nak cerita. 

Biasanya,bila kita cerita A, yang mendengar tadi akan sampaikan kat orang lain sampai jadi B...dan kemudian disampaikan kat orang lain hingga jadi C..dan akhirnya boleh jadi sampai Z! Perkara ni aku dah lalui dulu..cerita peribadi aku,yang aku kongsikan dengan seorang, akhirnya merebak sampaikan orang yang aku tak kenal pun boleh tahu kisah aku. Mulai hari itu, aku dah tak percayakan kawan-kawan aku yang kebanyakkan depan manis,belakang mengutuk. 

Ok..itu sajalah yang aku nak kongsikan. Sekali lagi aku nak ulang, pembedahan bariatrik bukan jalan pintas untuk kurus, semuanya bergantung kepada azam,usaha dan disiplin diri sendiri. 

Selamat berjuang kepada semua bakal bariatrian!


Rabu, 19 Mei 2021

MY BARIATRIC LIFE : #23 GENAB 7 BULAN

 Assalamualaikum.

19.10.2020.. jam 6.30petang.. aku dah dimasukkan ke bilik pembedahan. Banyak kenangan pahit disitu.. 

Hari ini,genab 7bulan aku selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah..penurunan 31kg, dari berat 122.48kg dan terkini 90.90kg. 




Berikut adalah kadar penurunan yang aku kompil kan untuk rujukan sendiri. Sayangnya rekod ni hanya bermula selepas aku membeli penimbang digital baru dan download Apps OKOK sahaja.




Ini adalah perbandingan 20hari terakhir iaitu 07.05.2021 dan 17.05.2021 (2hari lepas).

Alhamdulillah. Dari BMI 42, turun ke 31. Bukan mudah. Tak boleh bergantung pada pembedahan sahaja. Makan dan diet kena seiring. Harapnya.. dalam 10 hari akan datang, aku berjaya capai target aku untuk turun ke 90kg. 

Yang penting, sihat. Kurus itu bonus.
Doakan moga aku terus istikhomah.



Isnin, 17 Mei 2021

MY BARIATRIC LIFE : #22 SELEPAS 210 HARI

 Assalamualaikum.

Hari ini genab 210 hari post operation. Alhamdulillah.. penimbang menunjukkan kegembiraan. Slowly but sure lah kaedahnya.

Terkini 91.85kg




18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg

Alhamdulillah.. 30kg dah rupanya.


Ikutkan, lusa 19hb genablah 7bulan aku melalui pembedahan. Dan esok aku akan kongsikan rumusan hasil daripada penurunan berat aku dari 122.48kg ke 91.85kg. 

Bukan mudah..makan kena jaga, diet kena betul. Pembedahan saja tak cukup, penjagaan selepas pembedahan juga penting. 

Aku masih juga tanpa nasi.. doakan aku terus istikhomah.. target aku sekarang 90kg. Dah capai nanti, baru aku set target baru pulak.

Alhamdulillah...


Rabu, 12 Mei 2021

BISKUT SIRAP BANDUNG

 Assalamualaikum.

Resepi kuih raya terakhir untuk Ramadhan ni. Resepi ni aku ubahsuai dari resepi Biskut Susu 3 Bahan.

Bahan-bahan:
1 ketul butter
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu tepung
2 sudu makan sirap rose
Tepung jagung (pun agak-agak uli jadi doh)
Coklat rice

Cara-cara;
1. Satukan butter dengan susu pekat dan sirap rose.
2. Masukkan susu tepung dan gaul rata.
3. Masukkan tepung jagung sikit demi sikit hingga adunan tak lekat ditangan.
4. Canai kan doh dan terap dengan acuan kegemaran. Boleh juga guna acuan semperit. Hiaskan dengan coklat rice.
5. Bakar suhu 200°c dalam 10-15minit ikut oven masing-masing.

Siap..Selamat mencuba dan SELAMAT HARI RAYA. 




Selasa, 11 Mei 2021

RED PEARL COOKIES

 Assalamualaikum..

Lagi 2 hari nak raya..tiba-tiba diumumkan PKP.. Ya Allah..pedihnya rasa hati. 

Aku dah siapkan lagi 2 kuih raya konon nak bawak balik ke kampung. Hari ni aku nak kongsikan resepi biskut Red Pearl cara aku.


Bahan-bahan;
250g butter
1/2 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan coklat cips
1 1/2 cawan cornflake (hancur kasar)
1/2 cawan badam (cincang atau potong memanjang)
Buah ceri- potong memanjang

Cara-cara;
1. Pukul butter,gula dan esen vanila sampai sebati
2. Masukan minyak masak,kaup rata
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan diikuti dengan coklat cip, badam, cornflake. Uli hingga jadi doh
4. Cubit adunan atas dulang yang dialas dengan baking paper dan hiaskan dengan potongan ceri.
5. Bakar suhu 180°c selama 15-20minit ikut oven masing-masing.

Ok. Siap.. 
Selamat mencuba.



Ahad, 9 Mei 2021

BISKUT SEMPERIT SUSU

 Assalamualaikum

Ini kuih kegemaran aku.. sebalang aku boleh habiskan.. tapi disebabkan sekarang ni,makan kena catu, kena diet..makanya..sebiji sekali makan...selang 2 jam pulak baru makan..haha

Usaha aku belikan acuan semperit bunga pecah 15. Tapi bercinta juga nak picit sebab acuan tu pendek sangat. Aku nak kongsikan resepi mudah ini.

Bahan-bahan;
250g butter
1 cawan susu pekat
3 sudu tepung kastad
1/2 sudu tepung beras
1 sudu teh esen vanila
5 cawan tepung jagung
Sedikit coklat cips

Cara-cara;
1. Satukan dan sebatikan butter, susu dan esen vanila.
2. Masukkan tepung kastad dan tepung beras,kaup rata.
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit,jangan terlalu keras atau terlalu lembut..agak-agak tak susah untuk tekan/pam dengan acuan semperit.
4. Hiaskan dengan coklat cips
5. Bakar suhu 200°c selamat 15-20minit ikut oven masing-masing.

Alhamdulillah..sedap..tak terlalu manis..walaupun bunga semperitnya tak sempurna..

Selamat mencuba.



Sabtu, 8 Mei 2021

TART NENAS RAYA

 Assalamualaikum


Tart nenas ni kegemaran suami aku. Aku tak pandai membuatnya. Dan aku cuba belajar..dan alhamdulillah, berjaya juga walaupun tak sempurna..maklumla aku bukannya tukang. Sesekalu buat..untuk raya.

Bahan-bahan;
250g butter
3 sudu susu pekat
2 sudu minyak sayur/sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna kuning
3  1/4 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung kastad
Jem nenas secukupnya

Cara-cara;
1. Satukan butter, susu pekat, esen vanila, kuning telur,minyak sayur, pewarna kuning. Sebatikan semua bahan.
2. Masukkan tepung sedikit demi sikit, uli hingga adunan tidak melekat ditangan
3. Terap adunan/acuan pam atau apa-apa acuan yang nak digunakan dan masukkan jem nenas. Untuk tart gulung, jem akan dibulat-bulat kecilkan terlebih dahulu. 
4. Sapukan sedikit kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning ke atas tart sebelum bakar.
5. Bakar suhu 200°c selama 15-20minit ikut oven masing-masing.

Aku tak yakin nak buat tart gulung sebab memang tak pandai..tapi aku cuba. Kalau nak guna acuan tart terap pun boleh.. lagi mudah. Ikut korang lah ye..

Ok selamat mencuba.

Jumaat, 7 Mei 2021

MY BARIATRIC LIFE: #21 GENAB 200 HARI

 Assalamualaikum

Genab 200 hari selesai operation.. tak tau nak komen macam mana. Penurunan agak terganggu kerana Duphaston yang aku terpaksa makan untuk 6 minggu, punca sentiasa teringin sesuatu yang manis. 

Mujur tak naik berat..cumanya agak perlahan untuk turun..ketegag sungguh kata orang Kedah.


Makin melandai aje.. 

Total loss 28kg. 

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg

Tersangkut di skala 94! Aduhai. Mungkin yang tinggal tu adalah lelemak degil sebabnya paha,perut dan lengan aku menggelebeh. Dan sebagai solusi,aku gunakan krim pemanas setiap malam.

Apapun..genablah 200hari aku tanpa nasi. Janji pada diri ..tunggulah berat capai 90kg,baru aku nak bersantap sepinggan nasi lengkap berlauk dan bersayur. Buat masa sekarang,lupakan dahulu. 

Bulan puasa ni tak membantu sangat untuk aku turunkan berat sebabnya masalah endo aku tu.. period 15hari sebanjir-banjirnya. Jenuh la nak qado nanti.

Tak lama lagi dah nak raya.. tapi kerana PKP disesetengah kawasan..semuanya jadi gambar. Aku tengah memikir sekarang, macam mana nak balik kampung. Kampung aku bukan kawasan PKP,  rumah aku sekarang pun bukan kawaaan PKP.. masalah sekarang, nak balik ke kampung kena lalu kawasan yang PKP.. adui..stresssss.. kesian mak aku..beraya sorang tahun ni.. kakak aku kerja pulak raya ni..
Apa nak buat..buntu!


Khamis, 6 Mei 2021

BISKUT COKLAT CIPS

 Assalamualaikum.


Aktiviti menjelang Syawal walaupun raya dah tak macam raya. Hari ini aku kongsikan resepi Biskut Coklat Cips gerenti jadi.

Aku yang tak pandai membaking pun berjaya buat.


Bahan-bahan;
250g butter
1 cawan gula perang(kurangkan kalau tak suka manis)
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
6 sudu minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan coklat cips

Cara-cara;
1. Pukul butter,gula,esen vanila dan telur sampai sebati
2. Masukan minyak masak,kaup rata
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan diikuti dengan coklat cip. Kaup rata.
4. Sudukan adunan atas dulang yang dialas dengan baking paper menggunakan sudu makan. Untuk mudahkan kerja,gunakan sudu plastik. Jarakkan kedudukan sebab kuih ni akan kembang.
5. Bakar suhu 180°c selama 15-20minit ikut oven masing-masing

Siap!.

Selepas bakar, kuih ni akan lembut..tapi bila sudah sejuk ianya akan rapuh dan crunchy gitu.. selamat mencuba ye.




Selasa, 27 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #20 HARI KE-190

 Assalamualaikum

Hari ini..sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Tapi aku dah cuti dari Jumaat lepas.. kesan dari pengambilan Duphaston.. berat turun dengan perlahan.

Kalau diikutkan,kesan pengambilan Duphaston akan menyebabkan berat badan naik, makanya aku amat risau dengan fakta tu.

Perjalanan bariatrik aku terganggu dengan masalah kesihatan wanita yang aku alami. 


Setengah kilo aje?? 



18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg

Aku lebih risaukan berat naik..tapi mujurlah turun juga sikit. Aku kena habiskan Duphaston selama 6 minggu.  Harapnya..10hari akan datang, berat boleh turun sampai 93kg. 

Genab jugalah 190 hari tanpa nasi. Doalan aku terus istikhomah.

Selamat berpuasa.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...