Sabtu, 15 Disember 2018

AYAM CENDAWAN SHITAKE

Assalamualaikum

Tak taulah ni resepi Jepun ke apa. Rasanya orang Jepun pun tak masak macamni. Aku  main campak-campak je..sedap juga. Jom try. 


Bahan-bahan;
5 ketul isi ayam - potong sedang
10 biji cendawan shitake - hiris nipis (beli je yang dalam tin kalau tak jumpa yang fresh atau kering)
3 ulas bawang merah -cincang
4 ulas bawang putih -cincang
2 inci halia -potong batang mancis
Daun bawang
3 camca sos tiram
5 biji cili padi
3 camca tepung jagung -bancuh dengan 1/2 cawan air

Cara-cara;
Tumis semua bawang dan halia, masukkan ayam,  masak sebentar, masukkan cendawan. Masak lagi dalam2 -3minit,masukkan sos tiram dan garam,air tepung jagung dan kacau sampai kuah didih. Akhir sekali masukkan daun bawang dan cili. SIAP..senang aje kan?





Nilah gambar masakan siap aku yang paling tak senonoh..gambar hidang takde. Tak sempat hidang suami aku dah kaut masuk dalam pinggan nasi dia. Huhu

Jumaat, 14 Disember 2018

BUNGA LABUCI MANIK TABUR - 10

Assalamualaikum.

Teruknya tahap malas aku ni. Godek-godek henphone jumpa gambar jahitan 2016. Basi dah pun. Tapi harini baru nak upload. Dihujung tangan aku buat bunga labuci dan taburan manik dan dibawah baju hanya tabur pearl aje sikit-sikit.



Ditangan baju

Di bawah baju.

Dah..itu je yang aku jumpa..jumpa lagi nanti aku share lagi. Bukan apa, ada gambar yang hilang dek kerana handphone rosak..gambar tu save kat memori phone..bukan SD card. 

Ok.jumpa next entri.

Adeuss!!

Khamis, 13 Disember 2018

PEARL TABUR - CRUMBLE 36

Assalamualaikum

Ada 1 lagi gambar terperam dalam memori kad. Tahun 2016 punya baju. Tahun aku keluar masuk hospital. Menang pencen sekejab dari menjahit. Jahit juga sebab kesian kat orang. 

Pearl crumble jadi pilihan.. nak sweet-sweet gitu..so inilah hasilnya.




Itu sajalah yang nak dikongsikan. Kekangan masa dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Semoga design-design aku ini menjadi sumber inspirasi kepada beaders lain.

Rabu, 12 Disember 2018

BUNGA 3D - 2

Assalamualaikum

Memenuhi permintaan customer nak bunga-bungaan meriah katanya. Pening juga aku memikir..akhirnya dapatlah idea.

Ini pertama kali aku jahit design yang macam ni. Biasanya aku akan susun labuci atau sulam manik menjadi kuntuman bunga. Tapi kali ni, customer nak bunga kain sekutum-sekuntum. Aku turutkan..dan alhamdulillah dia suka.


Hanya ditangan sahaja

Meriahkan..sekebun cinta nan berbunga namanya. Asalkan memenuhi kehendak customer dan dia happy..aku pun happy.


Selasa, 11 Disember 2018

MANIK SIMPLE - 14

Assalamualaikum

Berkongsi 1 lagi design simple untuk baju anak dara customer aku ni. Nak simple-simple aje. 3 jam siap aku jahit.

Taknak tulis banyak..jom tengok.


Ok..simple kan?
dah siap!

Isnin, 10 Disember 2018

MANIK SIMPLE - 13

Assalamualaikum

Kisah benar..aku dah lama tak cerita apa-apa pasal jahitan manik. Sejak berpindah balik dari Langkawi ke Alor Setar, tugas dan beban di pejabat baru sangat banyak. Balik rumah aku tersangat letih. Dan aku tak mampu nak terima tempahan manik banyak-banyak.

Lagi pulak, banyak perkara lain yang aku nak bagi tumpuan. Tidaklah bermakna aku lupakan terus kerja seni yang dah sebati dalam hidup aku sekian lama.

Trend dan design pulak dah banyak berubah. Dan sekarang aku harus mengejar trend yang dah lama lari jauh meninggalkan aku.

Ada aku terima beberapa helai sekadar memenuhi kelapangan masa yang ada. Bukan macam dulu, untuk raya sahaja aku mampu dapat lebih dari RM1500.

Buat pertama kalinya sejak lebih 2 tahun, aku kongsikan beberapa helai baju yang aku dah manikkan sebagai ingatan aku sendiri dimasa akan datang.

Baju ini, baju customer lama aku yang lama-lama dah jadi kawan. Dia nak yang simple aje. Makanya aku yang ketandusan idea ni pun mereka-rekalah kelainan yang aku sendiri tak pernah buat..jahitan ala-ala Pua Kumbu.




Jahitan hanya pada tangan jubah sahaja. Punyalah siksa nak jahit..bukan sebab susah..tapi sebab mood dah kelaut. Tertinggal di tengah laut Langkawi barangkali. 

Ahad, 9 Disember 2018

HOBI LAMA KEMBALI

Assalamualaikum.

Masa budak-budak dulu, aku suka melukis. Masa sekolah pun hobi tu masih ada. Esok paper BM SPM..malam tu aku melukis gambar motor.

Habis study dan mula kerja, aku dah tak ada masa nak melukis. Sibuk. Balik kerja dah letih, sibuk menjahit manik lah..bungkus cheese lah.. banyak benda nak buat.

4 bulan lepas, tiba-tiba anak aku mintak aku lukiskan kartun Boboi Boy..dah lama tak menyonteng ni, tangan pun dah lari alignment!

Baru-baru ni, dengan tak semene-mena suami aku pergi beli motor SYM GTS 200.. hobi dia kata. Amboi..aku cakap, aku pun ada hobi jugak dan aku mintak dia payung kos hobi aku. Nak tak nak dia kena payunglah..kalau tak aku membebel la tiap kali tengok motor tu.

Apa aku beli?? Ni dia..
Arto Sketch Book A4, BA dan A3
A4 Glossy Paper
Colour Pencil Luna Staedtler 
Water Colour Pencil Luna Staedtler 
Mars Lumograph Pencils Staedtler 
Pigment Liner Staedtler 
Buncho Oil Pastels

H&B Sketching Set

Semua ni aku beli di Shopee lepas aku survey mana yang harga patut.

Dan lukisan pertama yang disiapkan..potret adik aku..kebetulan 14 Oktober lepas hari lahir dia..aku lukis untuk hadiah kat dia. 

Betullah kata orang..bakat perlu digilap dan diasah. Tengoklah apa jadi.. sebab dah lama tak gilap dan asah..maka ianya pun berkarat. Mampu 80% je sama dengan gambar contoh. 

Ada masa lapang nanti, aku menyonteng lagi. Sekian untuk hari ni.

Adeuss!!



Sabtu, 8 Disember 2018

HOBI PELIK -PART 2

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan.. 1 lagi benda yang aku simpan dan tak tahu nak buat apa. Nak bagi kat orang..sayang..nak buang? Lagilah sayang. Maka duduklah diam-diam dalam kotak.

Bekas jamu Herba Maharani

Aku mula kumpul bekas ni mulai tahun 2006 macam tu. Masa tu jamu Herba Maharani masih baru dipasaran. Dan aku cubalah makan. Nak beli selalu tak boleh. Mahal berdengung. Makan pun jimat-jimat.

Aku makan dalam 1 tahun..tak nampak pun apa kesan dia..so aku stop. Sekarang ni nampaknya dah ada orang jual balik. 

Bekas-bekas ni cantik. Tu yang aku simpan sampai sekarang..Itulah dia hobi aku yang pelik..simpan benda yang tak ada faedah pun.

Jumaat, 7 Disember 2018

HOBI PELIK -PART 1

Assalamualaikum.

Semua orang ada hobi..yakni kegemaran. Aku ni ada 1 hobi..tak taulah boleh diklasifikasika  sebagai hobi ke apa.. sebab kalau hobi maksudnya kegemaran untuk mengisi masa lapang.

Masalahnya sekarang..perkara yang aku buat ni, tak isi masa lapang pun..tapi aku tetap buat. Apa yang aku buat? Aku suka kumpul benda. Kalau masa budak-budak dulu aku suka kumpul setem. Ada jugak faedah..tapi yang ni..aku pun tak tau apa faedahnya.

Benda pertama aku kumpul yang aku nak tunjukkan ialah..
Botol Safi Rania Gold

Aku pengguna tegar Safi Rania Gold hampir 4 tahun sejak 2011 hingga 2014. Tapi silap aku..gatal sangat tukar skin care..pakai Wonder Glow..krim timbang kilo rupanya. Habih jahanam muka aku. Aku stop dan aku tak pakai apa-apa skin care sejak dari tu.

Banyak botol yang aku ada..semuanya masih ada dalam simpanan. Apa nak buat pun tak tahu..nak buang,rasa sayang pulak..pelik kan?

Agaknya sebab nama dia Gold kot..emas..mana lah tau boleh buat harta karun 不不不不不.

Ok. Esok aku kongsikan 1 lagi hobi pelik aku.

Adeuss!!!

Khamis, 6 Disember 2018

GAJET DAPUR : HAND BLENDER

Assalamualaikum

Gajet seterusnya.. mula-mula tu aku dah beli hand chopper  aje. Pakai tak lama..lingkup! Nak try pulak Mini Chopper/Meat Grinder. Bila survey kat Lazada dan Shopee, yang tak ada brand pun RM40-RM50. Bila fikir-fikir balik, benda ni memang nak guna hari-hari.. dan dengan hanya tambah RM50 lagi, aku boleh dapat gajet lain yang ada warranty dan berjenama.

Akhirnya aku buat keputusan untuk beli Hand Blender jenama Khind. Untungnya gajet ni, bukan setakat ada fungsi chopper, fungsi mixer dan blender pun ada.

Aku beli di Shopee setelah puas survey, inilah yang termurah. Harga ditawarkan RM100 tapi aku dapat Promo Voucer dan Free Shipping , harga dibayar RM93 aje. So kalau korang jumpa yang lebih murah dari ni, eloklah beli sebab harga tu dah cukup murah.

Harga terkini, tapi tak ada Promo Voucher lagi.

Bestnya brand Khind ni, warranty 2 tahun! Biasanya untuk alat elektrik ni 1 tahun sahaja.

Ini yang ada dalam setiap set. 

Mangkuk chopper tu, blade dia sangat tajam. Dengan 3 kali press button aje, cili dan bawang untuk aku masak sambal dah hancur dengan cantik, tak perlu tambah air untuk kisar. Masak pun cepat sebab tak perlu tunggu air kering. Sekarang ni, untuk buat masak sambal berlado, aku tak perlu tumbuk pakai lesung batu lagi. 

Jug yang tengah tu pulak, suami aku guna untuk blend jus dia. Dan whisker tu, aku guna untuk pukul telur, kacau puding atas periuk dan apa-apa yang memerlukan aku kacau berterusan.

Kalaulah aku dah terbeli chopper/mini blender/meat grinder sahaja dengan harga RM40 tambah pos mungkin dalam RM7 tu.. aku hanya dapat 1 barang sahaja. Sekarang, beli yang ni lagi berbaloi. Lagi berbaloi, suami aku hulur 2keping not RM50..hadiah birthday katanya..不不不

Ok.itu aje untuk harini..

Adeuss!!!


Rabu, 5 Disember 2018

GAJET DAPUR : NICER DICER

Assalamualaikum.

Harini kita sembang pasal gajet dapur lagi..alat bantuan untuk percepatkan kerja masak memasak.

Kali ni cerita pasal alat memotong, mendadu, menghiris dan segala me..

Nama benda ni Nicer Dicer. Ada banyak jenis kat pasaran. Yang mahal, yang murah, yang fungsi hanya untuk slice sahaja.. ada yang untuk dice sahaja.

Yang aku ada ni sesuai untuk semua. 



So far, pada aku oklah. Sebab mata dia tajam juga. Untuk parut boleh..potong biasa, dadu, nipis. 

Harga tak mahal mana..jangan tertipu beli yang harga kalau lebih RM30 sebab kat Shopee dan Lazada ada yang jual belas-belas ringgit sahaja..patut padan aje nak beli pun. Sebab barang ni made in china je pun..so faham-faham ajelah berapa harga yang sepatutnya. 

Pada aku, barang yang bukan elektrik, lebih baik beli yang murah. Tak rugi pun kalau rosak. Kalau barang elektrik, ya.. memang aku utamakan brand. Sebab faktor harga yang sebolehnya aku tak nak keluar duut 2-3kali.

Ok, itu aje perkongsian aku untuk harini..

Adeus!!!

Selasa, 4 Disember 2018

GAJET DAPUR : PREASURE COOKER

Assalamualaikum

Selalu cerita pasal menu..resepi ..tapi tak cerita pulak pasal alat bantuan di dapur  AKA.. gajet dapur. Bagi isteri berkerja macam aku, memang perlu benda-benda ni semua. Nak-nak lagi, suami pulak jenis yang makan tak banyak komplen, lagi rajin pulak rasa nak jamu macam-macam menu.

Untuk entri pertama pasal gajet dapur, aku nak cerita pasal periuk tekanan atau bahasa mudahnya Preasure Cooker atau dipendekkan sebagai PC Kat Malaysia ni terkenal dengan PC jenama Noxxa. Aku yang bergaji 3k pun aku dah rasa macam mahal. Hasil masakan sama aje kan? 

So, aku memilih yang lebih murah, padan dengan harga, fungsi yang lebih kurang sama. Value for Money kata orang kampung aku. Aku riki punya riki..jumpa 1 brand nama Ewant. Aku beli di Lazada dengan harga RM177 free shipping.

Tak pasti pulak kenapa dekat gambar tu dia tulis No Warranty, tapi ada warranty 12 bulan.Gambar ni dari list item  akaun lazada aku.  Beli pun dah lama, Disember 2017.

Harga terkini RM189. Harga ni naik turun ikut suka dia je. So , sesiapa yang boleh beli bawah dari RM177(harga aku beli) tu dah kira murah sangat dah tu.

Ada 3 warna.. walaupun blog aku nama pen BIRU.. tapi bab barang aku suka MERAH. PC ni ada 2 saiz, 6liter dan 12liter. Beli yang 6liter cukuplah.

Antara fungsi PC ni. 

Ni semua ada dalam set PC

Ni PC aku. Banyak berjasa dan tak pernah meragam lagi.

Apapun, nak beli apa sekali pun, fikirlah fungsi dan bajet yang kita ada. Jangan kerana nafsu, nak ikut trend, nak tiru kawan, nak lawan jiran, kita berhabis duit beribu-ribu sedangkan kita boleh beli benda yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

PC aku contohya, nak rebus sup tulang 1, timer dia akan set auto. 40minit. Memang lembut tertanggal daging dari tulang. Sup kaki ayam, 20 minit aje. Cuma PC ni ambik masa untuk panas dalam 5-10minit. Oklah.Jimat dah gas nak rebus berjam-jam.

Pepatah melayu, alah membeli menang memakai..pada aku dah tak relevan untuk sesetengah perkara. Bagi aku..biar menang membeli dan menang memakai. Beli mahal-mahal tapi kalau dah memang pemalas, apa pun tak guna. Last-last berhabuk jua periuk tu atas rak. Paling sedih..beli branded, bayar secara kutu.. ada yang monthly installment..tiba-tiba resepi nak masak sup pun tak tahu..camne tu? 

Harus diingat, benda ni hanya alat sahaja. Ada macam-macam jenama dan harga. Apapun..Ukur baju dipadan sendiri.

Adeuss!!

Isnin, 3 Disember 2018

SI KAKI GAJAH : ADIDAS GALAXY 4 MEN TRAINERS

Assalamualaikum.

Siksanya berkaki gajah..kesukaran teramat-amat kalau nak mencari kasut. Terutama kasut bertutup tak kisahlah high heel atau sneakers.

Hari ni aku nak kongsikan sedikit review pasal kasut Adidas yang aku beli. Puas aku google cari review, susahnya nak jumpa. Kalau ada pun dalam English atau Bahasa Indonesia.

Kaki aku ni panjang dalam 26.5cm(10inci) dan lebar 10cm(4inci) lebih kurang. Bila aku google, kebanyakkan mencadangkan kasut New Balance sebab ia memang sangat sesuai untuk kaki kembang atau lebar. Bila aku tengok harga..boleh tahan kembang jugak kepala aku memikir.

Aku beralih kepada kasut Puma. Puma pun tak banyak review untuk model-model yang lebar. Lebih sesuai designnya untuk kaki narrow. Kaki lebar atau Wide Feer dalam bahasa kasut adalah 2E atau 4E untuk yang bapak lebar. Lepas tu aku cuba survey Nike pulak..yang ni banyak juga yang lebar ...harga pun selebar kasutnya. 

Hampir 2 minggu aku mencari. Aku cuba email terus kepada Adidas, dan jawapan yang aku terima, dia cadangkan  aku cuba model Pureboost atau Alphabounce.. dahsyat dia punya cadangan..memang kopak punya harga.

Aku pun riki-riki yang buat perbandingan sendiri. Dan aku dapati Galaxy 4 Men Trainers yang agak lebar dan design dia memang kena taste aku.

A : Galaxy 4 Trainers
B : Duromo 9 Trainers
C : Energy Cloud 2 Charcoal
D : Energy Cloud 2 Navy
E : Duromo 9 Ld91
F : Duromo 5 Running
G : Duromo Lite 2 Trainers
H : Fluidcloud Amb Running


Malas dah nak taip..korang boleh tengok video review aku ni.

Adidas Galaxy 4 Running

Adidas Galaxy 4 Trainers

Kasut yang aku beli ni ada 2 variasi. Running dan Trainers. Harga Running lebih murah dari Trainers. Beza warna tali, tapak, stripe dan belakang kasut. Itu je. Entah kenapa hati tak berkenan Running, pejam mata beli juga yang Trainers, takut kang,balik rumah menyesal dan teringat-ingat pulak Trainers kalau aku beli Running. 

Kasut jenis running biasanya sesuai untuk yang tapak kaki biasa, tapi trainers lebih sesuai untuk tapak kaki penuh.. nak tau biasa ke penuh, basahkan kaki dan pijak simen..

Pic credit to : Richardson Piodatry Center


Itu je review untuk kasut yang aku beli harini. So kepada yang bekaki gajah macam aku..jangan sedih, ada je kasut stylo yang muat dengan kaki kita.. jangan biar orang hina kaki gajah kita ni..sebab orang tak tau, kaki gajah ni kalau hinggap kat muka,boleh meninggal.

Ok..sekian, adeuss!!

Ahad, 2 Disember 2018

SARDINE PUFF ASAL BOLEH

Assalamualaikum

Ini pun salah 1 kegemaran aku. Biasa beli je kat kedai.. tapi kali ni nak try buat sendiri. Kebetulan jumpa kulit puff, lagilah mudah kerja. Aku tak pandai buat kulit puff ni..tak kena cara, terbuang aje tepung nanti.

Puff ni berlagak sikit sebab aku letak cheese mozarella. Tak letak pun tak apa, saja aku yang mengada-ngada. Jom tengok resepi;

Bahan-bahan;
1 tin kecil sardin
3 ulas bawang merah -cincang
3 ulas bawang putih -cincang
1 biji kentang -dadu 
1 labu bawang holland -cincang kasar
1 ketul cheese mozarella - potong memanjang
Kulit pastry puff

Cara-cara;
1. Tumis bawang-bawang hingga layu dan masukkan kentang. Masak hingga kentang lembut.
2. Masukkan sardin dengan kuah,perasakan dengan garam.
3. Masukkan bawang holland dan kacau hingga kuah sardin sedikit kering.
4. Lenyek-lenyekkan ikan sardin dan letak atas kulit puff dan letak cheese 1 potong. Tekan keliling kulit puff dengan garfu. Kelar sikit kulit puff dengan pisau.
5. Bakar dengan suhu 200°c selama 15minit.. siap!


Puff aku gemuk-gemuk semuanya.. inti taruk lebih. Puas hati makan sebsb yang beli biasanya inti bawang je lebih..nasib tak baik, dapat inti oksigen! 

Sabtu, 1 Disember 2018

POPIA CARBONARA CHEESE

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku nak tergelak jugak dengan rakyat Malaysia ni. Punyalah suka cheese mengalahkan mat saleh. Habis semua benda makan nak bubuh cheese. Aku rasa kalau diorang tahulah betapa taksubnya orang kita dengan cheese, nescaya diorang akan tepuk dahi.

Aku ni tak lah taksub sangat walaupun aku sendiri dah hampir 9 tahun jual Jalapeno Cheese Powder. Cuma kali ni, aku nak try la macammana rasa popia taruk cheese. Maka aku pun try buat dengan resepi yang aku hentam saja dan olah sedikit sebanyak.

Bahan-bahan;
Kulit popia
1 tin sos Carbonara Mushroom
10 biji cendawan butang (dalam tin)
1/2 batang karot -dadu
1 biji kentang -dadu
2 ulas bawang merah -cincang
4 ulas bawang putih -cincang
1 ketul dada ayam -cincang
1 ketul cheese mozarella -potong memanjang macam funfries)
Sedikit oregano
1biji telur- ambil putih sahaja

Cara-cara;
1. Tumis semua bawang sampai layu, masukkan isi ayam,kentang dan karot.
2. Masukan cendawan dan sos catbonara. Tambah 1/2tin air dan masak hingga sebati.
3. Percikkan oregano dan perasakan kuah. Masak hingga agak kering.
4. Atas kulit popia, letak inti yang dah siap tadi, letak 1 potong cheese dan gulung seperti biasa. Lekatkan kulit popia dengan sedikit putih telur( guna sebagai gam)
5. Goreng dengan minyak yang betul-betul panas dengan api sederhana.Siap! 


Punya tak sabar nak makan..kena pegang dengan tisu,panas punya pasal.
Sedap jugak weh..layan..

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...