Memaparkan catatan dengan label Menu Masakan Jawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu Masakan Jawa. Papar semua catatan

Khamis, 11 Mac 2021

SAMBAL GORENG JAWA

 Assalamualaikum

Dakam tengah berdiet ni, aku ketandusan idea nak masak apa dan nak makan apa. Dah muak juga rasanya makan ikan,ayam yang direbus, kukus dan bakar. Akhirnya, bagi memudahkan kerja untuk aku hanya masak 1 lauk tapi boleh dimakan oleh semua orang maka aku pun buatlah Sambal Goreng Jawa.

Suami aku kan orang jawa. Aku tak pernah sempat kenal dengan mentua. Kedua-duanya dah tak ada sebelum aku kenal dengan suami. Maka aku berguru dengan google.

Kalau ikutkan, bahan dalam sambal goreng ni, ada yang letak hati, paru, ada juga yang letak ayam. Tapi untuk hari ni aku letak daging dan tak ada kacang buncis atau kacang panjang sebab merata suami cari, boleh pulak tak ada.

Ini resepi aku, cara aku..kalau tak sama..jangan komplen pulak ye.

Bahan-bahan;
Segenggam daging hiris nipis
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang bawang putih
1 inci belacan
Udang segar (anggaran 15 ekor saiz besar. Boleh ganti udang saiz kecil)
1 cawan ikan bilis
Soun
Sayur fucuk
1 keping tempe
2 ketul tauhu
1 cawan isi petai
1 batang karot
Sedikit kobis hijau
15 biji cili padi
Sedikit kicap (masin/manis boleh aje)

Cara-cara;
1. Goreng tempe,tauhu dan ikan bilis hingga garing dan ketepikan
2.Goreng udang sebentar sahaja dan ketepikan
3.Gorengkan daging hingga masak dan ketepikan(masukan sedikit garam ketika menggoreng)
4. Baki minyak, tumis bawang merah, bawang putih seketika dan masukkan belacan serta sedikit air. Boleh tambah santan santan, tapi untuk kali ni, tak guna santan ye.
5.Masukkan sayur fucuk,karot dan semua bahan yang digoreng tadi, petai dan soun.
6.Akhir sekali masukkan kobis, renjis kicap (ikut suka lah nak banyak atau sikit) dan perasakan garam gula secukup rasa. Siap

Derhaka sikit resepi ni. Sebab aku tak letak santan dan kacang buncis/panjang dan juga cili merah. Apapun..Alhamdulillah..kena dengan tekak jawa suami. 

Laju dia makan dengan nasi..dan aku..makan macam tu aje..macam makan kerabu .. sedap betul lama tak makan petai.

Yang kelakarnya, esoknya aku dikejarkan ke KMC sebab sakit dalam perut sebelah kiri tiba-tiba. Rupa-rupanya sakit belakang pinggang kiri selama lebih 1 tahun yang aku alami ..petanda aku ada batu karang..mujurlah masa ambik urine test bau petai dah hilang..hahahah..kalau tak..naya ooo.




Selasa, 28 Mei 2019

MASAK LEMAK CILI PADI KULIT LEMBU

Assalamualaikum.

Selera jawa suami ku cuba aku penuhi. Salah satunya adalah kulit lembu. Tak kisahlah masak apa pun  tapi kulit lembu sangat sukar diperolehi terutama di negeri yang masyarakat jawanya adalah minoriti.

Mujurlah kakak ipar aku dan suaminya mengusahakan kulit lembu ready to cook ni.. apa lagi memboronglah aku beli untuk dimasak.

Nak masak sambal tahun,belum lagi aku sempat. Sibuk betul bulan puasa ni. So aku buat masak lemak cili padi aje. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan ;
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cawan cili padi
Kunyit hidup besar ibu jari
*** blend semua bahan ni.

1mangkuk kulit lembu (siap rebus)
2 cawan santan
2 keping asam keping/gelugur
3 helai daun kunyut- mayang nipis
2 batang serai diketuk
Garam, gula perasa sesedap selera

Cara-cara ;

1. Rebuskan kulit lembu sampai betul-betul kembang dengan serai.
2. Bila kulit lembu dah masukkan asam keping dan bahan blend. Renihkan sebentar
3. Masukkan santan, daun kunyit dan perasakan ikut selera. Siap! Kalau ada petai, boleh je nak masuk sekali.

Ini yang aku letak petai

Ini yang takde petai.. 

Ok..itu aje..resepi pertama aku share dibulan puasa yang tinggal berapa hari lagi nak berakhir..

Khamis, 7 Mac 2019

SAMBAL TOTOK JAWA KEPALA BATAS

Assalamualaikum

Kerajinan masak tu sesekali je datang. Ini kira menu malas aku tapi kesian kat suami. Sesekali buatlah menu yang kaum kerabat dia makan. Sambal totok jawa versi pemalas ya Robbi.



Bahan-bahan;
Segenggam ikan bilis
10 biji cili merah
Segenggam cili padi..nak pedas taruk lebih
4ulas bawang merah
1labu bawang besar
5ulas bawang putih 
1 inci belacan
3 biji limau nipis-perah air
Garam gula secukup rasa

Cara-cara;
1. Goreng bilis sampai garing dan ketepikan
2. Goreng semua bahan sampai layu 
3. Masukkan semua bahan dalam chopper/blender.. tekan 3-4kali..perasakan..siap!


Eh...malaslah aku nak tumbuk lesung bagai..tak kuasa. 

Khamis, 3 Januari 2019

PECEL TALAPIA

Assalamualaikum

Melayan selera makan suami yang sangat pekat jawanya.. tapi tak pernah pulak dia cakap jawa dengan aku.

2-3hari disebut-sebut nak makan pecel. Tapi nak pecel talapia pulak. Aku layankan ajelah.

Bahan-bahan ;
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
20biji cili padi
Kunyit hidup besar ibu jari
3-4biji ubi cekur (takde pun ok je)
*** blend semua bahan ni.

1 ekor ikan talapia (aku pilih yang besar 2tapak tangan)
3 cawan santan
2-3 keping asam keping/gelugur
7-8 helai daun cekur- mayang nipis
Garam, gula perasa sesedap selera

Cara-cara ;

Gaul ikan dengan garam kunyit,goreng ikan  dan ketipikan. Masukkan semua bahan (kecuali ikan, dan daun cekur) ke dalam periuk, tambahkan sedikit air, agak-agak je untuk kuah, dan hidupkan api dapur anda. Kacau-kacau..bila dah didih masukan daun cekur, garam gula perasa sesedap rasa..didihkan. Tuang kuah atas ikan yang siap digoreng tadi. Siap!

Sebenarnya tak la kuning sangat..flash kamera lebih ni..

Menu peneman pecel..

Ok..itu aje untuk harini..



Adeuss!!

Jumaat, 26 Oktober 2018

RESEPI MASAKAN JAWA : LONTONG

Assalamualaikum.

Sinonim dengan raya..lontong atau sayur lodeh adalah kegemaran suami. Setiap kali raya aku akan buat untuk dia..tanda kasih untuk suami yang dah tak ada mak ayah untuk berhari raya.

Hari ini aku kongsikan resepi lontong cara aku. 

Bahan-bahan;
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 camca udang kering(lagi banyak lagi bagus)
***blend semua bahan ni

1/4 ekor ayam (aku derhaka bab ni..sorry..biasanya orang tak letak pun..)
Udang kecil anggaran 1 cawan
1 liter santan sawit

2 biji kentang
1 biji ubi sengkuang (besar penumbuk)
1 batang karot
***potong macam funfries..memanjang
5-6 btg kacang panjang
Kobis anggaran 1 mangkuk
2 keping tauhu
2 keping tempe
1 pek Pucuk dan soun
1 kiub ayam

Cara-cara;
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan blend sampai naik bau,masukkan ayam dan 2 cawan air,masak sampai didih.
2. Masukkan ubi-ubian dulu dalam 2-3minit baru masukkan lain- lain rencah.
3. Masukkan santan,pucuk dan soun serta udang kecil. Perasakan garam dan masukkan kuib ayam.

Hidangkan atas nasi himpit dan sambal ikan bilis atau kuah kacang. 





Gambar kurun bila ntah..belasah aje lah.

Ada orang buat lontong letak terung..aku tak berapa suka terung..tapi aku biasanya letak pucuk dan soun bagi lebih.

Biasanya untuk memasak benda bersantan,aku gunakan santan sawit sebab tak ada kolesterol dan susah nak basi..kecuali masak rendang aje aku gunakan santan asli..pasal rendangbtak sedap kalau santan tak pecah minyak. Itulah tips aku. Tak ada orang ajar pun..aku yang try sendiri..

Oklah..esok kita cerita resepi lain pulak.

Adeuss!!

Khamis, 25 Oktober 2018

RESEPI MASAKAN JAWA : PECEL LELE

Assalamualaikum

Mula-mula dengar nama menu ni..soalan pertama aku tanya dengan suami..lele tu apa? Oohh..rupanya lele tu ikan keli 😂. Kiranya ikan keli masak pecel.. bila aku tanya..pecel tu apa? Masak lemak daun cekur.. amboi..panjangnya translate dia ye.

Suami aku memang hantu ikan keli. Aku je tak berapa suka. Seram tengok kepala dia..tapi sebab suami suka makan maka aku pun terpaksa masak.. tambat selera suami kononnya..Resepi aku ni versi derhaka ...sebabnya mana nak cari keli salai kat Kedah ni. Tak sempat salai dah kena goreng!

Bahan-bahan ;
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 cawan cili padi
Kunyit hidup besar ibu jari
3-4biji ubi cekur (takde pun ok je)
*** blend semua bahan ni.

4-5 ekor ikan keli ( patutnya yang salai,tapi aku belasah goreng je..letak garam kunyit dan goreng)
3 cawan santan
2-3 keping asam keping/gelugur
7-8 helai daun cekur- mayang nipis
1 mangkuk pucuk ubi kayu direbus dan hiris nipis - ni yang aku cakap resepi derhaka..tak letak pun tak pe..saja aku suka menyusahkan diri
Garam, gula perasa sesedap selera

Cara-cara ;

Masukkan semua bahan (kecuali ikan, daun cekur dan pucuk ubi kayu) ke dalam periuk, tambahkan sedikit air,agak-agak je untuk kuah, dan hidupkan api dapur anda. Kacau-kacau..bila dah didih baru masukkan ikan, daun cekur dan pucuk ubi kayu, garam gula perasa sesedap rasa..didihkan. Siap!

Ada yang suka tumis dulu..aku pulak buat ikut suka dan suami cakap sedap..oklah kalau dia sedap.
Tengok..derhaka punya pasal, meriah pulak pecel aku dengan rimbunan daun..sabor je lah.

Ok..itu aje untuk harini..

Adeuss!!

Rabu, 24 Oktober 2018

RESEPI MASAKAN JAWA : SAMBAL TAHUN

Assalamualaikum.

Sementara mood berblog dah kembali..aku nak penuhkan dulu dengan resepi yang aku dah cuba. Minggu ni semua resepi masakan jawa. Walaupun aku anak jati Kedah, tapi bagi memenuhi selera suami, aku belajar masak semua menu orang jawa.

Alhamdulillah..kena dengan selera suami. Harini aku nak kongsi resepi Sambal Tahun. Mula-mula dengar pasal Sambal Tahun ni,aku pelik juga. Kenapa nama dia Sambal Tahun? Mengikut cerita suami aku, sambal ni lagi lama lagi sedap..lagi panaskan..lagi sedap. Umpamanya setahun pun sedap..entahla betul ke tidak yang dia cerita tu. Maka aku pun berguru dengan google dan cuba masak..

Bahan-bahan;
Setengah kilo lengkuas(agak-agak je ye) hiris nipis-nipis dan rebus
1kg kerang (rebus dan ambik isi)
1 cawan udang kering (kadang-kadang aku belasah udang hidup jer)
1 cawan ikan bilis (tak letak pun tak pe. Saja aku mengada-ada)
1 mangkuk cili padi(cili kampung/burung lagi best)
1 inci belacan
1/2 cawan  air asam jawa 
4 labu bawang besar -blend
10 ulas bawang merah-di mayang
1 labu bawang putih-di mayang
2 cawan santan (aku guna santan sawit)
Garam, gula perasa sesedap selera

Cara-cara;
1. Tumis semua bawang yang dimayang dan belacan lepastu masukkan bawang besar yang diblend.
2. Masukkan semua bahan dan sedikit air kecuali santan(sekali jalan je aku harung) .
3. Akhir sekali masukkan santan dan garam gula sesedap rasa..masak dengan api sederhana.

Biasanya aku biar dia atas kuali bagi lama sikit biar dia masak slow-slow.

Yang ni aku guna udang fresh

Yang ni aku guna udang kering

Kata suami aku..lagi banyak cili lagi sedap. Guna cili api/kampung/burung yang kecik-kecik tu lagi sedap. Lagi pedas..lagi sedap dia kata. Kalau letak kulit lembu lagi umph katanya...manalah aku nak cari kulit lembu kat Kedah ni..huhu.

Aku memang tak pernah makan Sambal tahun ni,so tak tahu rasa sebenar macam mana. Tapi bila suami rasa yang aku masak ni dan dia kata ok..so..ok lah kot..aku bukan orang jawa..mana aku tahu 🤣🤣🤣

Ok..itu ajelah untuk kali ni..

Adeuss!!!

Selasa, 23 Oktober 2018

RESEPI MASAKAN JAWA : AYAM UNGKEP

Assalamualaikum.

Harini kita cuba menu wong jowo lagi. Untuk resepi kali ni,sukatannya aku main agak-agak je..so terpulang pada citarasa masing-masing.

Bahan-bahan;
1 ekor ayam
2 camca besar serbuk ketumbar
2 camca besar jintan putih-tumbuk lumat
2 camca besar jintan manis-tumbuk lumat
1 sudu teh serbuk kunyit(kalau ada kunyit hidup lagi sedap)
***semua ni perap dengan ayam

3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
10-15tangkai cili padi
***semua bahan ni blend halus

3batang serai-dititik
2 keping asam keping/gelugur
Setengah keping gula melaka(ganti gula pasir pun ok je)
Garam dan perasa sesedap selera.

Cara-cara;
1. Tumis semua bahan yang diblend sampai pecah minyak.
2. Masukkan ayam yang dah di perap.(Kalau tak nak perap pun tak apa,masuk je semua)
3. Akhir sekali masukkan serai,asam keping,gula melaka dan garam.Kalau nak letak santan pun ok..tapi bila dah letak santan dah kira resepi derhaka..ok.


Ok..selamat mencuba.

Adeuss!!

Isnin, 22 Oktober 2018

RESEPI MASAKAN JAWA : PUNTEN

Assalamualaikum..

Tambat selera suami..itulah misi aku. Aku tak berpeluang kenal dengan mentua..tak sempat pun berjumpa.. Aku tak tahu apa makanan kegemaran suami yang mak mentua aku sediakan masa dia kecil dulu. Atas inisiatif sendiri, aku belajar. Bergurukan video youtube dan google..alhamdulillah..aku dah mahir sediakan beberapa jenis menu wong jowo.. jowo Sg.Besar kampung halaman suami.

Harini, aku nak kongsi resepi Punten. Punten ni macam nasi himpit..tapi versi bersantan. Mudah sangat bahannya.

Bahan-bahan;
1 cawan beras
3 cawan santan ( aku gunakan 1 cawan santan pekat+2 cawan air..dan aku gunakan santan sawit yang lebih sihat)
Secubit garam
2-3helai Daun pandan (simpul)
Sedikit kelapa parut (tak letak pun tak apa)
***gandakan kalau nak buat banyak

Cara-cara;
Masukkan semua bahan dan masak macam biasa guna rice cooker . Petik je periuk tu.. masaklah ia. Gunakan senduk untuk lenyek-lenyekkan nasi tadi masa masih panas. Ada yang guna botol (balut dengan plastik) untuk lenyek nasi tu, tapi aku hanya guna senduk aje. Tekan,kaup dan lenyek bagi dia hancur.


Kemudian untuk bentukkan dia, guna senduk nasi(balut dengan plastik). Ceduk nasi dan kaut dari tepi periuk bagi kena badan periuk..baru dia jadi lonjong. Kalau tau reti, masukkan semua nasi dalam loyang yang dilapik daun pisang..mampatkan .Biarkan sejuk baru potong. Boleh juga masukkan nasi dalam acuan kecil.

So far..1st time aku buat, bentukkan guna senduk, alhamdulillah terus jadi.Happy tak terkata.
Sedap makan dengan sambal bilis..atau sambal hijau.

Dari cerita suami aku..punten ni biasanya makan pagi raya..atau majlis kenduri kendara. Sekarang dah boleh makan bila-bila masa saja. 

Ok korang..selamat mencuba ye.

Adeuss!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...