Khamis, 11 Mac 2021

SAMBAL GORENG JAWA

 Assalamualaikum

Dakam tengah berdiet ni, aku ketandusan idea nak masak apa dan nak makan apa. Dah muak juga rasanya makan ikan,ayam yang direbus, kukus dan bakar. Akhirnya, bagi memudahkan kerja untuk aku hanya masak 1 lauk tapi boleh dimakan oleh semua orang maka aku pun buatlah Sambal Goreng Jawa.

Suami aku kan orang jawa. Aku tak pernah sempat kenal dengan mentua. Kedua-duanya dah tak ada sebelum aku kenal dengan suami. Maka aku berguru dengan google.

Kalau ikutkan, bahan dalam sambal goreng ni, ada yang letak hati, paru, ada juga yang letak ayam. Tapi untuk hari ni aku letak daging dan tak ada kacang buncis atau kacang panjang sebab merata suami cari, boleh pulak tak ada.

Ini resepi aku, cara aku..kalau tak sama..jangan komplen pulak ye.

Bahan-bahan;
Segenggam daging hiris nipis
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang bawang putih
1 inci belacan
Udang segar (anggaran 15 ekor saiz besar. Boleh ganti udang saiz kecil)
1 cawan ikan bilis
Soun
Sayur fucuk
1 keping tempe
2 ketul tauhu
1 cawan isi petai
1 batang karot
Sedikit kobis hijau
15 biji cili padi
Sedikit kicap (masin/manis boleh aje)

Cara-cara;
1. Goreng tempe,tauhu dan ikan bilis hingga garing dan ketepikan
2.Goreng udang sebentar sahaja dan ketepikan
3.Gorengkan daging hingga masak dan ketepikan(masukan sedikit garam ketika menggoreng)
4. Baki minyak, tumis bawang merah, bawang putih seketika dan masukkan belacan serta sedikit air. Boleh tambah santan santan, tapi untuk kali ni, tak guna santan ye.
5.Masukkan sayur fucuk,karot dan semua bahan yang digoreng tadi, petai dan soun.
6.Akhir sekali masukkan kobis, renjis kicap (ikut suka lah nak banyak atau sikit) dan perasakan garam gula secukup rasa. Siap

Derhaka sikit resepi ni. Sebab aku tak letak santan dan kacang buncis/panjang dan juga cili merah. Apapun..Alhamdulillah..kena dengan tekak jawa suami. 

Laju dia makan dengan nasi..dan aku..makan macam tu aje..macam makan kerabu .. sedap betul lama tak makan petai.

Yang kelakarnya, esoknya aku dikejarkan ke KMC sebab sakit dalam perut sebelah kiri tiba-tiba. Rupa-rupanya sakit belakang pinggang kiri selama lebih 1 tahun yang aku alami ..petanda aku ada batu karang..mujurlah masa ambik urine test bau petai dah hilang..hahahah..kalau tak..naya ooo.




1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...