Memaparkan catatan dengan label Pokok Sena. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pokok Sena. Papar semua catatan

Khamis, 28 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TAPAK GEOWARISAN BUKIT LAREK

Assalamualaikum

Hari ini kita akan melawat 1 penemuan baru di terdapat di daerah Pokok Sena iaitu di Bukit Larek. Mungkin sebelum ini, penduduk tempatan mengganggap penemuan tersebut hanyalah batu biasa, namun pihak Jabatan Mineral dan Geosains Kedah (JMG) telah memperakui bahawa penemuan pada tahun 1980 itu merupakan batuan hasil enapan rijang yang berusia 293 hingga 290 juta tahun lalu.

pic credit to : www.jmg.gov.my

Rijang adalah batuan dari lautan dalam yang terbentuk hasil pengenapan sejenis fosil mikro radiolaria yang mati dengan tinggalan rangsa silika. Hasil penemuan itu akhirnya telah berjaya diwartakan sebagai Tapak Geowarisan Negeri pada November 2014.


pic credit to : www.jmg.gov.my


Penemuan ini membuktikan kawasan Bukit Larek terbentuk dalam lingkungan marin lautan dengan kedalaman 2 hingga 4 kilometer dibawah aras laut pada suatu ketika dahulu. Batu ini dahulunya sering dijadikan senjata seperti pisau, tombak malah batu permata.

Tapak Geowarisan ini terletak di Kampung Bukit Larek, Pokok Sena. 


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Rabu, 27 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - POKOK SENA

Assalamualaikum

Entri yang agak ringkas hari ini. Kita ke daerah seterusnya iaitu Pokok Sena. Daerah Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009. Menjadi daerah "baru" dan masih lagi belum banyak tempat menarik untuk diterokai. 

Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, keKuala Nerang dan ke Langgar, Kedah. Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.
Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama pokok iaitu 'Pokok Sena' .

Di daerah Pokok Sena ini telah dijumpai 1 khazanah negara yang tidak ternilai harganya dan entri mengenainya akan menyusul.
"Kedah Malaysia..
where it all began"

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...