Selasa, 21 Mei 2019

TAIWAN - PART 12 - YANGMINGSHAN PARK

DAY 6 - 26 MAC 2019
Yangmingshan - Beimen Station - Touyuan Airport

Hari terakhir di bumi Taiwan. Cuaca agak cantik pagi ni. Apapun..tetap agak murung dihati. Kami check-out terus dari hotel pukul 7.30pagi berjalan ke Zhongshan Station. Ambik MRT (Red Line -Tamsui) menuju ke Jiantan Station.


Sampai di Jiantan Station, keluar Exit 1 (Shilin Night Market). Bus Stop untuk ke Yangmingshan adalah disebelah bangunan stesen sahaja. (Tak perlu lintas jalan..alu dah lintas baru perasan..terpaksa lintas balik) Korang akan nampak banyak orang beratur kat situ di koridor stesen sahaja. Jangan risau ada aje petugas yang menunggu disitu dan bila diorang nampak pelancong, diorang memang tahu yang kita nak ke Yangmingshan.

Ada banyak bas ke Yangmingshan. Mana-mana pun boleh. Nombor bas R5, S8, S15. S17 semua ini akan berhenti di Yangmingshan Station. Jarak dari Jiantan Station  hampir 50minit . Tambang  NTD15.

Yangmingshan Station

Sampai di Yangmingshan, cuaca cerah. Cari tempat menunggu bas untuk jelajah kawasan Yangmingshan.


Tempatnya disebelah kanan bangunan stesen tertulis 108 iaitu nombor bas.
Laluan dan nombor bas.

Untuk Yangmingshan, aku hanya pilih 3 buah tempat sahaja untuk melawat. Kalau nak pergi kesemua tempat, kena spend masa 1 hari baru cukup.

Tempat pertama aku nak pergi adalah Xiaoyoukeng iaitu tempat gunung berapi. Dengan menaiki bas 108, kami tiba disana..malangnya kabus tebal gila. Aku pun jalan sajalah sebab dah sampai. Nak ambik gambar pun tak nampak apa sangat cuma bau busuk sulfur dan bunyi macam benda mendidih aje.




Frust gila..kabus tebal sangat memang tak nampak apa-apa





Selesai pusing-pusing, dalam kesejukan menggila dan berkabus sebab malam tadi hujan, kami tunggu bas untuk ke tempat seterusnya.. iaitu Qintiangnang.

Oklah..sambung esok. 

Isnin, 20 Mei 2019

TAIWAN - PART 11 - JALAN-JALAN CARI MAKAN

Assalamualaikum.

Segalanya berubah. itenary yang tersusun cantik tak dapat diikut . Selesai jalan-jalan di Zoo, aku ambik keputusan nak kembali ke Ximending untuk cari ole-ole. Ambik MRT dari Zoo terus ke Ximen Station.





Sini pun masih hujan rintik-rintik. Serius, aku tak tau nak beli apa sebab macam tak best nak pulak. 

Puas kat sini, aku ajak Iera cari restoran halal diseberang jalan menghala ke Main  Station. Dalam perjalanan ke restoren tu, sempat aku mencapap gambar Zhongshan Hall.






Kami ke Ai-Jia Muslim Halal Beef Noodle. Cara mudah nak ke sini, kalau korang dari Ximen Station, cari jalan hala ke Main Station, lorong blok bangunan belakang dari jalan besar. Restoren ni sebelah kanan. Ada 2 buah restoren muslim sebelah menyebelah aje. 



Pada aku..mee kat sini tak adalah sedap mana pun. Selera orang Taiwan agaknya sebab masa aku ke Hong Kong, makan di Ma's Restaurant..sampai hari ni aku teringat-ingat dimsum dia yang sedap gila.



Selesai makan kami menapak berjalan kaki, lintas jalan besar untuk balik ke hotel. Malam terakhir untuk kemas beg sebelum bertolak balik esok.





Disebabkan malamnya rasa boring, aku keluar sekali lagi ronda-ronda cari kedai jual souvenir. Hampa..mujur..mulut yang ramah ni menegur 2 orang warga Indo yang berkerja sebagai bibik di sana masa aku bertembung kali ke2. Aku tanya kat mana tempat jual souvenir..katanya dalam Beimen Station.

Oklah, esok aku cuba cari sebelum gerak balik ke airport.

Ahad, 19 Mei 2019

TAIWAN - PART 10 - NATIONAL PALACE MUSEUM & TAIPEI ZOO

DAY 5 - 25 MAC 2019
National Palace Museum - Taipei Zoo


Assalamualaikum

Kalau ikutkan itenari aku atur dah cantik dah. Patut selepas ke National Palace terus ke Yangmingshan Park sebab dah tak jauh. Apakan daya..hujan. Mujurlah aku dah cekap pasal station MRT. Tukar plan, lepas melawat National Palace Museum, naik MRT terus ke Taipei Zoo sebab jarak jauh . Harapnya bila  jarak jauh, kawasan zoo tak hujanlah.

Ok..semalam aku ada sebut pasal hotel. Apa yang aku marah sangat dengan hotel ni..??? Aku dengan Iera kena gigit pijat wehhh.. habis berbintat tangan dan jari. Aku lah yang paling teruk. Gatal jangan cakaplah. Sampai ke harini..masa dok tengah menaip ni..parut dan gatal tak hilang lagi. Ok.sila BANNED hotel yang bernama KING PLAZA HOTEL.

Jauhi hotel yang tersenarai ni..dah lah jauh gile dari MRT stesen.. bilik yang aku duduk pulak ada pijat


Hari ini masa aku tengah tulis entri 9 mei..parut dan gatal masih tak hilang.. gambar di atas, selepas 2 hari sampai di Malaysia

Berbalik kepada cerita jalan-jalan harini. Dari Zhongshan Station ke Shilin Station (Red Line-Tamsui). Tambang NTD16. Macam mana nak ke muzium ni? Ok baca betul-betul aku nak cerita.

Sampai di Shilin Station, keluar ikut Exit 1..jalan terus sampai hujung.. korang tengok sebelah kanan nampak Watson, dari jauh dah nampak. Lintas sikit kedepan Watson dan belok kanan sikit aje. Kat situ lah tempat tunggu bas. Ada signboard bas kat situ. Takkan sesat punyalah.

Untuk ke National Palace Museum, boleh ambil mana-mana bas yang bernombor 304,255,815 atau shuttle bus 18 dan 19. Tambang NTD15. Jangan risau dalam bas mesin tolong bagitau nama bus-stop. Aku keluar dari hotel pukul 7.30pagi. Dari Shilin Station ke muzium tu  dalam 20minit juga.

Waktu kami sampai hujan mula turun dengan lebat. Aku dan Iera berlari ke 7e seberang jalan muzium.. shopping payung pagi-pagi..

Kawasan muzium ni besar. Kalau tak hujan memang aku nak pergi semua bangunan yang cantik tu nak tangkap gambar. Bila dah jadi macamni, kami tunggu je pintu muzium buka. Beratur dan beli tiket masuk NTD350.








Untuk makluman..aku tak galakkan korang masuk. Rasa macam membazir gile masuk muzium ni. Sangat membosankan dan tak ada apa yang menarik. Nak jalan pun asyik bertembung dengan pelancong China dan Jepun. Kalau korang yang jenis minat muzium..masuklah.. tapi serius aku cakap..haram tak best. Lebih baik korang jalan kat luar tangkap gambar dan blah. 

Disebabkan aku dah masuk..jalan kejab dalam setengah jam..kami blah. Tengah-tengah hujan renyai kami ambil gambar dan turun ke tepi jalan untuk tunggu bas. Jangan risau..bas banyak je untuk balik ke Shilin.

Patah balik ke Shilin Station, ambik MRT (Red Line- Xiangshan) turun di Zhongshan Station untuk tukar train line hijau. Naik MRT (Green Line -Songshan) turun di Nanjiang Fuxing Station. Sampai situ, turun dan tukar train line coklat arah Taipei Zoo.  Tambang NTD32.  Kat sini puas jugak menapak untuk cari train ke Zoo tapi jangan risau, ikut je signboard dalam station tu.











Zoo dia oklah. Kalau ikutkan, zoo ni ada dalam itenari untuk hari terakhir sebelum balik ke Airport. Tapi disebabkan aku taknak buang masa merenung nasib dibasahi hujan, aku pergi jugaklah.Tiket masuk tersangatlah murah NTD60 aje..boleh tengok kakmah.. eh..panda huhuh

Waktu kami masuk, orang tak ramai lagi..hujan jugak weh..tapi gerimis aje. Aku dan Iera lepak kat Mc D sebelah kiri dan buka Kembara Meal. Iera pergi beli air untuk minum. Selesai makan kami pun jalan-jalan ..hujan mula lebat dan sempatlah kami masuk ke tempat panda.

Tak boleh lama...dah kena halau..jibbon betul. Kat sini ada gift shop. Apalagi, aku pun menyopping la apa yang patut untuk dibawak balik. Jam baru pukul 12..apa nak buat..awal lagi..nak ke Yangmingshan...kompom lah hujan..so tukar lagi itenari..nak cari FM dan makan mee halal.. 

Bersambung

Sabtu, 18 Mei 2019

TAIWAN - PART 9 - TAMSUI - NINGXIA NIGHT MARKET

Assalamualaikum.

Sampai di Tamsui pukul 6.00petang.. hujan dah berhenti waktu ni..tapi masih gerimis. Kami masuk 7e. redho lah dengan apa yang jumpa. Seharian kami tak makan..gile 




Akhirnya beli juga sweet potato dan aku jumpa Banana Milk yang sama masa aku pergi Korea dulu. Maka berlepaklah aku dan Iera tepi sungai Tamsui dan makan ..sob..sob..makan ubi je wei.


Selesai makan..hari makin gelap..gerimis pun mencurah lagi. Mula tu plan nak jalan sampai Statue D Mackay..hari dah gelap..kami pun jalanlah kat lorong yang meriah dengan kedai ni..akhirnya di sapa penjual seafood goreng.





Aku ni, dengan sotong memang tak lepas langkah. Aku tanya dia.. no pork? no alchohol? dia kata no..no.. cattle fish..mushroom.. mmm apalagi.. bismillahitawakaltu allallah.. ngap!

Dekat sini baru jumpa orang jual souvenir. Tapi harga ya ampun..tak boleh bawak berbincang !





Jalan-jalan lagi jumpa ni

Believe It or Not Curiosity Cabinet. Tak masuk pun tangkap gambar aje..

Hujan mula lebat..kami pun berlari lah ke Tamsui Station dengan sotong goreng semerbak basil leaves di tangan..dengan selamba naik MRT terus balik ke Taipei. turun di Zhongshan Station.

Tamsui Station - view dari Sungai Tamsui


Jalan menghala ke hotel aku ni, adalah sehala jalan ke Ningxia Night Market. Alang-alang lalu, singgah ajelah sebab tak hujan.

Pasar malam dia hanya banyak makanan dan mainan aje. Pada aku tak ada yang menarik dan tak boleh nak tumpang beli. Masuk juga dengan harapan kot-kot ada orang jual FM ke..Tshirt ke.. hampaaaa

Penat jalan, balik ke hotel..Ada lagi cerita pasal hotel..esok aku sambung

Jumaat, 17 Mei 2019

TAIWAN - PART 8 - YEHLIU GEOPARK

Assalamualaikum

Kami sampai di Tamsui Station  lebih kurang pukul 12. Melilau juga masa ni sebab nak cari tempat bas shuttle ke Yehliu . Aku tanya kat Information Counter, ok, katanya 1day pass beli dalam bas dekat driver.


Keluar dari Tamsui Station, belok kanan dan jalan terus sampai ke hujung. Dari jauh dah nampak deretan bas. Kalau korang berhajat nak ke Yehliu Geopark aje, bolehlah naik mana-mana bas yang tulis Yehliu. Tapi kalau nak atur 2-3 tempat, naiklah shuttle dan beli 1day pass. Ok, kali ni dah bijak sikit dari semalam, beli pass pakai cash.  Harga NTD160. Kalau sempat bolehlah turun ke lain-lain tempat.

Cari tulisan ni kat lantai dan beratur.

Yang bangangnya, driver boleh pulak takde duit tukar. So aku nasihatkan korang siapkan duit ngam-ngam. Takut nanti jumpa driver tak paham English.

Seperti biasa..kami ajelah yang bertudung... dah rasa diri macam alien kat sini, semua orang pandang-pandang.


Aku naik bas shuttle nama North Coast Shuttle No.862. Kecik je pulak shuttlenya. Laju macam ribut.


Hujan buat segala-galanya spoil. Kalau tak hujan memang aku nak turun 2-3tempat yang cantik untuk tangkap gambar. Apakan daya ..aku shot dari dalam bas ajelah.



2jam ..sampai di Yehliu Geopark. Hujan oh hujan..suhu 14c.. dengan pakai jacket jeans..kau rasa?? Dekat sini , tiket masuk kena bayar cash. Easycard dia tak nak. So bayarlah NTD80. 




Aku sajikan pemandangan di Yehliu Geopark.








Jam sudah pukul 3.00..perut dah keroncong lapar. Mengharap jumpa apa-apa yang boleh dimakan. Iera beli buah potong..hujan masih lagi renyai. Tunggu shuttle bus untuk balik ke Tamsui dengan harapan cuaca di Tamsui cerah..bolehlah tengok sunset. 

Bersambung..

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...