Khamis, 2 Mei 2019

XIOAMI ROBOROCK : 1ST TIME SETTING - APPS MI HOME

Assalamualaikum

Permulaan aku tergagap jugak nak setting. Apa taknya, buku manual yang diberi semua tulisan cina..1 perkataan je tulisan roman.. WIFI ! Eh..bengang pulak aku..jual barang international market, tapi dia tulis bahasa dia aje..terpaksa aku tengok youtube dulu sebelum guna..youtube pun takde BM semua BI dan bahasa lain.

Step untuk setting:



1. Cari Mi Home di Apps Store dan Install

2. Dapat mesej ni dan tap: Agree and Continue

3. Keluar skrin ni, pilih : Singapore(recomended)
Kenapa Singapore? Bila aku pilih Malaysia..app jadi macam bangang sikit, aku nak connect dengan device pun lambat. Apapun korang bolehlah cuba dulu.

4. Keluar mesej ni : Allow Mi Home to acsess photos,media and files on your phone
Tap : Allow

5. Tap : Sign in

6. Sign in .. boleh guna email,nombor telefon atau direct sign in guna akaun Fb ..aku nak mudah kerja..aku guna  je akaun Fb..benda boleh senang buatpa nak susah..

7. Keluar skrin ni.. Tap Continue as

8. Dapat skrin ni, set nama negara yang sebenar, dan Tap : Cipta Akaun Mi Baru
(Masa aku nak menaip ni baru aku perasan yang skrin ni dalam BM..kalau dia keluar BI..korang follow aje ye)

9. Ok..siap. Di skrin ni korang boleh update profile lah. 

Ok..untuk setting device dan macam mana nak set Roborock dengan apps ni akan aku ceritakan di entri akan datang. 

Adeusss!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...