Rabu, 15 Mei 2019

TAIWAN - PART 6 - TAROKO GORGE

Assalamualaikum

Sambung cerita semalam..

Asalnya nak berhenti kat Cimu Bridge.. Bas laju tak sempat tekan loceng..tak apalah ..aku kata kat Iera, kita turun dekat  Heliu Campground sebab waktu tu dah tengahari. Bas dari Swallow Grotto pukul 10.52, sampai di Heliu dah pukul 11.15 tak salah aku. 

Kena betul timing kami sampai di Heliu..tempat berkhemah .. berkhemah.. berkhemah.. bersama si nopal..si nopal..si nopal.. si nopal.. anaknya bahenol... bahenol..bahenol.. bahenoll..jilake apa ntah lagu boleh keluar masa dok kat situ. Sakit perut aku dan Iera gelak.


Ok.. memang tengah lapar dan aku pun plan nak makan kat sini. Dan kat blog ni pun aku siap buat entri pasal  pek Kembara Meal yang aku makan.. nak tengok.. korang boleh klik sini REVIEW KEMBARA MEAL DI TAIWAN

Memang kena sangatlah makan kat sini..sebab kat sini siap ada tandas, meja sdan kerusi kayu untuk duduk berkelah, paip pun ada dekat meja-meja tu. Aku cadangkan korang yang nak pengalaman berkelah dalam bercuti..di sinilah tempatnya ..Heliu Campground. Bila dok tulis entri ni baru sedar tak banyak gambar di Heliu yang aku ambik..gara-gara lapar dan kes yang berikutnya...

Kalau korang baca entri aku semalam, aku ada sebut pasal 3 orang mat salleh..ini sambungannya...

Masa tengah makan, tetiba salah sorang dari 3 mat salleh tadi turun dari parking dan lalu belakang Iera..dia pandang aku tengah makan..aku pandang dia balik. Dia pergi toilet..lepastu hilang..mungkin dia naik ke parking ikut tangga sebelah toilet.

Lepas makan, Iera pergi toilet..dan aku dok makan tak habis lagi..maklumla..nasi panas-panas layan dengan rendang, ada pulak background music bunyi air sungai dan dihembus angin sepoi-sepoi suhu 18c sempai sejuk jari-jari..kuah rendang pun sampai sejuk naik kepala minyak punya sejuknya.

Lepas aku makan, aku kemas-kemasla meja.. Iera dari toilet , dok jerit-jerit panggil aku dari jauh..aku pun pergilah..rupanya dia jumpa wallet.. dia kata pouch bag tu dah lama kat situ. Dari sebelum dia masuk toilet, sampai lah dia keluar.. basuh tangan semua.. Aku pun cuak juga..siap on video nak rakam.. takut kang elok aku pegang ..tuan beg datang..tuduh aku pulak..



Kami pun tunggu 5 minit sambil tinjau kot-kot owner dia patah balik..tak ada pulak. So kami buat keputusan untuk buka pouch bag tu..ada wallet..buka-buka tengok .. Nahhhh.. wallet mat saleh tadi..

Nak tinggal takut orang lain ambik. Kami pun ambik wallet tu dan naik ke kawasan parking..setengah jam lebih kami tunggu dengan gerimis mula turun. Dalam wallet ada kunci, ic , passport dan duit. Mat saleh ni dari Berlin. Nama Darius.

Tunggu lagi ..semua motor lalu kami pandang, tak boleh jadi..nak tunggu sampai bila. handphone pun tak ada dalam beg tu. Kami teruskan perjalanan ke Tianxiang..iaitu hentian terakhir sebelum balik ke Xincheng.

Sampai di Tianxiang, mata kami tak habis-habis cari kelibat si Darius..memang tak ada. Iera kata nak bagi balai polis..balai pun ntah kat mana.. masuk 7e..nak tanya..puak ni pulak tak paham English, sampai kena guna google translate.. sekali dia tunjuk, balai polis atas bukit..wahhhhh memang tak lah aku nak panjat..

Kami pun ambik keputusan, nak pergi jalan-jalan tangkap gambar..sambil pikir apa nak buat.




Tianxiang Bus Station.. stesen terakhir di Taroko




Puas ambik gambar, kami balik ke hentian bas ..sambil-sambil duduk..Iera try selongkar lagi pouch bag tu..tup-tup jumpa card folder simcard. Dekat situ ada nombor telefon.. Yang tadi masa mula-mula jumpa..tak perasan pulak cardfolder tu. Mujurlah si Darius ni dia ada beli simkad Taiwan. kami lari lah ke 7e sebab dekat situ ada public phone. Call berjawab..  Mula-mula Iera cakap.. lama-lama Iera pass kat aku sebab si Darius tadi tak berapa faham. Dia pun pass phone kat kawan dia. Dia boleh suruh kami tinggalkan bag tu kat 7e tu, nanti dia datang ambik sebab sekarang dia dalam hutan tengah ikut trail.


Aku kata, aku tak boleh tinggal macamtu saja..bahaya.. dia boleh tanya aku kenapa pulak nak bahaya. eh..bodoh betul mat saleh ni. Last-last.. aku kata..sebab kami yang jumpa..biarlah kami serah balik kat dia. Dia nak ke Tianxiang pun lambat lagi. Aku kata aku nak balik ke Xincheng. Aku suruh diornag datang Xincheng Station sebeleum pukul 6 sebab train aku balik Taipei pukul  7.20petang. Apa-apa tunggu kami call .

Panjangkan cerita ni..korang nak baca, silakan..taknak baca boleh skip.

Aku pun balik lah dari Tianxiang, bas pukul 1.50 petang. Kami berhenti sekejap di Lushui.







Dari Lushui kami teruskan perjalanan ..kami turun di Changchun. Punyalah ramai manusia..kami aje yang pelik dipandang..sebab bertudung. Nak ambil gambar pun susah. Lepas ambil gambar, kami pun tunggu bas nak balik ke Xincheng. Kami tunggu bas pukul 4.16 yang datang dari Tianxiang. Tulah..bila kita ikhlas tolong orang..akhirnya seorang volunteer datang tegur. Aku ingat dia kerja situ, rupanya dia sukarela je kat situ melayan pelancong. Dia siap tolong tahan bas dari jauh untuk kami balik ke Xincheng sebab dekat situ bas masuk terlampau banyak.

Dia tau kami muslim.. kami bagitau dia kami dari Malaysia. Siap boleh sembang dan ajak datang lagi lain kali.Lebih kurang 4.45petang bas baru sampai..dia tolong tahan dari jauh.. sempatla bye-bye kat dia. Kami tiba di Xincheng Station pukul 5.15petang.






Sampai aje terus ambik beg, dan call si Darius bagitau kami dah sampai. 2 kali juga Iera call tanya dia tau ke tidak Xincheng Station kat mana sebab diorang bermalam di Hualien. Dalam pukul 6.10macam tu , diorang pun sampai. Kami pun serahlah beg kat dia. Tergagap-gagap dia bercakap..mintak maaf..cakap kami ni baiklah..apa lah..aku kata sikit je.. lain kali hati-hati..dia nak bagi duit..kami taknak..2-3kali dia offer..kami kata kami ikhlas.. aku pun mintak maaf kat dia sebab terpaksa buka dan geledah beg dia sebab nak cari info. Baru dengar suara dia menggelabah..agaknya mula-mula kami call tu dia ingat passport aje.. bila dah sedar semua sekali hilang..haaa...baru kau tau.

Silap pulak aku tak ambik gambar 3 orang ni..Selesai semua kami pun masuk ke stesen.. pukul 6.30 dah gelap macam pukul 8. Train balik ke Taipei lewat..patutnya 7.20petang..dekat 7.50baru sampai..aku dan Iera terloncat-loncat sejuk kat tempat tunggu train..



9.30malam sampai di Taipei,..disambut hujan.. hampessss. Ni lagi 1 aku nak cerita..pasal hotel.. Hotel ni pun aku booking melalui Agoda. King Plaza Hotel namanya.. apa yang aku nak cerita??


Bersambung!

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...