Jumaat, 17 Mei 2019

TAIWAN - PART 8 - YEHLIU GEOPARK

Assalamualaikum

Kami sampai di Tamsui Station  lebih kurang pukul 12. Melilau juga masa ni sebab nak cari tempat bas shuttle ke Yehliu . Aku tanya kat Information Counter, ok, katanya 1day pass beli dalam bas dekat driver.


Keluar dari Tamsui Station, belok kanan dan jalan terus sampai ke hujung. Dari jauh dah nampak deretan bas. Kalau korang berhajat nak ke Yehliu Geopark aje, bolehlah naik mana-mana bas yang tulis Yehliu. Tapi kalau nak atur 2-3 tempat, naiklah shuttle dan beli 1day pass. Ok, kali ni dah bijak sikit dari semalam, beli pass pakai cash.  Harga NTD160. Kalau sempat bolehlah turun ke lain-lain tempat.

Cari tulisan ni kat lantai dan beratur.

Yang bangangnya, driver boleh pulak takde duit tukar. So aku nasihatkan korang siapkan duit ngam-ngam. Takut nanti jumpa driver tak paham English.

Seperti biasa..kami ajelah yang bertudung... dah rasa diri macam alien kat sini, semua orang pandang-pandang.


Aku naik bas shuttle nama North Coast Shuttle No.862. Kecik je pulak shuttlenya. Laju macam ribut.


Hujan buat segala-galanya spoil. Kalau tak hujan memang aku nak turun 2-3tempat yang cantik untuk tangkap gambar. Apakan daya ..aku shot dari dalam bas ajelah.



2jam ..sampai di Yehliu Geopark. Hujan oh hujan..suhu 14c.. dengan pakai jacket jeans..kau rasa?? Dekat sini , tiket masuk kena bayar cash. Easycard dia tak nak. So bayarlah NTD80. 




Aku sajikan pemandangan di Yehliu Geopark.








Jam sudah pukul 3.00..perut dah keroncong lapar. Mengharap jumpa apa-apa yang boleh dimakan. Iera beli buah potong..hujan masih lagi renyai. Tunggu shuttle bus untuk balik ke Tamsui dengan harapan cuaca di Tamsui cerah..bolehlah tengok sunset. 

Bersambung..

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...