Jumaat, 10 Mei 2019

TAIWAN - PART 1 - PREPARATION

Assalamualaikum

Ketika aku menulis entri ini..hati aku masih lagi dalam keadaan hiba..kehilangan abah yang aku sayangi setelah 1 hari aku tiba di Malaysia. Mujurlah Allah sempatkan aku berjumpa abah, berbual, mohon ampun dan maaf, halalkan segalanya dalam keadaan abah tidak lagi bersuara namun hanya mengangguk tanda dia masih mendengar..

Aku teruskan coretan ini..bimbang terlupa beberapa perkara yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Cerita pengembaraan ke Taiwan ini, sebenarnya dah lama aku plan nak pergi..plan pun setelah beli tiket yang agak murah dengan kesusahpayahan mencari info dan tips mengenai Taiwan yang amat terhad, tak ramai blogger Malaysia yang kesana..kalau adapun, bila aku tanya apa-apa..tetap tak berjawab.

Tak apalah. Aku usahakan sendiri buat itenari, google map dan bergantung 100% dengan sumber yang ada di internet..tanpa bantuan 1 orang manusia pun..aku pulak jenis malas nak tanya banyak-banyak kali..tambah-tambah blogger yang sombong dan kedekut ilmu.

Alhamdulillah, hampir 1 bulan aku susun itenari, standby kan plan A dan plan B..maklumlah backpackers ni macam-macam ujian yang menunggu. Apapun aku dah bersedia. Pertama sekali aku beli insuran dengan Etiqa, iaitu Tripcare360 dengan harga promosi RM61 lebih kurang. Disebabkan aku kerja gomen, dapatlah aku claim balik RM46.

Tips-tips lain aku akan bagi di entri terakhir nanti. Benda pertama aku buat lepas beli tiket..


Google map Taipei dan tanda mana tempat nak pergi



Download Apps Map of Taiwan Offline dan app MRT. ke2-2 app ni sangat berguna untuk aku cari tempat, station, check tembang MRT tanpa perlu internet.


Baju yang nak dibawa.. Kali ni aku betul-betul cerewet pasal baju sebab nak kecikkan dan ringankan beg bagi memastikan beg aku kurang dari 7kg

Tukar RM ke NTD (New Taiwan Dollar) Aku tukar sebanyak RM2000 dapat lebih kurang NTD14,000

Booking tiket train dari Taipei ke Xincheng melalui website ni 
tapi sebelum tu check dulu schedule dan tambang di website ni ->  
Siap print untuk ditukar kepada tiket sebenar di 7e

Booking hotel di Agoda dan print booking itenary dan invoice.. WAJIB

Selain dari tu, aku juga siap print itenari cantik-cantik..bersedia, manalah tahu imigresen sana buat-buat tanya banyak..tunjuk itenari dan semua ni sebagai bukti yang korang tak hadap pun nak duduk sana sampai mati.

Ok..esok aku akan release kan entri perjalanan percutian aku di sana.

Adeuss!!!

2 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...