Isnin, 13 Mei 2019

TAIWAN - PART 4 - TAIPEI TO XINCHENG

Assalamualaikum..

Sambung dari perjalanan ke Daan Park dan Grand Mosque. Kami teruskan perjalanan ke 101 Tower. Naik MRT (Red Line-Xiangshan) dari Daan Park Station ke Taipei 101 Station, Exit 4, 

terus nampak bangunan tower ni di atas kepala!

Bangunan sebelah kiri 101 Tower


Taipei World Trade Center / International Trade Building



Taipei International Convention Center

Pengembaraan benar-benar teruji..ketibaan disambut hujan renyai pulak. Sabor jelah. Ikut map kat bawah ni;


Dari 101 Tower, kami berjalan melalui Taipei World Trade Center, Taipei International Convention Center, TWTC International Trade Building sampai ke Taipei World Trade Center Square. Lebih kurang 670m jarak..pada ketika ni hujan renyai dah berhenti..suhu 20c dan berangin.

Kalau diikutkan pada itenari, kami sepatutnya sampai di 101 Tower pukul 11.30pagi, tapi Alhamdulillah, kami dapat sampai lebih awal.

Dari TWTC Square tu, kami menapak lagi Zhongshan Park ..dan masih ada saki baki sakura pink yang tinggal. Zhongshan Park ni sebelah aje dengan National Dr.Sun Yat-Sen Memorial Hall. 


Lintas jalan, Zhongshan Park sebelah kiri



Dr.Sun Yat-Sen Memorial Hall



Tak lama kami disini, tak nak buang masa, itenari berubah lagi, aku menuju ke Sun  Yat-Sen Memorial  Hall Station dan naik MRT ke Ximen Station (Blue Line-Dingpu). Exit 1, terus sampai Red House iaitu kawasan Ximending.

View dari pintu Exit 1, sebelah kanan Ximending dan Red House disebelah kiri


Red House


Dalam Red House

Disebelah luar Red House ada kedai untuk beli FM. Harga bolehlah beli sebab di tempat lain susah nak jumpa gift shop


Jam masih awal. Selesai di Red House, aku bergerak ke TMS bagi menyelesaikan masalah cancellation ticket yang aku tersalah ambil tu.

Sekejab je masalah dah selesai. Aku cuma minta staf tu check samada yang aku cancel tu dah betul-betul cancel ke tidak..buatnya tak cancel proper..jahanam duit aku dia caj kad kredit.

Apa-apa berkaitan tiket train ..hanya selesai di kaunter TRA Information ini

TMS yang sangat besar

am baru pukul 2. Tiket ke Xincheng pukul 5.10petang. Dari kami buang masa, aku ambik keputusan nak cover 1 lagi tempat yang sepatutnya aku cover hari lain. Tengok cuaca pun ok. Aku terjah je. So dari TMS menuju ke NTU Hospital Station (Red Line-Xiangshan)..kami ke 228 Peace Park.







Rehat-rehat sambil makan kebab yang beli kat pak arab cina tadi. Jalan-jalan sikit, kaki dah mula kembang rasanya.. pukul 4.00petang, aku gerak balik ke TMS untuk ke Xincheng


Ni aku nak cerita sikit..aku ni kat Malaysia ni, last naik train masa aku darjah 1..itupun abah aku yang bawak. Sekarang dah tua bangka ..dah 38tahun..baru nak naik train sendiri. Lawak mampus aku tak reti tengok tiket.

Siapa-siapa yang geng aku..meh sini aku nak ajar cara tengok platform mana nak tunggu.


Train No.562
Car 6 (gerabak 6)

Tengok di LED board ni.. Train No.562 adalah di Platform 4B .Dekat tiket dia tak tulis ye platform apa..korang kena tengok sendiri di board ni


Ini platform 4B


Turun ke platform carilah signage nombor CAR korang. Macam aku CAR 6..so carilah signage no.6. tengok je kat atas kepala korang, nombor yang ada.


Ok, train sampai on time. Ikut jadual , sampai ke Xincheng pukul 8.06..ntah apa pasal, 2-3 kali train berhenti lama..5-minit sekali berhenti..yang lain punya stop, kejab aje.. maka kami sampai di Xincheng Station lebih kurang pukul 8.20malam. Kat sini, pukul 6 dah macam pukul 7.30 punya gelita.










Kami bermalam di Starry Inn Hotel.
Keluar dari stesen, hotel ni sebelah kanan..dari jauh boleh nampak dah








Untuk makluman, tujuan bermalam disini adalah kerana aku plan nak ke Taroko Gorge National Park. Biasanya pelancong akan bermalam di Hualien. Sebetulnya Hualien lagi jauh dari Taroko. Korang akan jumpa Xincheng Station dahulu, barulah jumpa Hualien Station.

Xincheng ni pekan kecil aje, tapi stesen train dia cantik gila. Kat sini tak mimpi jumpa makanan halal. Mujur petang tadi aku dah kenyang makan kebab. Sampai hotel lain pulak ceritanya. Aku dah booking kat agoda siap bayar. Bila sampai, dia mintak pulak aku bayar..seolah-olah macam aku booking dulu tu pakai air liur aje.

Mujurlah aku print-out semua booking itenary dan invois dari Agoda. Dah la dia cakap ayam aku cakap itik..last-last dia pun sorry la, tak check betul-betul. Hati terbakar ni terubat bila dia tukarkan bilik yang aku booking tu ke bilik lain. Aku booking bilik no-window sebab nak murah punya pasal..lagipun nak tidur dan mandi aje. Dia tukarkan ke bilik yang siap ada balkoni. Kau rasa?





Ok itu aje untuk hari ke-2 aku tiba di Taiwan.. dan esok ada cerita menarik yang tak sangka terjadi. Bersambung..

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...