Memaparkan catatan dengan label Bunga Pearl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunga Pearl. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 31

Assalamualaikum..

Inilah baju yang paling lambat nak aku siapkan. Bukan kerana susah nka jahit, tapi aku betul-betul tak ada mood. Nak menjahit ni perlukan mood jugak..memang tak boleh menjahitla kalau mood dah kelaut!

Untuk baju  ni aku tak tahu nak tajukkan sebagai apa sebab di tangan aku crumble kan..di badan baju, aku sulam dengan kristal dan tabur dengan diamond dan pearl. Apapun aku labelkan kedua-duanya.


tangan



badan baju

Aku diminta untuk taburkan diamond..bukan diamond ori..botak kepala aku nak beli diamond ori..tapi ni diamond buatan gred A..cantik bersilau-silau. Digambar ni mungkin tak berapa jelas sebab pencahayaan kurang.

Apapun semoga pelanggan berpuas hati.Itu aje ye..akan datang masih berbaki lagi baju yang aku nak tunjukkan pada korang dan pada orang yang berminat. Jumpa lagi nanti..Adeuss!!!

Selasa, 27 Ogos 2013

BUNGA PEARL SIMPLE 5

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hasil jahitan bunga pearl simple yang dikombinasikan dengan kristal. Agak sukar untuk matching kan warna pearl dan kristal untuk baju ini kerana warna baju dan corak asal baju yang memang sudah meriah.

Atas permintaan pelanggan yang mahukan design ini, maka aku jahit ajelah sebaik mungkin..Inilah hasilnya..




Agak tenggelam sikit, tapi jika aku menggunakan warna yang berlainan maka ianya akan jadi lebih caca marba..harap-harap oklah kan....

Ini baju kawan aku sebenarnya..hehe..itu aje untuk hari ini. Sambungannya esok ye. Adeuss!!!

Isnin, 26 Ogos 2013

BUNGA PEARL SIMPLE 4

Assalamualaikum..

Hari ni gambar baju yang di dijahit bunga pearl simple di bahagian tangan .



Pun begitu, pelanggan minta aku jahitkan sulaman manik pada corak bunga-bunga yang terdapat di bahagian badan baju..Dengan corak bunga yang pelbagai, agak mengambil masa untuk disiapkan.. dan inilah hasilnya..



Ok..itu aje untuk hari ni.. kalau korang rasa nak muntah tengok gambar manik yang publishkan selama 2 minggu ini..aku lagi nak termuntah sebab dok kutip sebiji-sebiji manik untuk jahit..sabar ajelah..

Mungkin korang tak suka tapi aku harap apa yang aku publish ni dapat bagi inspirasi pada beaders lain yag baru nak berjinak-jinak dengan jahitan manik..aku pun bukan terer mana..bolehla sikit-sikit..

Ok..pada yang berminat, esok ada lagi ye design hari raya.. Adeus!!!

Sabtu, 26 Mei 2012

BUNGA PEARL SIMPLE 3

Assalamualaikum..

Kali ni entri manik juga..

Dan baju ini diminta untuk aku jahit simple aje. Mari kita tengok apa dah jadi..

Tangan.. 

Tangan lagi..

Bawah baju

Baju ni aku suka sangat  sebab mudah nak jahit..sebab kainnya keras sikit tak macam kain-kain lain..kalau datang kain macam ni..10 pasang pun aku sanggop!!..Huhu..itu je untuk hari ini.. Adeus!!!

Khamis, 4 Ogos 2011

BUNGA PEARL SIMPLE 2

Assalamulaikum...

Kali ni entry baju pertama untuk bulan puasa ni yang aku dah siapkan malam tadi . Baju kawan ofis aku . Dia nak aku buat bunga pearl simple macam yang dah aku pernah buat dulu. Boleh tengok entry nya di sini ---> Bunga Pearl Simple .Tapi aku olah sikit untuk dapatkan kelainan. Aku ambik masa lebih kurang 9 jam untuk siapkan baju ini. So ini lah hasilnya...




Aku harap dia berpuas hati dengan hasil jahitan aku ni. Secara peribadi , aku pun suka bunga pearl dari bunga labuci sebab kalau labuci susah nak masuk mesin basuh. Bunga pearl lebih kukuh, kemas dan simple, sesuai untuk baju kerja terutama sekali kerja pejabat macam aku ni.Ok. Nantikan hasil kerja aku yang akan datang dalam entry seterusnya.. Adeus.!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 11

Khamis, 23 Jun 2011

BUNGA PEARL SIMPLE

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak tunjuk 2 baju sekaligus. Bukan apa, sebab design yang sama cuma warna aje lain-lain. Baju dari tuan yang sama.tapi intenet hampeh ni, gambar baju 1 lagi takleh upload pulak. So tinggal yang ni je..

Pada yang suka corak simple, aku suggestkan yang ini. Baju ni memang menguji kesabaran aku yang tak berapa sabar ni. Aku terpaksa menggunakan jarum yang paling halus sebab takut kainnya rabak..Kalau kain ini tebal, aku akan banyakkan lagi bunga dan manik. Tapi mengenangkan takut rosak kain, maka jadilah sesimple ini. Design ini juga dari sharepartner aku..

Jom tengok...


Oleh yang demikian..abis la tajuk manik untuk minggu ni. Lepas ni aku nak relax sat. Minggu depan sambung lagi. Sesapa yang berminat, jangan segan2 sms atau call aku..sementara aku tak sibuk.ok.. Adeus!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 10

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...