Khamis, 16 Julai 2020

GAJET DAPUR : ALL IN ONE COOKER

Assalamualaikum

Hari ini aku nak kongsikan gajet dapur terbaru yang baru aku beli semalam. 

3tahun lalu aku ada beli sebuah Pressure Cooker jenama Ewant. Sebelum-sebelum ini aku hanya gunakan untuk  rebus tulang buat sup, buat bubur..maknanya bukan menumis terus guna PC dan kemudian pressure kan ia. 

Tahun lepas, masa aku cuba masak kuah lontong,dengan tak semena-mena aku kena renjat letrik bila cuba kacau kuah dalam periuk tu. Bukan sekali tapi berkali-kali.



Entah apa yang tak kena. Aku agak PC Ewant ni tak boleh menumis,tapi hanya boleh rebus macam biasa aje.

Pelik betul aku dengan official store Philips..harga asal dia yahudi betul. Ada-ada waktu atau masa Shocking Sale, dia turunkan ke RM500++,sedangkan ada seller lain boleh aje letak harga RM449.

4 hari lepas, aku nekad nak beli PC baru. Tertarik dengan brand Philips,tapi harganya mak datuk.. aku masukkan ke cart shopee saja dan biarkan keajaiban berlaku.

Dengan tak disangka, ahad lepas, tiba-tiba original store/seller Philips buat live streaming di Shopee dan aku pun tengoklah sambil-sambil nak claim coin. Rezeki aku, host bagi  voucher 50% dan cepat-cepat aku grab.

Pada waktu tu,harga PC Philips -All In One Cooker HD2137 RM753. Ada aku jumpa seller lain yang bukan preferred/mall seller jual harga RM449 paling murah,tapi tak boleh tebus Shopee coin.

Maka setelah dihitung..aku dapati harganya lagi murah..tak fikir banyak,terus aku beli.

Oleh sebab aku ada banyak Shopee coin,maka aku tebus hingga had maksima 3000 coin (RM30).
Akhirnya aku dapat miliki All In One Cooker dengan harga RM346.50.

Dari review yang aku baca, fungsinya sama seperti Noxxa yang mahal tu.. 

Ok..tiba-tiba datang 1 hobi gila yang baru..gila membeli gajet dapur jenama Philips.. tengoklah lepas ni apa pulak aku nak sambar. 



Sabtu, 11 Julai 2020

STEW AYAM PERMAISURI

Assalamualaikum


Teringin nak makan stew. Stew ni,mana-mana resepi pun lebih kurang sama atau ada yanh diolah ikut selera masing-masing. 

Stew ni, aku ikut selera aku..tapi bila tengok dan bandingkan resepi..lebih kurang sama macam resepi Tuanku Permaisuri Agong juga.


Bahan-bahan;
4 ulas bawang putih-racik halus
3 ulas bawang merah-mayang
1 inci halia -tumbuk
Kulit kayu manis dan bunga lawang
1/2 ekor ayam
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh lada hitam-tumbuk kasar
2 biji kentang 
1 batang karot
6-7biji cendawan butang
1 labu bawang besar
5-6 biji cili padi -optional..tak nak letak pun ok je
Daun sup
Kicap


Cara-cara;
1. Panaskan marjerin..kalau tak ada minyak masak biasa pun ok. Tumis bawang putih,bawang merah,halia sampai naik bau.
2. Masukkan ayam, lada hitam gaul seketika untuk matikan air.
3. Masukkan kentang dan karot,gaul rata.
4. Bancuh tepung jagung dengan 1 mangkuk air dan tuangkan kedalam ayam, masukkan cendawan butang dan perasakan garam gula secukup rasa. Kalau nak letak kiub ayam atau serbuk cukup rasa pun boleh. Terpulang selera masing-masing.
5. Agak kuah dah pekat,kentang empuk dan ayam masak masukkan cili padi, bawang besar dan sedikit kicap untuk gelapkan kuah. Boleh tambah sedikit air kalau kuah terlalu pekat. Matikan api dan tabur daun sup. Kacau rata.

Siap untuk dihidang 

Taburkan daun sup dan bawang goreng

Inilah menu hari ni..tak ada sayur sebab aku sakit pinggan..tak larat nak berdiri lama-lama..
Selamat Mencuba!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...